13 Anggota Aurat Wanita Yang Anda Perlu Ambil Tahu


Membincangkan mengenai suruhan yang pertama iaitu suruhan menutup aurat sinonimnya dikaitkan dengan wanita. Menutup aurat untuk wanita-wanita Islam Muslimah adalah wajib tapi ramai yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Malah ada yang seakan-akan memperagakan fesyen seolah-olah mempersendakan hukum atau syariat Islam. Dalam persoalan ini kita boleh lihat adanya tiga kategori wanita.
Pertama : menutup aurat dengan sempurna.
Kedua : menutup aurat tetapi tidak sempurna
Ketiga : langsung tidak menutup aurat
Kumpulan pertama menutup aurat dengan sempurna kerana dia sedar bahawa itu adalah perintah Allah SWT. Menyedari bahawa hukum menutup aurat itu wajib serta memahami cara yang betul dalam menutup aurat. Kumpulan kedua menutup aurat, tetapi tidak sempurna. Zaman sekarang, ramai wanita yang terjebak dalam kategori ini. Menutup aurat bukan sekadar melilit sehelai kain di atas kepala tetapi memelihara kecantikan diri daripada diperagakan kepada orang awam. Kadang-kadang kepala ditutup dengan tudung tetapi pada masa yang sama potongan tubuh badan dipertontonkan kepada orang.
Hakikatnya, pemahaman masyarakat wanita Muslim dalam persoalan menutup aurat masih cetek. Ungkapan “Daripada tak tutup langsung, lebih baik tutup…” Kata-kata ini tampak baik, semacam positif, tetapi pada hakikatnya ia adalah suatu yang dangkal! Kenapa perlu dibandingkan dengan wanita yang tidak menutup aurat? Kononnya yang menutup aurat walaupun tidak sempurna sudah dianggap baik. Kenapa tidak mencontohi muslimah yang lebih sempurna dalam menutup aurat? Itulah golongan manusia yang hidupnya dihiasi dengan ribuan alasan. Dalam urusan dunia, dibandingkan dirinya dengan yang lebih baik, manakala dalam urusan agama, mereka cuma membandingkan dirinya dengan yang paling teruk. Hasilnya tiadalah istilah penambahbaikan dalam diri mereka.
Allah S.W.T yang menjadikan rupa paras wanita dengan keayuan yang semula jadi, yang menjadi tarikan orang lelaki dan Dia jugalah yang memerintah agar kamu wahai wanita supaya menutup aurat. Suruhan ini bukanlah daripada ustaz, ustazah atau mana-mana ulama’, tetapi arahan ini datangnya dari Allah S.W.T yang menjadikan makhluk-Nya. Hairannya, manusia terima semua yang diberi oleh Maha Pencipta seperti makan, minum, kesihatan, rezeki dan macam-macam lagi kalau mahu dihitung sudah pasti manusia tidak dapat menghitung nikmat dari-Nya, tetapi bila disuruh menutup aurat dia ingkar, suruh solat dia ingkar, suruh zakat dia ingkar dan banyak lagi keingkaran yang dilakukan oleh manusia. Ditekankan lagi ayat-ayat mengenai suruhan menutup aurat :
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – Wahai ‘AhlulBait’dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji)”. (Surah al-Ahzab : Ayat 33)
Firman Allah S.W.T yang bermaksud : “Wahai Nabi, Suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (Surah al-Ahzab : Ayat 59)
Di akhir zaman ini, orang pakai tudung sempurna pun belum tentu selamat dari ancaman nafsu serakah manusia, inikan pula sengaja mendedahkan aurat semacam bersedia untuk dibaham. Kecantikan seorang wanita terletak pada sejauh mana ketaatannya kepada Allah SWT. Silap jika golongan hawa ini merasakan kaum adam hanya tertawan dan tergoda dengan rupa parasnya semata-mata tanpa melihat kepada unsur-unsur keagamaan pada dirinya. Kecantikan dalaman itu adalah kualiti sebenar yang diidamkan oleh muslim yang soleh. Sangat jarang si pembeli memilih kuih yang terdedah kepada lalat, asap dan kotoran. Pastinya dia akan memilih kuih atau makanan yang tertutup dan dibungkus dengan sempurna. Kecantikan dan rupa paras yang Allah S.W.T kurniakan adalah untuk dipelihara dan tontonan suami sahaja bukannya untuk orang lain. Dunia dipenuhi dengan perhiasan, maka sebaik-baik perhiasannya ialah wanita solehah.
Berikut adalah kesilapan dan salah faham segelintir wanita zaman sekarang mengenai arahan Allah S.W.T supaya menutup aurat. Moga ia menjadi renungan dan iktibar buat kita semua.
Aurat itu adalah memakai tudung sahaja. Bertudung tetapi mengenakan ‘T-Shirt’ berlengan pendek. Bertudung tetapi baju kebarung/kebayanya terbelah di bahagian tengah. Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk tubuh. Bertudung tetapi amat longgar tudungnya sehingga sengaja menayangkan jambul dan hujung rambutnya. Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tanggalkan tudung bila di pasar raya. Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah belahan dadanya dari ditutupi oleh kain tudung. Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya. Senarai anggota aurat bagi seorang wanita: 1. Bulu Kening – Menurut Bukhari, Rasulullah SAW melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadith Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng – “Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng.
3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidung belang – Petikan dari Hadith Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada – “Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.” – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi – Rasulullah SAW melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadith Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu.
Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan – Asma Binti Abu Bakar RA telah menemui Rasulullah SAW dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” – Petikan dari Hadith Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadith Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata – “Dan katakanlah kepada perempuan mu’min hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya.” – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Rasulullah SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram” – Petikan dari Hadith Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara) – “Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.” – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda Rasulullah SAW, “Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang la in, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah SWT akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.” – Petikan dari Hadith Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan – “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mu’min, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.” – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Rasulullah SAW, “Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.” – Hadith Riwayat Riwayat Al Bazzar.
“Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.” – Petikan dari Hadith Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian – “Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah SWT akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” – Petikan dari Hadith Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud: “Hai Nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
“Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya.” – Petikan dari Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.
Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)
Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)
sumber: kettohir dan Jakim Sabah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://depalmasp.com/13-anggota-aurat-wanita-yang-anda-perlu-ambil-tahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sorok Sikit Perut Jaga Aurat Pandangan Mata Nakal Ibu Anak Sembilan Nasihatkan Wanita Hamil

Sorok Sikit Perut Jaga Aurat Pandangan Mata Nakal Ibu Anak Sembilan Nasihatkan Wanita Hamil

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 914 hits
Hamil merupakan moment yang terindah bagi setiap ibu Semakin hari perut semakin membesar Bagi wanita muslimah perut merupakan bahagian aurat yang harus ditutup dengan sempurna berkongsi sebuah perkongsian mengenai ibu hamil dan batas aurat ...
Tiga Belas Aurat Wanita Yang Anda Mesi Tahu Dan Jaga Wanita Sekalian Tolong Jangan Abaikan Artikel Ini

Tiga Belas Aurat Wanita Yang Anda Mesi Tahu Dan Jaga Wanita Sekalian Tolong Jangan Abaikan Artikel Ini

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 491 hits
1 Bulu Kening Menurut Bukhari Rasulullah SAW melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening Petikan dari Hadith Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari 2 Kaki semacam hantu loceng Dan janganl...
Media Indonesia Melaporkan Perkahwinan Sultan Kelantan Dan Wanita Russia Kini Diambang Perceraian

Media Indonesia Melaporkan Perkahwinan Sultan Kelantan Dan Wanita Russia Kini Diambang Perceraian

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 873 hits
Berita Mengejutkan Dari Negara Seberang Indonesia Tentang Hubungan Perkahwinan Sultan Kelantan Ini Jadi Bualan Netizen Sultan Kelantan Sultan Muhammad V merupakan seorang raja yang bersahaja tanpa terikat dengan protokol apabila mendampingi...
Info Penjelasan Kenapa Wanita Mengandung Dilarang Pegang Kucing

Info Penjelasan Kenapa Wanita Mengandung Dilarang Pegang Kucing

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 468 hits
Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kehamilan kerana keadaan ini berkait rapat dengan sejenis parasit iaitu protozoa yang dikenali sebagai toxoplasma gondii Haiwan jinak seperti kucing sememangnya kerap dijadikan haiwan pel...
Wanita 25 Tahun Ke Atas Kena Tahu 6 Rahsia Jaga Kulit Wajah Kekal Cantik Dan Jelita Ramai Yang Terlepas Pandang

Wanita 25 Tahun Ke Atas Kena Tahu 6 Rahsia Jaga Kulit Wajah Kekal Cantik Dan Jelita Ramai Yang Terlepas Pandang

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 466 hits
Wanita 25 Tahun Ke Atas Anda Patut Tahu 6 Rahsia Jaga Kulit Wajah Kekal Dan Jelita Ramai Yang Terlepas Pandang Wanita masuk saja angka 25 anda patut belek kulit wajah lebih daripada biasa sebab tanda tanda penuaan pasti akan kelihatan Perha...
Wanita Rasa Bertuah Penjual Bagi Makanan Percuma Terus Loya Tekak Nampak Inti Cicak

Wanita Rasa Bertuah Penjual Bagi Makanan Percuma Terus Loya Tekak Nampak Inti Cicak

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 366 hits
Wanita rasa bertuah penjual bagi makanan percuma terus loya tekak nampak inti cicak Bayangkan anda baru saja membeli enam snek daripada penjaja di sebuah stesen kereta api Anda sudah menikmati lima daripadanya tetapi apabila mahu menggigit ...
Vin Diesel Umum Spin Off Watak Wanita Fast And Furious Bakal Dihasilkan

Vin Diesel Umum Spin Off Watak Wanita Fast And Furious Bakal Dihasilkan

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 1008 hits
Francais Fast Furious kini akan berkembang lagi dengan filem spin off terbarunya yang mana melibatkan watak wanita filem berkenaan Perkara ini diumumkan oleh Vin Diesel di laman Instagramnya dengan menyatakan bahawa projek tersebut kini sud...
Perghh Pinggul Wanita Di Gigit Ular Ketika Dalam Tandas

Perghh Pinggul Wanita Di Gigit Ular Ketika Dalam Tandas

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 694 hits
DUNIA Syarikat gaji 10 pekerja Ular sawa itu berjaya ditarik keluar dari mangkuk tandas NIAT seorang wanita yang mahu membuang air kecil terbantut apabila pinggulnya digigit seekor ular sawa ketika sedang duduk di atas mangkuk tandas di rum...
Informasi Wanita Mangsa Utama Keldai Akaun

Informasi Wanita Mangsa Utama Keldai Akaun

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 389 hits
DUNGUN 25 Januari Wanita dipercayai mudah menjadi mangsa utama keldai akaun akibat terpedaya dengan kata kata manis mat negro atau orang putih Pegawai Penyiasat Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Dungun Inspektor Nurul Amynah Ismail berkata...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding