12 Waktu Paling Mustajab Untuk Doa Mudah Dikabulkan



Carilah waktu paling mustajab untuk doa supaya permohonan kita lebih mudah dimakbulkan oleh Allah. Islam mengajar kita supaya sentiasa berdoa dan berharap hanya daripada Allah kerana segala perkara sudah ditentukan olehNya.
Kita diajar, jika berada di dalam kesulitan atau kesenangan sekali pun, jangan tinggalkan solat dan berdoa kepada Allah. Sesungguhnya Allah suka hambanya yang meminta daripadaNya. Justeru itu, tadahlah tangan dan berdoa.
Tapi mungkin adakalanya doa yang kita pohon tidak dimakbulkan oleh Allah sama ada dalam masa jangka yang sekejab atau jangka masa yang lama. Jadi apa kata selepas ini, kita perkara yang Islam ajar iaitu cari waktu mustajab doa supaya doa kita mudah dimakbulkan.
BACA JUGA : Hebatnya Doa Sebagai Senjata Orang Mukmin
Segala usaha yang kita buat, sudah pastinya Allah akan memandang dan memberi apa yang kita minta yang mungkin baik untuk kita. Justeru itu, jom kita lihat 14 waktu mustajab doa yang kita boleh amalkan sehari-harian
12 Waktu Mustajab Doa Supaya Lebih Mudah Dimakbulkan Berikut merupakan waktu paling mustajab untuk berdoa supaya permintaan mudah dikanbulkan. Ada 12 waktu yang paling sesuai seperti senarai dibawah:
1.  Saat Ketikan Azan BerkumandangMungkin dikala azan selain daripada menjawab azan, kita boleh berdoa tentang apa hajat kita yang kita mahu daripada Allah
Dari Sahl bin Saad bahwa Rasulullah SAW bersabda, ”Ada dua yang tidak tertolak atau jarang tertolak: Doa pada saat adzan dan doa tatkala perang berkecamuk.” (HR. Abu Daud, Baihaqi, dan Hakim)
2.  Saat Ketika Azan Dan IqamahSesudah azan, terdapat satu lagi waktu mustajab doa iaitu antara azan dan iqamah iaitu sebelum solat. Jadi pada waktu ini, banyakkan berdoa dan kalau boleh hindarkan berbual kosong waktu tersebut. Lebih baik berdoa kepada Allah kan.
Dari Anas bin Malik berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Doa antara adzan dan iqamah tidak ditolak, maka berdoalah kamu” (HR. Ahmad)
3. Sebelum Memberi Salam Ketika SolatDalam solat juga terdapat 1 waktu mustajab doa iaitu sebelum memberi salam. Jangan lupa berdoa ketika ini.
Ada yang bertanya: "Wahai Rasulullah, bila doa kita didengari oleh Allah? Beliau bersabda: Di akhir malam dan di akhir solat wajib" (HR. Tirmidzi, 3499)
Ibnu Qayyim Al Jauziyyah dalam Zaadul Ma’ad (1/305) menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan ‘akhir solat wajib’ adalah sebelum salam. Dan tidak terdapat riwayat bahawa Nabi SAW dan para sahabat merutinkan berdoa meminta sesuatu setelah memberi salam.
4.  Saat Terjaga Daripada Tidur Pada Malam Hari Bagi Mereka Yang Tidur Dalam Keadaan SuciBiasakan diri kita tidur dalam keadaan suci. Jika kita terjaga di tengah malam, maka pohonlah doa kepadaNya.
Dari Amr bin Abasah bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan Allah akan mengkabulkannya.” (HR. Ibnu Majah)
5. Saat Ketika Berbuka PuasaJika saat berbuka, ambil masa sekejab dan berdoa kepada Allah kerana waktu itu juga merupakan antara waktu mustajab doa, lagi-lagi pada bulan Ramadhan
Dari Abdullah bin Amr Ash bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda,”Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa pada saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” (HR.Ibnu Majah dan Hakim)
6. Waktu Ketika Sujud Dalam SolatJika sebelum ini sebelum memberi salam, waktu sujud juga merupakan antara waktu mustajab doa. Panjangkanlah sedikit sujud anda bagi berdoa kepada Allah. Doa di kala sujud iaitu sujud dalam solat atau sujud-sujud lain yang diajarkan Islam seperti sujud syukur, sujud tilawah, dan sujud sahwi.
Dari Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, ”Saat yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika ia sujud, maka perbanyakkanlah doa.” (HR. Muslim)
7. Ketika Waktu HujanDoa merupakan rahmat kepada umat. Jadi ketika waktu kehujanan, perbanyakkan doa. Insyallah akan dimakbulkan oleh Alah
Dari Sahl bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Dua doa yang tidak pernah ditolak, doa pada waktu azan dan doa pada waktu hujan.” (HR. Hakim)

8. Doa Pada Hari JumaatHari Jumaat merupakan hari barakah iaitu penghulu segala hari. Di dalamnya terdapat waktu yang mana doa kita mudah diangkat oleh malaikat ke langit. Jadi bila tiba hari jumaat, perbanyakkanlah doa pada setiap masa. Pasti Allah akan mendegar doa kita
“Rasulullah SAW menyebutkan tentang hari Jumat kemudian beliau bersabda: ‘Di dalamnya terdapat waktu. Jika seorang muslim berdoa ketika itu, pasti diberikan apa yang ia minta’. Lalu beliau mengisyaratkan dengan tangannya tentang sebentarnya waktu tersebut” (HR. Bukhari 935, Muslim 852 dari sahabat Abu Hurairah Radhiallahu’anhu
9. Pada Malam Lailatul QadarAntara malam yang mulia dari seribu bulan iaitu Malam al-Qadr. Islam ajar, ianya jatuh dalam bulan Ramadhan dan katanya pada 10 malam terakhir. Jadi carilah dan rebutlah serta beribadah dan berdoa pada malam tersebut.
Allah SWT berfirman, “Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar.” (Q.S Al-Qadr :3-5)
10. Doa Pada Hari ‘ArafahWaktu ini juga istimewa yang hanya berlaku pada bulan Haji sahaja iaitu pada bulan Zulkaedah. Perbanyakkan doa pada hari tersebut.
Dari Amr bin Syu’aib dari bapaknya dari kakeknya bahwa Rasulullah SAW bersabda,”sebaik-baik doa adalah pada hari ‘Arafah” (HR.Al-Tirmidzi)
11. Waktu Sepertiga MalamWaktu ini sangat istimewa dimana dikala ramai yang tidur, kita bangun melakukan soalat dan berdoa kepada Allah. Ianya seakan-akan antara kita dengan Allah sahaja ketikat itu. Doalah banyak-banyak, pasti Allah akan mendengar.
Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Tuhan kita yang Maha Berkah dan Maha Tinggi turun ke langit dunia setiap malam pada sepertiga malam terakhir dan berfirman,“Barangsiapa berdoa kepadaKu pasti Aku kabulkan, barangsiapa meminta kepadaKu pasti Aku beri, dan barangsiapa yang memohon keampunanKu pasti Aku ampuni’” (HR.Bukhari)
Amr bin Abasah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Saat yang paling mendekatkan seorang hamba dengan Tuhannya adalah saat ia dalam sujudnya dan jika ia bangun melaksanakan solat pada sepertiga malam yang terakhir. Kerana itu, jika kamu mempu menjadi orang yang berzikir kepada Allah pada saat itu maka jadilah.” (HR. Tirmidzi dan Ahmad)
BACA JUGA : Cara Hindari Hasad Dengki
12. Ketika Minum Air Zam-ZamKetika meneguk atau minum air zam-zam, niat dan berdoa la kepada Allah supaya segala hajat dan permohonan kita dimakbulkan.
“Khasiat Air Zam-zam itu sesuai niat peminumnya” (HR. Ibnu Majah, 2/1018. Dishahihkan Al Albani dalam Shahih Ibni Majah, 2502)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aimanabdullah.com/2020/03/waktu-mustajab-doa-supaya-doa-mudah-makbul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melayu Malaysia Adalah Bangsa Yang Paling Mudah Ditipu Dan Ditakutkan Oleh Melayu Dan Lebai

