11 Kisah Nabi Yaakub Nabi Yusuf


Nabi Yaakub & Yusuf ‘Alaihissalam (Bahagian 2)


Did you know

..Sambungan
14) Bagi menutup aib keluarga, Al-Aziz memutuskan untuk memasukkan nabi Yusuf ke dalam penjara - Rujuk al-Quran (12:35). Nabi Yusuf berkongsi sel penjara bersama dua orang lagi banduan. Semasa dalam penjara, nabi Yusuf tidak putus beribadah dan berdoa kepada Allah dan setiap kali waktu makan, nabi Yusuf dapat mengagak dengan tepat makanan apa yang mereka akan dapat. Dua banduan tadi dapat merasakan sesuatu yang istimewa mengenai nabi Yusuf kerana baginda seorang yang beriman dan boleh mentafsir mimpi. Suatu hari, mereka menceritakan tentang mimpi mereka. Banduan pertama telah bermimpi memerah arak dan banduan kedua telah bermimpi beberapa burung mematuk roti dari atas kepalanya. Nabi Yusuf mentafsir, banduan pertama akan dibebaskan dan banduan kedua akan dijatuhi hukuman mati - Rujuk al-Quran (12:36). Dan benar, itulah yang terjadi ke atas mereka

15) Apabila banduan pertama dibebaskan dan dibenarkan untuk kembali berkhidmat kepada raja Mesir, nabi Yusuf meminta dia berjanji untuk memberitahu raja Mesir tentangnya. Namun syaitan telah menyebabkan dia terlupa tentang nabi Yusuf selama 7 tahun - Rujuk al-Quran (12:42)

16) Tiba suatu masa, raja Mesir telah mengalami mimpi yang sangat aneh. Tiada tukang tilik atau penasihat yang dapat mentafsir mimpinya dan raja itu semakin runsing. Tiba-tiba bekas banduan tadi teringat akan nabi Yusuf, rakannya di penjara. Dia pergi berjumpa dengan nabi Yusuf di penjara untuk meminta bantuan

17) Bekas banduan itu berkata, raja Mesir telah bermimpi 7 ekor lembu kurus memakan 7 ekor lembu gemuk, kemudian ada 7 batang gandum hijau segar dan 7 batang gandum kering. Nabi Yusuf berkata, “Mesir akan mengalami 7 tahun yang subur dengan tanaman. Makanlah dari hasilnya dengan berjimat dan simpanlah bekalan yang banyak untuk alami kemarau.” Bekas banduan tadi pun pulang ke istana dan sampaikan tafsiran mimpi tadi kepada raja Mesir. Raja Mesir sangat gembira dan kagum dengan tafsiran tersebut dan meminta supaya nabi Yusuf dibebaskan dan dibawa ke istana

18) Nabi Yusuf menuntut keadilan ke atas dirinya dan raja Mesir pun memanggil Zulaikha datang mengadap. Zulaikha mengaku bersalah atas dakwaan terhadap nabi Yusuf. Baginda akhirnya terbukti tidak bersalah. Raja Mesir melihat ketelusan di dalam diri nabi Yusuf dan menawarkan baginda menjadi penasihat raja. Atas kebolehan yang dimilikinya dalam pengurusan kewangan, Yusuf minta kedudukan sebagai menteri kewangan

19) 7 tahun kemarau pun tiba. Mesir satu-satunya negara yang mempunyai simpanan makanan yang mencukupi pada masa itu. Pada waktu yang sama, 10 orang abang nabi Yusuf telah merantau ke Mesir dari Palestin untuk membeli bekalan makanan. Nabi Yusuf sangat kenal dengan wajah abangnya namun mereka tidak mengenali nabi Yusuf

20) Mereka mahu membeli gandum tetapi mahu membeli dengan kadar lebih daripada yang sepatutnya untuk adik mereka, Binyamin. Binyamin tidak ikut bersama kerana tidak mendapat kebenaran daripada bapa mereka. Nabi Yusuf telah menghalang pembelian gandum berlebihan tanpa bukti. Baginda meminta mereka kembali bersama adiknya sebagai bukti. Hal ini kerana jauh di sudut hati baginda ingin berjumpa dengan Binyamin kerana merindui adiknya itu

21) 10 beradik tersebut pun pulang kepada nabi Yaakub dan memujuk bapanya untuk membenarkan Binyamin mengikut mereka. Nabi Yaakub yang masih menanti kepulangan nabi Yusuf sangat takut baginda akan kehilangan Binyamin pula. Selepas pujuk memujuk, akhirnya nabi Yaakub memberi kepada Binyamin. Baginda menasihatkan anak-anaknya untuk berpecah dan memasuki Mesir dari laluan berbeza [Rujuk al-Quran (12:67)] kerana anak-anak nabi Yaakub semuanya mempunyai rupa yang tampan. Jika mereka masuk bersama-sama, bimbang akan menarik perhatian orang ramai dan perkara tidak elok akan berlaku

22) Apabila mereka kembali ke Mesir bersama Binyamin, nabi Yusuf menyambut mereka dengan sangat baik. Nabi Yusuf menjemput mereka makan dan bermalam di istananya. Baginda menyediakan 1 bilik untuk 2 orang dan mengajak Binyamin tidur di biliknya. Apabila tinggal nabi Yusuf dan Binyamin berdua, baginda memeluk rindu adiknya dan berkata, “Aku abangmu.”
23) Nabi Yusuf merancang untuk memberi pengajaran kepada abang-abangnya. Keesokan hari, sebelum 11 beradik itu pulang ke Palestin, nabi Yusuf memasukkan mangkuk penyukat diraja ke dalam beg Binyamin. Apabila pengawal istana memeriksa beg mereka, terjumpa alat penyukat tersebut. Abang-abang mereka berkata, “Tidak mustahil Binyamin mencuri kerana abangnya dahulu pun pernah mencuri.” Nabi Yusuf masih mengawal keadaan supaya tidak diketahui baginda adalah abang Binyamin. Kemudian, baginda memutuskan untuk tidak membenarkan Binyamin pulang kerana akan dihukum mencuri. Abang-abang mereka terus merayu keoada nabi Yusuf untuk melepaskan Binyamin kerana risaukan bapa mereka yang sudah tua itu akan menjadi lebih sedih. Mereka berkata, “Hukumlah kami tetapi jangan diambil adik kami.” Abang sulung mereka menyuruh yang lain pulang terlebih dahulu kerana tidak sanngup mengecewakan bapanya buat kali kedua. Maka 9 beradik itu pun pulang ke Palestin

24) Apabila yang lain pulang tanpa abang dan adik, mereka menceritakan kepada bapanya bahawa Binyamin telah mencuri, nabi Yaakub yang sedang bersedih itu bertambah sedih. Baginda terlalu banyak menangis sehingga matanya menjadi putih dan buta. Baginda berkata, “Kini aku kehilangan 3 orang anak.” Anak-anaknya tidak puas hati kerana bapa mereka selalu teringatkan nabi Yusuf yang telah lama hilang itu. Nabi Yaakub percaya janji Allah itu pasti. Mimpi nabi Yusuf semasa baginda kecil belum menjadi kenyataan maka baginda masih menantikan nabi Yusuf untuk melihat mimpinya menjadi kenyataan. Nabi Yaakub meminta anak-anaknya berjanji untuk mengumpulkan semula kesemua adik beradik mereka

25) Mereka pun pergi semula ke Mesir dengan barang-barang yang ada. Mereka dan abang sulungnya berjumpa dgn nabi Yusuf dan berkata, “Wahai Al-Aziz, ambillah harta kami yang tidak seberapa ini dan pulangkan adik kami.” Nabi Yusuf pun berkata, “Sekarang kamu merayu padaku? Kamu semua ingat apa yang kamu telah lakukan kepada Yusuf dan adiknya suatu ketika dahulu? Kamu telah memisahkan mereka.” Abang-abangnya terkejut dan bertanya, “Adakah kamu Yusuf?” Mereka melihat nabi Yusuf telah menjadi orang yang sangat berjaya, sebagai pembesar negara! Kemudian mereka meminta maaf atas kesalahan mereka yang lalu

26) Nabi Yusuf berkata, “Aku tidak akan menyalahkan kamu hari ini. Semoga Allah mengampuni kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.” - rujuk al Quran (12:92)

27) Selepas mereka menceritakan keadaan bapa mereka di rumah, nabi Yusuf berikan bajunya kepada abang-abangnya untuk disapukan ke muka bapa mereka. Kemudian baginda meminta mereka membawakan ibu bapanya ke Mesir. Mereka semua dijemput untuk tinggal bersama nabi Yusuf di Mesir

28) Dalam perjalanan pulang ke Palestin, nabi Yaakub dapat merasakan bahawa nabi Yusuf sedang kembali kepadanya. Kaum nabi Yaakub mengatakan nabi Yaakub sangat obsesi kerana sering mengharapkan nabi Yusuf pulang. Apabila anak-anaknya pulang dan menyapukan baju nabi Yusuf ke muka nabi Yaakub, penglihatannya kembali pulih. Itulah mukjizat Allah. Kemudian mereka sekeluarga pun pergi ke Mesir semula

