12 Barang Simple Wajib Ada Berbaloi Untuk Mudahkan Kerja Isteri Jaga Kebersihan Rumah
Kebersihan di dalam rumah perlulah diutamakan bagi mengelakkan daripada mendapat penyakit serta mengundang haiwan-haiwan perosak untuk datang membuat sarang di dalam rumah.
Namun, untuk memastikan rumah kita sentiasa dalam keadaan bersih, kita perlulah rajin mengemasnya. Selain daripada itu, barangan pembersihan yang sesuai juga merupakan salah satu faktor yang boleh mempengaruhi kebersihan serta mood untuk mengemas rumah kita.
Melalui satu perkongsian yang telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang bernama Hani Mynis ini, dia ada berkongsikan tentang barangan pembersihan rumah yang murah dan wajib ada di rumah, untuk mengetahui dengan lebih lanjut ikuti perkongsiannya seperti berikut:
#kemasrumahwithhani : 12 barang pembersihan rumah wajib beli kat Eco!
Siapa yang personally kenal Hani tahu betapa obsesnya Hani dengan Kedai Eco RM2.12 (soon-to-be RM2).
Hani punya obses kalau boleh setiap hari nak pegi, tak dapat beli apa-apa, dapat cuci mata pun jadi. Tapi macam mustahil kalau keluar dari Eco tak melayang paling koman RM20.
Punyalah obses, Hani paling suka kalau ada orang cakap dia tak pernah pergi kedai Eco haha lepas tu Hani ajak dia pergi macam buat lawatan bersejarah sambil “meracun” kaw-kaw beli ni beli tu haha.
Punyalah obses, tahun ni punya hadiah birhday, antara hadiah yang Hani dapat dari Alif ialah “baucer” RM50 untuk dihabiskan kat Eco tanpa diganggu. Heaven. Nampak sangat dia pun tahu betapa obses bini dia kat Eco.
Punyalah obses, kalau Hani jumpa barang viral yang susah gila nak “dijumpai” tetiba dia ada kat situ berlambak, Hani akan tegur stranger makcik yang ada dikawasan rak tu hasut dia suruh beli, siap explain apa kegunaan semua dan bagi tahu “ni viral makcik, susah nak dapat, bagus sangat! beli lah!” haha sangat kepochi kan.
So sangat obses, Hani kongsi kan 12 barang pembersihan rumah yang korang wajib beli kalau terjmpa kat Eco tu (sebab ada antara barang yang viral susah benar nak jumpa). Walaupun harga dia Rm2.12 jangan pandang rendah keberkesanan dia ok. Serious talk haha
Ni post panjang, maaf. Tapi mode #hanisimakjemah is on. Haha
Semoga bermanfaat dan semoga berjaya mengumpul kesemua item dalam gambar ni!
Ps : siapa ada semua item dalam gambar-gambar gimme 5!! #doneracun
1. Magic span
Gambar: Facebook
No 1 atas takhta sudah semestinya magic span. Siapa tak kenal magic span punya magic?? Memang magic sungguh Hani rasa cam terharu kejap.
Apa je dia tak boleh cuci?
–bersihkan permanent marker pen, pensil, crayon kat mana-mana permukaan.
–bersihkan kekotoran, watermark, tahi lalat kat lantai bilik air.
–bersihkan kesan-kesan tangan jari kat suis-suis.
–bersihkan kesan minyak , minyak sambal kat bekas makanan.
–kilatkan silverware, utensils, gelas kaca mangkuk kaca.
–dan banyak lagi.
Kalau ada orang tanya Hani macam nak hilangkan kesan kotoran sekian sekian, jawapan Hani, cuba dulu dengan magic span. Tak berkesan baru cuba cara lain haha.
Disebabkan viralnya magic span ni mmg bertuah sangat lah haritu kalau terjumpa kat kedai Eco menayang diri utk dibeli.
So option lain, Mr diy, daiso dan shopee.
2. Sabun basuh baju
Gambar: Facebook
Kedua.
Sabun basuh baju viral, Hani beritahu kat Alif ni nama dia bongkah emas sebab nampak ni kat rak mata Hani bulat macam nampak sebongkah emas haha
Nama je laundry soap. Nope. Bukan hanya untuk laundry je, sagat dan simpan dalam bekas, agak-agak tengah rajin nak menyental bawah kuali dan periuk campurkan sabun ni dengan sabun basuh pinggan biasa (nak lebih buih) untuk kesan extra extra shiny.
Masukkan sikit dalam air panas dan cuka, mop lantai. Berkilat oit lantai lagi-lagi lantai tiles.
Sabun ni kalau nak basuh baju anak yang putih, baju sekolah hilangkan daki-daki kat kolar baju, tahi lalat kat baju memang berkesan, rendam kejap dalam air panas campur sabun yang dah disagat. Mmg magic. Tapi kalau malas nak rendam-rendam terus je masuk dalam mesin boleh aja.
Sama mcm magic span, disebabkan viral nya susah nak jmpa, option lain ada jual kat mydin. Sabun buruh namanya tak silap
3. Roller sticker
Gambar: Facebook
Ingat tak Hani pernah share roller sticker kat cleaning caddy Hani? Hani dh tak guna tu, Hani dah jumpa pengganti yang lebih power. Haha kenapa power? Sebab roller ni boleh basuh. tak perlu lagi nak cabut2 sticker. Roll and wash. Dah senang bertambah senang kerja den hehe
Fungsi dia:
Khas untuk kutip rambut-rambut habuk-habuk kecil-kecil kat karpet kalau mood malas nak guna vacuum.
4. Super tot pencuci lantai
Gambar: Facebook
Nama je Rm2.12 tapi dia wangi dan berkilat. Wangi dia memang wangi sungguh. Yang penting tak payah nak bilas, tak melekit.
5. Microfiber cloth
Gambar: Facebook
Ni pun wajib ada lagi-lagi dalam “quick cleaning caddy” Hani, bayangkan orang nak datang rumah lagi 30 minit, kita nak kena kemas dan “bersihkan rumah” sikit ala kadar sebelum tetamu datang, jenuh lah kalau time tu juga nak lap habuk bagai kan. Hehe.
Yup pakai sarung tangan ni, sapu je kat mana-mana permukaan yang obvious habuknya tu. Senang kerja ha.
Hani guna masa nak quick cleaning je benda alah ni, lagi berkesan guna ni dari sapu-sapu guna duster, bulu ayam sebab microfiber ni sambil dia bersihkan dia perangkap habuk instead of dia “pindahkan” habuk tu ke tempat lain.
Beli!
6. Wet tissue
Gambar: Facebook
Kalau nak lap kotoran-kotoran kecil-kecil kat meja makan atau atas perabot
7. Berus 2 in 1
Gambar: Facebook
Ni berus 2 in 1 terbaik untuk cuci kerak belakang kuali dan periuk yang dah bertahun tak bersental tu
Hujung besi tu utk kikis kerak2 tu sebelum kita berus dgn berus besi tu. Belakang kuali dan periuk akan berkilat in no time. Jangan lupa masa gosok tu guna sabun viral yang kuning tadi! Shiny.
8. Stain remover
Gambar: Facebook
Stain remover
Sbb dlm kandungan dia ada peluntur mcm clorox tu, tuang je dalam mangkuk tandas biarkan 15 minit gitu, hilang segala kotoran tak perlu nak berus dah, tuang kat lantai pun boleh tapi biarkan dia few minutes “bekerja” lepas tu basuh dengan air.
Elakkan kena kulit, sama macam clorox semua tu.
Kat Mr diy pun ada benda yang sama, label yang berbeza.
Disclaimer: disebabkan stain remover ni sangat “kuat” dikhuatiri beri effect pada tiles (ada sesetengah jenis tiles tak tahan), curah pada kawasan tile yang terlindung dulu. Letak sikit je tengok kesannya.
9. Berus
Gambar: Facebook
Berus dengan tiga jenis berus (faham ke apa hani cakap haha)
Untuk Hani bersihkan dapur masak sebab kadang-kadang kat bahagian tungku tu ada keras-keras atau kesan karat susah nak tanggalkan even guna magic span haha so guna ni terbaik! Memang bersih. Untuk bersihkan jaring dalam oven pun.
10. Penyepit span
Gambar: Facebook
Penyepit span , pembersih tingkap!
Penyelamat tangan dari terluka membersihkan tingkap nako dari zaman kita sekolah. Still relevant sampai sekarang haha guna kan lah haha
11. Plastik sampah wangi
Gambar: Facebook
Memang wangi sungguh, satu dapur bau wangiElok sangat kalau letak kat bakul sampah pampers anak tu ha.
12. Pencuci tandas
Gambar: Facebook
Yang ni walau tak “sekuat” stain remover (lebih mild) hani guna kalau setakat nak cuci2 biasa yang mingguan buat. Untuk kotoran biasa2 je. Kalau kotoran susah tanggal guna je stain remover tadi atau clorox.
Not bad untuk harga dia rm2.12!
Sumber: Hani Mynis
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/10/08/12-barang-simple-wajib-ada-berbaloi-untuk-mudahkan-kerja-isteri-jaga-kebersihan-rumah/