13 Kesalahan Berniaga Online Di Media Sosial


Ramai betul orang berniaga di media sosial sekarang ni kan. Seperti yang kita sedia maklum media sosial ni satu medium untuk kita bersosial, berkomunikasi, berkenalan, berkongsi dan sebagainya. Yang pastinya, ia bukan tempat untuk berniaga dan beriklan. Tapi, peluang yang wujud untuk mengaplikasikan media sosial sebagai medan untuk perniagaan memang amat luas


Antara media sosial yang menjadi pilihan peniaga ialah Facebook, Instagram, Blog dan lain-lain lagi

Memang seronok berniaga secara online, senang dan mudah. Tapi tahukah anda ada beberapa kesalahan yang selalu peniaga lakukan. 
Mari kita selam lebih dalam lagi apa kesalahan yang sering dilakukan oleh peniaga yang berniaga di media sosial


1. BERNIAGA TANPA ILMU DAN PERANCANGAN
Bila anda berniaga di media sosial, yang paling penting anda kena ada ilmu yang betul, jangan main hentam mak bedah jer. Boleh tanya pada peniaga lain yang sudah berpengalaman

Buat research tentang produk, sesuai ke tak dengan pelanggan sasaran, kenapa mereka perlu beli, cara betul buat ayat iklan. Jangan main tiru je tengok orang lain jual kau pun nak jual juga la

Rancang masa yang sesuai bila nak buat promosi, bukannya post gambar produk je setiap jam. Sekali sekala post la tips, ayat motivasi atau buat cerita yang beremosi tangkap dalam punya


2. JUAL TERLALU BANYAK PRODUK
Jual hanya 1 atau 2 produk sahaja, ni ramai yang buat silap. Semua barang dia nak jual, dah macam kedai runcit. Kebanyakkan yang berjaya hanya menjual 1 produk sahaja

Bila banyak-banyak barang yang anda jual, anda akan hilang fokus, kelam-kabut, orang tanya lain kau jawab lain. Yang penting anda perlu fokus dan konsisten


3. TERLEBIH BERIKLAN DAN PROMOSI
Media sosial ni tempat untuk bersosial, bukannya untuk mengiklankan produk anda. Bila buka sahaja Facebook atau Instagram, penuh dengan gambar-gambar produk. Semak semak..

Sakit mata tengok. Setiap masa upload gambar produk, rasa nak unfriend pun ada, betul tak.!

Tapi tak salah, bila anda ada bisnes, tak guna media sosial untuk promosi barangan adalah satu kesilapan juga. Cuma jangan berlebihan beriklan, selitkan perkara-perkara yang memberi manfaat pada rakan-rakan anda


4. TAK BINA PERSONAL BRANDING
Anda terus menjual tetapi anda tak bina personal branding. Siapakah anda

Pelanggan perlu tahu siapakah anda? Apa kelebihan anda? Apa perniagaan yang anda jalankan

Personal branding adalah satu kaedah membangunkan diri anda atau mempromosikan diri anda

Dari situ akan terbina kepercayaan, rasa hormat, dan diminati ramai


5. TAK TAHU COPYWRITING ATAU STORYTELLING
Sebagai peniaga online anda perlu tahu dan belajar apa itu copywriting dan storytelling

Jangan hanya upload gambar dan terus bagi details harga bagai. Memang nampak seperti iklan dan terdesak untuk dapatkan jualan. Kena ingat ye di media sosial orang tak suka sangat tengok iklan

[ Baca ] - Mobile Copywriting Generator
Anda perlu tahu cara menulis dengan baik, bercerita dengan penuh emosi dan mampu menarik minat pelanggan anda untuk membaca

Dengan copywritng yang baik, pelanggan anda akan tersentuh atau kena dengan dirinya. Dari situ akan timbul minat ingin lebih tahu dan seterusnya membuat pembelian


6. KURANG KOMUNIKASI
Satu kesilapan yang terbesar yang selalu dilakukan oleh peniaga ialah kurang berkomunikasi dengan pelanggan lain

Jika ada Pm atau pertanyaan, anda terus bagi details dan siap no akaun. Relax der, borak-borak la sikit anggap mereka berada di depan mata kita

Dengan berinteraksi promosi anda nampak hidup dan anda membina kepercayaan dalam diri orang lain

Sesiapa pun memang tak suka berinteraksi dengan orang yang sombong atau kurang layanan

Selalu lah juga komen post dan like page orang lain. Baru orang nampak dan suka dengan anda


7. TIDAK FOKUS 
Anda harus fokus bila mempromosikan produk anda di media sosial. Jangan terlalu menjual banyak barang, nanti hilang fokus

Fokus juga pada cara atau strategi nak promosi barang ke lebih rangkaian media sosial yang lain

Ingat, promosi hanya kepada yang berminat. Jangan buang masa kat orang yang memangnya tidak berminat


8. CAMPUR ADUK AKAUN PERIBADI DENGAN PERNIAGAAN
Yang ni ramai buat silap, terutama di facebook. Main campur aduk je tentang peribadi dan pernigaan

Kucing berak merata pun kau nak cerita dalam facebook. Mak mertua datang nak masak apa ni, itu pun cerita. Pastu kau post tentang produk kau jual. Ape ke hal, nampak berserabut tak..!


Anda sebagai peniaga, seharusnya buat satu page khusus untuk berniaga. Baru senang pelanggan nak cari barangan yang anda jual. Nampak profesional la sikit, tak la bercampur aduk sana sini

Kalau guna Instagram boleh buat 1 lagi akaun untuk perniagaan


9. SALAH GUNA HASHTAG
Ramai peniaga menyalahgunakan #hashtag dalam perniagaan mereka. Ada yang ambil kesempatan dengan menggunakan hashtag yang popular atau trending

Contohnya anda berniaga perfume, tapi anda gunakan hashtag #jangancakapabangtakpayung atau lain-lain yang tidak ada kena mengena dengan produk anda jual


Tolong guna hashtag yang berkaitan dengan perniagaan dan produk yang anda jual. Bukan payah mana pun kan


10. AKAUN MEDIA SOSIAL ANDA PRIVATE ATAU TIDAK PUBLIC
Disini jangan menyusahkan pelanggan anda untuk berhubung dengan anda

Sebagai peniaga online perlu bagi orang luar nampak bukan hanya sekadar kawan-kawan anda sahaja


11. TIADA TARGET AUDIENS
Anda perlu tahu produk yang anda jual dan siapa yang perlu beli dari anda. Kena belajar dan  buat kajian sikit

Anda perlu tahu tempat tinggal mereka, umur, masalah dan minat mereka supaya senang untuk anda mempromosikan produk anda


12. LAMBAT BALAS PM
Paling lewat pun dalam tempoh 24 jam. Jangan la sampai berhari-hari baru nak balas. Nak berniaga online kena jaga sistem

Pelanggan tak suka menuggu lama dan akhirnya bertukar kepada peniaga lain


13. SPAM IKLAN
Spam adalah satu kesalahan dalam perniagaan online

Contohnya mempromosikan perniagaan anda di facebook page orang lain dengan meletakkannya diruang komen

Satu tindakan yang tidak beretika dan mampu menjatuhkan kredibiliti anda


Kesimpulan
Sebagai peniaga, anda gunakanlah media sosial sebaik mungkin. Anda harus pandai menggunakan elemen positif untuk membina kepercayaan untuk orang lain mengenali anda. Semoga bermanfaat pada anda semua

Semoga bermanfaat



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.rujukanniaga.com/2018/09/13-kesalahan-berniaga-online-di-media.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Cara Sandiaga Hadapi Netizen Yang Suka Nyinyir Di Media Sosial

Ini Cara Sandiaga Hadapi Netizen Yang Suka Nyinyir Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 425 hits
Berita Islam 24H Calon Wakil Presiden Sandiaga Uno memiliki cara untuk menghadapi komentar negatif atau yang biasa disebut nyinyir dari para netizen di akun media sosialnya Hal ini diungkapkan Sandi dengan mentautkan video wawancara dirinya...
Jangan Memperagakan Di Media Sosial Ramai Yang Tidak Mengambil Peduli

Jangan Memperagakan Di Media Sosial Ramai Yang Tidak Mengambil Peduli

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 334 hits
Wanita tidak dibolehkan menjadi model busana muslimah yang turut ditonton oleh kaum lelaki termasuk di media sosial seperti di fb instagram dan lain lain kerana itu termasuk memperagakan kecantikan yang tidak dibenarkan oleh Islam Kecantika...
Adakah Boleh Dan Dibenarkan Kita Berkongsi Masalah Di Media Sosial Dr Zaharuddin Abdul Rahman Merungkai Persoalan Ini

Adakah Boleh Dan Dibenarkan Kita Berkongsi Masalah Di Media Sosial Dr Zaharuddin Abdul Rahman Merungkai Persoalan Ini

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 245 hits
Kita sering dijamu dengan berbagai permasalahan yang diutarakan oleh orang ramai melalui laman sosial ianya seolah menjadi satu kemestian bagi mereka yang inginkan jawapan dengan segera dijawab oleh mereka yang bijak pandai Berbagai masalah...
Gerindra Latih Ratusan Emak Emak Menulis Positif Di Media Sosial

Gerindra Latih Ratusan Emak Emak Menulis Positif Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 261 hits
Ratusan emak emak yang tergabung di dalam relawan Prabowo Sandi mengikuti pelatihan jurnalis yang digalakan Departemen Jurnalisme Publik DPP Partai Gerindra di Amphitheater Hambalang Desa Bojong Koneng Kabupaten Bogor Jawa Barat Sabtu
Teknik Menulis Content Di Media Sosial Untuk Naikkan Follower Dan Menjual Produk

Teknik Menulis Content Di Media Sosial Untuk Naikkan Follower Dan Menjual Produk

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 369 hits
Tidak tahu nak tulis status Tidak pandai nak bina ayat Content bagaimana yang sesuai untuk jual produk Ha kalian boleh dapatkan ebook dari Tuan Khairul Hakimin Muhammad ini Saya percaya kalian kenal siapa Tuan Khairul ini Beliau terkenal de...
Sampai Bila Maknya Maknyah Ni Nak Bemaharajalela Kat Media Sosial Ni

Sampai Bila Maknya Maknyah Ni Nak Bemaharajalela Kat Media Sosial Ni

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 255 hits
Bulan Ramadhan ni banyak ujian yang ditempuh oleh umat islam Baru baru ini melayu dikejutkan dengan tindakkan seorang Instafamous yang mula menadi terkenal apabila membuat dua tindakkan yang tidak wajar nama yang lebih dikenali sebagai faiz...
Kena Gangguan Seksual Oleh Lelaki Melayu Selebriti Media Sosial Ini Nafi Serik Ke Malaysia

Kena Gangguan Seksual Oleh Lelaki Melayu Selebriti Media Sosial Ini Nafi Serik Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 888 hits
Semalam seorang selebriti media sosial Jade anh luah rasa kecewa di Insta Story terhadap gangguan seksual yang diterima dari rakyat Malaysia Menurutnya dia agak terkejut menerima komen berbaur lucah ketika membuat live di Instagram miliknya...
Hari Pertama Anak Masuk Sekolah Apa Yang Tak Patut Anda Post Di Sosial Media

Hari Pertama Anak Masuk Sekolah Apa Yang Tak Patut Anda Post Di Sosial Media

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 379 hits
Assalamualaikum Tahun depan Mikhail akan masuk darjah satu Seperti kakaknya saya tak akan hantar dia dan tunggu disekolah Ayahnya saja yang akan pergi hantar dan tunggu dia sementara nak tahu duduk kelas mana lepas tahu kelas ayah akan bali...
Top Up Biskut Timbang

Dream Bike Another Knockout Sportster 1200 Street Tracker By Mule

Kemaskini Str 2025 Maklumat Yang Perlu Dikemaskini Caranya

Malaysia Can Help Palestine Restore Telecommunications Says Fahmi

Jangan Pernah Berhenti Berdoa Ya

Jalen Menyatukan Rasa Dan Hati Melalui Program Komuniti

Bakul Cheh Cha Alor Setar

Tips That Will Help You To Stay Safe When Using Your Phone


echo '';
Biodata Terkini Sheila Abdull Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Mungkinkah

Biodata Terkini Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Keranamu Kekasih

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal


Beg Tangan Adakah Sekadar Aksesori Fesyen

Pengasas Beras Faiza Asal Mesir

Kawasaki Z800 Si Kuda Besi Lama Yang Masih Padu Dan Berbaloi

Sagittarius And Gemini

Tarot For Aries

Pgslot 24 Dec 2024 Pgslot 10 Api Ios Slot Top 59 By Valencia Ordigros Com