29) Sampai di Mesir, nabi Yusuf menyambut keluarganya di istana. Baginda sangat gembira melihat kedua ibu bapanya yang sangat dirindui. Nabi Yusuf pada masa itu telah menjadi seorang yang berkuasa dalam negara, kaya-raya dan sangat rupawan. Baginda membawa ibu dan bapanya duduk di sebelahnya di atas takhta. Mereka semua sangat gembira. Nabi Yusuf berkata kepada bapanya, “Wahai ayah, inilah maksud mimpiku semasa aku kecil. Maha Pencipta sudah memakbulkan mimpiku!” Nabi Yusuf berdoa kepada Allah untuk mati dalam Islam dan digolongkan dalam golongan orang-orang yang benar



Sumber : Facebook kisah para anbiya', kisah nabi, kisah 25 rasul,

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.annursyuhadah.com/2020/05/11-kisah-nabi-yaakub-nabi-yusuf.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ulasan Filem Ratu Kala Jengking Adaptasi Dari Kisah Lagenda Cik Siti

Ulasan Filem Ratu Kala Jengking Adaptasi Dari Kisah Lagenda Cik Siti

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 392 hits
Pengarah filem tempatan mungkin sudah kekeringan idea atau sayang terhadap kisah lagenda yang tidak berapa begitu penting pada ekonomi semasa Filem ini sedikit sebanyak sama seperti kisah lagenda cik siti yang dikatakan telah berkahwin seba...
Kisah Kucing Setia Temani Tuan Di Kubur Selama 2 Tahun

Kisah Kucing Setia Temani Tuan Di Kubur Selama 2 Tahun

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 708 hits
Kisah Kucing Setia Temani Tuan Di Kubur Selama 2 TahunSiapa yang tidak tahu haiwan kesayangan nabi ini Kucing adalah antara haiwan jinak dan comel yang ramai peminatnya di seluruh dunia termasuk Malaysia Kucing juga antara haiwan yang setia...
Kisah Montir Tunanetra Irak Berjuang Melawan Keterbatasan

Kisah Montir Tunanetra Irak Berjuang Melawan Keterbatasan

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 175 hits
Meski terlahir dengan kondisi buta Aziz dikenal sebagai montir ternama di lingkungannya yang mampu memperbaiki kendaraan dengan mengandalkan sentuhan dan suara Tujuannya kini tak hanya mencari nafkah tetapi juga ingin memperbaiki kondisi pe...
Kisah Broker Hartanah Bomoh Penipu Guna Roh Buat Duit The Great Real Estate Temukan Jung Yonghwa Jang Nara

Kisah Broker Hartanah Bomoh Penipu Guna Roh Buat Duit The Great Real Estate Temukan Jung Yonghwa Jang Nara

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 345 hits
Selepas 3 tahun berehat daripada dunia lakonan dek latihan khidmat ketenteraan Jung Yong hwa dikhabarkan bakal membuat kemunculan semula dalam drama terbaru The Great Real Estate bersama Jang Na ra Drama ini membawa kisah seorang broker har...
Kisah Riwayat Jenazah Kubur Berdarah Ketika Hayatnya

Kisah Riwayat Jenazah Kubur Berdarah Ketika Hayatnya

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 1029 hits
KISAH RIWAYAT JENAZAH KUBUR BERDARAH KETIKA HAYATNYA Alor Setar Kami harap siapa yang menular berkaitan kisah kubur berdarah atau menyebarkan berita tidak sahih itu supaya memadam atau menghentikan komen perkara belum tentu kesahihannya Kam...
Video Rupanya Raja Afiq Jauh Lebih Muda Ini Kisah Mereka Yang Jadi Buah Mulut Ramai

Video Rupanya Raja Afiq Jauh Lebih Muda Ini Kisah Mereka Yang Jadi Buah Mulut Ramai

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 696 hits
MESKIPUN isteri lima tahun lebih tua pelakon Raja Afiq tidak melihat jarak umur itu sebagai penghalang untuk dia dan Soffwany Yusoff mengecapi kebahagiaan dalam rumah tangga yang dibina Menurut Afiq 26 umur hanyalah angka dan dia tidak malu...
Kisah Cinta Andi Bernadee Dalam Lagu

Kisah Cinta Andi Bernadee Dalam Lagu

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 613 hits
Single Penat yang menjadi taruhan penyanyi Andi Bernadee adalah sebahagian cebisan pengalaman hidup dalam mendapatkan cinta seseorang Selain berkongsi kisah cinta penyanyi lagu Satu Peluang dan Donde melakukan kelainan dengan mempertaruhkan...
Kisah Petugas Tpu Pondok Ranggon Pernah Makamkan 40 Jenazah Dalam Sehari Saat Pandemi

Kisah Petugas Tpu Pondok Ranggon Pernah Makamkan 40 Jenazah Dalam Sehari Saat Pandemi

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 350 hits
Jumlah jenazah yang dimakamkan di TPU Pondok Ranggon terus meningkat Adang bersama teman temannya harus dapat menyediakan liang lahat sebanyak banyaknya Pernah satu ketika saat mobil jenazah sudah mengantre belum ada liang lahat yang tersed...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba