11 Lokasi Ekopelancongan Popular Di Malaysia




Pelancongan berkonsepkan alam semulajadi atau ekopelancongan terus mendapat tempat dalam kalangan mnasyarakat. la bukan saja mendekatkan pengunjung kepada alam semula jadi malah menjadikan mereka lebih tenang. Pada masa sama, khazanah di lokasi ekopelancongan ini juga perlu dipelihara dan dipulihara demi kelestarian alam sekitar. Ini kerana ia khazanah berharga negara bagi melindungi flora dan fauna yarng penting untuk keseimbangan ekosistem hutan.

Ekopetancongan yong semakin popular ini turut mampu menjana pendapatan untuk negara. Bagi pencinta tegar alam sekitar mereka tentunya akan nmencari lokasi pelancongan yong tidak dinodai dengan pembangunan kerana mahu menghayati keaslian keindahan di kawasan pelancongan berkenaan.

Pada hari ini Abam Kie ingin berkongsi 11 lokasi pelancongan berkonsepkaan alam sekitar menarik di Malaysia yang masih terpelihara, malah mungkin ramai yang tidak mengetahui kewujudannya.
Bukit Keteri, Perlis


Lokasi terbaik untuk menyaksikan pemandangan matahari terbenam di Perlis. Dikelilingi kehijauan bendang dan mengambil masa beberapa jam untuk menyempurnakan pendakian. Denai yang diteroka sejak 2007 ini difahamkan mempunyai kira-kira 50 laluan berbatu dan antara laluan pendakian paling sukar di Asia Tenggara.

Hutan Lipur Jerangkang, Maran, Pahang

Hutan lipur terkenal di Maran, Pahang ini hanya 55 kilometer dari Kuantan. la menyajikan pemandangan air terjun bertingkat selain kolam biru kehijauan. Keistimewaan hutan lipur ini yang tidak diketahui umum ialah memiliki 39 tingkat air terjun. Namun, pengunjung perlu berjalan kira-kira dua jam untuk menikmati pemandangan lebih cantik dan air terjun yang lebih dalam.

Pulau Dayang, Mersing, Johor

Pulau ini di Mersing, Johor. Kurang terkenal berbanding pulau lain di Johor, tetapi memiliki pantai yang cantik, malah ramai tidak mengetahui kewujudannya. Ia terletak kira-kira 80 kilometer dari Mersing dan sebahagian daripada Taman Laut Johor.
Semakin popular kerana keunikan pulau itu yang memiliki kolam semula jadi di luar pesisir pantai, batu karang berwarna-warni dan pantai yang cantik.
Pantai Ban Pecah, Parit Buntar, Perak

Pantai di Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak. la kawasan sawah padi yang bersebelahan dengan laut. Menjadi tarikan kepada penduduk setempat untuk memancing ikan dan menghayati keindahan kehijauan kawasan berkenaan serta pemandangan matahari terbenam.



Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh, Perak


Taman rekreasi ini kira-kira enam kilometer dari bandar raya Ipoh, Perak. Sangat sesuai kepada mereka yang gemar aktiviti santai di kawasan semula jadi. Sebelum tiba ke tamanrekreasi ini, orang ramai perlu menaiki bot yang akan membawa mereka menyeberangi tasik ditemani pemandangan indah bukit batu kapur.

Tasik Cermin, Gunung Rapat, Ipoh, Perak


Tasik ini di Ipoh, Perak, tetapi tidak ramai mengetahui kewujudannya kerana lokasi agak terpencil dan terlindung oleh kawasan kuari dan berbukit-bukau. Tasik Cermin dalam kawasan Gunung Rapat dan orang ramai perlu melalui kawasan jalan tidak berturap, berbatu kelikir dan penuh debu. Dinamakan Tasik Cermin kerana bayangan yang ada di tasik ini memantulkan landskap di sekeliling seperti cermin.
Tasik Biru Kangkar Pulai, Johor


Lokasi di pesisir Gunung Pulai dan empangan tadahan air Syarikat Áir Johor (SAJ) yang dikelingi kuari serta ladang kelapa sawit. Tasik biru ialah keindahan yang tersembunyi di Johor, Pada asalnya tasik ini ialah kawasan bekas lombong kuari yang kebiruan airnya menyerlahkan keunikan tasik berkenaan. Kini menjadi tumpuan orang ramaì melakukan aktiviti riadah seperti mendaki.

Lagun Biru Lok Heng, Kota Tinggi, Johor

Kawasan paya ini berkonsepkan 'taman tema' dalam kebun kelapa sawit bertempat di Felda Lok Heng Selatan, Kota Tinggi, Johor. Paya ini tidak asing dalam kalangan penduduk di kawasan Felda itu sejak dibuka 30 tahun lalu dan mula menjadi tumpuan pada 2008. la diberi gelaran 'Sunwit' kerana paya seperti kolam renang ini dikelilingi pokok dan ladang kelapa sawit. Antara tempat menarik di Johor yang menjadi tumpuan kebelakangan ini sebagai tempat rekreasi dan mandi-manda.

Lembah Danum, Lahad Datu, Sabah


Di Lahad Datu, Sabah. la kawasan tadahan yang luas selain menjadi habitat badak sumbu Sumatera, gajah Asia, orang utan, kancil dan harimau bintang. Selain itu, terdapat kira-kira 300 spesies burung di lembah berkenaan. Lembah ini masih menyimpan kepelbagaian flora dan tauna yang menjadikan ia sebagai 'syurga alam' di Sabah.
Lembangan Maliau, Tawau, Sabah


Lembangan di Tawau, Sabah dan seluas 588.4 kilometer persegi. Diwartakan sebagai Hutan Simpan yang dilindungi (kelas 1). Digelar sebagai 'Sabah Lost World' yang menyimpan banyak misteri alam sekitar yang belum terungkai. Ada 12 jenis hutan di Maliau Basin.
Pantai Tusan, Miri, Sarawak


Pantai ini mula menjadi tumpuan pada 2008 selepas berlaku fenomena air mata biru. Fenomena ini berlaku pada September hingga Disember setiap tahun. la terjadi disebabkan warna alga di pantai berkenaan yang mempamerkan warna biru pada waktu malam. Hamparan cahaya biru ini menjadikan Pantai Tusan ini sebagai satu destinasi pelancongan baharu.
www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2020/09/11-lokasi-ekopelancongan-popular-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Motovlogger Malaysia Paling Popular Berjaya 2020

Motovlogger Malaysia Paling Popular Berjaya 2020

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 571 hits
5 ARMI MOTOVLOGArmi Motovlog merupakan anak kelahiran negeri sembilan yangberusia 33 tahun Beliau kini menetap di Bangi Selangor Beliau yang hanyaberkelulusan SPM kini berjaya menjadi seorang vlogger terkenalBeliau kini memiliki 170 ribu su...
Lagu Paling Popular Tahun 1999 Di Malaysia

Lagu Paling Popular Tahun 1999 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 1036 hits
GALAKSI VIRAL Tahun 1999 merupakan tahun kejayaan Siti Nurhaliza kerana memenangi banyak anugerah utama di dalam bidang seni pada tahun itu Komposer LY pula merupakan komposer paling popular pada tahun itu Penulis Lirik Popular pula jatuh k...
Rumah Agam Di Sibu Lokasi Bersejarah Pembentukan Malaysia

Rumah Agam Di Sibu Lokasi Bersejarah Pembentukan Malaysia

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 395 hits
Rumah Malaysia menjadi bukti kepada keputusan bersejarah yang dibuat untuk Sarawak memperoleh kemerdekaan melalui Malaysia pada 1963 Foto BernamaSIBU 6 Sept Sebuah rumah agam di bandar ini menjadi bukti kepada keputusan bersejarah yang dibu...
7 Fakta Menarik Disebalik Kemerdekaan Malaysia Yang Korang Mungkin Tak Tahu

7 Fakta Menarik Disebalik Kemerdekaan Malaysia Yang Korang Mungkin Tak Tahu

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 446 hits
Esok merupakan hari bersejarah khususnya rakyat Malaysia di mana kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan negara kita kali ke 63 sejak tahun 1957 Ada beberapa fakta menarik tentang kemerdekaan Malaysia yang mungkin korang tidak tahu Jadi...
Huawei Freelace Pro Juga Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Rm399

Huawei Freelace Pro Juga Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Rm399

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 289 hits
Fon telinga Huawei FreeLace Pro telah dilancarkan dua minggu lalu di China Ia membawakan sokongan pembatalan hingar aktif Seperti FreeLace terdahulu FreeLace Pro adalah dari jenis yang melingkar pada tengkuk dan rekaan dalam telinga Ia akhi...
Somalia Ucap Selamat Hari Kebangsaan Kepada Malaysia

Somalia Ucap Selamat Hari Kebangsaan Kepada Malaysia

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 555 hits
Dutanya di Malaysia Abukar Abdi Osman dalam kenyataan semalam turut berdoa untuk keamanan kesejahteraan dan kemajuan negara ini serta Malaysia dapat mengatasi pandemik COVID 19 Bagi pihak negaranya beliau juga mengucapkan tahniah kepada Yan...
Saya Yakin Rakyat Malaysia Cekal Jalani Cabaran Ini Ucapan Merdeka Dg Hisham

Saya Yakin Rakyat Malaysia Cekal Jalani Cabaran Ini Ucapan Merdeka Dg Hisham

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 434 hits
Menjelang hari kemerdekaan yang bakal disambut esok ucapan ucapan daripada orang kenaman negara telah mulai bertebaran di media sosial Walaupun pada tahun ini negara terpaksa merayakan hari bersejarah ini dalam keadaan yang penuh berhati ha...
Tenet Di Dunia Nyata Lihat Bagaimana Lori Pasir Di Malaysia Ini Berundur Di Tengah Tengah Jalan

Tenet Di Dunia Nyata Lihat Bagaimana Lori Pasir Di Malaysia Ini Berundur Di Tengah Tengah Jalan

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 623 hits
Minggu ini kita disajikan dengan filem terbaru arahan pengarah terkenal Christopher Nolan yang bertajuk TENET Filem tersebut yang berkisarkan pengembaraan masa antara filem yang dinanti natikan peminat pengarah itu selepas muncul dengan Inc...
Kejam Dan Zalim Kumpulan Lelaki Dipercayai Dari Malaysia Beri Kambing Minuman Keras

Kejam Dan Zalim Kumpulan Lelaki Dipercayai Dari Malaysia Beri Kambing Minuman Keras

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 380 hits
Tindakan sekumpulan lelaki yang dirakam memberikan minuman keras ketika sedang berkumpul sesama mereka kepada seekor kambing menimbulkan kemarahan dalam kalangan netizen Video pendek kejadian malang tersebut sebelum ini dikongsikan Persatua...
Curang Itu Pilihan Tapiiii

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay

Five Fast Customs Selling Now On The Bike Exif Classifieds

Kajian Menunjukkan Kesan Teruk Rsv Ke Atas Orang Dewasa Di As Dorong Lebih Banyak Ujian Dan Vaksinasi

Make Your Business Standout

14 Jumper Kereta Terbaik Untuk Kenderaan Kecil Besar

Johor Masjid Kota Iskandar Sederhana Tenang

Menteri Kewangan Ii Rm12 8 Billion Wang Tak Dituntut Untuk Orang Awam


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Kling Ai Video

Ambil Jubah Konvo Popular Di Media Sosial

Portal Berita Online Papua Tengah Wajah Baru Informasi Lokal Dengan Perspektif Global

A Comprehensive Guide To Marijuana Delivery In San Diego Quality And Transparency

Solat Kariah 16 Masjid Di Rembau Tak Sah Kerana Khatib Tertinggal Rukun Khutbah Jumaat

Polis Dua Remaja Hilang Di Puchong Malam Tadi