10 Things To Do In Krabi Aktiviti Wajib Buat Di Krabi Thailand


10+ Things To Do In Krabi (2024): Aktiviti Wajib Buat Bila Bercuti Di Krabi, Thailand!
Sekarang ni ramai yang suka pergi Thailand kan. Jadi, sekiranya anda juga bercadang untuk bercuti ke Thailand, jangan lupa pertimbangkan untuk berkunjung ke Krabi. 
Krabi adalah sebuah destinasi pelancongan yang terletak di selatan Thailand. Ia terkenal dengan keindahan alam semula jadinya seperti pantai dan pulau-pulau tropika.
Ia sering menjadi pilihan utama bagi pelancong yang ingin menikmati suasana tropika yang santai sambil meneroka keindahan alam dan budaya tempatan. 
Bagi pelancong yang mencari pengalaman unik, terdapat pelbagai things to do in Krabi yang menanti untuk diterokai.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan aktiviti-aktiviti menarik yang wajib anda cuba apabila berada di Krabi. Jom baca!
BACA JUGA: 10 Makanan Thailand Yang Sedap dan Wajib Dicuba
Things To Do In Krabi – Aktiviti Menarik Untuk Dilakukan Seisi Keluarga 1. Melawat Pantai Railay Terkenal dengan keindahannya, tidak hairanlah Pantai Railay ini menjadi  salah satu destinasi paling terkenal di Krabi. 
Sumber: Google Pantai ini hanya boleh diakses melalui bot kerana dikelilingi oleh tebing-tebing batu kapur yang tinggi, menjadikan ia sangat menarik. Pantai ini juga terkenal dengan airnya yang jernih serta pasirnya yang putih. 
Bagi sesiapa yang gemar aktiviti seperti rock climbing, kayaking, snorkeling dan seumpamanya, anda boleh melakukannya di sini.
Tebing tinggi di sekitar pantai ini menjadi destinasi popular bagi pendaki dari seluruh dunia, baik pemula mahupun pendaki profesional. 
Sumber: Tourism Authority of Thailand Selain daripada itu, anda juga boleh menikmati  keindahan matahari terbenam yang menakjubkan di bahagian barat pantai ini. Pada waktu malam, anda boleh bersantai di restoran tepi pantai sambil menikmati hidangan laut segar dan angin sepoi-sepoi.
Antara aktiviti menarik di Pantai Railay ialah:
Bersantai di tepi pantai yang bersih dan indah. Memanjat tebing batu kapur untuk menikmati pemandangan dari atas. Snorkeling di perairan cetek yang jernih. Menyaksikan matahari terbenam yang menakjubkan. Menyewa kayak untuk meneroka kawasan perairan sekitarnya. 2. Sertai Lawatan Bot ke Empat Pulau (Four Islands Tour) Seterusnya, aktiviti menarik boleh dilakukan di Krabi ialah lawatan ke empat pulau ikonik di Krabi dengan menaiki bot. Empat pulau tersebut ialah Ko Poda, Ko Gai, Tup Island, dan Phra Nang Cave Beach. 
Ko Poda
Sumber: Tourism Authority of Thailand Ko Poda: Pulau yang terkenal dengan pantainya yang panjang dan berpasir putih. Terletak hanya  beberapa minit perjalanan dengan bot dari pantai Ao Nang dan Railay. Jangan lupa ambil gambar banyak-banyak di pulau ini. Memang cantik sangat! Ko Gai
Sumber: Google Ko Gai: Juga dikenali sebagai Chicken Island kerana terdapat formasi batu kapur yang menyerupai kepala ayam di pulau ini, dan sering menjadi spot fotografi popular bagi pelancong. Antara tarikan uniknya ialah sandbank yang muncul pada waktu air surut, membolehkan pengunjung berjalan dari pulau ini ke Pulau Tup  tanpa perlu berenang. Pulau Tup
Sumber: GetYourGuide Pulau Tup: Pulau ini terkenal dengan sandbank yang menghubungkan beberapa pulau kecil lain, yang boleh dilalui semasa air surut. Ia juga dikelilingi oleh pantai berpasir putih yang halus, menjadikannya destinasi yang ideal untuk bersantai, berjemur, dan menikmati keindahan alam sekeliling. Pantai Phra Nang Cave
Sumber: Tourism Authority of Thailand Pantai Phra Nang Cave: Pantai ini bukan sahaja cantik, tetapi juga terkenal dengan gua Phra Nang yang mempunyai sejarah dan kisah legenda tempatan. Gua ini juga dianggap sebagai tempat suci oleh penduduk tempatan dan didedikasikan kepada seorang puteri laut mitos.  Tempah pakej melawat 4 pulau di Krabi melalui KLOOK untuk harga yang istimewa: Taip 4 Islands Day Tour from Krabi, kemudian klik Search.
