119 Kedai Tenaga Tnb Sudah Mula Beroperasi Selepas Ditutup Sejak Pkp Dilaksanakan


SHAH ALAM, 2 Jun — Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuka semula operasi 119 kedai tenaganya, yang ditutup sejak 18 Mac lepas, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata dengan pembukaan kedai tersebut, secara tidak langsung akan memberi peluang kepada orang ramai untuk menyemak pengiraan bil elektrik masing-masing.
“Sehingga kini sebanyak 119 kedai tenaga kembali beroperasi termasuk 27 kedai yang dibuka semalam di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.
“Enam lagi baki kedai tenaga yang bertempat di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh Semenanjung hanya akan dibuka semula pada 9 Jun nanti,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke kedai tenaga di bangunan TNB Seksyen 11 di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Pegawai Runcit TNB Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan.
Mahdzir mengadakan lawatan ke kedai tersebut buat kali pertama selepas dilantik sebagai Pengerusi TNB pada 12 Mei lepas dan katanya, kedai tenaga adalah antara saluran kepada pengguna mendapatkan maklumat secara bersemuka mengenai pelarasan bil elektrik mereka.
“Ini berikutan ada sebahagian pengguna kediaman terkejut apabila menerima bil elektrik sebenar mereka yang lebih tinggi daripada kebiasaan, jadi mereka boleh datang ke sini dan membuat semakan bil masing-masing,” katanya.
Beliau berkata berdasarkan rekod bil sepanjang tempoh PKP menunjukkan kadar penggunaan elektrik sektor kediaman meningkat antara 20 hingga 50 peratus dan ia antara faktor yang mendorong kepada peningkatan bil kerana rakyat berada di rumah bagi mematuhi perintah tersebut.
Jelasnya, pelarasan bil TNB menggunakan kaedah prorata juga bagi memastikan pengguna tidak terlebih caj selain kaedah itu sudah disemak dan disahkan oleh Suruhanjaya Tenaga.
“Terdapat pengguna yang menggunakan saluran media sosial bagi menyatakan kekeliruan mereka mengenai bil elektrik yang tinggi serta mempersoalkan kaedah pelarasan bil diguna pakai TNB.
“Bagi pengguna yang tidak berpuas hati dengan caj bil elektrik mereka selain datang ke kedai, mereka boleh berhubung terus dengan pegawai khidmat pelanggan TNB dengan menghubungi TNB CareLine 1-300-88-5454,” katanya.
Sementara itu, Megat Jalaluddin berkata pengguna TNB bagi kategori rumah kediaman akan diberikan kemudahan membayar bil elektrik pada bulan Mac, April serta Mei ini, secara ansuran dan ia boleh dibuat sehingga Disember tahun ini, namun pengguna juga perlu menjelaskan bil bulanan semasa mereka.
“Kami beri kelonggaran pengguna membayar bil Mac sehingga Mei ini secara ansuran sehingga Disember 2020 mengikut kemampuan mereka, tetapi bil semasa (selepas bulan Jun) perlu dibayar mengikut jumlah yang ditetapkan.
“Untuk ansuran bil bulan Mac sehingga Mei juga tiada caj tambahan dikenakan kepada pengguna,” katanya.
Tambahnya, pelan ansuran itu ditawarkan secara automatik dan jumlah ansuran akan tertera pada kotak kuning yang terdapat dalam bil elektrik pengguna.
Jelasnya, bayaran ansuran itu ditawarkan hanya kepada pengguna kategori rumah kediaman bertujuan meringankan beban mereka yang terkesan akibat impak COVID-19.
Sumber: Bernama
The post 119 Kedai Tenaga TNB Sudah Mula Beroperasi Selepas Ditutup Sejak PKP Dilaksanakan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/06/02/119-kedai-tenaga-tnb-sudah-mula-beroperasi-selepas-ditutup-sejak-pkp-dilaksanakan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Hanya 7 Kes Baru Positif Covid 19 Hari Ini Terendah Sejak Pkp Dilaksanakan

