11 Resepi Rojak Macam Macam Rasa Dan Rupa Yang Sedap


Salah satu makanan kegemaran aku adalah rojak. Tak kiralah sama ada rojak pasembur, rojak pecal, rojak buah ataupun rojak dari seberang. Semuanya rojak macam-macam rasa dan sedap belaka. Suka dengan sayur-sayuran atau buah-biuaha yang di kunyah bersama kuih tepung yang rangup bersama kuah kacang. Ada juga rojak yang di buat ala pencicah manis dan pedas di makan dengan buah-buahan yang rasanya masam. Kali ini aku himpun resepi rojak macam-macam rasa dan rupa yang sedap di blog aku ni.
11 Resepi Rojak Macam-Macam Rasa Dan Rupa Yang Sedap
Tempat kegemaran aku makan rojak adalah rojak SS15 Subang Jaya. Tapi sekarang tak payah pergi Subang Jaya sebab sudah ada outletnya di Shah Alam, Resepi rojak rojak SS15 ni jenis rojak ala mamak sikit. Lain pula resepi rojak pasembur yang adakalanya ada sotong, udang dan ketam bersalut tepung. Jenis ni aku pernah makan di Pulau Pinang. Selain tu pastinya resepi rojak buah yang menggunakan petis dalam campuran kuahnya.


Ada satu lagi resepi rojak di panggil pecal atau rojak kampung yang menggunakan sayur-sayur kampung seperti pucuk ubi, pucuk paku, kangkung, kacang panjang dan pelbagai sayur yang lain  Sedap juga resepi rojak dan pecal cara begini. Apapun jenis dan resepi rojak, semuanya menambat selera dan sedap belaka. Cuma adalakanya apabila nak membuatnya agak leceh. Nak makan, kenalah berusaha tapi kalau susah beli saja... hahah!
11 Resepi Rojak Macam-Macam Rasa Dan Rupa Yang Sedap
- 1 -  Resepi Rojak Kuih 
Bahan-bahan:*6 biji telur ayam rebus*6 biji kentang buang kulit dan potong*6 bar fish cake*6 ketul tauhu keras2 biji timun di potong Bahan yang bertanda  *goreng sehingga garing dan potong
Bahan untuk kuih:300g tepung gandum200g taugeh50g udang kering1 sudu mauripan1 gelas air
Cara-cara Blendkan udang kering n campurkan kesemua bahan tadi, Tunggu sehingga kembang dan goreng. Ala mcm buat cekodok tu. Tau kan.!
Bahan untuk kuah kacang: 100g cili kering rendam dgn air panas dan blend... 300g kacang tanah goreng sampai kuning + 3gelas air dan blend 2 sudu tepung jagung+1gelas air & kacau 2 senduk gula1 sudu garam1 ulas bwg putih
Cara-cara: Tumiskan lada kering dan 1 bij bawang putih yang dah di blend tadi sehingga pecah minyak. Masukkn gula dan garam kemudian kacau sehingga gula dan garam larut kemudian masukkn kacang tanah yang dah di blend dengan 3 gelas air tadi Tunggu sehingga mendidih kemudian masukkan tepung jagung. *tepung jgung tu bg pekat kuah...
kredit : Nora Lola Mokthar‎
- 2 - Resepi Rojak Petis
Bahan-bahan Rojak:  Tauhu goreng Kangkung Sengkuang, Timun Nenas Taugeh  DLL
Bahan kuah petis:
1 botol kecil kicap manis cap kipas udang (Kalau beli yang besar guna separuh je)Belacan - di bakar dulu Bawang merah dalam 6 biji (kalau bawang besar 1 biji) Bawang putih -5 biji 6 - 8 biji cili api (nak letak lebih pun boleh) 1 senduk lada mesinGula pasir - 2 senduk Kacang tanah - siap goreng dan blend secukupnya
Cara: 
Blendkan bahan-bahan dan gaul sebati. 
Kredit : Jamiah Tulisman
- 3 - Resepi Rojak Sayur @ Pecal
Bahan-bahan untuk kuah :
2 cm belacan - digoreng (jika suka blh tmbh tak suka abaikan. Admin tak letak) 6 ulas bawang merah digoreng tanpa potong 15 tangkai cili kering - digoreng tanpa potong 600 g kacang tanah - digoreng dgn sedikit minyak dan ditumbuk kasar @ blend kasar Asam jawa secukup rasa dibancuh dengan air panas/air masak @ sedikit cuka makan Gula dan garam secukup rasa
Cara membuatnya:
Goreng bawang merah dan cili kering dgn minyak yg sedikit. (Jika nak tambah belacan boleh goreng bersama) Kemudian kisar bawang merah dan cili kering hingga hancur dgn menggunakan air asam jawa.
Masukkan ke dalam mangkuk campurkan bahan kisar dengan kacang tanah yg dikisar kasar, belacan, garam dan gula. Kalau kuah pekat sangat boleh tambahkan sedikit air panas dan kacau. Kepekatan kuah seperti kuah satay.
Bahan-bahan untuk sayuran:
1 biji sengkuang kecil - di hiris nipis dan memanjang 200 g taugeh - dicelur seketika 1 ikat pucuk ubi (blh tmbh jika suka) - d celur 1 ikat kacang panjang dipotong kecil dan dicelur 1 ikat kangkung - dipotong kecil dan dicelur 2 keping tauhu - digoreng dan dipotong2 nipis 1 batang timun - di hiris memanjang & nipis 1 biji kentang - direbus kemudian dipotong kecil (blh tmbh jika suka) 1 pkt kcg peas - di rebus (blh tmbh jika suka) 5 biji telur rebus - hiasan tmbhn
Cara menghidang:
Susunkan semua sayuran di dalam pinggan besar.Bila nak makan ambil serba sedikit sayuran tersebut kemudian curahkan dgn kuah kacang dan gaul sebati. Sedia di makan bersama telur rebus.
Walla... selamat mencuba