Melayu Malaysia Adalah Bangsa Yang Paling Mudah Ditipu Dan Ditakutkan Oleh Melayu Dan Lebai

papar berkaitan - pada 27/9/2024 - jumlah : 167 hits
The Pakatan Harapan government s inability to introduce more progressive policies is due to the unfounded fear towards non Malays according to Zaid Ibrahim Criticising the outdated Malay agenda premise the former law minister said this has ...
10 Tips Paling Mudah Untuk Tubuh Kekal Langsing Dan Sihat

10 Tips Paling Mudah Untuk Tubuh Kekal Langsing Dan Sihat

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 200 hits
Dengan sedikit disiplin dan tips mudah ini korang boleh kekalkan badan yang langsing dan sihat tanpa rasa terseksa Dan kalau ada hari hari malas tak apa senyum dan cuba lagi esok Jom kita baca apakah tips itu Minum air tapi bukan air manis ...
Sejak Dalam Kandungan Anak Paling Mudah Dijaga Luahan Hati Ibu Ku Adib Undang Pilu

Sejak Dalam Kandungan Anak Paling Mudah Dijaga Luahan Hati Ibu Ku Adib Undang Pilu

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 185 hits
Saya namakan dia Adib yang bermaksud lembut dan patuh Alhamdulillah Allah makbulkan doa saya dengan memberikan anak seperti yang didoakan Demikian perkongsian Hafizah Iszahanid ibu kepada Ku Adib Aizab Ku Azmi 20 yang juga Penolong Pengaran...
Doa Meminta Hisab Yang Mudah

Doa Meminta Hisab Yang Mudah

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 148 hits
Kelak setelah kiamat Allah membangkitkan seluruh manusia lalu mengumpulkan mereka pada yaumul mahsyar Selanjutnya Allah akan menghisab mereka pada yaumul hisab Agar selamat pada waktu itu kita perlu mengamalkan doa meminta hisab yang mudah ...
Perapan Ayam Mudah

Perapan Ayam Mudah

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 169 hits
Perapan ayam mudah Bila nak makan korang hanya tinggal defrost bakar dalam air fryer Mudah cepat Tips untuk ayam masak sekata Bakar pada suhu 180 selama 20mnt Kemudian terbalikkan ayam bakar lagi 10mnt dgn suhu yg sama Hasil dia ayam akan g...
Cara Mudah Cepat Buat Nasi Minyak Guna Beras Biasa Saja Tapi Letak Sikit Jus Ini Baru Sedap

Cara Mudah Cepat Buat Nasi Minyak Guna Beras Biasa Saja Tapi Letak Sikit Jus Ini Baru Sedap

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 250 hits
Di negeri pantai timur hidangan nasi minyak ini tak perlu tunggu majlis kahwin Ia jadi hidangan harian yang kebiasaannya dinikmati waktu pagi Ini kerana hidangan nasi minyak dibuat dengan cara yang mudah Tak perlu guna beras basmathi pun Ji...
Ringkas Tapi Boleh Masak Macam Macam Aneka Resipi Telur Dadar Mudah Sedap

Ringkas Tapi Boleh Masak Macam Macam Aneka Resipi Telur Dadar Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 184 hits
Nama je Telur Dadar tapi macam macam menu boleh diolah dan disediakan Semua orang suka menu telur dadar ni Sedap malah sangat mudah nak masak Bagi yang terasa nak makan telur dadar panas panas tapi nak ubah sedikit rasanya supaya lebih seda...
Resipi Sup Mi Udon Yang Mudah Rasa Supnya Ringan Tapi Sedap

Resipi Sup Mi Udon Yang Mudah Rasa Supnya Ringan Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 190 hits
Udon adalah sejenis mi dari Jepun yang selalu digunakan dalam masakan Ia juga sudah semakin diterima masyarakat di negara ini yang sememangnya suka mencuba pelbagai makanan Jika selalu makan mi sup bihun sup atau kuetiau sup tapi kalau mahu...
Youtube Sembunyikan Butang Skip Pada Aplikasi Mudah Alih Pula

Youtube Sembunyikan Butang Skip Pada Aplikasi Mudah Alih Pula

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 71 hits
YouTube kini cuba memaksa pengguna menonton iklan mereka menerusi aplikasi YouTube di peranti mudah alih dengan menyembunyikan butang langkau dari pengguna Butang itu dilaporkan tidak lagi kelihatan pada aplikasi YouTube di peranti Android ...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik