11 Langkah Awal Yang Anda Perlu Lakukan Sebagai Persediaan Sebelum Berhenti Kerja Dan Berniaga




Cuba tanya kepada kawan-kawan yang anda kenal. Berapa ramai yang ada keinginan untuk berhenti kerja dan buat perniagaan sendiri secara sepenuh masa. Anda tentu akan dapati majoritinya memang ada hasrat nak jadi usahawan, punya syarikat perniagaan mereka sendiri. Dan saya yakin yang anda sendiri pun tentu ada impian yang sama.
Dulu saya rajin hasut orang supaya jadi usahawan. Orang utara kata 'perangat' orang yang makan gaji untuk berhenti kerja dan berniaga. Setiap artikel yang saya tulis sentiasa ada elemen memberikan semangat dan galakan agar pembaca berhenti kerja dan berniaga. Itu dulu .. 
Sekarang saya sudah ubah pandangan terhadap jadi usahawan. Selepas bergelumang dalam dunia perniagaan saya sendiri, ter-ceburkan diri jadi coach membimbing usahawan lain, jadi penceramah kursus keusahawanan, dah bertemu dengan lebih 6 ribu usahawan di seluruh Malaysia, saya mula melihat dunia usahawan dengan seribu satu masalah dan cabarannya dalam sudut yang berbeza.
Saya rumuskan bukan semua orang perlu jadi usahawan. Maksudnya, dunia keusahawanan ini bukan untuk semua orang. Jika anda ada kemahiran dan ada syarikat atau majikan yang sanggup bayar gaji yang baik terhadap kemahiran itu, untuk makan gaji dengannya, itu adalah jauh lebih baik dari berniaga. Elok pergi kerja makan gaji saja.
Lebih-lebih lagi jika anda sudah punya kerjaya yang baik yang anda suka, halal, dapat pula melaksanakan kerja dengan cemerlang, bayaran mencukupi untuk melunaskan semua kewajiban dan tanggung jawab anda, dalam keadaan itu, teruskan saja makan gaji sebab ia 100 kali ganda lebih baik dari berhenti kerja tak tentu pasal sebab nak cuba jadi usahawan.
Perkara bisnes ni bukan perkara untuk dicuba-cuba. Melainkan anda memang berketurunan hartawan duit bertimbun 7 keturunan makan tak habis, ok lah kalau nak main cuba-cuba. Selain dari itu, fikir terlebih dahulu dengan mendalam dan pastikan anda benar-benar yakin dengan apa yang anda nak buat.
Berjaya dalam bisnes adalah satu anugerah. Banyak dibantu oleh nasib yang baik sebab sesebuah perniagaan hanya akan berjaya apabila anda ada produk yang betul, ditawarkan pada masa yang betul, dengan harga yang betul, kepada pasaran yang betul. Semua itu perlu tersusun lurus seperti beraturnya segala bintang di cakerawala untuk menjadikan bisnes anda meletup dengan kejayaan. Apa lagi yang anda boleh namakan fenomena itu jika bukan nasib baik?
Satu lagi perkara penting dalam jadi usahawan ini adalah keupayaan untuk jadi pemimpin yang orang nak ikut. Ada pendapat yang percaya anda boleh belajar untuk jadi pemimpin. Ada yang percaya pemimpin adalah bakat yang ada dalam genetik atau satu anugerah dan bukan perkara yang boleh dipelajari.
Saya cenderung kepada teori ke-2, iaitu, anda dilahirkan dan membesar dengan bakat kepimpinan yang memang dah ada dalam diri. Biasanya pemimpin ni bukan orang seni, dia juga bukan jenis suka kerja seorang diri. Itu sekadar contoh. Anda sendiri perlu buat refleksi selama perjalanan hidup anda setakat ini adakah anda rasa ada bakat dalam menjadi pemimpin?
Kalau tak ada, teruskan makan gaji saja.
Kalau berniaga dalam keadaan suam-suam kuku, bisnes yang sama seperti semua pesaing yang ada, hidup segan mati tak mahu, tak perlulah berniaga. Percayalah cakap saya bahawa anda masih dapat hidup dengan baik dengan makan gaji dan gigih berusaha agar boss sayang dan melaksanakan semua tanggung jawab dengan cekap.  
Bina keyakinan berniagaBila dah fikir baik-baik dan anda dapati tak ada apapun yang nak dirugikan jika berhenti kerja dan berniaga. Malah anda rasa risau takut mati putih mata sebab tak mencuba untuk jadi usahawan pulak setelah dah puas menguji prestasi diri sebagai pekerja makan gaji. Maka anda perlu mula bina kekuatan untuk berpindah ke dunia baru.
Dalam kehidupan ini, antara perkara yang sangat sukar untuk dilakukan adalah buat perubahan. Dah selesa selama ini, boleh pergi kerja dan buat semua tugasan secara pejam mata saja, tiba-tiba nak ubah semua itu dengan meletakkan jawatan dan masuk dunia baru. Ini merupakan halangan besar yang membantutkan keyakinan anda untuk teruskan hasrat berhenti kerja.
Keyakinan yang rendah itu biasanya disebabkan oleh persediaan diri bagi melepaskan keselesaan yang sedia ada itu tidak dilakukan dengan rapi atau mungkin langsung tidak ada.
Untuk itu, berikut saya berikan sedikit pedoman sebagai persediaan diri sebelum terus melakukan langkah berani meletakkan jawatan dari makan gaji. Perkara ini penting agar anda tidak menyiksa diri ke tahap yang parah dan seterusnya merasa kesal dengan tindakan anda melepaskan jawatan berhenti kerja.
Langkah berhenti kerjaSila baca dan cuba laksanakan segala langkah di bawah ini sebelum berhenti kerja untuk berniaga.
Pastikan dah ada idea untuk menjalankan perniagaan apa. Ini cukup penting. Malah merupakan satu syarat utama untuk menjadi usahawan. Anda perlu faham bahawa, sebab utama berniaga adalah "kerana anda ada sesuatu yang mahu ditawarkan". Jika tiada tawaran berbentuk sesuatu yang punya nilai, yang dapat selesaikan masalah, yang pelanggan boleh dapatkan, maka tidak akan ada perniagaan.Mula kumpulkan maklumat secara aktif terhadap idea perniagaan anda. Saya tidak maksudkan menyediakan kertas kerja untuk mendapatkan pinjaman. Apa yang perlu disediakan adalah maklumat jaringan, kedudukan pesaing, apa yang ditawarkan oleh pesaing dan apakah peluang yang masih kosong untuk anda mencelah.Mula buat persedian untuk melepaskan komitmen kewangan yang tinggi. Ini anda boleh lakukan dengan menyenaraikan kesemua komitmen yang ada. Berapa tanggungan anda sebulan. Cantar dan ringkaskan semuanya sehingga kepada hanya perkara asas yang diperlukan sahaja seperti:Perlindungan asas. Jika sewa rumah mahal, mula urus untuk pindah ke rumah yang lebih murah. Jika sudah beli rumah, bincang untuk penjadualan semula dengan pihak bank agar bayaran bulanan lebih rendah.Kesihatan dan makan minum asas. Mula berhemah dalam bab makan. Satu jenis lauk dan sejenis sayur sudah mencukupi. Pilih makan dirumah daripada diluar. Fikirkan bekal ke sekolah atau ke tempat kerja. Berhenti merokok, penjimatan berbaloi!.Pendidikan asas. Jika anak-anak ke sekolah swasta, mula pindahkan ke sekolah kerajaan yang lebih murah. Fikirkan semula kelas tambahan anak-anak dan juga kelas lain seperti seni dan sebagainya perlu dihentikan.Buang ego. Ini perkara paling susah yang telah buatkan ramai gagal bila berhenti kerja dan berniaga. Orang pandang tinggi selama ini sebab kerja bagus, jawatan baik, hidup senang, dan semua nak dengar bila anda bagi idea atau nasihat. Anda mahu semua keadaan itu kekal walaupun selepas kerja sendiri. 99.9% dari apa yang anda dah kecapi selama ini akan hilang sekelip mata. Ingat pesan saya itu baik-baik. Rendahkan status ketika masih makan gaji adalah strategi yang terbaik untuk kuasai ego tinggi yang dah naik minyak melampau tu.Biasakan diri berbelanja dengan kedekut dengan tinggalkan segala yang tidak perlu. Ini adalah asas menjalani kehidupan serba ringkas. Berbelanja hanya pada perkara yang mendatangkan faedah untuk mencapai matlamat saja. Jangan berbelanja hanya sekadar untuk kepuasan diri.Simpan segala lebihan duit yang ada. Dengan kembali kepada kehidupan asas, anda mampu mempunyai lebihan wang yang banyak. Jangan gunakannya, sebaliknya simpan sebagai persediaan payung di masa hari hujan nanti.Cari tilam pelindung untuk sebagai penyelamat jika anda terjatuh. Contohnya adalah dapatkan kenalan dan rapatkan diri bersama mereka yang banyak duit, mereka yang ada banyak sumber modal lain seperti kenalan, kemahiran, pengetahuan dan sebagainya. Mereka boleh ditawarkan sebagai rakan niaga atau pelabur, apabila anda sudah bersedia untuk menjadi usahawan secara sepenuh masa nanti.Cuba cari syarikat yang pemiliknya nak jual. Jika ada syarikat dalam industri perniagaan yang anda mahu lalukan itu, mahu dijual, usahakan untuk membelinya. Ini lebih mudah daripada memulakan perniagaan dari kosong. Biasanya jika syarikat itu tak ada masalah, harganya tinggi. Jika bermasalah, harganya rendah. Bawa cadangan kepada’tilam’ anda di atas dan yakinkan mereka bahawa anda mampu pulihkan syarikat tersebut hingga berjaya atau lebih berjaya.Berikan tempoh muktamad bila anda akan berhenti. Jangan sekadar berangan-angan tanpa penetapkan masa bila anda akan mula berniaga. Anda akan terus makan gaji jika tidak ada tempoh masa yang ditetapkan. Gunakan tempoh tersebut untuk menyesuaikan diri dengan pendapatan yang minimum dan simpan selebihnya.Aktif menghadiri seminar perniagaan atau kepimpinan. Ini membantu untuk meluaskan jaringan anda. Aktiviti membina jaringan ini amat penting bila anda mula berniaga secara sepenuh masa nanti.Minta pertolongan pada yang Maha Kuasa. Banyakkan berpuasa sunat. Cuba amalkan sampai jadi kebiasaan. Bila berpuasa, anda lebih dekat kepada Tuhan, ketika itu minta padaNya. Minta Tuhan tolong tunjukkan jalan yang terbaik, bisnes yang baik dan pilihan yang baik. Berdoa dan berdoa jangan putus. Minta apa yang anda mahu dengan terperinci. Tulis skrip doa tersebut dan sering amalkan setiap kali selepas solat dan sebelum tidur.Demikianlah 11 pedoman yang boleh anda lakukan sebagai persediaan untuk berhenti kerja dan berniaga. Semua yang saya kongsikan di atas adalah perkara-perkara yang saya lakukan dahulu sebelum berhenti kerja dan berniaga.
Moga ada manfaatnya !


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hidupringkas.com/2024/12/11-langkah-awal-yang-anda-perlu-lakukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gaji Boleh Cecah Rm900 Sehari Ramai Netizen Mahu Kerja Sebagai Tukang Batu Di Uk Lepas Dapat Tahu Jumlah Pendapatan

Gaji Boleh Cecah Rm900 Sehari Ramai Netizen Mahu Kerja Sebagai Tukang Batu Di Uk Lepas Dapat Tahu Jumlah Pendapatan

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 129 hits
Perkongsian seorang lelaki warga Malaysia yang bekerja di United Kingdom di TikTok meraih perhatian netizen selepas dia berkongsi tentang pendapatannya di sana Videonya dikongsikan semula oleh gamispukak97 yang mendedahkan bahawa bekerja se...
Perlu Ke Ambil Tahu Mengenai Kementerian Jabatan Syarikat Amp Organisasi Sebelum Mohon Kerja Mengapa Sila Alert

Perlu Ke Ambil Tahu Mengenai Kementerian Jabatan Syarikat Amp Organisasi Sebelum Mohon Kerja Mengapa Sila Alert

papar berkaitan - pada 27/11/2024 - jumlah : 92 hits
Pernahkah anda menghadiri temuduga dan ditanya soalan Apa yang anda tahu tentang organisasi ini Jika anda tergagap atau tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan peluang anda untuk diterima mungkin berkurang Inilah sebab utama mengapa a...
Terkejut Jisoo Dedah Blackpink Hampir Debut Dengan 3 Pilihan Nama Ini Sebelum Capai Kata Putus

Terkejut Jisoo Dedah Blackpink Hampir Debut Dengan 3 Pilihan Nama Ini Sebelum Capai Kata Putus

papar berkaitan - pada 26/11/2024 - jumlah : 109 hits
Pejam celik pejam celik siapa sangka dah 8 tahun kan sejak BLACKPINK debut Artikel Berkaitan Kalau korang nak tahu kumpulan itu mempunyai beberapa pilihan nama sebelum memilih untuk debut di bawah BLACKPINK Menerusi satu temu bual Ji soo me...
Mesej Tragis Terakhir Youtuber Kepada Keluarga Sebelum Mati Membeku Dalam Ribut Salji

