100 Hari Keputusan Tepat Pm Letak Negara Di Landasan Betul


Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) mengawal pagar keselamatan sempadan Malaysia-Thailand menerusi Op Benteng. - NSTP/AMRAN HAMID
KUALA LUMPUR: Tindakan pantas menutup sempadan kepada negara lain dan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tepat pada masanya adalah faktor utama yang membantu Malaysia membendung penularan pandemik COVID-19.

Itu adalah antara keputusan paling penting dan terpuji diambil Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan, menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengurus Penyelidikan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) Malaysia, Lau Zheng Zhou, berkata keseluruhan pengendalian krisis pandemik oleh Muhyiddin memberi impak terus kepada keadaan ekonomi negara.

"Berbanding negara lain, ketepatan masa keputusan kerajaan melaksanakan PKP selain komunikasi awam yang sangat jelas dan tepat telah membantu kita meratakan lengkung COVID-19 lebih awal dan seterusnya dapat mengelakkan lebih banyak kematian.

"Ini sudah pastinya akan meletakkan kita di kedudukan kukuh untuk mencapai pemulihan," katanya kepada BERNAMA ketika diminta mengulas mengenai pentadbiran 100 hari Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Muhyiddin, 72, mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 1 Mac lalu.

Zheng Zhou berkata, krisis itu memberi peluang bagi kerajaan melakukan pembaharuan struktur kepada ekonomi, terutamanya dalam bahagian seperti pergantungan kepada pekerja asing, kehadiran besar syarikat berkaitan kerajaan dalam sektor swasta dan juga penyertaan pekerja wanita yang agak rendah.

"Jika pembaharuan struktur dianggap memerlukan kos untuk dilaksanakan sebelum PKP, bayangkan betapa sukar melaksanakannya sekarang meskipun mempunyai modal dan sumber lain," katanya.

Katanya, fasa pemulihan ekonomi seterusnya akan menjadi ujian lebih besar kepada pentadbiran Muhyiddin.

"Pelaburan dan perdagangan telahpun lemah malahan sebelum PKP dan kemerosotan permintaan global hari ini mengehadkan lagi pilihan dasar kerajaan.

"Kerajaan juga akan berdepan dengan pilihan antara memilih langkah-langkah dasar jangka pendek bagi mengurangkan kadar pengangguran yang boleh membawa kesan politik yang penting dan pelaburan jangka panjang dalam prasarana digital dan hijau sebagai kaedah untuk membina daya tahan ekonomi," katanya.

Kerajaan setakat ini telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM260 bilion diikuti Pelan Jana Semula Ekonomi Negara bernilai (PENJANA) bernilai RM35 bilion.

Zheng Zhou berharap Perdana Menteri akan menjadikan krisis pandemik ini sebagai peluang memasukkan perubahan iklim dan langkah kemampanan dalam penggubalan dasar ekonomi, atau meratakan lengkung iklim seperti yang disarankan pelbagai organisasi seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Virus COVID-19 tersebar melangkaui sempadan negara dan terbukti memberi risiko kepada golongan lemah dan miskin dan ini kemungkinan akan berlaku bagi pelepasan gas rumah hijau.

"Gangguan kepada jaminan makanan, rantaian perdagangan dan bekalan juga akan berlaku sekiranya berlaku krisis berkaitan iklim yang memerlukan usaha bersama negara-negara dalam menanganinya.

"Harapnya, Muhyiddin akan membangunkan dasar yang membabitkan pengurusan krisis ekonomi, seelok-eloknya mengeluarkan kertas putih, dan menginstitusikan mekanisme agar ekonomi kita boleh lebih berdaya tahan pada masa hadapan," katanya. – BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/06/100-hari-keputusan-tepat-pm-letak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
100 Hari Berikutnya Perjuangan Demi Jiwa Raga Malaysia

100 Hari Berikutnya Perjuangan Demi Jiwa Raga Malaysia

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 298 hits
Pada 15 Jun 20209 Jun lalu genap 100 hari Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri 100 hari lagi sehingga Hari Malaysia bakal menyaksikan satu tempoh yang amat sukar untuk negara kita tercinta Perjuangan demi menye...
Hiburan Genap Usia 7 Hari Ardell Aryana Kongsi Foto Dan Nama Anak Sulung Comel Betul

Hiburan Genap Usia 7 Hari Ardell Aryana Kongsi Foto Dan Nama Anak Sulung Comel Betul

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 550 hits
Usai tempoh 7 hari selepas melahirkan puteri sulung Ardell Aryana dan suami Nadzmi Adhwa akhirnya mendedahkan jantina dan nama bayi mereka Pasangan tersebut juga ada memuat naik video momen sebaik sahaja cahaya mata mereka berdua dilahirkan...
Resmi Menikah Secara Negara Hari Ini Zaskia Gotik Umumkan Kehamilan Sekaligus Selamat

Resmi Menikah Secara Negara Hari Ini Zaskia Gotik Umumkan Kehamilan Sekaligus Selamat

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 403 hits
Penyanyi dangdut tersebut dinikahi secara agama oleh Sirajuddin Mahmud sesaat sebelum bulan puasa
Muhyiddin Kemudi Badai Krisis Covid 19 100 Hari Dengan Jayanya

Muhyiddin Kemudi Badai Krisis Covid 19 100 Hari Dengan Jayanya

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 297 hits
Esok genaplah 100 hari pertama Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri menerajui pentadbiran negara sejak 1 Mac dengan menggalas tanggungjawab paling besar di saat negara dilanda krisis kesihatan akibat penularan pandemik Covid 19 selain b...
100 Hari Muhyiddin Bukti Kemampuan Harungi Krisis Covid 19 Badai Ekonomi

100 Hari Muhyiddin Bukti Kemampuan Harungi Krisis Covid 19 Badai Ekonomi

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 383 hits
KUALA LUMPUR Esok genaplah 100 hari pertama Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri menerajui pentadbiran negara sejak 1 Mac dengan menggalas tanggungjawab paling besar di saat negara dilanda krisis kesihatan akibat penularan pande...
Covid 19 Inilah Langkah 100 Hari Pm Yang Mendapat Pujian Seluruh Dunia

Covid 19 Inilah Langkah 100 Hari Pm Yang Mendapat Pujian Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 483 hits
Infografik Bernama100 HARI PM Sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 1 Mac 2020 Tan Sri Muhyiddin Yassin 9 MAC Lantik kabinet 31 menteri Cipta sejarah tiada timbalan PM sebaliknya lantik 4 menteri kanan11 MAC Tubuh Maj...
Pn Pukul Ph Dengan 100 Fakta Dalam 100 Hari Memerintah 2 Bulan Dengan 22 Bulan

Pn Pukul Ph Dengan 100 Fakta Dalam 100 Hari Memerintah 2 Bulan Dengan 22 Bulan

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 377 hits
100 Hari Kerajaan Perikatan Nasional 100 Fakta yang jelas dan sahih1 Kerajaan Perikatan telah berjaya menstabilkan negara daripada tiga krisis serentak dalam masa sebulan iaitu krisis politik kepartian krisis ekonomi rakyat dan krisis pande...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba