10 Tips Sebelum Anda Memulakan Blog Dalam Niche Travel Dan Percutian


Apa yang best bila kita ada blog dalam niche travel dan percutian?
 
Pada mulanya, saya menulis topik mengenai percutian sebagai salah satu catatan perkongsian pengalaman sahaja. Rasa agak sayang, bila kita ada pengalaman pernah sampai ke sesuatu destinasi percutian, tapi kita tak catatkan travelog kita sepanjang percutian tersebut.
 
Kemudian, bila saya mula menulis tentang pengalaman yang saya lalui sepanjang perjalanan saya ke mana-mana destinasi percutian yang saya pernah kunjungi, saya dapati makin ramai pembaca yang menghubungi saya dan mereka minat nak tahu lebih lanjut tentang sesuatu tempat percutian tersebut.
 
Macam-macam soalan yang pernah saya terima, misalnya apa aktiviti yang sesuai untuk dilakukan? Dekat mana nak cari kedai makan yang paling dekat? Berapa harga kalau nak dapatkan perkhidmatan kereta sewa dan sebagainya.

Setelah menulis artikel berkaitan dengan percutian, saya juga mula dihubungi oleh beberapa syarikat dan orang perseorangan yang menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan percutian. Bermula dari saat itu, saya mula menulis beberapa perkara seperti perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu, Pakej Island Hopping ke Pulau Manukan dan Pulau Sapi serta beberapa review tempat penginapan yang saya pernah kunjungi.
 
Pada saya, mempunyai sebuah blog yang berkisarkan tentang percutian telah membuka satu peluang baru untuk saya menjelajah Bumi Malaysia ini. Maklumlah, setakat ini saya hanya berkesempatan untuk pergi bercuti dalam negara sahaja.

 
Sambil pergi bercuti, saya juga berpeluang untuk berkenalan dengan para usahawan yang menjalankan bisnes berkaitan dengan industri percutian. Saya dapat bertukar-tukar pandangan dan dapat belajar serba sedikit dari pengalaman perniagaan yang mereka jalankan.
 
Satu pengalaman yang menarik dan saya percaya, anda juga boleh lalui pengalaman yang sama jika anda juga mempunyai blog dalam niche travel. Pernah tak anda terfikir untuk memulakan sebuah blog dalam niche travel? Jika pernah, tapi anda masih belum mulakan lagi, mungkin beberapa tips yang saya kongsikan dalam artikel ini akan dapat membantu anda.
 
Jangan takut untuk mulakan blog dalam niche travel pada hari ini. Walaupun dalam dunia sekarang ini, ada banyak blog dalam niche travel telah dihasilkan, namun ini tak bermakna blog yang bakal anda hasilkan nanti tidak menarik. Setiap blog ada keunikkannya yang tersendiri.
 
Saya pasti, blog travel yang bakal anda hasilkan nanti juga pasti ada keistimewaan dan keunikannya yang tersendiri. Anda juga boleh berjaya dan boleh pergi jauh dengan blog yang bakal anda hasilkan, asalkan anda tidak cepat menyerah kalah dan berhenti separuh jalan.
 
Ini dia beberapa tips untuk anda, sebelum memulakan blog travel anda.
 
(1) Fikirkan satu nama untuk blog anda Nama yang bakal anda gunakan untuk blog anda, bakal menjadi satu jenama yang memudahkan para pembaca dan pengguna internet mengingati dan mengenali blog anda. Di internet terdapat beribu-ribu laman blog, dan sudah tentu anda ingin dikenali dan diingati oleh pembaca blog anda.
 
Ada beberapa tips yang anda boleh gunakan untuk memberikan nama bagi blog anda.
Gunakan kombinasi dua perkataan yang melambangkan bidang pilihan anda Gunakan frasa yang sering digunakan oleh pengguna Nyatakan “kelebihan yang bakal diperolehi oleh pembaca” sebagai nama blog anda Guna nama personal anda Guna nama syarikat yang anda daftarkan sebagai nama blog anda Gunakan nama tempat/daerah/negeri atau negara sebagai nama blog  
Proses untuk memberi nama kepada blog yang bakal dibina ini memang boleh mengambil masa yang agak lama. Apabila dah berjaya temui satu nama yang dirasakan menarik untuk digunakan pada laman blog kita, kita kena buat semakan terlebih dahulu bagi mengetahui sama ada nama tersebut sudah digunakan oleh orang lain atau belum.
 