Mesej Tragis Terakhir Youtuber Kepada Keluarga Sebelum Mati Membeku Dalam Ribut Salji

papar berkaitan - pada 29/11/2024 - jumlah : 132 hits
Seorang Youtuber terkenal Sweden ditemui mati dalam keadaan kesejukan ketika berada sendirian di dalam hutan pada musim salji untuk menghasilkan kandungan kreatif Jasad Storm De Beul 22 yang merupakan seorang pencinta alam ditemui di kawasa...
Titah Adendum Berhenti Dari Sembunyikan Kebenaran

Titah Adendum Berhenti Dari Sembunyikan Kebenaran

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 133 hits
Titah Adendum Berhenti Dari Sembunyikan Kebenaran Polemik sama ada benar wujud Titah Adendum YDP Agong ke XVII DYMM Al Sultan Abdullah yang memberikan keringanan hukuman penjara kepada tahanan rumah ke atas DS Najib dilihat sudah hampir sam...
Bila Tengah Syok Bercakap Tu Dia Tak Sedar Atu Zero Harap Sharif Berhenti Kongsi Kisah Peribadinya Dalam Podcast

Bila Tengah Syok Bercakap Tu Dia Tak Sedar Atu Zero Harap Sharif Berhenti Kongsi Kisah Peribadinya Dalam Podcast

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 91 hits
Pelawak Atu Zero seolah olah meluahkan rasa kecewa mengenai tindakan abangnya Sharif Zero yang berkongsi mengenai kisah silamnya ketika bersiaran di sebuah podcast baru baru ini Ujar Atu dia tidak mengambil hati mengenai isu tersebut namun ...
Terfikir Untuk Berhenti Song Jihyo Ji Sukjin Ulas Jika Mahu Tinggalkan Running Man

Terfikir Untuk Berhenti Song Jihyo Ji Sukjin Ulas Jika Mahu Tinggalkan Running Man

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 119 hits
Selama 14 tahun berlari bersama Song Ji hyo mengakui bahawa dia tidak pernah terfikir untuk meninggalkan Running Man Artikel Berkaitan Baru baru ini Song Ji hyo tampil sebagai tetamu bersama Ji Suk jin di saluran ChoDongAri di mana dia memb...
Ya Saya Panggil Artis Saja Sebab Itu Target Saya Betty Rahmad Minta Netizen Berhenti Persoal Niatnya Anjur Kuliah Agama

Ya Saya Panggil Artis Saja Sebab Itu Target Saya Betty Rahmad Minta Netizen Berhenti Persoal Niatnya Anjur Kuliah Agama

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 88 hits
Pelakon dan usahawan Betty Rahmad meminta segelintir netizen untuk berhenti mempersoal dan meninggalkan komen negatif terhadap usahanya menganjurkan majlis ilmu agama baru baru ini Maklum Betty menerusi TikTok miliknya berkata sebagai seora...
Ezam Sesumpah Patut Cermin Muka Dulu Sebelum Perlekehkan Anwar

Ezam Sesumpah Patut Cermin Muka Dulu Sebelum Perlekehkan Anwar

papar berkaitan - pada 1/12/2024 - jumlah : 88 hits
Aku ikuti ceramah Ezam di Permatang Pauh semalam Kita amat faham mengapa akhirnya Mohamad Ezam Nor terpaksa melutut dengan Pas dan secara tidak langsung bersekongkol juga dengan Mahathir iaitu Penasihat SG4 Pas dan terpaksa bergabung dengan...
Circle Kecil Hati Tenang Inspirasi Wanita Ini Buat Ramai Kagum

Adun Pkr Lapor Polis Terhadap Pentadbir Facebook Najib

How Tortilla Wraps Are Bringing Low Calorie Meals To Life

10 Aktiviti Outdoor Di Gopeng Perak

Family Camping Journey Kami Repeat Camping Kali Ke 2 Di Owl Eagle Drening Try Tapak Rtt

Sotong Masak Hitam Pedas Resepi Simple Sedap Dan Cepat O

Seeing Green A Hi Vis 74 Rickman Cr900 Selling At Mecum

Pati Sembunyi Di Tangki Air Bawah Katil Elak Dicekup


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


The Mins Kota Damansara

Masalah Gut Cuba Jus Celery Epal Timun Dan Lemon Untuk Kelegaan Segera

Car Solid Perfume Fragrance

Di Bulan Mulia Ini Jom Bantu Anak Anak Yatim Mendaptkan Pendidikan Terbaik Untuk Masa Depan Mereka

Welcome 2025 Nak Tenang

Wifi Upgrades For Smarter Homes Boosting Connectivity And Security