11 Perkara Tangani Isu Politik Negara Mufti W P



Nasihat Mufti berkenaan isu politik negara

MUKADIMAH

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi S.A.W, keluarga, Sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Ku mulakan coretan kalam ini dengan ‘بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ’ .Dalam seminggu ini sehingga ke saat ini, jam 2 petang, 29 Februari 2020, hampir setiap jam isu terkini dan terbaharu politik Malaysia dengan meeting tergemparnya, kenyataan medianya, pertemuan, perbincangan, persetujuan, pembatalan persetujuan, keluar, masuk semula dan keluar semula menjadi rencah politik semasa. Kenyataan demi kenyataan dikeluarkan. Tak cukup dengan itu, ditambah dengan ulasan penganalisa politik dari pensyarah dan pakar politik, ahli politik, ahli akademik, agamawan bahkan yang mengeteh di kedai kopi sendiri pun begitu hangat berbincang. Dalam gambar yang di update, selalu dilihat masing-masing memegang telefon bimbit dan melihat kepada telefon bimbit, mencari berita terkini.

Telah datang kepadaku pelbagai orang yang ingin bertanya mauqif sama ada pemberita atau orang perseorangan. Justeru, selepas seminggu kemelut yang belum lagi dapat dilihat cahaya pada hujung terowong, makanya ku gagahkan diri ini untuk melakarkan satu coretan sebagai nasihat yang tulus dari hati untuk melihat sinar bahagia dan natijah yang baik bagi Malaysia dan rakyatnya. Itulah harapanku. Amin.Ku mulakan dengan beberapa noktah seperti berikut:Pertama: Kerajaan adalah milik AllahWajib bagi kita beriman dengan kalam suci Tuhan, firman Allah S.W.T:قُلِ اللَّـهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
(Ali Imran: 26)Allah guna kalimah (تَنزِعُ) maksudnya ‘senjoh’. Allah tak guna kalimah (تأخذ – mengambil), (تمنع – menghalang). Allah guna kalimah (تَنزِعُ). ‘Senjoh’ ini maksudnya tarik, rentap dengan kuat. Sentap. Itu membuktikan kerajaan ini kuasa mutlak Allah. Dia sahaja yang boleh beri dan dia juga yang boleh ‘senjoh’. Itulah yang kita kena sama-sama insafi dan muhasabah.Kedua: Kehendak Allah pasti berlakuTeringat kepada firman Allah S.W.T:إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَن يَقُولَ لَهُ كُن فَيَكُونُ

“Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: ‘Jadilah!’ maka terjadilah ia.”
(Yasin: 82)Imam al-Syaukani sewaktu mentafsirkan ayat ini, beliau menyatakan bahawa kekuasaan Allah S.W.T itu begitu sempurna, di mana jika Dia berkehendak kepada sesuatu perkara, Dia hanya perlu menyebut ‘jadilah’ dan ia akan terus terjadi tanpa perlu bergantung kepada suatu perkara yang lain.
(Rujuk Fath al-Qadir, 4/546)Syeikh Ahmad Mustafa al-Maraghi menyebut: “Ketika mana Allah S.W.T menciptakan sesuatu yang dikehendaki-Nya, Allah S.W.T hanya berfirman: ‘Jadilah’ sudah tentu sesuatu yang dikehendaki-Nya itu akan berlaku. Ayat ini menunjukkan betapa agungnya kekuasaan Allah S.W.T sehingga jika Dia menghendaki sesuatu, ketika itu juga ia boleh terjadi.”
(Lihat Tafsir al-Maraghi, 12/5724)Syeikh Tahir Ibn ‘Asyur berkata: Kenyataan ini merupakan sehebat-hebat istidlal dan kata pemutus. Demikian itu kerana ia menjelaskan apa yang sebelumnya sebagaimana yang dijelaskan sejumlah natijah daripada dua jumlah qiyas. Maka natijahnya, apabila Allah menghendaki sesuatu, maka tertakluklah kudrat-Nya dengan menjadikannya dengan perintah takwini yang diibaratkan daripada bahasa yang paling pendek iaitu (كن) kun untuk menggambarkan kejadian.Beliau memahami kata amr dalam maksud keadaan. Menurutnya makna ini lebih tepat dengan konteks keraguan kaum Musyrikin atas kuasa Allah menghidupkan kembali tulang belulang yang telah hancur. Maknanya menurut beliau;.“Tiada keadaan bagi Allah saat Dia hendak menciptakan suatu ciptaan, kecuali ketetapan-Nya untuk mencipta sesuatu itu. Potongan ayat di atas melukiskan ketetapan-Nya itu di mana sesuatu yang hendak Dia wujudkan langsung terjadi – melukiskannya – dengan kata (كن) kun. Ini untuk menjelaskan bahawa untuk mewujudkannya, Dia tidak menggunakan tangan, tidak juga alat atau mengolah atau mengadun suatu bahan seperti yang dilakukan oleh pekerja. Ini kerana kaum Musyrikin menyangka bahawa hari Kebangkitan tidak dapat terjadi kerana bahan untuk menjadikannya tidak ada lagi.”
(Lihat Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir, 11/79)Saya teringat ketika Tuanku Agong mula dilantik, pernah menyebut berkenaan dengan ayat 82 dari Surah Yasin. Kami telah tafsirkannya di laman web kami dalam artikel Al-Kafi #1049: Tafsir Ayat 82 Surah Yasin.Ketiga: Sifat hati selalu berbolak-balikPujangga Arab pernah berkata:وَمَا سُمِّيَ الْإِنْسَانُ إِلَّا لِنِسْيِهِ وَلَا الْقَلْبُ إِلَّا أَنَّهُ يَتَقَلَّبُ“Tidak dinamakan manusia kecuali dengan sifat pelupanya.”“Tidak dinamakan hati kecuali dengan sifat selalu berbolak-balik.”Justeru, benarlah doa Nabi S.A.W yang kerap dibaca:يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.”
(Riwayat Imam Ahmad (26618) dan al-Tirmizi (3522))Oleh itu, marilah sama-sama kita mengamalkan doa ini terutamanya tatkala kita telah mempunyai sebuah keputusan yang wajib kita iltizam dengannya. Rakyat hanya memerhati, tetapi jawatan kedua yang dipunyai oleh rakyat adalah ‘hakim’ yang menilai mana-mana individu atau pemimpin. Semoga kita semua dinilai sebagai orang yang baik atau pemimpin yang baik. Amin.Keempat: Iltizam dengan keputusan syuraFirman Allah S.W.T:وَأَمْرُهُمْ شُورَىٰ بَيْنَهُمْ

“Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka.”
(al-Syura: 38)Imam al-Tabari dalam menjelaskan ayat di atas menukilkan pendapat al-Dhahak yang menyatakan: “Tidaklah Allah perintahkan Nabi-Nya bermusyawarah melainkan kerana Allah mengetahui bahawa terdapat kelebihan padanya.”
(Lihat Jami’ al-Bayan ʿan Taʾwil ay al-Qurʾan, 4/150)Ibn Kathir berkata: “Mereka tidak menetapkan satu-satu keputusan sehingga mereka syura sesama mereka. Ini bertujuan untuk saling menguatkan dengan pandangan mereka seperti isu peperangan dan apa yang berlaku dalam strateginya.”

(Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 7/211)Firman Allah S.W.T:وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ

“Dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu.”
(Ali-Imran: 159)Syeikh al-Maraghi berkata: “Berbincang itu mengandungi banyak faedah, antaranya memperlihatkan bahawa adanya kesatuan hati dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Penyatuan hati ini yang akan membantu mencapai sesuatu tujuan.”

(Lihat Tafsir al-Maraghi, 2/987)Walaupun begitu, apa yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W, Baginda mengambil satu keputusan dan beriltizam dengan keputusan itu tanpa berpatah balik. Inilah yang dilakukan ketika keputusan keluar atau tidak dari kota Madinah untuk peperangan Uhud. Justeru, beriltizam dengan keputusan selepas disyura pasti mengandungi pelbagai rahmah dan hikmah.Kelima: Jangan bermusuhan berlebihanIni selaras dengan hadis Nabi S.A.W, sabda Baginda:أَبْغِضْ عَدُوَّكَ هَوْناً ماَ، عَسَى أَنْ يَكُونَ حَبِيْبَكَ يَوماً ماَ

“Bencilah musuhmu itu sekadar sederhana sahaja, mana tahu barangkali dia akan menjadi kesayanganmu pada suatu ketika di hari yang lain.”
(Riwayat al-Tirmizi (2128) dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman. Imam al-Suyuti mengisyaratkan hadis ini dengan hasan.)Hal ini lebih teruk lagi pengharamannya mengenai mematuhi musuh, apabila musuh itu kuat, yang mana pada kebiasaannya didekatkan diri kepadanya oleh golongan munafik dan hati mereka penuh dengan pelbagai jenis penyakit.
(Lihat Permata Buat Orang Beriman, 2/1)Hal ini banyak kali kita lihat. Semalam mereka bermusuhan, kemudian kata-mengata dan dedah-mendedah aib masing-masing. Tiba-tiba pada hari ini mereka bersahabat semula. Selepas itu, bergaduh kembali. Justeru, dengan mengingat hadis Nabi ini, bermusuh ala kadar. Begitu juga berkasih sayang jangan melampau. Semoga hadyun nabawi menjadi petunjuk kepada kita. Amin.Keenam: Jangan menghinaFirman Allah S.W.T:لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰ أَن يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِّن نِّسَاءٍ عَسَىٰ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ“Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka.”
(al-Hujurat: 11)Syeikh al-Maraghi berkata: “Ini kerana kadang-kadang orang yang dihina jauh lebih baik di sisi Allah daripada orang yang menghina sebagaimana yang disebut di dalam hadis.” . (Lihat Tafsir al-Maraghi, 13/6499)Orang yang dicaci, dihina, difitnah dan dilaknat itu, belum tentu lebih hina daripada yang menyumpah seranah. Apatah lagi jika kedua-duanya masih berpayung di bawah kalimah syahadah yang sama.Nasihatku agar sama-sama kita tidak menghina sesama kita kerana yang paling baik antara kita adalah yang paling bertakwa. Justeru, kawallah lidah daripada mengata yang tidak baik dan tangan yang digunakan untuk menulis pada laman web, media massa, whatsapp, instagram, twitter, messenger dan lain-lain.Kami nukilkan kata-kata Khalifah Umar bin Abdul Aziz Rahimahullah daripada buku Sirah wa Manaqib ‘Umar ibn ‘Abdul ‘Aziz karya Ibn Al-Jauzi, antara lain katanya:“Fiqh yang terbesar ialah bersifat dengan cukup dengan apa yang ada (qana’ah) dan menahan daripada menyakiti manusia.”Ketujuh: Tabayyun dahulu beritaKami telah jelaskan dengan panjang lebar dalam laman web kami http://www.muftiwp.gov.my berkenaan isu ini. Antara yang kami katakan adalah penelitian di dalam menerima sesuatu berita itu mestilah diambil berat bagi memastikan kebenarannya. Ini supaya dapat mengelak daripada berlakunya penyebaran berita palsu dan perbuatan ini akan mendatangkan kemurkaan Allah S.W.T serta tergolong dalam golongan yang pendusta. Sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Hafs bin Asim R.A, sabda Nabi S.A.W:كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

“Cukuplah bagi seseorang itu digelar pendusta apabila menceritakan semua yang didengarinya (tanpa tabayyun).”
(Riwayat Muslim: 5)Hadis ini telah diletakkan pada bab khusus oleh Imam Nawawi dengan tajuk: “Larangan terhadap menceritakan semua perkara yang didengari”.Dalam menjelaskan hadis ini, Imam Nawawi berkata: Seseorang boleh dikatakan berdusta disebabkan berita yang didengar boleh jadi ditambah-tambah. Adapun makna hadis ini mengandungi peringatan daripada membicarakan setiap yang didengari. Ini kerana ia boleh jadi benar dan boleh jadi dusta.
(Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 1/75)Bagi mendapat penjelasan, sila rujuk artikel kami bertajuk Bayan Linnas Siri Ke 184: Tabayyun Dalam Penerimaan Dan Penyampaian Berita. [1]Ini kerana kami dapati kadang-kadang berita yang disampaikan sudah berlaku u-turn. Maklumat semalam mengatakan begian, sedangkan pada hari ini sudah berubah. Dibimbangi versi yang disampaikan berlainan dek kerana tidak di update maklumat yang paling latest dan terkini. Akhirnya bertembung dan accident dua maklumat dari sumber yang sama. Alangkah malangnya.Kelapan: Kurangkan dari membuat banyak kenyataanYang menjadi masalah, kadang-kadang semua membuat kenyataan sama ada pemimpin nombor satu, nombor dua, nombor tiga, nombor empat sehingga yang tidak bernombor. Hal ini menambahkan lagi keparahan. Pendapat masing-masing kadang-kadang dan banyak kali bertentangan serta bercanggah sesama sendiri. Ini menjadikan masyarakat keliru, terkeliru dan mengelirukan, yang mana satu nak dipegangnya atau dipercayainya. Oleh itu, setiap parti atau kumpulan cukup seorang yang membuat kenyataan rasmi. Seboleh-bolehnya, jangan panjang dan jangan u-turn.Kesembilan: Pupukkanlah perpaduanBak kata pepatah, carik-carik bulu ayam akhirnya bertaut jua. Apa yang berlaku dalam Malaysia pada hari ini lebih kepada kocakan air dalam sebuah balang atau gelas yang besar. Maksud saya, ia lebih kepada mengambil satu pendapat atau keputusan yang pada hakikatnya mudah tetapi menjadi serabut dan susah tatkala bertembung banyak buah fikiran, idea dan kehendak. Justeru, masing-masing dengan semangat yang kental dan tinggi telah mengemukakan pelbagai hujah, pandangan, pendapat dan cuba menegakkannya.Kami katakan, apa-apa yang berlaku, kita tetap rakyat Malaysia. Kita hanya mempunyai sebuah negara dan tanah watan bernama Malaysia. Huru-hara dan pertelingkahan yang membawa kepada tumpah darah akibat buruknya pada diri kita sendiri. Ke mana kita nak pergi? Mereka (musuh-musuh kita) suka melihat kejatuhan kita. Apa kata, buang yang keruh, ambil yang jernih. Tautkan kesatuan hati, bulatkan tekad, ikhlaskan niat serta fahamilah Falsafah Rukun Negara.Akhir kalam, kami katakan marilah kita hulurkan tangan persaudaraan selepas kemelut yang insyaAllah akan melabuhkan tirainya. Akan datang cahaya dari ufuk sebuah kebahagiaan akan singgah dan bertapak kepada masyarakat Malaysia.Kesepuluh: Banyakkan munajat dan doaSudah berkali-kali kami ulangnya, banyakkan munajat dan doa. Antara doa yang terbaik kepada pemimpin terutamanya dan rakyat jelata adalah:اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا، وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ، وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا، وَارْزُقْنَا اجْتنِاَبَهُ، وَلَا تَجْعَلْهُ مُلْتَبِسًا عَلَيْنَا فَنَضِلّ، وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا“Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran, dan rezekikanlah kepada kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kepada kami untuk menjauhinya, dan jangan jadikannya terkeliru atas kami sehingga kami sesat. Dan jadikanlah kami bagi orang yang bertakwa sebagai pemimpin.”
(Lihat Tafsir Ibn Kathir, 3/75)Dengan mengamati doa ini, sudah barang tentu kita pohon kepada-Nya agar kita sentiasa bersama dengan kebenaran dan di pihak yang mencari kebenaran. Pada saat yang sama, kita menjarakkan diri kita dari kebatilan dan menjarakkan diri kita dari berpihak kepada pihak kebatilan. Allah S.W.T sahaja yang mengetahui hakikat ini. Justeru, marilah kita memohon kepada-Nya.Doa lah untuk:(1) Kita semua diberi petunjuk kebenaran.
(2) Kita semua ditetapkan semangat dan iltizam untuk mengikut kebenaran Malaysia dan rakyatnya sentiasa aman.
(3) Agar dijauhkan kita dari kancah permusuhan kaum.
(4) Agar dijarakkan kita dari sifat hasad dengki, tamak haloba dan dendam kesumat.
(5) Agar dipertautkan hati kita untuk menjunjung titah perintah Tuhan.
(6) Agar Allah kurniakan kepada pemimpin kita taufik dan hidayah.
(7) Agar kemelut yang berlaku ada noktah penghujungnya.
(8) Agar pemimpin yang akan dilantik benar-benar amanah dan mampu menggalas tugas dengan seterbaik mungkin.
(9) Agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj sentiasa diberi taufik, hidayah, inayah, ri’ayah, kesihatan yang baik serta dapat memimpin negara dengan seterbaik mungkin.Kami yakin dan percaya, di hujung kemelut politik yang sedang berlaku pada masa ini, akan menatijahkan satu keputusan yang ranum, yang membawa kepada kebahagiaan hidup bagi rakyat Malaysia dan negaranya. Amin.Kesebelas: Jawatan sebagai amanahSelalu saya mendengar pemimpin berkata jawatan itu adalah taklif dan bukan tasyrif. Jelas menunjukkan sebuah kesedaran yang mendalam, yang perlu diterjemah sebagaimana Khalifah Abu Bakar dan Khulafa al-Rasyidin melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah.Daripada Abu Zar R.A, katanya:“Ya Rasulullah! Lantiklah aku untuk satu jawatan!”Lalu Rasulullah S.A.W menepuk bahunya dan bersabda:يَا أَبَا ذَرٍّ، إِنَّكَ ضَعِيفٌ، وَإِنَّهَا أَمَانَةٌ، وَإِنَّهَا يَوْمَ القِيَامَةِ خِزْيٌ وَنَدَامَةٌ، إِلاَّ مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا وَأَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ فِيْهَا

“Hai Abu Zar! Sesungguhnya engkau ini lemah dan ini perkara amanah. Di akhirat nanti ia akan menghina dan mendukacitakan kecuali orang yang dapat menjalankan dengan penuh kebenaran serta melaksanakan tugas yang dipikul ke atas tengkuknya.”
(Riwayat Muslim: 4823)Kelayakan dan keahlian serta sifat kepimpinan yang digariskan oleh ulama’ seperti Imam al-Mawardi dalam al-Ahkam al-Sultaniyyah dan lain-lain lagi jelas menunjukkan betapa ianya amat berat yang wajib dipikul dengan high integrity dan keamanahan yang tinggi.Saya menutup perbincangan ini dengan menukilkan satu kisah teladan.Ketika Umar Ibn Abdul Aziz baru menjadi khalifah, ramai perwakilan yang datang dari seluruh pelosok tanah Arab menyampaikan ucapan tahniah. Seorang kanak-kanak yang berusia sebelas tahun tampil ke hadapan untuk menyampaikan ucapan bagi pihak perwakilan Hijaz. Lalu Khalifah Umar berkata kepadanya:“Berundurlah kamu dan biarlah seorang yang lebih tua darimu tampil ke hadapan!”Lalu kanak-kanak itu pun menjawab:“Semoga Allah memihak kepada tuan hamba hai Amirul Mukminin. Diperhitungkan seorang itu dengan dua benda kecil yang ada padanya iaitu hati dan lidahnya. Apabila Allah mengurniakan pada hamba-Nya lidah yang fasih dan hati yang terang, maka dia berhak bercakap. Sekiranya umur itu menjadi ukuran, nescaya ada orang lain yang lebih berhak duduk di tempat tuan sekarang ini dari kalangan rakyat!”Mendengar hal ini, Khalifah Umar merasa sungguh terperanjat dan terpegun dengan kata-kata yang dilontarkan oleh kanak-kanak itu, lalu beliau bermadah:“Seseorang itu tidak diperanakkan alim, dan bukanlah orang yang berilmu itu sama dengan yang jahil. Kaum yang besar tanpa ilmu dianggap kecil, sekalipun ia dikelilingi oleh keramaian.”PenutupSaya katakan kepada diri saya serta pembaca semua bahawa sesungguhnya ijtihad siyasi atau politik adalah paling payah dan sukar. Sementelahan lagi untuk membuat satu keputusan serta mempersetujuinya untuk dilaksanakan, sudah barang tentu akan membawa kepada sejuzuk pengorbanan atau amat banyak pengorbanan.Cumanya, permintaan akhir kami, setiap yang terpilih dan dilantik hendaklah mentashihkan nawaitu semata-mata untuk agama, bangsa, tanah watan dan negara yang dicintainya ke arah yang lebih maju, harmoni, aman damai serta rakyat merasa bahagia. Amin.Kepada yang tidak terpilih, makanya hendaklah dihiasi dengan kesabaran dan redha dengan keputusan yang telah ditetapkan. Pada penghujung nasihatku ini, keputusan telah diumumkan melalui kenyataan media oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja. Semoga semua pihak akur dan mentaati pemerintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.Saya yakin, kehendak Allah selepas kita usaha, itulah yang terbaik, yang penuh dengan hikmah.Kami merasa kagum dan tabik hormat kepada seluruh rakyat Malaysia yang tetap bersabar menanti tanpa sebarang demonstrasi dan aksi ganas yang di luar peradaban dan tatasusila budaya Timur yang sentiasa dijunjung. Semoga penonjolan akhlak yang baik dan kesabaran yang tinggi sentiasa menghiasi diri kita ini.Saya katakan kepada anda semua, sesungguhnya saya kasihkan anda dan sayang anda semua.Kami akhiri dengan mengangkat tangan munajat kepada-Nya:اللَّهُمَّ وَلِّ أُمُوْرَنَا خِيَارَنَا ، وَلَا تُوَلِّ أُمُوْرَنَا شِرَارَنَا

“Ya Allah! Lantiklah untuk urusan kami (pemerintahan) orang-orang yang terbaik di kalangan kami. Janganlah Engkau lantik untuk urusan kami orang-orang yang terburuk di kalangan kami.”Akhukum fillah,SAHIBUS SAMAHAH DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Mufti Wilayah Persekutuan – HARAKAHDAILY 1/3/2020Nota Hujung:[1] https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/3485-bayan-linnas-siri-ke-184-tabayyun-dalam-penerimaan-dan-penyampaian-berita

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/03/11-perkara-tangani-isu-politik-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tindakan Agung Selesaikan Krisis Politik Negara Termaktub Perkara 43 Prof Madya Dr Shamrahayu

Tindakan Agung Selesaikan Krisis Politik Negara Termaktub Perkara 43 Prof Madya Dr Shamrahayu

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 338 hits
Gambar fail Pakar perlembagaan Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz Foto Mohd Fadli HamzahDakwaan royal coup hina institusi dirajaKUALA LUMPUR Dakwaan mengatakan kerajaan Pakatan Harapan digulingkan secara royal coup disifatkan melampau dan me...
Surat Terbuka Firdaus Wong Kepada Khalid Samad Isu Peguam Negara

Surat Terbuka Firdaus Wong Kepada Khalid Samad Isu Peguam Negara

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 411 hits
BERIKUT adalah surat terbuka penceramah bebas Firdaus Wong Wai Hung kepada Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad berhubung kenyataannya memuji tindakan Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas memberhentikan pertuduhan terhadap 12 individu dik...
Dap Menang 3 Perkara Mengenai Keputusan Mengejut Peg Negara Dr Kamarul Zaman

Dap Menang 3 Perkara Mengenai Keputusan Mengejut Peg Negara Dr Kamarul Zaman

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 365 hits
Implikasi besar hentikan prosiding 12 tertuduh LTTERAMAI juga rakan rakan yang bertanya Mengapa pemberhentian prosiding terhadap 12 tertuduh yang dikaitkan dengan LTTE dibuat pada hari ini Jumaat 21 Februari 2020 Saya tidak mahu terjebak un...
Pergolakkan Politik Negara

Pergolakkan Politik Negara

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 245 hits
https t me johortimes klik untuk follow kami di Telegram
Jaga Tutur Kata Ketika Debat Situasi Politik Negara Di Laman Sosial Kpn

Jaga Tutur Kata Ketika Debat Situasi Politik Negara Di Laman Sosial Kpn

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 361 hits
Kuala Lumpur Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengingatkan orang ramai untuk menjaga tutur kata ketika menyampaikan pandangan dan pendapat di laman sosial berhubung situasi politik negara pada masa ini Beliau berkata semua pihak...
Kemunculan Semula Kuasa Melayu Dan Islam Dalam Politik Pemerintahan Negara Malaysia

Kemunculan Semula Kuasa Melayu Dan Islam Dalam Politik Pemerintahan Negara Malaysia

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 357 hits
Sumber gambar dari sini Suasana kelam kabut yang berlaku sangat pantas semenjak hari ahad lalu membawa kepada keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan Merajuk lalu Tun Mahathir letak jawatan sebagai perdana menteri Kerajaan PH dah tak wujud dan ...
Dap Jadikan Isu Covid19 Demi Kepentingan Politik Murahan

Dap Jadikan Isu Covid19 Demi Kepentingan Politik Murahan

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 356 hits
Lebih 3 000 nyawa telah terkorban Lebih 90 000 orang telah dijangkit Seluruh dunia dalam bahaya dan bekas menteri DAP sendiri mengetahui isu merbahaya ini semasa mereka menteri kabinet malaysia Tapi DAP masih mampu mempergunakan ancaman wab...
Isu Ali Puteh Aliff Syukri Isteri Abam Komen Mufti Wilayah Peguam Syarie

Isu Ali Puteh Aliff Syukri Isteri Abam Komen Mufti Wilayah Peguam Syarie

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 821 hits
Isu Ali Puteh Aliff Syukri isteri Abam Komen Mufti Wilayah Peguam Syarie Malaysia Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Fuhh pagi pagi dah cerita pasal apa ni Sayidah Cerita hot viral sensitif isu pembahagian harta uiihh I know benda ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game