Klook.com 3. Mandi di Emerald Pool (Sa Morakot) Jangan lepaskan peluang untuk mandi di Emerald Pool atau juga dikenali sebagai Sa Morakot jika anda bercuti di Krabi, Thailand. Suasana di Emerald Pool ini memang sangat menenangkan dan dekat dengan alam. 
Sumber: Tourism Authority Of Thailand Sumber: Tourism Authority Of Thailand Kolam ini terkenal dengan airnya yang jernih dan berwarna hijau zamrud, hasil daripada mineral semula jadi dan pencahayaan matahari. Sebab itulah namanya Emerald Pool. 
Terletak dalam Taman Hutan Semula Jadi Khao Phra Bang Khram, kolam ini ikelilingi oleh hutan tropika yang subur. Pelancong boleh berjalan kaki di trek hutan yang membawa mereka ke kolam ini sambil menikmati flora dan fauna yang indah sepanjang perjalanan. 
Tips Melawat Emerald Pool:
Datang awal pagi untuk mengelakkan kesesakan. Jangan lupa membawa pakaian renang kerana anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk berenang di kolam ini! 4. Berendam di Hot Springs Krabi Tidak jauh dari Emerald Pool, terdapat sumber air panas semula jadi yang terkenal di Krabi. Hot Springs Krabi merupakan satu lagi destinasi tarikan semula jadi yang sesuai untuk mereka yang ingin merasai pengalaman mandi dalam air panas semula jadi yang dikatakan mempunyai khasiat untuk kesihatan.
Sumber: Google Review Sumber air panas ini terletak di kawasan hutan yang indah, di mana anda boleh berendam di dalam kolam air panas semula jadi sambil dikelilingi oleh alam semula jadi. Suhu airnya berada di sekitar 35-40°C, menjadikannya pengalaman yang menyegarkan dan menenangkan.
5. Terokai Pulau Phi Phi Pulau Phi Phi memang sangat terkenal di seluruh dunia sebagai salah satu lokasi paling indah di Thailand. 
Lawatan ke pulau ini dari Krabi membolehkan anda menikmati keindahan pantai, air laut yang jernih dan biru kehijauan serta pemandangan batu kapur yang menakjubkan. 
Sumber: Google Review Sumber: Google Review Sumber: Google Review Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Phi Phi ini ialah:
Snorkeling dan menyelam di perairan yang penuh dengan terumbu karang. Berjalan di sekitar pantai-pantai yang cantik seperti Loh Dalum Bay dan Long Beach. Menyaksikan matahari terbenam dari Phi Phi Viewpoint. Anda boleh tempah pakej melawat ke Pulau Phi Phi bersama KLOOK dengan menaip Phi Phi, Maya Area, Khai & Bamboo Island Day Tour By Yacht Master di kotak carian di bawah, kemudian klik Search. 
6. Mendaki Wat Tham Suea (Tiger Cave Temple) Bagi mereka yang sukakan cabaran, mendaki lebih 1,200 anak tangga ke puncak Tiger Cave Temple adalah satu aktiviti yang tidak boleh dilepaskan di Krabi, Thailand.
Wat Tham Suea atau Kuil Gua Harimau ini bukan sahaja terkenal kerana cabaran fizikalnya, tetapi juga kerana pemandangan menakjubkan yang menanti anda di puncak.
Sumber: krabitourism.com Di puncak tangga terdapat patung Buddha besar yang berwarna emas, serta stupa yang megah. Ini adalah salah satu tarikan utama bagi pelawat yang datang ke sini.
Selain itu, anda juga akan disambut dengan pemandangan 360 darjah Krabi, termasuk hutan hijau dan formasi batu kapur yang megah. 
Tips untuk Mendaki Tiger Cave Temple:
Bawa air yang mencukupi. Pilih waktu pagi atau  petang untuk mendaki bagi mengelakkan cuaca panas terik. Pakai pakaian yang selesa. 7. Pasar Malam Krabi  Bagi anda yang ingin merasai suasana kehidupan seperti orang tempatan, anda wajib berkunjung ke pasar malam Krabi.
Biasanya, pasar malam akan diadakan pada setiap hujung minggu di bandar Krabi. Inilah masa anda untuk menikmati pelbagai jenis makanan tempatan Thailand dan membeli cenderamata untuk kenang-kenangan.
Sumber: Tripadvisor Antara makanan yang popular di pasar malam Krabi termasuk tomyam, som tam, pad thai, mango sticky rice, dan pelbagai jenis makanan laut bakar. 
Semuanya sedap-sedap!! Murah pulak tu. Yang penting, pastikan pilih yang halal ya. 
8. Berkayak di Ao Thalane Bagi pencinta alam semula jadi, berkayak di Ao Thalane adalah salah satu cara terbaik untuk menikmati keindahan hutan bakau di Krabi. 
Ao Thalane terkenal dengan laluan airnya yang dikelilingi oleh hutan bakau, tebing batu kapur, dan gua-gua kecil.
Sumber: Klook Jadi, semasa berkayak, anda akan berpeluang untuk melihat pemandangan alam dan pelbagai jenis hidupan liar seperti burung, ikan, dan monyet yang hidup di kawasan hutan bakau ini. 
Tempah pakej berkayak di Ao Thalene melalui KLOOK di sini: Taip Kayaking Experience at Ao Thalane Krabi, kemudian klik Search.
Klook.com 9. Memanjat Tebing di Pantai Ton Sai Pantai Ton Sai terletak berdekatan sahaja dengan Pantai Railay. 
Ia terkenal dalam kalangan peminat memanjat tebing dari seluruh dunia kerana pantai ini dikelilingi dengan tebing batu kapur yang menakjubkan. 
Sumber: istock Selain aktiviti memanjat tebing, pantai ini juga menawarkan suasana yang tenang, sesuai untuk bersantai, berkelah dan menikmati suasana pantai. 
10. Lawatan Kampung Tradisional di Krabi Untuk merasai kehidupan tradisional masyarakat tempatan dengan lebih dekat, anda boleh melawat ke kampung-kampung di sekitar Krabi.
Di kampung-kampung ini, anda boleh belajar tentang cara hidup penduduk tempatan, mencuba makanan tradisional,  melihat kraftangan yang dihasilkan oleh penduduk setempat dan melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama. 
Sumber: www.thailand.go.th Salah satu kampung yang popular untuk dilawati ialah Ban Ko Klang, sebuah pulau kecil yang dihuni oleh komuniti Melayu Islam. 
Di sini, anda boleh menikmati suasana kampung yang damai, mencuba makanan tempatan yang halal dan belajar tentang sejarah dan budaya masyarakat setempat.
Koh Panyi
Sumber: Google Selain itu, anda juga boleh berkunjung ke Koh Panyi, salah satu Kampung Terapung Muslim yang ada di Krabi.
Pengalaman ini akan menjadikan percutian and sangat berharga. 
Tempah Hotel di Krabi Bersama KLOOK Untuk menikmati percutian yang sempurna di Krabi, penginapan yang selesa dan sesuai amat penting.
Dengan KLOOK, anda boleh menempah hotel di Krabi dengan mudah dan pantas, menjimatkan masa dan memberi anda lebih banyak pilihan penginapan.
Caranya mudah sahaja, taip KRABI di kotak carian di bawah dan klik Search.
Klook.com Tips untuk Menikmati Percutian di Krabi Rancang Jadual Perjalanan Awal: Dengan pelbagai tempat menarik di Krabi seperti Pantai Railay, Pulau Phi Phi, dan Hutan Taman Negara Khao Phanom Bencha, pastikan anda merancang jadual perjalanan lebih awal agar tidak terlepas destinasi wajib. Tempah Aktiviti di KLOOK: Selain hotel, anda juga boleh menempah pelbagai aktiviti menarik seperti lawatan pulau, perjalanan menaiki bot, dan snorkeling melalui KLOOK. Pilih Penginapan Berdekatan Pantai: Untuk pengalaman yang lebih menyeronokkan, pilih penginapan yang terletak berdekatan dengan pantai seperti Ao Nang atau Railay. Ini membolehkan anda menikmati suasana pantai sepanjang hari. Kesimpulan Krabi adalah destinasi pelancongan yang menawarkan pelbagai pengalaman untuk pelancong daripada pelbagai latar belakang. 
Pastikan anda merancang perjalanan dengan baik untuk menikmati percutian di Krabi dengan maksima. 
Dengan pelbagai aktiviti menarik dan pemandangan yang menakjubkan, Krabi pasti akan meninggalkan kenangan manis buat setiap pengunjungnya. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/10-things-to-do-in-krabi/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=10-things-to-do-in-krabi

