11 Amalan Sunnah Khusus Bulan Ramadan


Bismillahirrahmanirrahimi Wabihi Nastainu Billah

Alhamdulillahi rabbil alamin, akhirnya setelah setahun berlalu, kita telah pun dipanjangkan umur oleh Allah sekali lagi untuk bertemu kembali dengan bulan Ramadan al- Mubarak. Semoga dengan keberkatan dari  Allah terhadap bulan mulia ini dapat sama- sama kita manfaatkan untuk kita terus memperbaiki amalan - amalan kita baik ketika bulan mulia itu mahu pun bulan sesudahnya.

 Sahabat yang dirahmati Allah,
Imam al-Ghazali membahagikan darjat puasa manusia kepada tiga bahagian;
1. Puasa umum : iaitu berpuasa dengan menahan perut dan faraj (kemaluan) dari menikmati keinginannya (makan, minum dan sebagainya).
2. Puasa khusus : iaitu berpuasa yang disertakan dengan menjaga pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota dari melakukan yang haram atau dosa.
3. Puasa khususul khusus (paling khusus) : iaitu berpuasa dengan menyertakan semua yang tersebut di atas dan menambah lagi dengan berpuasa hati dari segala cita-cita yang kotor dan pemikiran-pemikiran keduniaan dan memesongkan perhatian dari selain Allah sama sekali.
Jadi puasa yang sebenar bukanlah hanya puasa zahir sahaja (iaitu dengan menegah diri dari makan, minum, bersetubuh dan sebagainya) tetapi juga berpuasa batin iaitu dengan menegah diri dari maksiat dan dosa. Seorang yang berpuasa di samping menjaga diri dari makan, minum dan sebagainya, ia juga mesti menjaga anggota-anggotanya dari dosa dan maksiat. Jika tidak ia tidak akan mencapai kesempurnaan puasa sebagaimana yang dikehendaki Allah. 
Berikut adalah beberapa hadith Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan kepada kita bagaimana untuk mendapatkan impak maksima dari kebaikan Ramadhan. Saya telah memetiknya dari kitab Riyadhus-Solihin susunan Imam an-Nawawi dan kitab Feqh as-Sunnah susunan Sheikh Sayyid Sabiq. Semoga kita semua dapat mengamalkannya, insyaALLAH.
1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata: “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)

2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)

3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”

4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)

Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)

5. Bersiwak atau menggosok gigi.
Amir bin Rabi’ah berkata, “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)

Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)

6. Bermurah hati dan banyak menderma.
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)

7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)

Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.

8. Memberi makan untuk berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)

9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih).
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)

10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan.
Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)

11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)

Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran yang besar dari hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam di atas. Janganlah dilepaskan peluang untuk mendapatkan pahala yang besar hasil dari usaha kita untuk bersungguh-sungguh melaksanakan sunnah di atas.

Selain dari sunnah yang telah dinyatakan di atas, jangan lupa dan meremehkan lain-lain sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam seperti senyum, beri salam, solat jamaah di masjid, berbuat baik kepada ahli keluarga dan jiran, beri tadzkirah, merendah diri dan lain-lain.

Semoga apa yang disampaikan kali ini dapat memberikan kita manfaat untuk kita amalkan bersama...Jazakallahu Khairan kathiran

Wallahualam

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL- MUBARRAK DAN SELAMAT BERAMAL
dari: Admin

Sumber:

http://ustaznaim.blogspot.com/2011/07/11-amalan-sunnah-khusus-bulan-ramadhan.htmlhttp://abubasyer.blogspot.com/2011/08/tiga-jenis-puasa-menurut-imam-al.html



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://putrazulkhairi.blogspot.com/2012/07/11-amalan-sunnah-khusus-bulan-ramadan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramadan Bukan Bulan Kendur Momentum Perjuangan

Ramadan Bukan Bulan Kendur Momentum Perjuangan

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 205 hits
Aminuddin YahayaBersungguh berjuang agenda tegakkan syariat syiar Islam ALHAMDULILLAH sekali lagi kita dipertemukan dengan bulan yang kita nanti nantikan pada setiap tahun bulan penuh keberkatan dan penuh ketaatan Ahlan wa sahlan ya Ramadan...
Bukber Dan Tarawih Diizinkan Ini Panduan Kemenag Soal Ibadah Di Bulan Ramadan 2021

Bukber Dan Tarawih Diizinkan Ini Panduan Kemenag Soal Ibadah Di Bulan Ramadan 2021

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 304 hits
Umat Islam kecuali bagi yang sakit atau atas alasan syar i lainnya wajib menjalankan ibadah puasa Ramadan sesuai hukum syariah dan tata cara ibadah yang ditentukan agama
15 Tips Kesihatan Diri Di Bulan Ramadan

15 Tips Kesihatan Diri Di Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 484 hits
15 Tips Kesihatan Diri Di Bulan Ramadan Alhamdulillah bertemu lagi kita dengan bulan mulia lagi agung bulan Ramadan 1442H hari ini dan bermulanya ibadah puasa buat semua umat Islam di seluruh dunia Persediaan makanan bulan puasa amat pentin...
Hiburan Doakan Saya Sedar Diri Jahil Ifa Raziah Ambil Kesempatan Berlatih Berhijab Di Bulan Ramadan

Hiburan Doakan Saya Sedar Diri Jahil Ifa Raziah Ambil Kesempatan Berlatih Berhijab Di Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 223 hits
Pelakon senior dan personaliti TV terkenal Ifa Raziah mengakui dirinya masih jahil dan tidak sempurna dan tidak kisah jika ada orang di luar sana yang mempersoalkan niat sucinya untuk berhijab di bulan Ramadan View this post on InstagramAdv...
Kemenkes Tegaskan Vaksinasi Covid 19 Tetap Digelar Di Bulan Ramadan

Kemenkes Tegaskan Vaksinasi Covid 19 Tetap Digelar Di Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 333 hits
Majelis Ulama Indonesia telah mengeluarkan Fatwa MUI Nomor 13 2021 tentang Hukum Vaksinasi Covid 19 pada Saat Berpuasa
Cemar Bulan Ramadan Pemuda Umno Lapor Polis Klip Video Lagu Raya Syarikat Judi

Cemar Bulan Ramadan Pemuda Umno Lapor Polis Klip Video Lagu Raya Syarikat Judi

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 510 hits
sebuah iklan yang mempromosikan aktiviti perjudian dengan menggunakan lagu hari raya Aidilfitri sebagai muzik latar mengundang kecaman netizen gara gara menyinggung sensitiviti umat Islam Iklan yang dikeluarkan sebuah syarikat judi berjudul...
Kl East Mall Semarakkan Bulan Ramadan Dengan Kempen Didedikasi Untuk Kanak Kanak Autisme

Kl East Mall Semarakkan Bulan Ramadan Dengan Kempen Didedikasi Untuk Kanak Kanak Autisme

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 565 hits
KL EAST MALL SEMARAKKAN BULAN RAMADAN DENGAN KEMPEN DIDEDIKASI UNTUK KANAK KANAK AUTISME Assalamualaikum Baru baru ini telah berlangsungnya KL East Mall semarakkan bulan Ramadan dengan kempen didedikasi untuk kanak kanak Autisme Bersempena ...
Ammar Ada Tempoh 6 Bulan Saja Doakannya Kuat Walaupun Doktor Cakap Tiada Harapan

Ammar Ada Tempoh 6 Bulan Saja Doakannya Kuat Walaupun Doktor Cakap Tiada Harapan

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 777 hits
Allahuakbar Besarnya dugaan adik Ammar Anak syurga ini hanya ada masa enam bulan sahaja untuk menghabiskan sisa hidupnya bersama ibu bapa dan abang Mungkin ini adalah peluang terakhir bagi kedua ibu bapa adik Ammar mengembirakannya Tak dapa...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat