Janji Temu Suntikan Ibu Mengandung Diutamakan


Oleh Luqman Arif Abdul Karim KUALA LUMPUR: Lebih banyak janji temu untuk suntikan vaksin akan diberikan kepada ibu mengandung mengikut keutamaan berdasarkan jangkaan tarikh bersalin (EDD).
Inisiatif ini diharap dapat menyumbang secara positif kepada kejayaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi mencapai tahap imuniti kelompok sesegera mungkin.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, berkata ia selaras saranan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya ibu mengandung diberi vaksin dalam jangka kandungan antara 14 hingga 33 minggu.
Jelasnya, penjadualan janji temu akan dilakukan menerusi sistem mengikut maklumat yang diberikan pengguna, iaitu ibu mengandung ketika mendaftar atau mengemas kini profil mereka.
"Hingga malam tadi (kelmarin), kita menerima 109,607 pendaftaran bagi ibu mengandung di seluruh negara melalui aplikasi MySejahtera, yang mana satu ciri baharu ditambah dalam penambahbaikan aplikasi ini mulai 1 Jun lalu.
"Daripada jumlah ini, seramai 11,663 dijangka bersalin pada Ogos nanti, justeru mereka diberikan keutamaan mengikut EDD masing-masing. Setakat ini, lebih 10,000 diberi janji temu dengan nota Expectant Mother (bakal ibu) pada perincian tarikh suntikan vaksin mereka.
"Pada hujung minggu ini sahaja, kira-kira 6,000 ibu mengandung dijadualkan janji temu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dan PPV Pusat Konvensyen Sunway Pyramid untuk menerima vaksinasi mereka," katanya pada sidang media, semalam.
Terdahulu, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi meluangkan masa hampir sejam untuk meninjau kelancaran operasi pemberian suntikan imunisasi kepada ibu mengandung di PPV MITEC, di sini.
Yang turut hadir Penasihat Hal Ehwal Kesihatan Awam Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood.

Khairy Jamaluddin meninjau proses pemberian vaksin COVID-19 kepada ibu mengandung di PPV Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur, semalam. - NSTP/Mohamad Shahril Badri SaaliPada masa sama, Khairy berkata vaksinasi fasa kedua PICK yang sedang berlangsung ketika ini akan terus diperhebatkan di semua negeri untuk membolehkan Malaysia beralih ke fasa ketiga bagi kawasan atau daerah yang selesai memberikan suntikan pelalian kepada warga emas.
"Program jangkau luar komuniti turut dipergiatkan demi memastikan tiada kumpulan yang tertinggal. Semua inisiatif yang dilakukan ini selari sasaran program yang digariskan dalam Pelan Pemulihan Negara untuk mencapai imuniti kelompok sesegera mungkin," katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MITEC, Mala Dorasamy, berkata PPV mega itu beroperasi dari jam 8 pagi hingga 9 malam, setiap hari termasuk hujung minggu demi memastikan kelancaran PICK dan memacu prestasi negara ke arah mencapai sasaran yang digariskan dalam Pelan Pemulihan Negara.
Katanya, PPV MITEC menyediakan rangkaian kemudahan dan bantuan kepada ibu mengandung yang hadir untuk menerima suntikan vaksin, selepas mereka mendapat janji temu menerusi aplikasi MySejahtera.
"MITEC mempunyai 25 kakitangan yang bertugas mengikut dua syif bagi membantu memastikan kelancaran operasi, khususnya membabitkan perancangan gerak dan atur setiap peringkat program imunisasi.
"Operasi tujuh hari seminggu di MITEC juga dibantu sukarelawan dan petugas lain, menjangkau sekitar 300 orang, tidak termasuk petugas yang diberi peranan untuk menjaga aspek kebersihan serta keselamatan.
"Sejak dibuka pada 31 Mei lalu, kadar pemberian suntikan vaksin di PPV MITEC dapat ditingkatkan daripada sekitar 3,000 dos kepada hampir 5,000 dos sehari. Keupayaan itu akan terus ditambah supaya mencapai 6,000 dos sehari Isnin ini," katanya.
Bagi menjamin aspek keselesaan dan keselamatan ibu mengandung, Dora berkata, MITEC menyediakan kerusi roda, perkhidmatan pengantara menggunakan bugi dan 1,400 ruang parkir, selain petugas sokongan.
Sistem jana kuasa sokongan dan logistik khusus turut ditempatkan di pusat dagangan itu bagi memastikan kualiti vaksin, khususnya Pfizer yang memerlukan aspek penyimpanan ultra sejuk tidak terjejas sekiranya berlaku insiden litar pintas.
"Badan Bertindak Imunisasi COVID-19, petugas MITEC dan pasukan perubatan bekerjasama bagi memastikan semua keperluan aspek logistik sentiasa dipenuhi," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/janji-temu-suntikan-ibu-mengandung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Janji Temu Lhdnm Cara Buat Appointment

Janji Temu Lhdnm Cara Buat Appointment

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 552 hits
JANJI TEMU LHDNM CARA BUAT APPOINTMENT Kepada yang ingin membuat permohona rayuan BPR menggunakan Borang Rayuan BPR anda perlu membuat janji temu LHDNM sebelum hadir ke cawangan PKH UTC untuk sebarang urusan berkaitan BPR Bagaimanakah cara ...
Hiburan Penat Dituduh Anti Vaksin Lufya Omar Kongsi Sudah Selesai Temu Janji Dos Pertama

Hiburan Penat Dituduh Anti Vaksin Lufya Omar Kongsi Sudah Selesai Temu Janji Dos Pertama

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 264 hits
Didakwa anti vaksin selepas pendedahan Fara Hanim baru baru ini walaubagaimanapun Lufya Omar dan Rita Rudaini sudah pun membersihkan nama mereka daripada pertuduhan itu BACA Untuk Kembali Seperti Biasa Memang Tidak Lufya Maafkan Fara HanimA...
13 Komplikasi Yang Sering Dihadapi Oleh Ibu Mengandung

13 Komplikasi Yang Sering Dihadapi Oleh Ibu Mengandung

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 387 hits
13 Komplikasi Yang Sering Dihadapi Oleh Ibu Mengandung Ketika Hamil Wanita mana yang tak gembira apabila doktor mengesahkan dirinya kini berbadan dua Ada yang menunggu khabar gembira ni selama 3 tahun 4 tahun dan ada juga yang lebih dari it...
Makanan Untuk Ibu Mengandung Yang Tinggi Dengan Khasiat Untuk Ibu Dan Bayi Dalam Kandungan

Makanan Untuk Ibu Mengandung Yang Tinggi Dengan Khasiat Untuk Ibu Dan Bayi Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 301 hits
Makanan Untuk Ibu Mengandung Yang Tinggi Dengan Khasiat Untuk Ibu dan Bayi Dalam Kandungan l Assalamualaikum Mengandung antara detik terindah dalam kehidupan seorang wanita Perasaan gembira tu tak tahu nak digambarkan macam mana Lagi lagi b...
Pribiotik Dan Ibu Mengandung Serta Tips Yang Perlu Ambil Tahu

Pribiotik Dan Ibu Mengandung Serta Tips Yang Perlu Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 255 hits
PROBIOTIK DAN IBU MENGANDUNG SERTA TIPS YANG PERLU AMBIL TAHU Mungkin sebelum ini kita tak pernah ambil tahu tentang kesan pengambilan probiotics bagi ibu mengandung kan Untuk entry ni umi saja nak bercerita pasal probiotics ni dan apa yang...
Ppv Sesak Penerima Tak Ikut Masa Janji Temu

Ppv Sesak Penerima Tak Ikut Masa Janji Temu

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 404 hits
KUANTAN Tindakan sesetengah penerima vaksin yang hadir ke Pusat Pemberian Vaksin tidak mengikut masa janji temu menyebabkan berlaku kesesakan di PPV Wisma Belia di sini hari ini
Kkm Vaksin Pfizer Tetap Pilihan Utama Untuk Ibu Mengandung

Kkm Vaksin Pfizer Tetap Pilihan Utama Untuk Ibu Mengandung

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 228 hits
Vaksin keluaran Pfizer BionNTech tetap menjadi pilihan pertama Kementerian Kesihatan untuk para wanita mengandung menurut kementerian itu Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga KKM Dr Nazrila Hairizan berkata pihaknya aka...
Jto Kwsp Permohonan Janji Temu Online Kwsp Sepanjang Pkp

Jto Kwsp Permohonan Janji Temu Online Kwsp Sepanjang Pkp

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 556 hits
PERKHIDMATAN JANJI TEMU ONLINE JTO KWSP KWSP telah membuka semula semua kaunter perkhidmatan cawangan di seluruh negara bagi perkhidmatan yang terpilih bermula 1 Julai 2021 dari 8 30 pagi hingga 2 00 petang pada hari bekerja Sudah tentu ram...
Temu Janji Kwsp Online 2021 Cara Tempah Tukar Temu Janji Kwsp

Temu Janji Kwsp Online 2021 Cara Tempah Tukar Temu Janji Kwsp

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 432 hits
Temu Janji KWSP Online Untuk makluman anda bermula 1 Julai 2021 kaunter KWSP akan dibuka semula TETAPI anda perlu mohon temu janji di kaunter KWSP secara online terlebih dahulu Ini bagi mengelakkan kesesakan di cawangan KWSP dan juga langka...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Terkini Kadar Dividen Asb 2024

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur