13 Makanan Tradisional Dan Manisan Mesti Cuba Di Terengganu


13 Makanan tradisional MESTI CUBA di Terengganu | Sejak dua minggu lepas aku dah tunjukkan tempat-tempat menarik di Terengganu. Sebenarnya masih belum habis lagi bercerita dan masih banyak lagi tempat yang aku tak pergi/tahu tetapi nak berehat sekejap dan berkongsi tentang makanan pula.
Malaysia ini makmur. Ada restoran yang dibuka 24 jam kerana rakyatnya suka makan. Maka tidak hairanlah kita menjadi penduduk paling obes di Asia Tenggara kerana makan berlebihan tak kira waktu. Tu yang kena beli satu atau dua saiz lebih besar bila membeli pakaian di Vietnam, gomok gomok belako.

Dahulu, jenis pekerjaan juga menentukan apa yang masuk ke mulut, contohnya golongan petani dan nelayan yang bekerja keras membanting tulang empat kerat, makanannya sudah tentulah dengan karbohidrat yang tinggi. Setiap negeri setiap suku kaum ada makanan khas mereka. Bergantung di mana mereka tinggal, gaya hidup...begitulah diet mereka

Jom kita tengok apa makanan yang mesti cari di Terengganu

1. Nasi dagangNasi dagang ialah campuran nasi dari beras biasa atau Basmathi dan pulut yang dimasak dengan santan. Ia dihidangkan dengan gulai ikan tongkol isi putih lembut dan acar sayuran. Ada juga yang menambah sambal kelapa seperti di nasi dagang Kelantan

Nasi dagang merupakan menu sarapan pagi di negeri pantai timur Malaysia dan negeri-negeri di selatan Thailand iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat. Di Terengganu pula ia paling terkenal di kampung Ladang, Kuala Terengganu


Foto myResipi.com
2. Ketupat sotong @ Tupak sotongKetupat sotong adalah makanan unik dan eksotik dimana beras pulut yang telah dikukus separa masak dimasukkan ke dalam badan sotong. Ia kemudiannya direbus di dalam santan

Asalnya hidangan ini dicipta kerana lambakan sotong sewaktu musim mencandat sotong. Ia satu sajian tradisional yang popular di perkampungan nelayan Terengganu dan Kelantan. Di daerah Kuala Terengganu dan selatan, tupak sotong dimasak lemak putih manakala di Besut pula kuah santan ditambah gula melaka membuatkannya juga sesuai sebagai pencuci mulut. 
Tupak sotong versi Besut. Sumber Citarasawan
3. Laksam

4. Nasi kapit sambal ikan
Di sebelah sini kita panggil nasi himpit. Ia dihidangkan bersama kelapa parut yang dimasak bersama isi ikan

5. Keropok lekor
Keropok lekor (orang tempatan panggil kepok gete) diperbuat daripada isi ikan selayang atau tamban yang dicampur dengan tepung kanji, garam dan serbuk perasa. Dijual dalam dua saiz, ia menjadi snek enak yang boleh dimakan bebila sahaja

Keropok lekor turut mengalami perubahan berdasarkan permintaan semasa. Selain yang asli ada juga keropok yang dicampur keju yang bila dipanaskan cair meleleh (jilat bibir hahahah..). Ia boleh terus dimakan begitu sahaja, direbus atau digoreng. Aku suka yang bergoreng kerana aromanya membuka selera

Kali pertama aku makan keropok lekor ketika bersekolah di SRMJDI, Kuching. Ada seorang makcik tu berniaga di tingkat bawah kuarters tentera. Terbayang-bayang lagi situasi waktu tu. Sedapnya makan keropok yang baru digoreng... 10 sen dapat tiga batang

Keropok lekor sangat sinonim dengan negeri pantai timur ini sehinggakan ada pihak yang mengaitkan pencapaian cemerlang calon UPSR dan SPM setiap tahun kerana banyak consume omega 3

Aku hanya makan keropok lekor bila ke Terengganu/Kelantan sebab kandungan ikannya tinggi. Rasanya sedap dan lembut apatah lagi dicicah dengan sos manis yang disediakan. Ada juga pengusaha daripada dua negeri tersebut menghantar keropok lekor mereka ke negeri-negeri lain tetapi yang peliknya, yang banyak dijual di luar negeri tersebut selalunya keras macam tayar basikal bila sejuk hahah... herot muka nak gigit 😂😂
6. Sata
7. Ikan celup tepung

Kuih/manisan tradisional:1. Bronok sagu... curious sungguh aku nak tahu, rupanya kuih sagu 😁😁
Foto Rezwati
2. Ulat buluRupanya seperti kuih lopes tetapi menggunakan tepung pulut dan berinti kacang merah

3. Kayu keramat @ cakoi
4. Nekbat siraResipi sama macam kuih bahulu tetapi menggunakan tepung beras, kemudian dimasukkan dalam air gula (sira)

Nekbat sira
5. Karipap inti ikanDibuat dalam saiz mini, rasanya sangat sedap. Satu kudapan yang bila makan tak boleh berhenti

6. NganangBentuknya seperti kuih bakar tetapi rasanya lebih lemak manis disebabkan penggunaan telur dan santan yang banyak

Kuih nganan atau menganang ini ada tiga jenis iaitu kuih menganang beras, menganang telur dan menganang kacang. Kuih menganang telur rasanya seperti kuih akok cuma bentuknya berbeza

Foto tarabazu2
Perasan tak makanan tradisional di atas semuanya berkaitan ikan atau makanan laut? Budaya, cara hidup dan geografi turut memainkan peranan dalam penyediaan makanan dan ermm.... pemanis mulut di Terengganu ni memang manis sungguh



© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2019/09/13-makanan-tradisional-dan-manisan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Ikan Stim Kukus Yang Mesti Di Cuba Buat Dan Rasa Dapat Di Fb

Resepi Ikan Stim Kukus Yang Mesti Di Cuba Buat Dan Rasa Dapat Di Fb

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 428 hits
Semenjak aku berjinak jinak dengan diet ini semestinya nak makan yang hanya di kategorikan makanan sihat dan berkhasiat sahaja Jadi aku google di FB Macam macam cara dan gaya menyediakan ikan stim kukus yang ada Nanti aku nak cuba satu pers...
15 Makanan Mesti Beli Di 7 Eleven Thailand Semua Sedap Sampai Terthrowback Memori Di Sana

15 Makanan Mesti Beli Di 7 Eleven Thailand Semua Sedap Sampai Terthrowback Memori Di Sana

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 504 hits
Kalau berkunjung ke sesebuah negara pasti ianya menyajikan barangan atau makanan sesuai dengan selera tempatan Jadi nak tahu apa yang orang local hadap dan makan boleh berkunjung ke 7 Eleven Kalau di Indonesia boleh singgah ke Indomaret Kal...
Aksi Abang Polis Diusung Kereta Sejauh 200 Meter Cuba Halang Pesalah Trafik Larikan Diri

Aksi Abang Polis Diusung Kereta Sejauh 200 Meter Cuba Halang Pesalah Trafik Larikan Diri

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 475 hits
Seorang anggota polis menarik perhatian orang ramai apabila dilihat melekap pada cermin hadapan sebuah kereta Honda kelabu yang didakwa cuba melarikan diri dari di saman Dalam kejadian pada pukul 2 30 p m waktu tempatan di Pasar Minggu Raya...
Pas Tempah Mudarat Cuba Selamatkan Umno Lemas

Pas Tempah Mudarat Cuba Selamatkan Umno Lemas

papar berkaitan - pada 20/9/2019 - jumlah : 376 hits
ZIKRI ABDULLAH Pas tempah mudarat cuba selamatkan Umno lemas Bekas aktivis Pas yang kini menyertai AMANAH Mejar Ustaz Hassan Deraman berpendapat tindakan Pas cuba menyelamatkan Umno yang semakin lemas selepas kehilangan kerajaan akan membaw...
5 Cara Islam Kalau Nak Jaga Wajah Agar Kelihatan Awet Muda Rugi Kalau Tak Cuba

5 Cara Islam Kalau Nak Jaga Wajah Agar Kelihatan Awet Muda Rugi Kalau Tak Cuba

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 425 hits
5 Cara Islam Kalau Nak Jaga Wajah Agar Kelihatan Awet Muda Rugi Kalau Tak Cuba Wajah yang kelihatan awet muda sememangnya menjadi impian ramai orang Kecantikan bukan hanya boleh dipelihara melalui teknologi kecantikan sahaja Melalui amalan ...
Dulu Sampai Kena Kerja 2 Shift Ibu Tunggal Ini Cuba Jual Barang Di Ebay Dapat Gaji Dalam Us Dolar

Dulu Sampai Kena Kerja 2 Shift Ibu Tunggal Ini Cuba Jual Barang Di Ebay Dapat Gaji Dalam Us Dolar

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 465 hits
Menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal bukanlah sesuatu perkara yang mudah Ini kerana dalam sebuah keluarga dialah ibu dan dialah ayah untuk memberikan sepenuh tanggungjawab kepada anak anak Namun dalam keperitan itu ramai wanita telah buk...
Cuba Resepi Mcshaker Homemade Tak Perlu Kecewa Kalau Sold Out

Cuba Resepi Mcshaker Homemade Tak Perlu Kecewa Kalau Sold Out

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 420 hits
Setiap kali McDonald s perkenalkan menu baru pasti ramai yang tidak akan melepaskan peluang untuk mencubanya sehinggakan ianya habis dijual dan pelu menunggu keesokan harinya untuk mendapatkannya Pasti ramai tahu McDonald s Malaysia kembali...
Benda Ni Tak Mudah Saya Lalui Sendiri Dengan Kudrat Lelaki Suami Cuba Dulu Jaga Anak Baru Tahu Realitinya Macam Mana

Benda Ni Tak Mudah Saya Lalui Sendiri Dengan Kudrat Lelaki Suami Cuba Dulu Jaga Anak Baru Tahu Realitinya Macam Mana

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 500 hits
Rutin harian seorang isteri yang bekerja sememangnya tidak mudah Masa untuk diri sendiri sememangnya tidak ada Balik sahaja ke rumah berderet jadual yang sudah menanti untuk isteri Begitu juga masa yang diperuntukkan untuk anak anak dan mel...
Umno Pas Cuba Gagalkan Usaha Pembangunan Kampung Baru Khalid Samad

Umno Pas Cuba Gagalkan Usaha Pembangunan Kampung Baru Khalid Samad

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 295 hits
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad bercakap semasa sesi sidang media pada Majlis Penyerahan Watikah Ahli Lembaga Rayuan Wilayah Persekutuan di Kementerian Wilayah Persekutuan Putrajaya foto AFFAN FAUZI PUTRAJAYA Pas dan UMNO did...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord