11 Khasiat Kunyit Hitam Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran


Kunyit hitam merupakan sejenis tumbuhan herba yang semakin mendapat perhatian kerana keistimewaannya dalam merawat pelbagai masalah kesihatan.
Walaupun kurang dikenali berbanding kunyit kuning, kunyit jenis ini sebenarnya kaya dengan bahan aktif seperti curcumin dan antioksidan yang tinggi.
Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda 11 khasiat terbaik kunyit hitam bagi meningkatkan kesihatan dalam dan luaran seseorang.
Apa itu Kunyit Hitam? Kredit: NewsBytes Kunyit hitam, atau nama saintifiknya Curcuma caesia, juga dikenali sebagai black zedoary, ialah sejenis herba yang jarang ditemui namun sangat bernilai dalam dunia perubatan tradisional dan moden.
Tumbuhan ini menghasilkan bunga berwarna kuning pucat dengan sempatan merah, manakala rizomnya berwarna biru gelap hingga kehitaman.
Kunyit jenis ini ditanam menggunakan kaedah yang sama seperti kunyit biasa, dan ia boleh diperoleh dalam bentuk segar mahupun serbuk. Rizom kunyit hitam mempunyai bau manis yang unik hasil daripada kandungan minyak pati yang tinggi.
Bau ini bukan sahaja menjadi ciri khasnya, malah menyumbang kepada manfaat kesihatan tertentu.
Kandungan Nutrisi Kunyit Hitam Dari segi kandungan nutrisi, kira-kira 100 gram kunyit hitam mengandungi:
Kalori: 29 kcal Protein: 0.91 gram Lemak: 0.31 gram Karbohidrat: 6.31 gram Serat: 2.1 gram Gula: 0.3 gram Khasiat Kunyit Hitam Kunyit hitam semakin dikenali sebagai herba tradisional yang kaya dengan khasiat. Dalam topik ini, kita akan melihat pelbagai manfaat kunyit hitam untuk kesihatan tubuh secara menyeluruh.
1. Membantu Merawat Penyakit Pernafasan Manusia bernafas secara purata 16 hingga 20 kali seminit Salah satu khasiat kunyit hitam yang semakin mendapat perhatian adalah keupayaannya dalam membantu merawat pelbagai jenis penyakit pernafasan seperti asma, bronkitis dan pneumonia.
Ini kerana ia mengandungi bahan aktif utama iaitu curcumin, sebatian semula jadi yang terbukti memiliki sifat anti-radan dan antioksidan yang kuat.
Curcumin bertindak sebagai agen terapeutik yang membantu mengurangkan keradangan pada saluran pernafasan, sekali gus memudahkan pernafasan bagi pesakit yag mengalami gangguan paru-paru seperti asma atau bronkitis kronik.
Kelebihan curcumin dalam kunyit hitam juga terletas pada sifatnya yang tidak menggangu keberkesan ubat-ubatan konvensional untuk paru-paru, serta tidak merosakkan sel-sel sihat dalam sistem imun kita.
Kandungan bioktif dalam rizom kunyit hitam berfungsi secara sinergistik untuk menenangkan keradangan, memecahkan lendir yang menyekat saluran udara, dan memperkuat daya tahan tubuh terhadap jangkitan seperti pneumonia.
Baca juga: Sakit Dada Sebelah Kiri – Punca, Simptom & Rawatan Yang Sesuai
2. Melegakan Kesakitan Kunyit hitam turut dikenali sebagai salah satu bahan semula jadi yang berkesan dalam melegakan pelbagai jenis kesakitan. Dalam perubatan tradisional, ia telah lama digunakan sebagai penawar kepada kesakitan luaran dan dalaman.
Kunyit ini dipercayai mampu membantu melegakan pelbagai bentuk kesakitan termasuk ruam kulit, sakit gigi, osteoartritis, dan juga masalah penghadaman.
Sifat anti-radangnya membantu mengurangkan bengkak dan kerengsaan, manakala sifat analgesiknya memberi kelegaan terhadap ketidakselesaan yang berkaitan dengan sendi dan otot.
3. Menghalang Pertumbuhan Sel Kanser Lebih 30% kes kanser boleh dicegah dengan mengubah gaya hidup Curcumin bertindak dengan menghalang percambahan sel kanser, mencegah pembentukan saluran darah baru yang memberi nutrien kepada tumor serta mencetuskan kematian sel kanser melalui apoptosis (kematian sel terancang).
Kajian oleh The AAPS Journal juga menunjukkan bahawa, curcumin mampu mengubah perubahan prakanser dalam organ-organ tubuh, sekali gus mencegah perkembangan awal kepada penyakit kanser. Ia memberi perlindungan tambahan kepada sel-sel sihat dalam tubuh, dan membantu mengurangkan risiko mutasi genetik yang boleh mencetuskan kanser.
Lagi menarik lagi, penyelidikan terkini mendapati bahawa gabungan rawatan kemoterapi konvensional bersama kunyit, termasuk kunyit hitam, boleh meningkatkan keberkesanan terapi tersebut dalam melawan sel-sel kanser.
4. Membantu Menurunkan Berat Badan Menurunkan 5–10% daripada berat badan semasa sudah cukup untuk menurunkan risiko diabetes, darah tinggi, dan penyakit jantung Pengambilan kunyit secara berkala dapat meningkatkan kecekapan metabolisme lemak dalam badan, sekali gus mengurangkan pengumpulan lemak berlebihan yang mejadi punca pertambahan berat badan.
Dengan hanya menambah sedikit kunyit hitam ke dalam masakan harian seperti kari atau sup, anda boleh memanfaatkan khasiatnya dalam menyokong diet sihat. Ini adalah langkah mudah tetapi berkesan bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan secara semula jadi tanpa bergantung sepenuhnya kepada produk pelangsing yang mahal atau tidak selamat.
Selain itu, kunyit hitam turut mengurangkan risiko rintangan insulin, iaitu satu keadaan di mana tubuh tidak memberi tindak balas yang baik terhadap insulin.
Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kadar gula dalam darah dan menyumbang kepada obesiti serta penyakit diabetes jenis 2.
5. Membantu Merawat Iritasi Kulit Sifat anti-radang dalam kunyit ini membantu memulihkan bahagian kulit yang terjejas, mengurangkan bengkak dan ketidakselesaan yang dialami.
Ia bukan sahaja melegakan kegatalan, malah mencegah keradangan lanjut pada permukaan kulit, menjadikan ia sesuai digunakan dalam bantuk pes atau krim herba.
Dalam perubatan tradisional, pes daripada rizom kunyit hitam sering disapu pada kulit yang terkena ruam atau iritasi ringan sebagai rawatan topikal.
6. Membantu Meningkatkan Stamina Seperti ahli keluarga halia yang lain, kunyit hitam turut terkenal sebagai suplemen pemakanan semula jadi yang mampu meningkatkan tenaga dan daya tahan tubuh.
Apabila diambil dalam jumlah kecil, kunyit hitam membantu merangsang sistem metabolik dan menyokong penghasilan tenaga, menjadikan tubuh lebih bertenaga dan cergas sepanjang hari.
Khasiat ini menjadikannya sesuai diamalkan oleh individu yang mudah letih, sering berasa lesu, atau mereka yang menjalani rutin harian yang padat dan mencabar.
7. Meningkatkan Kesihatan Otak Curcumin berperanan penting dalam meningkatkan daya ingatan, memperbaiki fungsi kognitif, serta melindungi sel-sel otak daripada kerosakan akibat tekanan oksidatif dan keradangan.
Ia membantu meningkatkan aliran darah ke otak, menyokong komunikasi antara sel saraf, dan merangsang penghasilan hormon yang penting untuk pertumbuhan sel otak baru. Ini menjadikan kunyit hitam sebagai sokongan semula jadi dalam memperbaiki fokus, daya tumpuan, dan prestasi mental.
Lebih menarik, curcumin dalam kunyit hitam juga telah dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit neurodegeneratif seperti Alzheimer dan Parkinson, dua keadaan yang sering berlaku akibat kerosakan jangka panjang pada sel-sel otak.
8. Membantu Mencegah Pembekuan Darah Makanan tinggi vitamin K (seperti bayam, brokoli dan kale) boleh meningkatkan pembekuan darah Menurut American Blood Clot Association, ekstrak daripada kunyit hitam mempunyai aktiviti trombolitik, iaitu keupayaan untuk melarutkan bekuan darah yang terbentuk di dalam saluran darah.
Ciri ini menjadikannya berpotensi sebagai sokongan semula jadi dalam mencegah risiko penyumbatan arteri, serangan jantung, dan strok.
Dengan membantu mengekalkan kelancaran aliran darah, kunyit hitam bukan sahaja menyumbang kepada kesihatan jantung, tetapi juga menyokong kesejahteraan tubuh secara keseluruhan.
Kandungan bioaktifnya bertindak dalam menjaga salur darah agar kekal bersih daripada plak dan pembekuan yang boleh menggugat fungsi sistem peredaran darah.
Kunyit Hitam #9. Melegakan Senggugut Kunyit hitam, halia dan kayu manis mengandungi sifat anti-radang dan antispasmodik yang membantu melegakan kekejangan rahim secara semula jadi Senggugut atau kekejangan haid adalah satu pengalaman yang menyakitkan dan sering mengganggu rutin harian wanita. Ramai yang mengangggap ia sebagai sesuatu yang semula jadi dan tidak dapat dielakkan.
Namun begitu, kunyit hitam mengandungi ciri antispasmodik (mengurangkan kekejangan otot) dan anti-radang, yang berfungsi secara langsung pada punca kesakitan haid iaitu keradangan dan ketegangan otot rahim.
Lebih daripada itu, kunyit hitam juga bertindak sebagai pelonggar otot semula jadi, yang membantu menenangkan otot rahim yang menegang ketika haid.
Baca juga: Ubat Senggugut Melegakan Period Cramp, Ini 9 Pilihan Terbaik!
10. Melegakan Sakit Gigi Abses gigi yang tidak dirawat boleh menyebabkan jangkitan merebak ke leher, otak atau salur darah utama, yang berpotensi mengancam nyawa Selain terkenal dengan manfaat dalaman, kunyit ini turut memberi kesan positif kepada kesihatan mulut, khususnya dalam merawat sakit gigi secara semula jadi.
Dalam perubatan tradisional seperti Ayurveda, bukan sahaja rizom kunyit hitam digunakan, bahkan daunnya juga dimanfaatkan sebagai ubat penenang kesakitan gigi dan mulut.
Apabila disapu atau digunakan pada kawasan yang sakit, sebatian aktif seperti curcumin bertindak mengurangkan keradangan di sekitar gusi dan akar gigi yang terjejas. Ini sekaligus membantu mengurangkan bengkak, tekanan, dan ketidakselesaan yang sering menyertai sakit gigi.
Baca juga: Ubat Sakit Gigi Yang Berkesan & Petua Hilangkan Sakit
11. Membantu Sistem Pencernaan Salah satu cara utama kunyit hitam menyokong pencernaan adalah dengan merangsang pengeluaran hempedu oleh hati, yang penting dalam proses penghadaman lemak dan penyerapan nutrien.
Dengan pengeluaran hempedu yang lebih efisien, makanan yang dimakan lebih mudah diuraikan dan diserap oleh tubuh, mengurangkan beban pada usus dan memperbaiki keseimbangan sistem pencernaan secara keseluruhan.
Selain itu, kajian oleh World Journal of Gastroenterology juga mendapati bahawa, kunyit hitam juga melegakan gejala gangguan pencernaan seperti kembung perut, rasa tidak selesa selepas makan, dan pedih ulu hati. Sifat anti-radangnya membantu mengurangkan keradangan pada lapisan usus dan mencegah pembentukan ulser atau luka kecil dalam sistem pencernaan.
Baca juga: 13 Cara Hilangkan Sembelit dengan Bahan Semulajadi
Cara Pengambilan Kunyit Hitam yang Betul Disebabkan kandungan curcumin dalam kunyit hitam adalah hampir dua kali ganda berbanding kunyit biasa, cara penggunaannya perlu dikawal untuk memastikan manfaat kesihatan yang optimum tanpa risiko kesan sampingan.
Menurut pakar, dos harian yang disarankan ialah antara 500 mg hingga 1 gram (0.5g – 1g) sahaja. Berikut adalah cara pengambilan kunyit hitam yang betul mengikut jenis kegunaan dan keperluan:
1. Sebagai Rempah dalam Masakan Serbuk Kunyit Hitam Kering: Boleh digunakan seperti kunyit biasa dalam masakan seperti dalam kari, sup, atau perapan daging. Gunakan dalam jumlah kecil untuk mengelakkan rasa pahit yang berlebihan. Rizom Segar: Parut dan masukkan ke dalam lauk seperti rebusan atau tumisan untuk rasa serta manfaat kesihatan tambahan. 2. Sebagai Minuman Kesihatan Teh Kunyit Hitam: Campurkan secubit serbuk kunyit hitam ke dalam air suam. Tambahkan madu jika perlu. Teh ini sesuai untuk mengurangkan kembung, menyokong pencernaan dan membantu pengurusan berat badan. Susu Kunyit Hitam (Black Turmeric Milk): Campurkan 1 gram kunyit hitam serbuk ke dalam segelas susu suam (susu lembu atau tumbuhan). Minuman ini membantu meningkatkan imuniti, kesihatan tulang, dan melegakan batuk serta selsema. 3. Dalam Bentuk Minyak Infusi Parut kunyit hitam segar dan rendam dalam minyak pembawa seperti minyak kelapa atau minyak zaitun selama beberapa hari. Gunakan minyak ini untuk urut sendi, rawatan kulit atau sakit otot secara tradisional. 4. Dalam Smoothie atau Jus Campurkan sedikit kunyit hitam segar atau serbuk ke dalam smoothie buah atau sayuran. Ini memberi suntikan nutrisi dan antioksidan yang membantu tenaga dan kesihatan usus. 5. Penggunaan Luaran Topeng Wajah atau Salap Kulit: Campurkan serbuk kunyit hitam dengan minyak kelapa untuk sapuan pada kulit gatal, bengkak, atau gigitan serangga. Hanya untuk kegunaan luaran dan disarankan di bawah nasihat pakar. Pes Luka dan Radang: Hancurkan rizom segar dan sapukan pada bahagian badan yang sakit (contoh: sendi bagi pesakit artritis) sebagai rawatan tradisional sementara. 6. Sebagai Ubat Tradisional Air Rebusan (Decoction): Didihkan rizom kunyit hitam segar dalam air, kemudian tapis dan minum seperti teh. Kaedah ini sesuai untuk melegakan sakit badan, ketidakhadaman, dan masalah pencernaan ringan. Ubat Luka atau Bintik Kulit: Jika disyorkan oleh pengamal perubatan, kunyit hitam boleh dihancurkan dan digunakan terus pada luka kecil untuk membantu penyembuhan. Kesimpulan Kesimpulannya, memandangkan khasiatnya yang pelbagai, tidak hairanlah semakin ramai yang mengesyorkan supaya kunyit hitam dijadikan sebahagian daripada pemakanan harian, terutamanya dalam bentuk suplemen, serbuk herba, atau ekstrak.
Namun begitu, anda perlulah memastikan pengambilannya diambil dengan sukatan yang betul. Minta nasihat doktor terlebih dahulu sekiranya anda menghidap penyakit yang kronik atau perlu makan ubat-ubatan rutin setiap hari.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/kunyit-hitam/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kunyit-hitam

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rendang Daging Hitam Sedap Tak Guna Kicap Setitik Pun

Rendang Daging Hitam Sedap Tak Guna Kicap Setitik Pun

papar berkaitan - pada 25/4/2025 - jumlah : 115 hits
Rendang daging hitam atau daging masak hitam selalunya akan menggunakan kicap Malah rasa kicap ini juga menjadi penyedapnya Tapi resipi rendang yang dikongsi oleh ini berbeza tak menggunakan setitikpun kicap sebaliknya ada teknik tersendiri...
Perkembangan Kesihatan Setelah Diagnosis Hipertiroid 2 Tahun Lepas

Perkembangan Kesihatan Setelah Diagnosis Hipertiroid 2 Tahun Lepas

papar berkaitan - pada 2/5/2025 - jumlah : 114 hits
Assalamualaikum Selamat Petang PERKEMBANGAN KESIHATAN SETELAH DIAGNOSIS HIPERTIROID 2 TAHUN LEPAS Alamak Panjang pulak tajuk kali ni Takpe Biarkan jelah Sementara ada mood nak share then idea mengarang tengah ada Kita kasi santai Bercerita ...
Nafas Anak Anda Tanggungjawab Anda Kesihatan Paru Paru Yang Ibu Bapa Wajib Tahu

Nafas Anak Anda Tanggungjawab Anda Kesihatan Paru Paru Yang Ibu Bapa Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 27/4/2025 - jumlah : 80 hits
Paru Paru Sihat Nafas Pun Power Panduan Ringkas Buat Ibu Bapa Si Cilik Bayangkan anak anda aktif bermain berlari ke sana sini ketawa tanpa henti semua itu mustahil tanpa satu sistem penting yang bekerja tanpa henti paru paru Tapi sejauh man...
Saf Cantik Penyedap Hati Bersatu Sembunyi Kepincangan Dalaman

Saf Cantik Penyedap Hati Bersatu Sembunyi Kepincangan Dalaman

papar berkaitan - pada 25/4/2025 - jumlah : 96 hits
Nora MahparPETALING JAYA Kenyataan seorang pemimpin Bersatu bahawa saf kepimpinan parti itu sudah cantik berdepan PRU16 mungkin sekadar penyedap hati untuk menyembunyikan kepincangan dalaman dihadapinya kata penganalisis Tawfik Yaakub dari ...
Tenangkan Jiwa Dengan Menyusuri Pantai Batu Hitam

Tenangkan Jiwa Dengan Menyusuri Pantai Batu Hitam

papar berkaitan - pada 3/5/2025 - jumlah : 91 hits
Sure Here s a rewritten version in a more natural Malaysian Malay Tenangkan jiwa sambil berjalan di pantai batu hitam Hope that helps Tenangkan jiwa jap menyusuri pantai batu hitam The post appeared first on
Limau Yang Punya Banyak Khasiat

Limau Yang Punya Banyak Khasiat

papar berkaitan - pada 8/5/2025 - jumlah : 71 hits
Almadina IlhamJeruk nipis kaya akan vitamin C dan air Satu buah jeruk nipis dapat memenuhi lebih dari 20 asupan vitamin C harian yang dibutuhkan tubuh Tak hanya itu jeruk nipis juga mengandung nutrisi lain dalam jumlah kecil yaitu Karbohidr...
Tragedi Fru Di Teluk Intan Imbau Kenangan Hitam Lebuhraya Karak 1990

Tragedi Fru Di Teluk Intan Imbau Kenangan Hitam Lebuhraya Karak 1990

papar berkaitan - pada 14/5/2025 - jumlah : 93 hits
Kemalangan maut yang kini telah mengorbankan sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan di Jalan Chikus Sungai Lampam Teluk Intan hari ini seakan mengulangi duka lebih tiga dekat lalu Menurut Berita Harian pada 28 Februari 1990 sepasukan an...
Ada Lingkaran Cincin Hitam Muncul Di Langit

Ada Lingkaran Cincin Hitam Muncul Di Langit

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 76 hits
KOSMOSATU lingkaran berbentuk cincin hitam di langit Bonner Springs Foto Facebook yourdaddyfrankieNEW YORK Satu kejadian aneh yang berlaku menyaksikan kehadiran lingkaran berbentuk cincin berwarna nbsp hitam langit sebuah bandar kecil di ne...
Legendary Malaysian Jazz Family The Solianos Performed At Hard Rock Hotel Desaru Coast For Jazz Blues Tribute Series

Resepi Talapia Masak Pedas Ala Thai

Hard Rock Cafe Genting Highlands Opens Its Doors On 30th April

Betulkah Perawat Boleh Tahu Segalanya Menyingkap Realiti Syariat

Fatal Lorry Crash Hold Company Owner Accountable Dpm

Masak Kicap Ikan Mackerel

Isteri Koperal Amiruddin Zabri Reda Suami Pergi Suami Gembira Dapat Anak Perempuan Lepas 10 Tahun Menanti

Anggota Fru Kemalangan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pasu Kosong

The Role Of Qr Codes In Interactive Digital Signage Turning Passive Viewers Into Active Participants

Dsa Pesawat Pengangkut Tentera Mesir Tiba Tiba Terbang Ke Pakistan Dari China Apa Muatan Dibawanya

Nahas Trak Pru Pemandu Lori Batu Kerikil Ada Pelbagai Rekod Jenayah Lampau Kebanyakannya Berkaitan Dadah

Beri Cincin Amp Janji Kahwin Wanita Rugi Hampir Rm1 Juta Selepas Jadi Mangsa Love Scam Lelaki Yaman

Asal Boleh Buat Duit Tular Jual Baju Bertemakan Insiden Anak Gajah Mati Netizen Kecam Tindakan Tunggang Isu