12 Gelanggang Pickleball Yang Menarik Di Selangor


Hi Korang,
Sukan Pickleball kini semakin mendapat tempat di Malaysia, dan negeri Selangor tidak terkecuali

Tapi, apa sebenarnya sukan pickleball ini? 

Ia merupakan sukan dengan pergerakkan yang pantas dan menyeronokkan yang menggabungkan elemen tenis, badminton dan ping pong. Dimainkan di gelanggang yang lebih kecil menggunakan paddle dan bola plastik berlubang, pickleball sesuai untuk semua peringkat umur dan tahap kemahiran. Popularitinya yang semakin meningkat kerana ia mudah dipelajari dan cukup mencabar untuk membuat anda terus ketagih. Sama ada anda pemain baharu atau berpengalaman, Selangor menawarkan pelbagai lokasi menarik untuk anda bermain, berlatih dan bersosial. Inilah 12 gelanggang pickleball yang menarik di Selangor yang wajib anda kunjungi

1. Grand Rally Pickleball, Shah Alam

Grand Rally Pickleball yang terletak di aras bumbung tingkat 5, Pusat Komersial A, Jalan Plumbum, Seksyen 7 Shah Alam, menawarkan 17 gelanggang bersaiz kejohanan termasuk pilihan VIP dan Grand VIP yang eksklusif. Dibuka setiap hari dari jam 8:00 pagi hingga jam 1:00 pagi, terdapat tiga pilihan gelanggang mengikut bajet anda iaitu Lounge Courts hanya RM45 sejam sebelum 5 petang pada hari biasa, RM65 selepas 5 petang dan hujung minggu, VIP Courts hanya RM50 sejam sebelum 5 petang, RM80 selepas 5 petang dan Grand VIP Court hanya RM110 sejam, memberikan anda pengalaman bermain pickleball yang tiada tandingan, pada bila-bila masa! Terdapat juga kedai makanan tersedia seperti BoiBoi Deli, kedai Pickle Parlour dan ruang lounge mezzanine, semuanya dalam satu tempat yang sama

https://www.facebook.com/grandrallypickleball/https://www.instagram.com/grandrallypickleball/https://www.courtsite.my/centre/grandrallypickleball

2. DINKiT Pickleball, Kota Kemuning Shah Alam

Terletak di Kota Kemuning, Shah Alam, DINKiT Pickleball kini muncul sebagai salah satu destinasi pickleball paling meriah di Selangor! Dibuka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 1 pagi, pusat ini menampilkan dua jenis gelanggang, VIP Fenced Courts dan BC Open Courts, gelanggang yang direka khas untuk memenuhi keperluan semua pemain, tidak kira tahap kemahiran anda. Kadar sewaan gelanggang bermula serendah RM29 sejam pada hari bekerja dan hanya mencecah RM55 sejam pada waktu puncak termasuk hujung minggu dan cuti umum. Lebih daripada sekadar gelanggang, DINKiT menawarkan pengalaman sukan yang lengkap dengan kemudahan seperti ruang istirahat yang bersih, kedai lengkap dengan peralatan pickleball, parkir percuma, serta makanan dan minuman untuk anda nikmati selepas bersukan. Selesai berpeluh, singgah minum kopi dan kudapan lazat di Kafe Brew N Bread, atau luangkan masa petang anda dengan berjalan santai, berkelah atau bergambar bersama keluarga di Taman Tasik Kota Kemuning yang hanya 6 minit dari pusat ini

https://www.facebook.com/DINKiTPICKLECOURTS/https://www.instagram.com/dinkitmy/https://playsportstogether.com/complex/dinkit-picklecourts
3. The Pickle Vibe, Seri Kembangan

Terletak di The Atmosphere Commercial Park, Blok C, Tingkat 2, pusat ini menampilkan 14 gelanggang indoor yang luas dan selesa. Dibuka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 1 pagi, The Pickle Vibe menawarkan dua jenis gelanggang – Standard Court dengan kadar RM55 sejam pada hari bekerja sebelum 5 petang dan RM69 sejam selepas 5 petang serta sepanjang hujung minggu, manakala gelanggang International Tournament bermula serendah RM45 sejam sebelum 5 petang dan RM59 sejam selepas 5 petang dan juga pada hujung minggu. Sesuai untuk yang mahu mula bermain Pickeball dan juga pemain berpengalaman, The Pickle Vibe turut menganjurkan permainan sosial, sesi latihan dan kejohanan secara berkala untuk membantu anda kekal aktif dan terus mengasah bakat anda

https://www.facebook.com/theatmospheresk/https://www.instagram.com/thepicklevibe/https://www.courtsite.my/centre/thepicklevibe
4. Pickleball Factory, Subang Jaya

Pickleball Factory terkenal dengan lima gelanggang tertutup dan satu gelanggang terbuka yang sesuai untuk semua peringkat pemain. Suasananya cukup meriah, terutamanya selepas waktu kerja atau hujung minggu. Gelanggang ini menawarkan harga sewa peralatan yang sangat berpatutan dengan raket berharga hanya RM4 sahaja, waktu operasi yang fleksibel termasuk sesi lewat malam dan bola yang berkualiti tinggi untuk permainan santai mahupun tahap profesional. Pada luar waktu puncak, anda boleh bermain di gelanggang tertutup dengan hanya RM45 sejam dan RM40 sejam untuk gelanggang terbuka. Manakala waktu puncak selepas 5 petang pada hari bekerja dan sepanjang hujung minggu pulak berharga RM65 bagi gelanggang tertutup dan RM60 bagi gelanggang terbuka. Apa yang menjadikan tempat ini lebih menarik? Pickleball Factory bukan sekadar tempat bermain sukan. Anda juga boleh mengikuti kelas yoga, pilates atau barre untuk keseimbangan badan dan mengisi semula tenaga dengan sajian lazat di Kaiizo Café & Restaurant yang turut berada di sini. Semuanya tersedia dalam satu lokasi

https://www.instagram.com/pickleballfactory.co/https://book.pickleballfactory.co/

5. Pickle Park, Petaling Jaya

Pickle Park yang terletak di Seksyen 13 menjadi destinasi wajib dikunjungi! Dengan tujuh gelanggang terbuka, ia sesuai untuk pemain dari semua peringkat. Dibuka setiap hari dari jam 7:00 pagi hingga 1:00 pagi, memudahkan anda untuk menikmati permainan ini bila-bila masa. Anda juga boleh sertai sesi latihan, permainan sosial dan acara bulanan untuk mempertingkatkan kemahiran serta berkenalan dengan komuniti pemain lain. Kadar sewa gelanggang ialah RM80 sejam pada hari bekerja, manakala pada hujung minggu dan cuti umum, kadar adalah RM70 sejam. Apa yang membezakan Pickle Park ialah suasananya yang meriah dan fasiliti yang baik, termasuk ruang istirahat serta ruang acara terbuka. Tambahan pula, terdapat kafe Flour, Fire & Stone yang selesa, menawarkan segala-galanya daripada kopi di waktu pagi sehinggalah pelbagai juadah istimewa di waktu malam. Semuanya tersedia di sini! Tempahan gelanggang juga mudah melalui aplikasi mudah alih. Anda boleh kumpul jam bermain melalui aplikasi untuk menebus ganjaran seperti diskaun serta masa bermain percuma. Hanya muat turun melalui Apple App Store atau Google Play Store. Atau anda boleh terus lawati media sosial rasmi atau laman sesawang rasmi mereka

https://www.instagram.com/pickleparkmy/https://www.picklepark.com.my/

6. Hyprground Pickleball Cyberjaya

Tunjukkan aksi hebat anda di Hyprground Pickleball Court. Terletak di Tamarind Square, Cyberjaya, gelanggang tertutup trendy ini menawarkan dua jenis gelanggang yang sesuai untuk semua. Gelanggang Komuniti bermula serendah RM30 sejam dari jam 1:00 pagi hingga 7:00 pagi, RM35 sejam pada waktu pagi di hari bekerja dan RM50 sejam pada waktu petang serta pada hujung minggu dan cuti umum. Mahukan pengalaman yang lebih eksklusif? Pilih Gelanggang Lounge yang hanya RM30 sejam pada waktu lewat malam. Apa yang paling menarik, Hyprground turut menawarkan perkhidmatan katering lengkap untuk acara, dengan pilihan makanan yang lazat dan sihat untuk melengkapkan pengalaman pickleball anda disinj. Mereka juga menganjurkan permainan sosial, acara komuniti dan kejohanan yang menjadikan suasana di sini sentiasa meriah! Tiada peralatan yang cukup? Jangan risau, penyewaan paddle hanya RM5 dan bola turut dijual di sini

https://www.courtsite.my/centre/Hyprgroundhttps://hyprground.com/https://www.instagram.com/hyprground/

7. ATP Pickleball Centre, Klang

Terletak di Klang, ATP Pickleball Centre sentiasa meriah dengan semangat permainan dan dibina khas untuk pemain santai mahupun kompetitif. Dibuka setiap hari dari 7:00 malam hingga 1:00 pagi, pusat ini menjadi pilihan utama buat yang ingin beraksi selepas waktu bekerja. Lebih menarik, kadar sewaan hanya RM10 sejam dari jam 7:00 pagi hingga 11:00 pagi dan anda akan menerima 4 paddle secara percuma setiap sesi, sesuai untuk ajak kawan-kawan datang bersama! Sama ada anda baru berjinak atau sudah mahir, ATP Pickleball Centre menawarkan suasana yang mesra dengan adanya tempat bersantai. Lepas bersukan, teruskan hari anda dengan bersiar-siar di GM Klang atau Klang Parade, dua pusat beli-belah paling popular di Klang yang hanya beberapa minit dari gelanggang

Klik pautan dibawah untuk informasi lanjut
https://www.courtsite.my/centre/ATP

8. Pickle Drive @ Talent Champs Sports Complex, Kajang

Berada di Kajang, Pickle Drive di Talent Champs Sports Complex adalah lokasi ideal untuk pemain di semua peringkat. Dibuka setiap hari dari jam 8:00 pagi hingga 1:00 pagi, pusat ini menampilkan enam gelanggang premium dan tiga gelanggang terbuka yang memenuhi keperluan semua tahap permainan. Kadar sewa gelanggang tertutup adalah RM29 sejam pada hari bekerja termasuk hujung minggu dan cuti umum. Untuk gelanggang terbuka, kadar sewa hanyalah RM24 sejam pada waktu siang hari bekerja, manakala kadar pada waktu malam dan hujung minggu adalah sama seperti gelanggang tertutup. Bukan itu sahaja, sewaan paddle juga disediakan pada harga hanya RM5 bagi setiap sewaan termasuk satu bola untuk sesi selama dua jam. Selain gelanggang, pemain turut boleh menikmati kemudahan yang lengkap yang disediakan seperti ruang rehat, bilik mandi, parkir percuma, minuman menyegarkan dan juga surau untuk menunaikan solat

Kilik pautan dibawah untuk maklumat lanjut
https://playsportstogether.com/complex/picklers-arenahttps://www.instagram.com/reel/DBv0N07y7DR/

9. High on Pickle, Puchong
High On Pickle adalah destinasi yang wajib anda kunjungi! Terletak di Bandar Puchong Jaya, fasiliti ini menawarkan gelanggang berkualiti tinggi serta komuniti yang mesra dan mengalu-alukan semua pemain. Beroperasi sepanjang hari dalam ruang tertutup, pusat ini menyediakan pelbagai pilihan gelanggang yang sesuai untuk setiap tahap dan gaya permainan. Gelanggang VIP disewakan pada kadar RM49 sejam, Gelanggang HOPE yang lebih mesra bajet pada RM39 sejam dan Gelanggang Latihan hanya RM29 sejam pada hari bekerja sebelum jam 5 petang. Tiada peralatan untuk bermain? Jangan risau. Sewaan paddle hanya RM5 satu sesi dan bola juga boleh dibeli di sini. Sama ada anda baru bermula atau sudah berpengalaman, anda boleh sertai sesi sosial, latihan dan kejohanan yang dianjurkan bagi meningkatkan kemahiran dan mengenali rakan baharu

Klik pautan dibawah untuk maklumat lanjut
https://m.facebook.com/people/Highonpickle/https://www.instagram.com/high.onpickle/https://www.highonpickle.com.my/
10. Pickle Crown @ Tropicana Sport Center, Sungai Buloh
Ayuh beraksi di Pickle Crown @ Tropicana Sports Centre, Sungai Buloh. Spot pickleball premium dengan 11 gelanggang bersaiz kejohanan yang penuh dengan aura semangat sukan! Dibuka setiap hari dari jam 8:00 pagi hingga 12:00 tengah malam bermula 1 Jun, kadar sewaan gelanggang ialah RM45 sejam pada hari bekerja sebelum jam 5 petang, manakala pada hujung minggu dan cuti umum kadar tetap ialah RM65 sejam sepanjang hari. Berita gembira untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas, promosi Golden Years, Golden Deals menawarkan kadar diskaun dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Selain gelanggang berkualiti tinggi, kemudahan di sini turut merangkumi ruang istirahat yang bersih, tempat untuk bersantai yang selesa dan kedai untuk melengkapkan peralatan permainan anda

Klik pautan dibawah untuk maklumat lanjut
https://www.courtsite.my/centre/Picklehttps://www.instagram.com/picklecrown/?hl=en
11. Seven Fit Sports Centre
Bakar kalori, tingkatkan koordinasi dan kekal aktif di Seven Fit Sports Centre! Pusat sukan ini menawarkan kemudahan terbaik untuk anda mula bermain pickleball. Dibuka setiap hari dari jam 7:00 pagi hingga 2:00 pagi, ia sesuai untuk semua lapisan pemain! Dengan kadar serendah RM20 hingga RM50 sejam pada waktu puncak termasuk hujung minggu dan cuti umum, anda boleh bermain tanpa had. Sewaan paddle pula hanya RM5 untuk setiap sesi, sesuai untuk yang ingin mencuba buat pertama kali. Pusat ini juga lengkap dengan zon santai, tempat letak kereta percuma, surau untuk beribadah dan minuman untuk menyegarkan diri selepas permainan. Dengan kemudahan bertaraf tinggi dan komuniti yang mesra, Seven Fit sememangnya lokasi terbaik untuk menyemarakkan semangat pickleball anda

Klik pautan dibawah untuk maklumat lanjut
https://www.courtsite.my/centre/Sevenhttps://www.facebook.com/sevenfitsports/
12. 9pickle Setia Alam
9Pickle merupakan salah satu hab pickleball terbaik di Setia Alam dengan 10 gelanggang separa tertutup bertaraf kejohanan! Terletak bersebelahan Menara Top Glove, pemain boleh memilih daripada tiga kategori gelanggang iaitu Standard, VIP dan Grand. Gelanggang Grand bermula dari RM75.60 sejam, VIP dari RM54 sejam dan Standard dari RM45 sejam, bergantung kepada masa dan hari. Dibuka setiap hari dari jam 12:00 tengah malam hingga 12:00 tengah malam, pusat ini turut dilengkapi dengan kedai, kawasan makanan dan minuman, ruang santai yang selesa serta kemudahan lengkap untuk pengalaman premium yang sempurna. Tahun ini, 9Pickle bukan sekadar tempat bermain ia juga menjadi tuan rumah kepada acara utama seperti PPA Asia pada Julai 2025 dan PANAS CUP 2025! Daftar sekarang. Inilah vibe sebenar yang anda cari

Klik pautan dibawah untuk maklumat lanjut
https://www.courtsite.my/centre/9Picklehttps://www.instagram.com/9pickleeeee

13. Pickle World at Petaling Jaya
https://www.courtsite.my/centre/pickleworldhttps://linktr.ee/pickleworldhttps://www.instagram.com/pickleworld.play/
Address: Pickle World, Lorong Tandang B, Pjs 51, Petaling Jaya, Selangor
Contact number: 019-686 8314
14. Dink Arena USJ
https://www.courtsite.my/centre/dinkarenahttps://www.instagram.com/dinkarena.my/
Address: Block A, Lot 36545, Jalan TS 6/1, Taman Perindustrian, Subang Jaya, Selangor
Contact number: 011-6320 2400


15. Pickle Nation Malaysia, Glenmarie
https://playsportstogether.com/complex/pickle-nation-malaysiahttps://www.instagram.com/pickle_nation_malaysia/
Address: 5, Jalan Kontraktor U1/14, Hicom-glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam
Contact number: 011-5919 8622
16. Arena A.T.A.S SACC Mall
https://www.instagram.com/p/arenaa.t.a.ssaccmall/https://www.sacc-mall.com/arena-atassaccmall
Address: Tingkat 5, SACC Mall, Persiaran Sultan, Seksyen 14, 40200 Shah Alam, Selangor
Contact number: +6011 5138 3181

17. Dink Avenue @ Avenue 21, USJ
https://www.courtsite.my/centre/DinkAvenuehttps://www.instagram.com/dinkarena.my/
Address: 1, Jalan USJ 25, Jalan Makmur, 47650 Subang Jaya, Selangor
Contact number: 012-623 7667

18. The Pickle Ground
https://the-pickle-grounds.playbypoint.com/https://www.instagram.com/thepicklegrounds/?hl=en
Address: Lot 2T, Level 2, One World Hotel, First Avenue, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
Contact number: 012-6305180


19. DINK2 Pickleball Courts
https://playsportstogether.com/complex/dink2-picklecourtshttps://www.instagram.com/dink2my/
Address: 1, Jln SS 8/6, Sungai Way Free Trade Industrial Zone, 47300 Petaling Jaya, Selangor
Contact number: 011-6868 1002
20. Pickle With Me
https://playsportstogether.com/complex/pickle-with-mehttps://www.instagram.com/picklewithme.my/https://www.facebook.com/picklewithme
Address: Lot 764, Jalan Subang 4, Taman Industri Sungai Penaga, 47500 Subang Jaya, Selangor
Contact number: 019-616 4648

21. 91 Pickleball Club House
https://www.instagram.com/91pickleballclub/https://playsportstogether.com/complex/91Pickleballclubhouse
Address: 672, Persiaran Subang Permai, Subang Light Industrial Park, Taman Perindustrian USJ 1, 47500, Subang Jaya, Selangor
Contact number: 012-6305180


22. The Pickle Fence
https://www.instagram.com/thepicklefencehttps://www.thepicklefence.com/
Address: Lot 880, Jalan Subang 9,Taman Perindustrian Subang, 47600 Subang Jaya, Selangor
Contact number: +6012-585 0654


23. BB Smash Badminton and Pickleball Centre
https://www.courtsite.my/centre/BBSmashbadminton&pickleballcentrehttps://www.facebook.com/BBSmashBadmintonandPickleballCentre
Address: Lot 17251 Jalan Seroja 3A/9 Seksyen BS6 Bandar Bukit Sentosa, Bukit Beruntung, 48300, Rawang, Selangor
Contact number: 019-809 2511
24. Pickleball Playground
https://playsportstogether.com/complex/pickleball-playgroundhttps://www.instagram.com/pickleballplaygroundmy/
Address: PT19836, Jalan Padang Jawa, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor
Contact number: 012-278 8289

Sudah bersedia menyertai dunia pickleball yang penuh keseronokan? 
Dari aksi di bumbung hingga perlawanan tengah malam, demam pickleball kini melanda Selangor! Dengan gelanggang untuk setiap bajet dan gaya permainan, inilah masa terbaik untuk ambil paddle, ajak kawan-kawan dan beraksi dengan penuh gaya. Ayuh mulakan permainan anda sekarang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2025/06/12-gelanggang-pickleball-yang-menarik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prestasi Kamu Umpama Buih Ph Bidas Cita Cita Pn Rampas Selangor

Prestasi Kamu Umpama Buih Ph Bidas Cita Cita Pn Rampas Selangor

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 74 hits
Sebelum ini Ketua PN Selangor Azmin Ali berkata komponennya mampu tambah 10 lagi kerusi sekali gus rampas pentadbiran negeri pada pilihan raya akan datang Setiausaha PH Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata beliau menghormati hak PN yang ...
Gempar Di Selangor Lebih 10 Mayat Ditemui Di Sungai Klang Termasuk Bayi Apa Sebenarnya Berlaku

Gempar Di Selangor Lebih 10 Mayat Ditemui Di Sungai Klang Termasuk Bayi Apa Sebenarnya Berlaku

papar berkaitan - pada 16/6/2025 - jumlah : 116 hits
Gempar di Selangor Lebih 10 Mayat Ditemui di Sungai Klang Termasuk Bayi Apa Sebenarnya Berlaku Penduduk sekitar Sungai Klang dikejutkan dengan penemuan mengerikan apabila lebih 10 mayat termasuk seorang bayi ditemui terapung dalam tempoh ku...
Persatuan Ping Pong Selangor Rayu Campur Tangan Menteri Selesai Kemelut

Persatuan Ping Pong Selangor Rayu Campur Tangan Menteri Selesai Kemelut

papar berkaitan - pada 16/6/2025 - jumlah : 79 hits
Desakan campur tangan menteri susulan Pejabat Pesuruhjaya Sukan didakwa membisu selepas beberapa kali aduan dibuat sejak 7 Mei Paul Lee Kok Sun menyerahkan aduan kepada Kementerian Belia dan Sukan hari ini PUTRAJAYA Persatuan Ping Pong Sela...
Azmin Dakwa Pn Boleh Tawan 10 Lagi Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa Pn Boleh Tawan 10 Lagi Kerusi Di Selangor

papar berkaitan - pada 14/6/2025 - jumlah : 87 hits
Azmin Ali turut yakin Selangor akan menjadi satu lagi negeri ditadbir PN pada pilihan raya akan datang Azmin Ali antara 22 wakil rakyat PN yang dipilih pada PRN Selangor lalu PETALING JAYA Ketua Perikatan Nasional Selangor Azmin Ali mendakw...
Analysts Doubt Azmin S Claim That Pn Can Win 10 More Seats In Selangor

Analysts Doubt Azmin S Claim That Pn Can Win 10 More Seats In Selangor

papar berkaitan - pada 16/6/2025 - jumlah : 84 hits
PN currently holds 22 of the 56 seats in the Selangor state assembly Selangor PN chief Azmin Ali recently claimed that the coalition could take over the Selangor government by winning 10 more seats at the next state election PETALING JAYA A...
Trypophobia Bukan Fobia Biasa Ketahui Fakta Menarik Mengenainya

Trypophobia Bukan Fobia Biasa Ketahui Fakta Menarik Mengenainya

papar berkaitan - pada 11/6/2025 - jumlah : 78 hits
Trypophobia mungkin bunyinya pelik tapi bagi sesetengah orang hanya melihat lubang kecil yang berulang seperti pada biji teratai atau sarang lebah sudah cukup membuatkan kulit meremang rasa loya atau cemas Walaupun tidak diiktiraf sebagai g...
Menarik Untuk Dibaca Tanpa Menyebut Nama Negara Tetapi Yang Sedang Berperang Kini

Menarik Untuk Dibaca Tanpa Menyebut Nama Negara Tetapi Yang Sedang Berperang Kini

papar berkaitan - pada 16/6/2025 - jumlah : 116 hits
Nik Hasyuddin Taktik di sebalik penutupan lapangan terbangKita semua tahu bahawa lapangan terbang antarabangsa Ben Gurion ditutup Kapalterbang milik negara itu pula dipindahkan ke Greece agar tidak dimusnahkan disebabkan peperangan Bagi say...
Lg Createboard Brings Ai Powered Learning To Life

Majlis Peluncuran Garis Panduan Perkhidmatan Penjagaan Mata Primer Bagi Profesion Optometris

Hari Penyu Sedunia Peranan Sukarelawan Dalam Pelestarian Program Konservasi Penyu

Petua Kekalkan Hubungan Harmoni Suami Isteri

Dapat Replacement Car Courtesy Car Etiqa Insurance Sepanjang Kereta Di Bengkel

Honey Trap

Puma Goes Next Level With Adyen S Unified Payments

Jalan Jalan Di Chow Kit Night Market


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How Fixed Fee Mediation Packages Help Reduce Legal Costs In Divorce

Honda Bangunkan Roket Boleh Guna Semula Seperti Roket Elon Musk

Saya Tak Tahu Isteri Okay Sahaja Fikry Ibrahim Jawab Dakwaan Rumah Tangga Goyah

Perlis Budak 11 Tahun Didera Disimbah Air Panas

Find The Perfect Florist In Petaling Jaya For Every Occasion

The Forgotten Postal Revolution The Impact Of The Penny Black Stamp