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orang Kelantan Serbu Thailand Lagi

Orang Kelantan Serbu Thailand Lagi

papar berkaitan - pada 28/9/2024 - jumlah : 88 hits
NUR HIDAYAH MOHD BOZIDTangkap layar orang ramai mmbanjiri pintu masuk sempadan Thailand PETALING JAYA Kompleks Imigresen Kastam Kuarantin Keselamatan Rantau Panjang dibanjiri ratusan rakyat Kelantan yang mengambil peluang cuti panjang sempe...
Mengopi Di Cafe Amazon Hat Yai District Songkhla Thailand

Mengopi Di Cafe Amazon Hat Yai District Songkhla Thailand

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 133 hits
Cafe Amazon Hat Yai District SongkhlaCafe Amazon Hat Yai District SongkhlaMasa aku jalan jalan di Hatyai on the way nak balik Malaysia sebelum sampai border Bukit Kayu Hitam tersinggah la kat Cafe Amazon ni tak plan nak mengopi tapi dah ala...
Letupan Bom Di Tak Bai Polis Thailand Kenal Pasti Suspek

Letupan Bom Di Tak Bai Polis Thailand Kenal Pasti Suspek

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 126 hits
BERNAMANarathiwat Polis Thailand mengenal pasti suspek yang terbabit dalam insiden letupan bom kereta berhampiran kediaman rasmi Ketua Daerah Tak Bai di Narathiwat selatan Thailand pada Ahad Komander Polis Wilayah 9 Leftenan Jeneral Polis P...
Semakin Diminati 7 Alasan Kenapa Kamu Wajib Punya Sweater Korea

Semakin Diminati 7 Alasan Kenapa Kamu Wajib Punya Sweater Korea

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 122 hits
Sweater Korea lagi hits banget terutama di kalangan remaja Gaya dan desainnya yang unik bikin banyak orang makin naksir baik yang suka tren fashion Korea maupun yang cari kenyamanan buat outfit sehari hari Popularitas sweater Korea makin te...
Jururawat Thailand Dicekup Di Pintu Rahsia

Jururawat Thailand Dicekup Di Pintu Rahsia

papar berkaitan - pada 28/9/2024 - jumlah : 78 hits
MOHD AZLI ADLANSebahagian 17 pelayan wanita warga Thailand yang ditahan JIM dalam serbuan di sebuah pusat hiburan haram di Kuala Terengganu semalam KUALA TERENGGANU Keasyikan 17 pelayan wanita warga Thailand melayan pelanggan dengan berpaka...
Makan Sedap Di Betong Thailand Tuan Kitchen

Makan Sedap Di Betong Thailand Tuan Kitchen

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 202 hits
Sebaik turun daripada destinasi kami seterusnya adalah untuk mencari makanan kerana perut sudah berkeroncong Kami menggunakan bantuan google untuk mencari kedai makan best di Betong dan hasil carian membawa kami ke Tuan Kitchen Tak fikir la...
Punca Rakyat Malaysia Serbu Selatan Thailand Musim Cuti

Punca Rakyat Malaysia Serbu Selatan Thailand Musim Cuti

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 104 hits
bharian com myOleh Suasana kesesakan di Kompleks Imigresen Kastam Kuarantin dan Keselamatan Bukit Kayu Hitam Kedah semalam yang menyaksikan ribuan pelancong Malaysia memasuki Thailand sejak Khamis sempena cuti sekolah dan Hari Malaysia Foto...
Anak Pemimpin Gisbh Antara 5 Ditahan Ketika Cuba Ke Thailand

Anak Pemimpin Gisbh Antara 5 Ditahan Ketika Cuba Ke Thailand

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 95 hits
Nurul Hidayah Bahaudinnurul hidayah hmetro com myKuala Lumpur Anak pemimpin GISB Holdings Sdn Bhd antara lima individu yang ditahan dalam Op Global di sempadan Bukit Kayu Hitam Kubang Pasu Kedah hari ini Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin...
Lima Ahli Gisbh Cuba Lolos Ke Thailand Naik Motorhome

Lima Ahli Gisbh Cuba Lolos Ke Thailand Naik Motorhome

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 92 hits
AZMI NORDINAntara kenderaan yang dirampas selepas menahan empat lelaki disyaki ahli GISB Holdings Sdn Bhd di sempadan Bukit Kayu Hitam Kubang Pasu Kedah hari ini KUALA LUMPUR Polis menahan lima lelaki termasuk merampas kenderaan yang mempun...
Seorang Warga Asing Suspek Utama Kes Bunuh Pekerja Ladang Sawit Di Mukah Ditahan

Slot 4 December 2567 Bestbet 200 Slot Top 2 By Olivia Bestbet69 Com

Do You Know About Mah Meri Wood Carving

A Guide To Cosmetic Surgery Practice Valuation What You Need To Know

Slot Betwayvietnam Com 23 Feb 25 Betway Casino Betway Top 50 By Kathlene

Do You Know About Penang S Baobab Tree

Program Gema Syukur 2025 31 Disember 2024 Hingga 1 Januari 2025

Project Overhaul Perdana V6 6a12 Overhaul 2


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam


Pelancaran Huawei Mate X6 Sebagai Penutup 2024 Untuk Pasaran Malaysia

Selamat Hari Lahir Adik Makbudak

Korean Drama Family By Choice

Agc Must Seriously Pursue Appeal Of Rosmah S Acquittal

Police Record Papagomo S Statement Over Defamatory Remarks Against Igp Police

Remove Pm S Power To Appoint Judges Expert Says