Isu Ali Puteh Aliff Syukri Isteri Abam Komen Mufti Wilayah Peguam Syarie


Isu Ali Puteh, Aliff Syukri & isteri Abam: Komen Mufti Wilayah & Peguam Syarie Malaysia? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Fuhh pagi pagi dah cerita pasal apa ni Sayidah? Cerita hot viral sensitif isu pembahagian harta uiihh.. I know benda pasal isu Ali Puteh, Aliff Syukri dan isteri Abam, Norhidayah dah agak lama berlalu. Bulan lepas. But, its okay. Sebab tujuan saya buat entri ni bukan lah untuk melaga-lagakan mana-mana pihak, jadi 'batu api', mewujudkan kontroversi, menimbulkan provokasi, buat fitnah mahupun jadi palatao ye. NON NO NO. Saya pun tak nak belahkan mana mana pihak. Saya hanya niat nak share ilmu dan pendapat dari mereka yang lebih arif dalam bidang pembahagian harta, faraid di sisi undang-undang Malaysia & agama Islam di entri ini.
Moga kita mendapat input dan pengajaran.komen mufti wilayah, peguam syarie: isu ali puteh aliff syukri isteri abam | credit: GoogleSebelum kita masuk ke apa komen dan nasihat dari Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan dengan kes Ali, Aliff & Dayah ni.. saya list kan dulu apa yang Ali Puteh perkatakan dalam video menjawab tuduhan Alif Syukri.

Point Dari Live Penjelasan Penerangan Ali Puteh:
1. Isu hantar anak naik Grab, Ali nafikan dan mengatakan mereka hantar hamzah menaiki myvi ke klinik.
2. Fon (phone) Arwah ali ambil untuk selesaikan kerja-kerja dan hutang-hutang yang masih ada. Sebab selama ni memang ali yang PA dan uruskan kerja arwah.
Sebab selama ni memang Ali yang uruskan kerja arwah so ali nak selesaikan kerja atau hutang arwah. Family tak nak pun fon tu sebab arwah memang dah belikan sorang satu fon untuk adik beradik. Lepas setel semua memang ali nak pulang fon.
3. Kes Myvi dan Vellfire, keluarga arwah ambil kereta sebab Myvi atas nama pakcik, vellfire nama arwah. So ali nak setelkan baki hutang dan tukar ke nama balu arwah.
4. Kes wallet, ali ambik wallet arwah sebab nak ambik bisnes card yang diminta seseorang dari seniman. Tapi time ali dpt wallet, wallet kosong takda cash dan kad Affin serta Maybank dalam wallet tiada. Ali tahu kad apa arwah ada, sebab tu ali pelik dan tanya pada balu arwah. Balu mengaku dia yang pegang kad arwah.
5. Kes hantar anak pergi klinik, yang menghantar sebenarnya ibu arwah dan pojie (driver). Sebab ibu arwah yang dapat detect anak dia demam.
6. Kes dihalau, Ali nafikan dia dihalau sedangkan sebenarnya balu arwah keluar sendiri pada hari keenam walaupun family arwah dah halang sebab masih belum habis iddah.
7. Ali dapat maklumat balu dapat sumbangan orang ramai sebab ada rakan ali beritahu terjmpa no akaun balu disebarkan. Ali trkejut.
Sebab arwah abam dah tinggalkan harta yang cukup untuk balu dan anak survive tapi kenapa masih minta sumbangan orang ramai. Dan jumlah sumbangan pun tiada siapa tahu.
7. Jam-jam arwah bernilai ribuan ringgit gagal dikesan selepas balu keluar dari rumah dan ali masih tak tahu siapa ambil.
Soal kereta, faraid, pembahagian harta semua dah dibincang dengan balu. Dan balu dah faham, tapi lepas ali tengok live alif syukri ali terkejut sebab fakta tak sama. Menyebabkan ali mengamuk, namun ali mintak maaf sebab dia tercarut dan tak dapat kawal emosi bila keluarga dia difitnah.

Isu Ali Puteh, Aliff Syukri & isteri Abam: Komen Mufti Wilayah Persekutuan, Dr.Zul?
Soalan: Salam Dr zul. Mengenai hukum faraid yang heboh diperkatakan sekarang. Apakah bahagian adik beradik & isteri yang kehilangan suami? Bagaimana bahagian untuk anak2 yang ditinggalkn? Urusan family belah suami or family belah isteri? Tq.
Jawapan dari Mufti: Kami yakin pihak keluarga sedang mengusahakan yang terbaik. Agak kurang manis jika ada pihak lain seolah-olah campur tangan dalam hal ini.
Secara umumnya nasihat saya, bawalah berbincang dengan penuh kasih sayang sebagai satu keluarga.
Q: "kalau saya nak tahu cara pembahagian harta jika yang meninggal tu wanita, kira campur tangan tak?"
A: Boleh dapatkan melalui pakar faraid. Banyak kuliah² faraid di surau, masjid. Ataupun rujuk buku-buku, youtube. Dalam web saya pun saya dah jawab 3-4 soalan isu faraid.komen mufti wilayah isu ali puteh aliff syukri isteri abamIsu Ali Puteh, Aliff Syukri & isteri Abam: Komen Peguam Syarie Malaysia?Ditulis oleh Saidah Zakaria; Peguam Syarie

Cerita macam isteri abam dengan ali puteh ni bukan sikit. In real life, banyak je kes-kes macam tu.
Bila suami/ isteri meninggal, mesti samada keluarga arwah rampas harta, atau isteri atau suami yang masih hidup tu yang bawa lari atau cairkan harta arwah untuk kepentingan sendiri.
Sebenarnya, bila berlaku kematian salah satu pihak suami atau isteri, selesaikan dulu hak arwah melalui harta-harta yang ditinggalkan. Bukannya selesaikan hak waris tu pulak.
Selagi hak arwah belum selesai, tak ada satu pun boleh jadi hak waris.
Apa hak arwah tu?
1. Uruskan Jenazah.
Apa-apa urusan yang berkaitan dengan jenazah semuanya perlu selesaikan dulu. Bukan kumpul harta arwah utk bahagikan pulak.
2. Hutang.
Selesaikan dulu semua hutang-hutang arwah selagi dia ada hutang. Rumah, kereta, credit card, loan, hutang-hutang semua kena settlekan guna wang peninggalan arwah tu dulu. Bukannya main taknak bayar hutang arwah semata-mata sebab takut berkurang nilai korang dalam faraid.
Selagi hutang arwah tak selesai, waris tak ada hak langsung ke atas harta arwah.
3. Hibah/Wasiat.
Kalau arwah dah sediakan hibah/ wasiat semua tu, selesaikan jugak bab tu dulu. Sape dia hibahkan? Bagi siap-siap pada orang yang arwah wasiat/hibahkan tu. Bukan terus faraid.
4. Harta Sepencarian.
Tak ramai orang tau bab ni. Bila pasangan korang meninggal. Korang ada hak untuk file kan harta sepencarian ni dulu di Mahkamah. Dapatkan dulu penentuan hak korang dalam Harta Sepencarian tu. Sebab itu jugak termasuk hak arwah. Dan hak pasangan yang masih hidup.
Biasanya kita akan advice untuk selesaikan dulu pembahagian harta sepencarian ni sebelum Nak Faraid. Ingat. Itu hak arwah ye. Bukan hak waris lagi. Jangan memandai taknak bagi pasangan yang hidup tu hak harta sepencarian dia.
Sebab apa? Sebab hak dia yang ada tu la yang arwah kena tunaikan kalau masih hidup.
Kat mana nak buat harta sepencarian ni? Bukan main bahagi gitu je. Buat di Mahkamah Syariah. Bukan main faraid-faraid je korang tau. Jangan takut pasangan tu buat harta sepencarian nak kaut semua harta.
Bukan eh.
Hakim yang akan tentukan berapa nilai yang munasabah untuk pasangan tu dapat dalam harta sepencarian tu based on sumbangan langsung dan tak langsung dia dalam harta tu mengikut undang-undang. Pengorbanan isteri jaga rumah, suami & anak-anak turut dikira sumbangan tak langsung ye.
Walaupun dia tak contribute sesen pun pada rumah tu. Ingat ye kawan-kawan. Jangan nafikan hak kakak ipar & adik ipar korang.
5. Last sekali ni haa baru Faraidh.
Last sekali ye korang. Faraidh ni pun kena buat di Mahkamah Syariah sebab Faraid ni la yang nak tentukan ahli waris. Berapa bahagian untuk ahli waris.
Contoh kalau arwah meninggalkan seorang isteri, anak lelaki dan ibu kandung yang masih hidup. Adik beradik tak dapat ye. Tak dapat langsung. Jadi jangan lebih sudu dari kuah. Selalunya yang berlaku, mak arwah takde apape sangat pun tapi beradik ni yang lelebih.
TAPI......... kalau dah selesai hutang-hutang dan hibah wasiat tu tadi, kalau semua waris-waris setuju nak bahagi sama rata harta tu, setuju semua, TAK PAYAH ikut nilai faraidh tu pun. Tapi still kena file kan faraid di Mahkamah Syariah untuk urusan-urusan berkaitan formaliti/ prosedur.
Dah selesai dapat perintah Faraidh tu baru la pergi pejabat pusaka ke, High Court ke untuk laksanakan pembahagian. Fahem?
Sebab tu bila berlaku kematian, kena segera uruskan harta peninggalan arwah. BUKAN sebab gila harta tapi sebab, kalau tiba-tiba waris arwah sorang lagi meninggal dalam keadaan harta arwah tak bahagi lagi, kang berlapis-lapis faraidh korang.
Disclaimer: Tweet ni bukan tuju untuk kes isteri abam dan ali. Saya cuma share realiti yang berlaku semasa saya berhadapan dengan kes-kes client saya yang begini di Mahkamah Syariah. Saya share dengan kawan-kawan semua untuk persediaan jika ada berlaku kematian dalam ahli keluarga kita.komen peguam syarie isu ali puteh aliff syukri isteri abamMoga bermanfaat!
Till next time, daa~ wassalam! :)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sayidahnapisah.com/2020/03/isu-ali-puteh-aliff-syukri-isteri-abam-komen-mufti-wilayah-peguam-syarie.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Settle Gerak Lah Pedas Pesanan Yang Shuib Bagi Pada Dato Aliff Isu Harta Abam Dan Prbalahan Ali Dan Balu Abam

Dah Settle Gerak Lah Pedas Pesanan Yang Shuib Bagi Pada Dato Aliff Isu Harta Abam Dan Prbalahan Ali Dan Balu Abam

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 371 hits
Pelakon Shuib telah memuat naik video di channel miliknya memberikan komen tentang 1su Ali Puteh dan Datuk Seri Aliff Syukri yang sedang h4ngat ketika ini Kadang kadang kita kena ada sensit1viti kalau nak tolong senyap senyap jelah nak seca...
Ali Puteh Minta Aliff Syukri Bertaubat

Ali Puteh Minta Aliff Syukri Bertaubat

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 517 hits
NADIA AZAM Adik arwah Abam Bocey Ali Puteh menasihatkan usahawan kosmetik Aliff Syukri Kamarzaman agar bertaubat kerana pintu taubat masih terbuka Kenyataan Ali itu dibuat hanya beberapa hari selepas Aliff menjadi perhatian apabila menemu b...
Video Penuh Temubual Ali Puteh Ibu Arwah Abam Bocey Di Majlis Tahlil Abam Masjid Wilayah 27 Feb

Video Penuh Temubual Ali Puteh Ibu Arwah Abam Bocey Di Majlis Tahlil Abam Masjid Wilayah 27 Feb

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 558 hits
https instagram com budiey Follow My Instagram http youtube com budieychannel Click to Subscribe http budiey com Visit My Blog http facebook com BudieyDotCom Become a Fan http twitter com budiey Follow Me
Kalau Saya Punca Perbalahan Saya Mohon Maaf Kepada Ali Hidayah Aliff Syukri Akhirnya Mengalah Takut Nanti Mati Mengejut

Kalau Saya Punca Perbalahan Saya Mohon Maaf Kepada Ali Hidayah Aliff Syukri Akhirnya Mengalah Takut Nanti Mati Mengejut

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 432 hits
Kalau saya punca perbalahan saya mohon maaf kepada Ali Hidayah Aliff Syukri akhirnya mengalah takut nanti mati mengejut21 Februari 2020 Ali Puteh menasihatkan Aliff Syukri Kamarzaman untuk bertaubat kerana tindakannya menemubual kakak iparn...
Permohanan Maaf Dari Dato Aliff Tak Sangka Ali Puteh Melarang Dato Aliff Buat Sesuatu Semasa Berjumpa Dengan Ibunya

Permohanan Maaf Dari Dato Aliff Tak Sangka Ali Puteh Melarang Dato Aliff Buat Sesuatu Semasa Berjumpa Dengan Ibunya

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 405 hits
MESKIPUN sudah memaafkan tindakan Datuk Seri Aliff Syukri pelawak Ali Puteh tetap dengan pendiriannya iaitu mahu usahawan kosmetik itu datang bertemu ibunya secara privasi Permohanan maaf dari Dato Aliff Tak sangka Ali Puteh melarang Dato A...
Belum Reda Kes Bahagi Harta Ig Ali Puteh Kena Hack Lagi

Belum Reda Kes Bahagi Harta Ig Ali Puteh Kena Hack Lagi

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 626 hits
Kisah antara salah faham antara pelawak Ali Puteh dan juga balu arwah Abam Bocey kini semakin menjadi perhatian netizen dan juga beberapa rakan artis Malah Ali Puteh sehinggakan mahu mengambil keputusan untuk mengundur diri daripada industr...
Isu Ltte Menteri Wilayah Pertahan Kenyataan Sokong Keputusan Tommy Thomas

Isu Ltte Menteri Wilayah Pertahan Kenyataan Sokong Keputusan Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 321 hits
Sumber gambar dari Malay MailKelmarin kita digemparkan dengan tindakan Peguam Negara menamatkan prosiding keatas 12 individu menyokong kumpulan pengganas LTTE yang menyebabkan 34 pertududah keatas mereka telah digugurkan Berdasarkan info da...
Ramai Tak Sedar Ikhtibar Dari Konflik Antara Ali Dan Balu Abam

Ramai Tak Sedar Ikhtibar Dari Konflik Antara Ali Dan Balu Abam

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 614 hits
Ramai Tak Sedar Ikhtibar Dari Konflik Antara Ali Dan Balu AbamSelepas turut berduka dengan pemergian Abam Bocey netizen seakan akan tidak percaya dengan sengketa yang menimpa isteri Allahyarham dengan si adik Ali Puteh Sejak semalam pelawak...
Mohon Maaf Pada Kakak Ipar Ali Puteh Sedia Undur Diri Dari Dunia Seni

Mohon Maaf Pada Kakak Ipar Ali Puteh Sedia Undur Diri Dari Dunia Seni

papar berkaitan - pada 22/2/2020 - jumlah : 523 hits
Petang tadi berlangsungnya sidang media yang diadakan oleh pelawak Ali Puteh bagi menjelaskan segala kontroversi berhubung dakwaan dikatakn mahu membolot harta peninggalan The post appeared first on
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game