Nota tambahan :
- Rojak sayur ini juga boleh dimakan bersama sotong kembang yang di rebus. Jika suka boleh tambah mee kuning.
- Nak makan dgn nasi impit pun boleh. Ikut citarasa masing-masingla. Kalau suka pedas, boleh tambahkan lagi cili.
Kredit: koleksi resepi unik dan kreatif

- 4 - Resepi Rojak Bandung
Bahan-bahan untuk kuah:
Lada boh - ikut citarasa nak pedas atau tidak 400g-500g gula melaka1 botol tomato sos (standard size)Air - gunakan botol tomato sospetis - optional tapi saya letaksecubit garam
Satukan dlm periuk & didihkan hingga pekat. Senangkan!
*Sos ini tahan lama dan boleh jugak digunakan untuk dicicah dgn keropok lekor atau apa sajalah.
Bahan rojak:
Sengkuangtimuntauhu - digoreng dahulu Sotong kembang - dicuci bersih dan direbus sebentar dlm air mendidih. jangan lama sangat nanti lembik tak sedapkangkong - dicelur sebentartaugeh - jika suka
untuk taburan:
kacang tanah digoreng dan ditumbuk halusbijan jika suka
Selamat mencuba
Kredit : Ummi Abdullah Saadah
- 5 - Resepi Rojak Sotong @ Sotong Kangkung
3 sudu besar petis/otak udang 3 sudu besar sos hoisin akak pakai jenama life 2 sudu besar sos plum juga jenama life 1 sudu besar serbuk cili/chili flakes akak pakai serbuk cili sebab halus kuahnya. 1-2 sudu besar gula putih Sedikit air biasa akak pakai 4 sudu besar Bijan dan kacang yang telah disangai dan ditumbuk
Kesemua bahan diatas kecuali BIJAN & KACANG dimasukkan dalam kuali dan masak selama 5 minit bila dah likat dan pekat tutup api.
JANGAN MASUKKAN GARAM sebab dalam sos  tadi ada garamnya.
Akak tak masukkan tepung jagung sebab dalam sos tadi dah ada tepung jagungnya sendiri.
Kredit:  ‎Hafizah Fiza
- 6 - Resepi Rojak Tauhu
Bahan untuk kuah rojak :
10 tangkai cili kering (blend halus) 1/2 cawan sos cili 2 inci. belacan 1 cawan gula merah 1/2 cawan. gula pasir 1/3 cawan kicap pekat manis  1 cawan air masak3 sudu besar tepung jagung 
Cara membuatnya:
Campur semua bahan kecuali tepung jagung. Masak sampai gula semua cair dan mendidih.  Lepas tu masukkan tepung jagung, kacau² sampai pekat likat dan sejukkan. Campurkan dengan kacang tumbuk, curahkan ke atas Tauhu, taugeh, timun dan kangkung dan gaul rata.
*Selamat menjamu selera*
Kredit; Miran Qishaika

- 7 - Resepi Rojak Cina/Petis
BAHAN-BAHAN SOS1 bekas petis @ otak udang1/3 cawan gula melaka, hiris halus1/4 cawan gula pasir1/4 cawan kicap pekat1 cawan air 1 inci belacan dilarurkan dgn suku cawan air masak
BAHAN-BAHAN TAMBAHANCili kisar secukupnya Kacang tanah secukupnya goreng tanpa minyak, buang kulit dan tumbuk hancur (admin suka kacang lebih) Pes asam jawa secukupnyaGula utk rasa manis sikit
BAHAN-BAHAN ROJAK Kangkung (potong, cuci dan toskan, kemudian celur sekejap, toskan) Taugeh (dibersihkan, celur sekejap dan toskan) Timun, hiris nipisNenas, hiris nipisSengkuang, hiris nipisTauhu, goreng dan hiris
CARA MEMBUATNYA
UNTUK SOS PETIS Mula-mula kita Satukan semua bahan2 untuk sos petis ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana hingga mendidih dan gula larut. Kecilkan api dan terus memasak hingga pekat, kacau sentiasa. Matikan api dan sejukkan dia..
UNTUK ROJAK PETIS Ambil satu bekas klu blh yang meruncing tinggi supaya rojak tal terkeluar bila mengaul. Kemudian masukkan 4-5 camca besar sos petis, tambah 4 camca besar kacang tanah, 1/2 camca besar cili kisar dan 1 camca teh cili api kisar. Kacau rata dan tambah 1/2 camca teh pes asam jawa. Gaul rata. Jika suka manis, boleh tambah sedikit lagi gula pasir. Kacau rata2, Masukkan taugeh dan kangkung, gaul rata. Tambah sengkung, timum, tauhu dan nenas. Gaul rata2 dan alihkan rojak ke dalam pinggan sesuai. Tabur sedikit kacang tumbuk untuk hiasan. Klu admin, suka kuah lebih dan kacang lebih!! Sedap.. Makan sampai puas! Selamat mencuba
Kredit: niey_naniey
- 8 - Resepi Rojak India Singapore
KUAH ROJAK
2kg keledek oren, buang kulit & rebus 4 liter air200ml tomato sos200gm gula putih200gm gula oren150gm kacang kisar2 sdm lada kering kisar5 ulas bawang putih dikisarGaram secukup rasaSedikit air asam jawaSedikit bijan disagai
Masukkan semua bahan di dalam periuk, masak hingga mendidih. Pasti kan rasa manis, masam dan garam. Kuah jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Tambah pewarna merah jika ingin warna yang lebih merah (kak Bib tak letak)
** gula Oren tu popular kat singapore untuk di makan dengan putu mayam. Rasa dia macam gula pasir sikit. Kalau takde, ganti kan dengan gula pasir dan pewarna merah@oren.
TEPUNG GORENG
1 kg tepung gandum1 paket yisSedikit garam1/2 biji kelapa parut dengan kulit hitamSedikit pewarna kuningAir secukupnya
Bancuh tepung yis seperti adunan jemput jemput. Agak agak air yang digunakan. Letak garam. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian di letak pewarna kuning. Satu bahagian letak kelapa. Perap 1 jam. Goreng dengan minyak yang banyak.
MASALA VADAI@MAGELEI
500gm kacang dhal direndam selama 4 jam dan ditos 10 biji bawang kecik dihiris halus3 biji bawang putih hiris halusSedikit halia di parut 2 btg lada kering, buang biji & hiris 2 tangkai daun kari hiris kasar3 btg kucai potong kecik1sdm jintan putih1sdm jintan manis1sdt garam masala(takde pun takpe)1 biji telurGaram secukup rasa
Kisar kacang dhal dan telur(kak Bib guna food processor) Masukkan semua bahan-bahan. Gaul rata, bulat-bulat kan dan goreng.
Bahan-bahan lain untuk rojak
- kentang rebus- telur rebus - paru-paru di rebus, goreng & potong kecik - tahu goreng- tempe goreng- fish cake- hot dog- salad- timun- lada hijau- bawang holland- sengkuangkredit: resepi bonda FB
- 9 - Resepi Rojak Mamak
KUAH ROJAK Bahan-bahan: *Kacang tanah 1/2 kilo digoreng dengan minyak sampai betul-betul masak *Udang kering RM3 *Bijan RM2 digoreng tanpa minyak(goreng sekali mudah kerja) *10 keping biskut marie Cili blender 1 cawan ikut nak pedas lagi tambah sendiri. Air asam jawa 1 cawan pekat Gula melaka 1 ketul Gula pasir 1/2 kilo *1 ketul keledek besar penumbuk di rebus sampai lembut
Cara-caranya: Blender semua bahan bertanda *kacang tanah blender dengan air sampai hancur guna blender basah. Yg lain blander macam biasa. Campurkan semua bahan pastikan jangan pekat sangat nanti dah masak kuah akan jadi lagi pekat sebab keledek dengan biskut marie tu memekatkan kuah 
Biar cair sikit api jgn terlalu kuat serdahana je. Kacau sampai mengelegak letak garam rasa kuah cukup tak manis masam masinnya. Sukatan gula tu memang sesuai sukatan ni memang dah sedang molek tak yah nak adjust2 dah Sesiapa nak meniaga pun boleh guna gandakan je sukatannya. Okey!
Bahan Rencah: Cucur udang Cucur kelapa Tauhu goreng Telor rebus Timun Sekuang Daun salad Kentang rebus Nak tambah bahan-bahan lain pun boleh mee ke ayam ke bebola ke jadi rojak singapore.
Cucur udang 1/2 kilo tepung gandum* Yis 2 sudu besar* Garam 1 sudu besar* Gula 1 sudu besar* Kunyit* Daun kucai ÷ Tougeh Daun bawang ÷
Bahan bertanda * digaul sekata tanpa air Bahan ÷ dipotong 1inci Gaul semua bahan dengan air jgn terlalu keras cair sikit tak apa. biar dalam 1/2 jam. Tunggu adunan naik baru goreng nama pun cucur udang letak lah udang, sekor-sekor atas cucur tu.
Cucur kelapa Resepi ni dah diubah ikut citarasa tuan tanah 1/2 kilo.tepung gandum Yis 2 sudu besar Kelapa parut separuh biji Gula 5 sudu besar...memang agak manis cucuq ni Garam

Cara:
Gaul semua sekali biar sampai kembang dalam 1/2 jam. Lepas tu goreng buat bulat. Siap!
Kredit: fauzana muhamad
- 10 - Resepi Rojak Mee
Kuah Rojak Mee
Bahan-bahan:500g Kacang tanah - sangai/ goreng2 bawang merah (pilih hat besar sikit)3 bawang putih 10 cili kering-basuh, buang biji ( rebus ) 20 keping biskut marie ( kisar dengan air ) gula melaka / gula pasirgaramAsam Keping
Cara-cara:
Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih. Ketepikan. Kisar kacang tanah bersama sedikit air. Kisar biskut juga dengan sedikit air. Panaskan minyak secukupnya. Tumis cili dan bawang yang dah dikisar sampai naik bau. Masukkan kacang tanah yang dah di kisar. Kacau rata. Masukkan biskut marie yang dah dikisar. kacau Masukkan gula . Kacau. Perasakan dengan garam
Bahan-bahan Rojak Mee : 1 bungkus mee kuning 1 batang timun – potong halus memanjang Sengkuang – potong halus memanjang 3 biji ubi kentang- rebus dan potong memanjang 2 biji telur – rebus dan belah dua 1 Tauhu - goreng dan potong kecil Tepung gandum - untuk buat cucur. Lepas tu potong cucur tu memanjang. Taugeh Tempe kalau suka - Goreng dan potong kecil Salad untuk efek kehijauan
Resepi buat cucur bersarang
Bahan-Bahan : 1. Tepung gandum 2. Mauripan + air sikit
Cara-cara : Bila campuran Mauripan + air dah nampak naik dan sebati. Masukkan dalam tepung. Jangan lupa letak garam. Letak air sedikit demi sedikit hingga adunan sebati. Biarkan seketika dalam 15 minit sebelum menggoreng.
Cara- cara Makan :
Ambil sedikit mee kuning. Letak dalam pinggan. Campurkan timun , sengkuang, ubi kentang, telur rebus, tauhu, dan cucur. Kalau nak tambah tempe goreng pun boleh. Salad untuk efek kehijauan.
Tuangkan kuah kacang. Sedia di makan!
Kredit: Lya Safar
- 11 - Resepi Kuah Rojak Ala Thai @ Colek Buah
Bahan-bahannya:- 60 gm bawang merah dihiris nipis 70 gm udang kering ditumbuk 15 gm cili padi merah/hijau tumbuk kasar atau hiris 160 ml air 160 ml sos ikan thai (sos nampla) 300 gm gula melaka
Cara:-cara:
Masukan gula melaka, sos ikan dan air dalam periuk, guna api kecil masak hingga pekat, tambah bawang kecil, udang kering dan cili api didihkan lagi dan tutup api.sos ini tahan lama simpan dalam botol bertutup
Kredit: mama_atiq
Wah, sudah 11 resepi rojak macam-macam rasa dan rupa yang sedap di blog aku ini. Tinggal rajin atau tidak untuk aku membuatnya. Sudah kecur air liur aku dengan resepi-resepi yang ada. Beraneka jenis rojak yang ada di seluruh nusantara ini. Pelbagai cara juga pembuatannya. Tinggal pilih saja nak mencuba resepi yang mana. Jom merajinkan diri... hehe!
Nak dapatkan pelbagai resepi di blog ini, klik SINI
p/s; Rojak biasanya terkenal sebagai makanan jajaan di gerai dan restoran. Kalau kemalasan melanda, beli  dan makan di restoran sajalah... hahaha!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.huhahuhajerr.com/2020/06/11-resepi-rojak-macam-macam-rasa-dan-rupa-yang-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Nasi Thailand Super Simple Rasa Sedap Macam Yang Jual Di Pesta Makanan Tu

Resipi Nasi Thailand Super Simple Rasa Sedap Macam Yang Jual Di Pesta Makanan Tu

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 506 hits
Kalau dahulu pesta makanan selalu diadakan bagi memenuhi permintaan rakyat Malaysia yang sangat menghargai makanan serta berani mencuba pelbagai hidangan menarik Namun ujian COVID 19 yang melanda Malaysia menyebabkan setiap aktiviti seumpam...
Nampak Macam Sama Tapi Rupanya Rasa Lain Lain Tip Pilih Pes Tom Yam Paling Sedap Pekat

Nampak Macam Sama Tapi Rupanya Rasa Lain Lain Tip Pilih Pes Tom Yam Paling Sedap Pekat

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 754 hits
Kita mungkin sudah sering melihat pes tom yam yang di jual di kedai namun hati hati kerana bukan semua pes tom yam Thai yang dijual sama rasa dan enaknya Anda harus kenal pasti pes tom yam yang mana satu paling sedap dan kuahnya pekat tanpa...
Resepi Daging Goreng Kunyit Yang Sedap

Resepi Daging Goreng Kunyit Yang Sedap

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 588 hits
Sewaktu boring tak tau nak masak apa ketika dua tiga hari raya hari tu kami adik beradik ipar sepakat mengorbankan daging lembu yang banyak sebab beli konon nak makan setahun gamaknya maka terhasillah resepi yang bukan di warisi temurun tet...
Resepi Perapan Satey Mudah Dan Sedap

Resepi Perapan Satey Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 442 hits
Resepi Perapan Satey Mudah Dan Sedap Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Salam 4 Syawal 1441H buat semua pembaca Syawal tahun 2020 ini bukan sahaja tidak dapat balik kampung meraikan hari kemenangan bersama mak dan adik adik Tahun ini meman...
Kod Terkenal Dalam Filem Matrix Rupa Rupanya Adalah Resepi Sushi

Kod Terkenal Dalam Filem Matrix Rupa Rupanya Adalah Resepi Sushi

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 452 hits
Pada minit minit awal babak filem The Matrix lakonan Keanu Reeves anda akan melihat barisan kod berwarna hijau seperti sebuah kod komputer yang amat sukar difahami yang muncul secara perlahan lahan dan akhirnya memenuhi skrin Dua bersaudara...
Rahsia Resepi Set Nasi Tomato Yang Sedap Hanya Guna Bahan Asas

Rahsia Resepi Set Nasi Tomato Yang Sedap Hanya Guna Bahan Asas

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 516 hits
Rahsia Resepi Set Nasi Tomato Yang Sedap Hanya Guna Bahan AsasWalaupun berkali mencuba ada waktunya kita masih tercari cari resipi nasi tomato dan ayam masak merah yang bukan hanya sedap bahkan cara membuatnya juga cukup mudah
Resepi Kuah Lodeh Mudah Dan Sedap

Resepi Kuah Lodeh Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 607 hits
Assalamualaikum wbt Resepi Kuah Lodeh Mudah Dan Sedap Hidangan Untuk Hari Raya Kuah lodeh adalah hidangan yang menjadi pilihan ketika tiba hari raya Mommy teringat dan masih mengimbau kenangan sewaktu berada di Penang dulu Pertama kali momm...
Resepi Satay Ayam Dan Daging Beserta Kuah Kacang Yang Paling Sedap Resepi Satay Untuk Berniaga

Resepi Satay Ayam Dan Daging Beserta Kuah Kacang Yang Paling Sedap Resepi Satay Untuk Berniaga

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 761 hits
Raya 2020 ni memang lain dari kebiasaan kita semua Tak dapat berkunjung dan paling sedih tak dapat pulang ke kampung Tapi kalau dah namanya hari raya perlulah kita sendiri menghidupkan suasana raya tu Jadi bagi memeriahkan lagi Hari Raya Ai...
Resepi Prosperity Buat Sendiri Pastinya Lebih Mudah Lebih Jimat Lebih Sedap

Resepi Prosperity Buat Sendiri Pastinya Lebih Mudah Lebih Jimat Lebih Sedap

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 463 hits
Resepi PROSPERITY Buat Sendiri Pastinya Lebih Mudah Lebih Jimat Lebih SedapTrobek sikit aku buat homemade prosperity Aku rasa macam lagi sedap je dari yang ori
Calpis Soda One In A Million

Tanya Chatgpt Di Whatsapp

Content Marketing For New Business

Bayar Rm1 000 Untuk Dapatkan Rawatan Jarak Jauh Kosmo 14 12 2024

Up To 13 Pay Rise Enhanced Benefits For Staff Of 2 Sarawak Banks

Axa Xl Lantik Jon Tellekamp Sebagai Pegawai Utama Penilaian Risiko

Tip Masak Kurma Ayam Daging Makin Sedap

The Best Shampoo Untuk Rawat Kelemumur


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Karbohidrat Punca Gemuk Ini Jawapan Sebenarnya

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Isu Poligami Dalam Drama Berbagi Suami Adaptasi Sinetron Indonesia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue