1274 Days From Strangers To Friends From Friends To Lovers Alhamdulillah And Assalamualaikum Husband
“1274 days. From strangers to friends. From friends to lovers. alhamdulillah, and Assalamualaikum husband..”. Lima bulan lalu, kami ada berkongsi mengenai kisah pasangan bertunang yang mempunyai ketinggian berbeza. Si jejaka memiliki ketinggian 188 cm manakala si gadis pula 144 cm.
Terbaru dengan sekali lafaz, pasangan tersebut iaitu Zakwan Azman dan Adilah Nazreen selamat disatukan sebagai suami isteri pada minggu lalu di Kedah.
“Syukur Alhamdulillah dengan sekali lafaz sah bergelar suami keatas isteri tercintaku @aadilah.nazreen . Segala kekurangan itulah pelengkap buat kami suami isteri.
“Terima kasih buat semua keluarga, ummi abah, adik beradik dan rakan rakan yang hadir & sokongan anda,” tulis Zakwan di laman sosial Instagram miliknya.
“1274 days. From strangers to friends. From friends to lovers. alhamdulillah, and Assalamualaikum husband,” kata Adilah pula.
Murah rezeki dorang!
Atikel Terdahulu
Ketinggian bukan penghalang, pasangan kacak & comel ini jadi tumpuan
Apabila setiap pasangan sudah saling menyayangi antara satu sama lain, keadaan fizikal dan ketidaksempurnaan ditolak tepi dan bukan menjadi perkara utama.
Betapa untungnya mendapat pasangan saling menerima kelebihan dan kelemahan. Baik fizikal tinggi atau rendah bagi lelaki dan wanita itu, masing-masing memiliki keunikan tersendiri.
Terbaru, seorang gadis Adilah Nazreenn menjadi tumpuan orang ramai di laman Instagram setelah mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya, Zakwan Azman pada 31 Ogos lalu.
Memuat naik beberapa keping gambar pertunangan, apa yang menarik perhatian adalah gadis berusia 24 tahun itu mempunyai ketinggian kurang tinggi berbanding dengan bakal suaminya.
“Terima kasih @zakwan.azman sudi bawa rombongan meminang ke rumah saya yang ni dah pakai kasut 2 inci, lepas ni kena belajar slow slow pakai 8 inci kot #188cm144cm,” tulis Adilah.
“188cm & 144cm | Ketinggian tidak menjadi penghalang. Syukur alhamdulillah. Selesai satu langkah,” tulis Zakwan pula.
Antara gambar yang dikongsikan…
Ternyata ketinggian bukan penghalang dalam sesuatu hubungan. Semoga pasangan kacak & comel ini cepat-cepat naik pelamin!
Sumber : Adilah Nazreenn, Zakwan Azman, August Pixtures
The post “1274 days. From strangers to friends. From friends to lovers. alhamdulillah, and Assalamualaikum husband..” appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.apakes.com/1274-days-from-strangers-to-friends-from-friends-to-lovers-alhamdulillah-and-assalamualaikum-husband/