Terkini Hanya 7 Kes Baru Positif Covid 19 Hari Ini Terendah Sejak Pkp Dilaksanakan

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 270 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia Datuk Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian sebentar tadi memaklumkan hanya 7 kes baru COVID 19 dilaporkan setakat 12 tengah hari tadi Ia merupakan jumlah kes terendah sejak P...
Alam Semula Jadi Semakin Pulih Sungai Kembali Jernih Sejak Pkp Dilaksanakan

Alam Semula Jadi Semakin Pulih Sungai Kembali Jernih Sejak Pkp Dilaksanakan

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 342 hits
Berikutan tempoh kawalan pergerakan kita dapat lihat semakin kurang pencemaran udara dan pencemaran air yang berlaku di Malaysia Alhamdulillah semua benda tuhan buat bersebab MALAYSIA sememangnya terkenal dengan pelbagai destinasi pelancong...
5997 Jom Kira Tawaran Diskaun Prihatin Bil Tnb Ketika Pkp Ppim 03 06 2020

5997 Jom Kira Tawaran Diskaun Prihatin Bil Tnb Ketika Pkp Ppim 03 06 2020

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 408 hits
Lakukan pengiraan bil ketika PKP anda dengan mudah menggunakan kalkulator tawaran diskaun PRIHATIN dengan memasukkan informasi bil anda seperti Jumlah penggunaan Tarikh mula kitaran bil Tarikh akhir kitaran bil Anggaran bil bagi bulan yang ...
Zulin Makin Ramping Sejak Pkp

Zulin Makin Ramping Sejak Pkp

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 353 hits
Zulin makin ramping sejak PKPKUALA LUMPUR Ramai tahu artis serba boleh Zulin Aziz bergelut dengan masalah berat badan sejak lama dulu Namun perkongsian dalam entri terkini di Instagram mengejutkan peminat kerana Zulin tampak langsing Zulin ...
Covid 19 Hanya 10 Kes Baharu Hari Ini Paling Rendah Sejak Pkp

Covid 19 Hanya 10 Kes Baharu Hari Ini Paling Rendah Sejak Pkp

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 261 hits
Malaysia hanya merekodkan 10 kes baharu jangkitan COVID 19 sehingga jam 12 tengah hari Khamis sekali gus menjadi bilangan kes harian paling rendah setakat ini Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata semua kes tersebut...
Sekolah Ditutup Semula Selepas Satu Hari Dibuka Pelajar Positif Covid 19

Sekolah Ditutup Semula Selepas Satu Hari Dibuka Pelajar Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 506 hits
Pembukaan semula sekolah dilihat sebagai satu pertaruhan yang amat berisiko Satu satu kelas mempunyai sekurang kurangnya 20 orang pelajar Terdengar desas desus sekolah akan dibuka beberapa hari lepas khususnya bagi pelajar pelajar yang akan...
Kedai Gunting Belum Buka Lelaki Ini Belajar Cara Potong Rambut Ala Ala Salun Dari Youtube Ketika Pkp

Kedai Gunting Belum Buka Lelaki Ini Belajar Cara Potong Rambut Ala Ala Salun Dari Youtube Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 697 hits
Kaum lelaki yang suka rambut mereka sentiasa kemas dan pendek akan menjadi masalah semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan tambah tambah lagi apabila kedai gunting rambut tidak dibenarkan beroperasi semasa musim ini Ye penutupan kedai gunt...
Icqs Padang Besar Terpaksa Ditutup Dan 34 Petugas Jalani Kuarantin Selepas 6 Warga Thailand Didapati Positif Covid 19

Icqs Padang Besar Terpaksa Ditutup Dan 34 Petugas Jalani Kuarantin Selepas 6 Warga Thailand Didapati Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 450 hits
Kompleks Imigresen Kastam Kuarantin dan Keselamatan Padang Besar ditutup mulai hari ini berikutan enam warga Thailand yang melaluinya untuk kembali ke negara asal kelmarin disahkan positif COVID 19 Pengerusi Jawatankuasa Hubungan dan Kerjas...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization