100 Tahun Kemunculan Mujaddid Pemimpin Besar Islam Akan Muncul Pada 2024


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya, "Sesungguhnya Allah SWT mengutuskan untuk umat ini setiap seratus tahun orang-orang yang akan memperbaharui agama ini (daripada segala penyimpangan)."


Riwayat Abu Daud (3740) dalam Kitab al-Malahim, Bab Apa yang Disebut pada Kurun ke-100 dan al-Hakim (4:522) dalam al-Mustadrak. Hadis ini dinilai sahih oleh al-Albani (599) dalam Silsilah-nya.

KESAHIHAN

Daripada hadis ini, kita memahami bahawa Allah SWT akan mengutuskan kepada umat ini setiap seratus tahun orang-orang yang akan membantu masyarakat agar mereka tidak tersesat dan terpesong daripada agama ini dan dalam masa yang sama akan menjaga kesucian agama ini daripada unsur-unsur yang boleh mencemarkan ketulenan agama Islam.

Oleh itu, setiap orang muslim yang mengaku beriman perlu mempercayai hadis ini.

BAGAIMANA MUJADDID DITENTUKAN?

Walaupun Al Quran dan Hadis tidak menyebutnya tetapi ulama-ulama telah pun menetap dan menentukan siapa mereka itu.

Namun, terdapat khilaf ulama dalam menentukan mujaddid setiap kurun, hanya mereka sepakat terhadap mujaddid kurun pertama - Saiyidina Umar bin Abd. Aziz, mujaddid kurun kedua - Imam Syafie dan mujaddid kurun kelima - Imam Ghazali.

Walaupun perjuangan mereka berbeza waktunya satu dengan yang lain tetapi mempunyai syarat atau faktor penentu kemenangan (taqwa) dan ciri perjuangan yang sama.

Sejak Rasulullah SAW, sudah tiga belas kurun berlalu yang bemakna tiga belas mujaddid sudah berlalu. Ini mesti kita yakini sebab ianya sudah disabdakan oleh Rasulullah SAW.

Jadi, ulama-ulama telah menentukan siapa mereka itu.

Berdasarkan pendapat mereka seramai tiga belas mujaddid telah berlalu untuk tiga belas kurun.

Di antara mereka adalah:

Mujaddid kurun 1: Khalifah Umar bin Abdul Aziz
Mujaddid kurun 2: Imam Syafie
Mujaddid kurun 3: Abul Hassan As-Syaari, Ibnu Suraij A1 Iraqi
Mujaddid kurun 4: Imam Al Baihaqi, Syeikh Abu Hamid Isfaraini As Shafie
Mujaddid kurun 5: Imam Al Ghazali
Mujaddid kurun 6: Imam Fakhrurrazi
Mujaddid kurun 7: Ibnu Daqiqi’Id
Mujaddid kurun 8: Albalqini
Mujaddid kurun 9: Imam As Sayuti
Mujaddid kurun 10: Imam Muhammad Ar Ramli
Mujaddid kurun 11: Abdullah Salim Al Basri
Mujaddid kurun 12: Ad Dardiri
Mujaddid kurun 13: Al-Syarqawi
Mujaddid kurun 14: -
Mujaddid kurun 15: -

Mujaddid kurun ini belum disebut dalam kitab sewaktu ditulis.

Biasanya yang menentukan siapa mujaddid setiap 100 tahun adalah ulama yang sezaman dengannya, memandangkan dia mempunyai kelebihan-kelebihan dibandingkan dengan ulama-ulama yang lain terutamanya dari segi perjuangannya, keberaniannya, ketaqwaannya dan kepemimpinannya, sehingga orang dapat taat dengan kepemimpinannya dan memberi kesan besar kepada masyarakat.

Tetapi ada juga di kalangan mereka sendiri yang mengaku dirinya sebagai mujaddid, diantaranya ada dua orang iaitu Imam Ghazali dan Imam Sayuti.

Imam Sayuti pernah memberitahu, "Saya rasa di kurun ini sayalah mujaddidnya."

Imam Ghazali juga pernah mengaku.

Apakah mereka ini salah? Tidak salah! Kalau realitinya memang begitu.

Ada dua cara mengapa mereka menentukan diri mereka sendiri mujaddid di zamannya.

Pertama, mereka layak untuk berijtihad sendiri, bila dibandingkan dengan ulama-ulama yang sezaman dan mereka merasakan ALLAH telah memberi mereka kelebihan berbanding orang lain. Maka merekapun mengisytiharkannya.

Kedua, secara kerohanian atau secara ilham mereka mendapat pengesahan dari Rasulullah SAW, bahawa merekalah mujaddid di kurun tersebut.

Ini tidak hairan kerana Imam Sayuti mengaku telah bertemu dengan Rasulullah secara yakazah (jaga) sebanyak 75 kali.

Begitu juga dengan Imam Al Ghazali sewaktu ingin mengarang kitab, Rasulullah SAW selalu berada di samping kanannya.

Mereka berijtihad, mengaku dan mengisytiharkan dirinya sebagai mujaddid. Mereka tidak dikatakan sombong dan takabur. Mengapa? Sebab tidak bertentangan dengan Sunnah Rasulullah SAW.

KURUN KE 14-15

Kita sekarang ini berada di kurun ke-15. Mengapa tiada mujaddid yang muncul pada kurun ke-14? Bukankah ini satu petunjuk tentang mujaddid yang akan muncul pada kurun ke-15 ini?

Petunjuknya ialah akan muncul mujaddid secara berkembar pada kurun ke-15. Perkara ini telah berlaku pada masa dahulu sewaktu zaman Nabi Musa. Beliau telah muncul bersama Nabi Harun. Kisah Nabi Musa ini diceritakan dalam Al-Quran dalam surah TaHa.

Persoalannya, siapakah mujaddid berkembar yang akan muncul pada kurun ke-15? Kedua-dua orang mujaddid ini telah diberitahu oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya 1400 tahun dahulu.

Mereka ialah Imam Mahdi dan Putera Bani Tamim.

3 MAC 1924 KEJATUHAN KERAJAAN ISLAM TERAKHIR

Tahun 2024, maka genaplah satu abad umat Islam hidup tanpa naungan khalifah, berpunca daripada peristiwa yang berlaku lebih 100 tahun yang lalu dalam peristiwa Al-Thawra Al-Arabiyya Al-Kubra atau "The Great Arab Revolt."

Sekitar Oktober 1916, Kapten T.E. Lawrence atau "Lawrence of Arabia" tiba di Madinah dan bertemu dengan Amir Faisal, putera sulung kepada Sharif Hussein, pemerintah Haramain (Penjaga Dua Kota Suci lantikan Khalifah) yang berketurunan Banu Hashim.

Misi Lawrence sebagai wakil Empayar Britain adalah untuk merancang strategi bersama keluarga Sharif untuk menyerang kubu Madinah yang dipertahankan oleh Fakhri Pasha, seorang jeneral Khilafah Turki Uthmaniyyah (Ottoman) yang handal.

Kehadiran Lawrence menyusuli persetujuan Sharif Hussein dan Henry McMahon, Pesuruhjaya Tinggi Britain di Mesir, untuk bersama-sama menentang Khilafah Uthmaniyyah.

Ketika itu Perang Dunia Pertama (WW1) telah berlangsung dua tahun lebih di antara Pakatan Britain-Perancis-Rusia dan Pakatan Jerman-Austria.

Kerajaan Khilafah Turki Uthmaniyyah yang ketika itu dikuasai oleh Tiga Pasha (Talaat Pasha, Enver Pasha, Djemal Pasha) telah menyertai pakatan Jerman, walaupun tidak dipersetujui oleh Khalifah Mahmud V (Mehmed V).

