10 Tips Menulis Artikel Blog Yang Bermutu
Bukan mudah untuk menulis artikel blog yang bermutu dan memenuhi keperluan carian seorang pembaca.
Mudah untuk pembaca atau pengunjung mencari maklumat di carian google, tetapi untuk memastikan pembaca setia bersama blog anda adalah perkara yang lebih sukar dari menulis sebuah artikel blog yang berinformasi. Ia lebih kepada sebuah keperluan artikel itu menarik, berinformasi dan menyentuh hati pembaca itu sendiri
Guna pengalaman anda sebagai pencari maklumat satu waktu dahulu yang menggunakan carian google
Apa yang anda cari dan apa yang anda perlukan dalam sebuah artikel ketika anda terdesak mencari maklumat yang boleh membantu anda
1. Tulis artikel bermutu dengan meletakkan anda sebagai pencari maklumat, tentu anda tahu apa yang anda cari. Jadi tulis apa yang anda mahukan dan ingin cari satu waktu dulu. Kongsikan. Jangan tinggal walau sebesar zarah maklumat penting itu
2. Sentuh hati pembaca anda dengan pengalaman anda selain informasi yang anda dapat sama ada di internet atau orang terdekat anda.
3. Tulis kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Pendapat peribadi anda, mungkin pendapat orang lain juga yang mungkin berbeza dengan anda
4. Tanya pembaca anda apa lagi yang mereka mahukan anda tulis dan kongsikan
5. Rain MEMBACA, MEMBACA, MEMBACA. Ilmu kita hanya bertambah dengan membaca
6. Jangan pernah penat untuk menulis dan berkongsi info-info yang bermanfaat. Jangan kedekut berkongsi ilmu dan pengalaman
7. Jangan menulis dengan bahasa pasar, bahasa yang menyakiti orang lain atau menyindir orang lain. Jangan memuji diri sendiri
8. Letakkan gambar menarik dan bermutu dalam setiap artikel. Pastikan gambar tidak berat. Kerana gambar yang berat akan memberatkan loading sesuatu artikel atau blog. Tentu anda pernah mempunyai pengalaman membaca blog yang loadingnya berat dan lambat serta anda tidak sabar menunggu
9. Kurangkan penggunaan gambar. Lebih banyak gambar, lebih perlahan loading artikel atau blog itu. Cuba cantumkan gambar dan jadikan lebih menarik. Tetapi bagi artikel yang memberi ilmu dan penuh dengan ilmu dan kemahuan pembaca untuk gambar yang lebih detail , anda memerlukan banyak gambar. Kecilkan size gambar didalam blog tapi pastikan jika pembaca klik pada gambar tersebut, size gambar itu dapat diperbesarkan
10. Sertakan link-link menarik atau buat backlink jika anda mempunyai blog lain yang kena mengena dengan artikel anda. Untuk sokongan pembaca jika mahukan bahan bacaan dari blog lain yang boleh menjadi sumber rujukan
Dengan practices make perfect, insyaallah anda akan semakin berbakat dalam penulisan blog. Malah anda pasti akan mampu menulis berpuluh-puluh artikel dalam satu hari sesuai dengan pengalaman dan minat anda
Terima kasih
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://qk79.blogspot.com/2015/10/tips-menulis-artikel-blog-yang-bermutu.html