Kalau masih belum ada sesiapa yang gunakan nama tersebut, itu satu perkara yang bagus. Maknanya anda boleh gunakan nama tersebut untuk blog anda dan mula membina jenama blog anda.
 
Langkah seterusnya ialah daftarkan nama tersebut sebagai nama domain anda.

Saya syorkan anda gunakan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat NetKL Network. Untuk pengetahuan para pembaca sekalian, saya telah menggunakan perkhidmatan dari NetKL sejak dari tahun 2009 lagi dan setakat ini saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat ini.
 
Kebanyakkan blog-blog yang saya miliki juga di hostkan melalui syarikat ini. Dengan pengalaman baik yang saya ada, saya berani untuk rekemen para pembaca untuk gunakan perkhidmatan dari syarikat ini juga. Sila lihat screenshot dibawah yang merupakan antara pakej yang ditawarkan.

Pada peringkat permulaan, saya syorkan anda bermula dengan pakej mySilver X dengan bayaran serendah RM60 setahun. Berikan masa untuk blog anda berkembang dan apabila anda dapati blog anda mula menerima jumlah pelawat yang semakin ramai, penggunaan bandwidth juga makin bertambah, pada waktu itu barulah anda upgrade pakej langganan anda kepada satu pakej yang lebih tinggi.
 
Ok selesai tentang menamakan blog anda.
 
(2) Boleh sediakan modal untuk blog travel anda Untuk buat blog, anda boleh pilih sama ada nak menggunakan platform yang percuma seperti blogspot.com ataupun wordpress.com
 
Itu kalau bab pemilihan platform. Tapi, jika anda pernah baca beberapa artikel yang saya pernah siarkan dalam blog ini, anda pasti tahu yang saya lebih sarankan anda gunakan platform berbayar wordpress self hosted.
Baca juga tentang: Memasang blog wordpress self hosted pada hosting
 
Anda boleh memulakan blog travel anda dengan kos permulaan serendah RM60 setahun, RM100 mahupun RM200. Itu baru sentuh tentang kos untuk melanggan domain dan hosting.
 
Selain perkara ini, anda juga perlu ada modal untuk pergi bercuti!
 
Blog anda masih baru. Tiada siapa yang kenal siapa anda. Logiknya, memang tiada siapa yang akan sponsor anda untuk pergi bercuti dan meminta anda untuk menulis review tentang hotel, restoran mahupun mana-mana destinasi percutian yang popular disekitar kawasan anda.
 
Walaubagaimanapun, blog anda memerlukan konten. Peringkat permulaan, anda perlu ada modal sendiri untuk pergi bercuti bagi mendapatkan konten yang unik untuk blog anda. Kalau anda memang jenis yang biasa pergi bercuti, saya pasti anda tak ada masalah untuk hasilkan konten bagi blog anda.
 
(3) Melabur untuk dapatkan design blog yang menarik Design blog yang menarik boleh didapati dengan mudah apabila anda menggunakan premium theme untuk wordpress. Terdapat beberapa jenis theme yang anda boleh gunakan untuk mencantikkan blog anda. Ada theme yang percuma dan ada juga theme yang berbayar (premium).
 
Kalau theme wordpress percuma, ianya boleh diperolehi melalui ruangan dashboard akaun wordpress anda. Ini antaranya.

Anda hanya perlu pergi ke bahagian Appearance, pilih Themes dan seterusnya klik pada Add Theme. Dari situ anda boleh pilih mana-mana theme wordpress yang anda rasakan menarik pada pandangan anda.
Baca lebih lanjut disini: Cara install theme untuk blog wordpress self hosted 
 
Kalau anda ada modal, saya syorkan gunakan theme wordpress yang berbayar. Saya juga menggunakan theme berbayar dari StudioPress untuk kebanyakkan blog yang saya miliki.
 
(4) Luangkan masa untuk menulis Waktu saya baru nak mula menulis blog dulu, ada satu nasihat yang agak popular yang sering diberikan oleh penulis blog yang lebih senior.
 
Tulis sekurang-kurangnya satu blogpost dalam satu hari.
 
Nasihat ini nampak mudah, tapi sebenarnya bukan mudah untuk dilakukan. Kalau anda mempunyai lebih dari satu blog, itu lagi mencabar untuk kekalkan momentum untuk menulis sekurang-kurangnya satu artikel atau blogpost pada blog anda.
 
Kalau nak menulis tentang pengalaman travel, itu lagi mencabar, sebabnya anda kena pergi travel dulu, barulah boleh kongsikan pengalaman anda. Kalau anda tak pernah travel kemana-mana anda masih boleh tulis artikel tentang percutian, tetapi ianya adalah berdasarkan pengalaman orang lain.
 
Feeling dia dah tentu tak sama kalau nak bandingkan dengan anda sendiri yang pergi bercuti.
 
(5) Siap sedia dengan kemungkinan tak berjaya dapat sebarang hasil Apabila menulis blog tentang travel atau percutian, apakah bentuk kejayaan yang anda harapkan?
 
Mungkin ini adalah antara yang anda harapkan akan berlaku
Boleh bercuti ke mana sahaja dengan mendapat tajaan sepenuhnya Pendapatan dari blog travel anda boleh menggantikan pendapatan dari kerja hakiki anda Boleh jadi full time blogger Sentiasa dapat job untuk review hotel Boleh bercuti ke luar negara  
Saya bukan berniat nak lunturkan semangat anda, namun anda perlu bersedia untuk terima hakikat yang anda mungkin tak akan perolehi itu semua.
 
Sekitar tahun 2018, saya mendapat tajaan untuk pergi bercuti ke Sabah. Tapi tajaan yang saya perolehi adalah untuk perkhidmatan kereta sewa sahaja, dan bukannya untuk keseluruhan percutian. Kereta sewa ini, kalau kami bayar sendiri, kosnya lebih kurang RM800.
 
Mujurlah ada sponsor, jadi saya tak perlu nak keluar duit sendiri untuk sewa kereta sepanjang bercuti di Sabah. Sebagai menghargai kesudian syarikat tersebut menaja perkhidmatan kereta sewa sepanjang percutian itu, saya telah menulis artikel mengenai syarikat kereta sewa tersebut.
Baca disini: Pengalaman sewa kereta di Kota Kinabalu bersama dengan syarikat Global Lepa Car Rentals & Tours Sdn Bhd
 
(6) Dapatkan peralatan yang sesuai untuk blog travel anda Sekali lagi anda perlu keluarkan duit untuk dapatkan peralatan yang sesuai untuk menguruskan blog travel anda.
 
Peralatan yang paling penting sekali adalah kamera. Kamera ini pula ada pelbagai jenis, sama ada DSLR, compact camera, action camera, water proof camera dan sebagainya.

Kalau anda jenis yang suka merakam video, anda juga perlu mempunyai peralatan yang sesuai bagi menghasilkan rakaman yang terbaik.
 
(7) Anda perlu jelas siapakah pembaca sasaran blog anda Ini bahagian yang akan menjadikan blog anda unik. Apabila anda menulis, anda perlu jelas siapakah sebenarnya golongan pembaca yang anda sasarkan.
 
Kalau macam saya sendiri, apabila pergi bercuti, saya lebih suka percutian bersama keluarga. Kalau boleh bila nak bercuti tu, saya nak ajak seberapa banyak ahli keluarga yang boleh. Sebab itu kebanyakkan tempat-tempat penginapan yang saya pilih adalah yang dari jenis homestay, kondo atau apartment.
 
Macam setengah penulis blog tentang travel, dia lebih suka travel seorang diri ataupun berdua. Konsep travel yang dia minat pula adalah konsep backpackers.

Bila dia tulis tentang pengalaman bercuti style backpackers, kebiasaannya mereka yang ada minat yang sama yang akan jadi pembaca blog tersebut.
 
(8) Konsisten menulis dan mempromosikan blog anda Anda dah susah payah menulis dan menghasilkan konten untuk blog anda. Jangan lupa untuk mempromosikan blog anda. Kalau anda ada akaun media sosial, jangan segan-segan untuk kongsikan pautan blog anda atau pautan artikel terbaru blog anda di media sosial milik anda.
 
Jadikan kerja mempromosikan blog anda ini sebagai satu perkara rutin. Kalau anda mempunyai banyak blog, pastikan setiap blog yang anda miliki itu juga saling mempromosikan antara satu sama lain.
 
Artikel yang kita tulis di blog, lambat-laun akan masuk ke laman carian google bagi kata kunci tertentu yang terdapat pada blog kita. Pada waktu itu, blog kita akan mula menerima trafik secara automatik walaupun pada waktu itu kita tidak membuat pemasaran secara aktif.
 
Untuk peringkat permulaan, sebaik-baiknya kita buatlah pemasaran secara aktif. Barulah blog kita akan cepat dikenali dan akan dapat banyak pembaca.
 
(9) Sertai program affiliate yang relevan dengan topik blog anda Sebenarnya nak hasilkan sebuah blog tentang travel ini, bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan modal yang agak banyak. Macam yang saya telah sebutkan sebelum ini.
 
Kita kena keluar modal untuk pergi bercuti, kena keluar modal untuk maintain renew domain dan hosting, kemudian kita juga kena keluar modal untuk beli peralatan yang sesuai, seperti kamera dan lain-lain gadget untuk menghasilkan karya yang terbaik untuk disiarkan dalam blog kita.
 
Kat mana kita nak cari sumber pendapatan untuk menampung semua kos-kos ini? Saranan saya, anda sertailah program affiliate.
 
Apabila anda buat blog tentang travel, sebenarnya ada terlalu banyak produk dan syarikat yang anda boleh lakukan kerjasama untuk menjana sedikit pendapatan diinternet. Saya tak akan cerita dengan panjang lebar sebabnya anda boleh baca di artikel saya sebelum ini yang berjudul cara mudah menjadi ejen pemasaran Pakej Percutian.

Ringkasnya, anda sertai program affiliate yang dikendalikan oleh Involve Asia dan fokus pada kategori travel.
 
(10) Beranikan diri untuk hubungi “bakal pelanggan” anda Siapakah yang anda fikirkan sesuai untuk berkolaborasi dengan anda?
 
Adakah pemilik bisnes hotel? Pemilik bisnes homestay? Resort? Atau para usahawan yang mempunyai perniagaan yang berkaitan dengan industri percutian?
 
Mereka ini boleh jadi pelanggan kepada perkhidmatan review yang anda bakal tawarkan melalui blog travel yang anda tulis. Cuma sementara anda masih belum ada pelanggan, bolehlah anda mula mengarang ayat dan cuba kenalpasti apakah yang anda boleh tawarkan kepada mereka, sekiranya mereka sudi bekerjasama dengan anda kelak.
 
Bila kita dah siap sedia dari awal, nanti apabila blog kita dah sedia dan cukup matang untuk mula menawarkan servis review dan advertorial, tak ada lah waktu itu baru pening kepala macam mana nak karang ayat dan nak hubungi bakal pelanggan yang mungkin sesuai untuk jalinkan usahasama.
 
Semoga beberapa tips yang saya kongsikan disini dapat membantu anda dalam menghasilkan blog dalam niche travel anda. Selamat mencuba dan semoga anda juga berjaya.
 
 
The post 10 Tips sebelum anda memulakan blog dalam niche Travel dan Percutian appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/tips-menghasilkan-blog-dalam-niche-travel/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Travel Fresh Tips For Keeping Your Teeth Healthy While On Vacation

3 Travel Fresh Tips For Keeping Your Teeth Healthy While On Vacation

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 293 hits
It s exciting to get a break from work travel to your favorite spot and enjoy the vacation to the fullest but during all the excitement one should not forget how important it is to take care of his body and especially his oral hygiene A lot...
Tips Penting Sebelum Membeli Baju Pengantin

Tips Penting Sebelum Membeli Baju Pengantin

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 525 hits
Bagi pengantin wanita baju pengantin sememangnya adalah busana yg sngt penting bagi mereka Ini kerana busana pengantin wanita lebih sukar untuk di buat pilihan berbanding pengantin lelaki Tidak hanya itu busana pengantin wanita juga boleh d...
Tips Sebelum Ke Matta Fair 2019

Tips Sebelum Ke Matta Fair 2019

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 373 hits
Yeay Cuti dah approved Sekarang ni aku tengah menghitung hari dan get ready for my next trip Nak tahu ke mana destinasi pembuka tirai untuk tahun 2019 Stay tuned Nanti aku akan share di instagram dan facebook Jangan lupa follow dan penalenc...
15 Tips Seo On Page Blog Terbaru 2019

15 Tips Seo On Page Blog Terbaru 2019

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 415 hits
Cara pengoptimalan mesin pencari atau Seach Engine Optimization blog dari waktu ke waktu hakikatnya sama yaitu fokus ke konten atau postingan dengan elemen utama kata kunci dan tautan Pembaruan algoritma Google hanya mengubah kriterianya sa...
5 Niche Blog Yang Bagus Kalau Nak Buat Duit Pada Tahun 2019

5 Niche Blog Yang Bagus Kalau Nak Buat Duit Pada Tahun 2019

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 416 hits
Ada tak pelawat blog ni yang nak buat side income tapi tak minat nak jual jual barang Kalau ada maknanya kita ni boleh jadi geng Saya pun tak berapa minat nak jual jual barang Tak kiralah sama ada barang yang memang ada dalam tangan iaitu k...
Tolong Berhenti Sebar Fitnah Sebelum Ada Pihak Ambil Tindakan

Tolong Berhenti Sebar Fitnah Sebelum Ada Pihak Ambil Tindakan

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 422 hits
Semalam timbul kekecohan di media sosial apabila seorang wanita memuat naik status di Facebook mendakwa ternampak Aliff Aziz dan Oktovia Manrose berpegangan tangan di sebuah pasaraya Menerusi Insta Story hari ini Aliff dalam satu kenyataann...
Lirik Lagu Souljah Pantang Pulang Sebelum Sayang

Lirik Lagu Souljah Pantang Pulang Sebelum Sayang

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 270 hits
Lirik Lagu Souljah Pantang Pulang Sebelum Sayang Lengkap terbaru Kamu diam aku sudah terbiasa Kau hindari ku jadi percaya diri Kamu malu akupun semakin maju Kamu ragu sekarang rindu Kita dekat aku pun mulai merapat Kita dekat ku pegang kau ...
Keuntungan Sebelum Zakat Dan Cukai Bimb Holdings Berhad Melepasi Rm1 0 Bilion Untuk Tahun Kewangan 2018

Keuntungan Sebelum Zakat Dan Cukai Bimb Holdings Berhad Melepasi Rm1 0 Bilion Untuk Tahun Kewangan 2018

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 401 hits
MALAYSIAKINI Pendapatan BIMB Holdings Berhad mencecah paras tertinggi baharu dengan Keuntungan Sebelum Zakat dan Percukaian pada RM1 07 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 Ketua Pegawai Eksekutif BHB Mohd Muazzam Mohamed be...
The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

Woiii Isle Tak Mau Konsert Ni

Gleneagles Follow Up

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment

Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun


echo '';
Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria


Lanbena Eye Mask Membantu Hilangkan Gelap Bawah Mata

Jjcm Kuala Kangsar Yang Singkat Tapi Menyeronokkan

Peperanan Perpustakaan Pusat Sumber Sekolah Dalam Membina Bangsa Berkualiti

Nahas Pesawat Korea Selatan Semua Maut Kecuali Dua Mangsa

Revolutionizing Mobile Connectivity With Affordable Mobile Prepaid Plans

Richeese Cafe Di Klia 2