Keluarga Sharif yang telah lama tidak berpuas hati dengan pemerintahan Turki, membuat keputusan untuk berpakat dengan Britain demi membebaskan bangsa Arab daripada pemerintahan Turki (sebenarnya, tidak ramai pun Arab yang menyokong keluarga Sharif).

Britain telah memberi janji yang lumayan bahawa mereka akan menyokong Sharif untuk menjadi khalifah kepada dunia Arab.

Namun, apa yang tidak diketahui oleh Sharif ialah perjanjian rahsia di antara Britain dan Perancis iaitu Perjanjian Sykes-Picot.

Menurut perjanjian tersebut, wilayah Uthmaniyah selepas perang akan dibahagikan di antara Britain dan Perancis.

Setahun kemudian (1917), Britain juga mengadakan Perjanjian Balfour dengan keluarga Rothschild, penaja gerakan Zionisme bahawa Britain akan mewujudkan sebuah negara Yahudi (Jewish national home) di Palestin.

Selepas tamatnya WW1, wilayah Turki Uthmaniyyah dibelah bahagi menurut Perjanjian Sykes-Picot.

Perancis mendapat Syria dan Lebanon; Britain mendapat Palestin, Jordan dan Iraq.

Malangnya, Britain tidak mengotakan janji McMahon terhadap Sharif, malah Britain telah memberikan bantuan senjata kepada musuh Banu Hashim iaitu Bani As-Saud untuk memerangi Sharif.

Sebelum sempat Sharif menubuhkan khilafah, keluarga As-Saud telah pun menawan Mekah dan Madinah pada tahun 1924, lalu terpaksalah keluarga Sharif meninggalkan Haramain. Keluarga As-Saud kemudiannya menubuhkan kerajaan bernama Arab Saudi.

Manakala di Turki, para pemenang WW1 (Britain, Itali, Greece) cuba menguasai Turki, namun Mustafa Kemal telah bangkit menentang penceroboh-penceroboh asing.

Mustafa Kemal menubuhkan Republik Turki dan dihormati sebagai Ataturk (Bapa Bangsa Turki). Pada 3 Mac 1924, Khilafah dimansuhkan. Khalifah ke-101, Sultan Abdul Majid II (Abdul Mecid II) dibuang negeri.

PENGAJARAN (IBRAH) DISEBALIK SEJARAH KELAM

Kedua-dua Turki Uthmaniyyah dan keluarga Sharif dan umat Islam secara keseluruhan ialah mangsa geopolitik oleh percaturan kuasa-kuasa besar dunia.

Britain sebenarnya hanya menganggap keluarga Sharif sebagai satu anak catur untuk menjatuhkan Uthmaniyyah dan membolehkan Britain menguasai Mashriq (kawasan di antara Laut Mediterranean dan Sungai Euphrates) yang strategik.

Begitu juga dengan Jerman yang membuat pakatan dengan Turki kerana ada musuh yang sama iaitu Rusia; dan kerana mahu mencari titik pivot di Teluk Parsi untuk melancarkan kuasa (projecting power) ke Lautan Hindi yang dikuasai Britain.

Begitu juga dengan Hitler semasa Perang Dunia Kedua, bukannya Hitler anti Yahudi yang menyokong perjuangan Palestin, tetapi hanya menggunakan anti-Semitisme untuk mencari sokongan di kalangan negara-negara Arab.

LIMA PERINGKAT PEMERINTAHAN SEJAK DARI ZAMAN RASULULLAH SAW

Seorang mujaddid tentunya orang yang sangat berpengaruh pada masanya, ia mesti memiliki syarat khusus sebagaimana yang disebutkan Ibnu Ziyâd dalam kitab Ghayah Talkhis al-Murâd fî Fatawa Ibn Ziyâd, iaitu:

"Di antara syarat-syarat seorang mujaddid iaitu melampaui seratus tahun, menolong sunnah serta kalamnya, menguasai seluruh fann ilmu dan dia tunggal sebagaimana pendapat yang masyhur dalam hadis menurut jumhur ulama."

Hadis di atas yang menyebut tentang tempoh seratus tahun boleh di kaitkan dengan hadis lima peringkat pemerintahan yang pernah disabdakan baginda Rasulullah SAW yang maksudnya:

"Telah berlaku zaman pemerintahan Nubuwwah ke atas kamu, maka berlakulah zaman pemerintahan nubuwwah sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu seperti yang Dia kehendaki. Kemudian belakulah zaman pemerintahan Khulafa Ar Rasyidin yang berjalan sepertimana zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (Zaman Fitnah - keamiran/beraja/zaman kesultanan). Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan zaman penzaliman (Zaman pemerintahan diktator dan demokrasi) dan berlakulah zaman itu seperti mana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa as) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian. Kemudian Rasulullah SAW pun diam... (Kiamat)."

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal r.a. dari sahabat Rasulullah SAW, Nuaman bin Basyir r.a. dari Huzaifah r.a. di dalam kitabnya Musnad Al Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273. Juga terdapat dalam kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1,hadis nombor 5)

Pemerintahan Pertama Hingga Ke 3

Dalam hadis di atas memaklumkan bahawa tiga pemerintahan telahpun berlalu, iaitu pemerintahan nubuwwah, pemerintahan Khulafa Ar Rasyidin dan pemerintahaan yang menggigit.

Pemerintahan Nubuwwah bermaksud pemerintahan baginda Rasulullah SAW yang berakhir dengan kewafatan baginda pada tahun 11 Hijrah.

Pemerintahan ke 2 ialah pemerintahan sahabat yang empat, iaitu Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Usman dan berakhir dengan Khalifah Ali r.a.

Pemerintahan ke 3, ialah pemerintahan yang menggigit, bermaksud pemerintah-pemerintah di peringkat ini masih lagi memerintah negara masing-masing dengan undang-undang al Quran. Tempohnya hingga jatuhnya kerajaan Uthmaniyah pada tahun 1924.

Pemerintahan Keempat & Kelima

Pemerintahan keempat yang digelar dalam hadis tersebut pemerintahan yang menyombong.

Digelar dengan gelaran tersebut kerana pemerintah-pemerintah peringkat ini meninggalkan perlaksanaan hukum-hukum Al Quran dan As Sunnah. Peringkat keempat ini sedang berlangsung sekarang.

Ramai juga ulama yang mengatakan peringkat keempat ini bermula dari jatuhnya Khilafah Uthmaniah di Turki iaitu dari tahun 1924.

Jika dikaitkan dengan hadis 100 tahun di atas, maka jumlahnya tahun 2024.

Berdasarkan hadis 100 tahun di atas menunjukkan bahawa tempoh pemerintahan ke 5 sudah sangat hampir yang memberi kita satu fahaman bahawa Mujaddid bagi hujung 100 tahun ketika zaman ini bakal muncul dalam masa terdekat dan kemungkinan mujaddid tersebut ialah Imam Mahdi.

Wallahu a'lam.

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2023/05/mujaddid-100-tahun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sowan Ke Jk Cak Imin Minta Nasihat Koalisi Besar Di Pilpres 2024

Sowan Ke Jk Cak Imin Minta Nasihat Koalisi Besar Di Pilpres 2024

papar berkaitan - pada 7/5/2023 - jumlah : 149 hits
Sowan ke JK Cak Imin Minta Nasihat Koalisi Besar di Pilpres 2024 Menurut Jusuf Kalla koalisi besar sulit terwujud secara politik Karena akan sulit menyatukan kepentingan partai partai yang berbeda dalam satu pasangan calon presiden dan calo...
Kelas Online Tahun 6 Fly High Education Centre Sesi Mei 2023 2024

Kelas Online Tahun 6 Fly High Education Centre Sesi Mei 2023 2024

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 401 hits
Kelas Online Tahun 6 Fly High Education Centre Sesi Mei 2023 2024 Kini BermulaAssalamualaikum Hi korang Selamat malam Sedar tak sedar dah masuk hari ke 9 kita menyambut Syawal Syukur alhamdulillah malam ni di beri kelapangan waktu untuk ter...
Jawatan Kosong Besar Besaran Di Kementerian Pertanian Tahun 2023

Jawatan Kosong Besar Besaran Di Kementerian Pertanian Tahun 2023

papar berkaitan - pada 10/5/2023 - jumlah : 558 hits
Jawatan kosong besar besaran di Kementerian Pertanian tahun 2023 Berita baik untuk pencari kerja Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia sedang membuka banyak jawatan kosong untuk meningkatkan operasi mereka Jawatan Kosong B...
Beri Pengampunan Kepada Najib Lebih Dekat Dengan Kaedah Islam Kata Pemimpin Pas

Beri Pengampunan Kepada Najib Lebih Dekat Dengan Kaedah Islam Kata Pemimpin Pas

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 190 hits
freemalaysiatoday com 29 Apr 2023 3 12pmZaharuddin Muhammad berkata perbicaraan Najib tidak mengikut garis panduan Islam memandangkan timbulnya dakwaan konflik kepentingan berkaitan Hakim Nazlan Ghazali Ketua PAS Kawasan Subang Zaharuddin M...
Pengambilan Besar Besaran Jawatan Kosong Di Maybank Tahun 2023

Pengambilan Besar Besaran Jawatan Kosong Di Maybank Tahun 2023

papar berkaitan - pada 14/5/2023 - jumlah : 449 hits
Pengambilan Besar besaran Jawatan Kosong di Maybank Tahun 2023 Terkini Maybank telah membuka peluang kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan Mohon untuk baca dan fahami dengan teliti kehendak bakal majikan...
Kahwini Remaja 16 Tahun Pemimpin Ini Siap Bagi Jawatan Kerajaan Pada Ibu Mentua

Kahwini Remaja 16 Tahun Pemimpin Ini Siap Bagi Jawatan Kerajaan Pada Ibu Mentua

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 169 hits
WAN SITI AMINAHBerusia 65 tahun seorang lelaki bergelar Datuk Bandar sedang dikritik hebat kerana mengahwini gadis berumur 16 tahun Lebih memburukkan keadaan Datuk Bandar Araucaria Parana Brazil itu didakwa memberikan jawatan dalam kerajaan...
Tinggal Dinas Dan Terlibat Narkoba 2 Anggota Polres Aceh Besar Dipecat

Tinggal Dinas Dan Terlibat Narkoba 2 Anggota Polres Aceh Besar Dipecat

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 162 hits
Carlie mengatakan upacara PTDH merupakan salah satu wujud dan bentuk realisasi komitmen pimpinan Polri dalam memberikan sanksi tegas berupa punishment atau sanksi hukuman bagi anggota yang melakukan pelanggaran
Who Is Paying For The Selangor Menteri Besar S Working Holiday To The Us And Uk

Who Is Paying For The Selangor Menteri Besar S Working Holiday To The Us And Uk

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 308 hits
Haven t plans already been drawn up for Selangor s new stadium MURRAY HUNTER According to a reliable source within the corridors of power the designer of the new Selangor stadium Populous on behalf of MRCB is paying for the Menteri Besar Am...
Pengambilan Jawatan Besar Besaran Di Agensi Kerajaan Matrade

Pengambilan Jawatan Besar Besaran Di Agensi Kerajaan Matrade

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 200 hits
Pengambilan jawatan besar besaran di Agensi Kerajaan MATRADE Berita baik untuk pencari pekerjaan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia sebuah agensi kerajaan kini sedang membuka peluang pekerjaan dalam pelbagai jawatan kosong bag...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023