10 Terapi Santai Untuk Bayi




Assalamualaikum wbt.
Sebagai ibu bapa yang baru pertama kali menimang cahayamata, sudah semestinya kita amat teruja dan seronok untuk bermain dengan anak yang tersayang. Pelbagai aktiviti yang boleh kita buat untuk membuatkan anak kita sentiasa ceria bersama sepanjang hari.. 
Saya ingin berkongsi terapi yang begitu santai untuk anak kita.. Jom kita baca.. (*kredit info ini untuk Norhasliza Yusoff)
Berkomunikasi - walaupun bayi kita masih belum boleh bercakap lagi, ini tak bermakna kira tak boleh berkomunikasi dengannya. Bercakaplah dengan si manja walaupun dia masih kecil malah kita boleh selitkan dengan gelak ketawa kita. Jadikan suasana ketika tue dengan suasana yang ceria, pasti anak kita akan berasa selesa dan seronok melihat mulut kita tak henti bercakap sambil bergelak ketawa bersama-sama

Gelikan bayi - Tahukah awak yang bayi sebenarnya amat suka apabila badannya disentuh atau dibelai..? Kita boleh gelikan badan si manja dengan menggeletek pada anggota badannya. Sentuhan daripada tangan si ibu dan si bapa akan membuatkan si manja gembira

Ucapan 'sayang' - Ucapkanlah dengan ucapan 'sayang' pada bayi pada setiap hari. Ianya umpama seperti terapi minda buat si kecil. Lakukan setiap hari, dari si manja bangun dari tidur sehinggalah dia lelapkan mata. Dengan cara sebegini, si manja pasti tak sabar menanti waktu ini untuk kita melakukan perkara yang sama kepadanya

Sentuhan - Sentuhan adalah magis yang amat tinggi untuk si manja. Sentuhan tangan dari ibu dan bapa terhadap wajah si manja yang comel dan kulitnya yang gebu akan membuatkan dia menjadi selesa dan berasa selamat.  Jangan lupa jugak untuk menatap mata si kecil ini dan senyumlah padanya sambil memuji wajahnya yang comel dan matanya yang cantik. Awak juga boleh dekatkan wajah awak sehingga menyentuh tubuhnya

Aksi muka lucu - Bagi tempoh tiga bulan yang pertama, ibu adalah insan yang paling rapat dengan bayi. Tambahan pula, ibu menyusukan bayi secara eksklusif, jadi setiap masa bayi akan melihat wajah ibunya. Ketika inilah apa jua reaksi pada wajah ibunya pasti menarik perhatiannya. Waktu bersantai selepas menyusukan bayi, kita boleh buat pelbagai aksi wajah yang lucu untuk menarik perhatiannya seperti bulatkan mulut, buat mata sepet ataupun pegang pipi dan tarik pipi tue.. Mesti anak akan ketawa melihat aksi lucu yang kita buat

123 cium! - Memberi ciuman kepada bayi begitu menyeronokkan, nak-nak lagi bayi yang baru lahir montel..! Ciuman nie bukan sekadar kat pipi jea, tapi di seluruh badannya. Lagi seronok kita lakukan aktiviti nie selepas bayi kita mandi, mesti wangi kan.. Orang kata bauan bayi adalah bau dari syurga, Wallahualam.

Duduk bersama bayi - Aktiviti  yang senang dilakukan tapi ianya sungguh bermakna buat si manja. Senang saja, dudukkan bayi kita di atas ribaan, kemudian gerakkan badan awak ke kanan dan ke kiri sambil memanggil namanya. Sambil-sambil tue, awak boleh berzikir bersama-sama dengan si manja. Aktiviti ini selain daripada dia berasa selesa, malah ianya boleh membuatkan si manja tertidur kerana ianya begitu menenangkan. 
Ba ba cak! - Aktiviti santai yang disukai oleh si manja. Kedua belah tangan ibu menutupi muka, dan dibuka sambil menyebut perkataan 'ba ba cak!'.. Pasti si anak akan teruja dan ketawa bila ibu melakukan aksi itu. 
Permainan kain lembut - Bayi yang masih kecil memerlukan permainan jenis kain dan lembut, pilihan warna permainan yang terang dengan bunyian yang menarik pasti akan menjadi pilihan si manja. Dah tentu si manja asyik bermain dengan 'kawan barunya'! Permainan seperti bongkah yang berwarna boleh melatih pergerakan tangannya dan demi untuk keselamatan, tangan bayi perlu dibersihkan selepas bermain kerana selalunya si manja suka memasukkan tangan ke dalam mulut. 
Urutan lembut - Lakukan urutan bayi setiap hari. Walaupun hanya sekejap, urutan adalah terapi buat bayi kita. Masa yang paling sesuai untuk melakukan urutan bayi adalah selepas mandi

Semoga ianya memberi manfaat kepada ibu bapa baru... 
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.shikinrazali.com/2020/07/10-terapi-santai-untuk-bayi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Petua Memusingkan Bayi Songsang Dalam Kandungan

Petua Memusingkan Bayi Songsang Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 600 hits
Hmmm Jadi risau pula bila scan tadi doktor cakap dekat wife bayi songsang untuk anak yg ke 4 Kali kedua wife mengandung bayi songsang Kali pertama masa mengandung anak sulung dan terpaksa operate sebab air ketuban dah kurang xboleh nk buat ...
Remaja Campak Bayi Dari Tingkat 13 Dituduh Bunuh Bernama

Remaja Campak Bayi Dari Tingkat 13 Dituduh Bunuh Bernama

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 346 hits
GEORGE TOWN 16 Julai Seorang pelajar kolej hari ini dituduh membunuh bayi perempuan yang baru dilahirkan Jumaat lalu di rumah keluarganya di Air Itam di sini Pertuduhan terhadap M Santhiea 18 dilakukan di Wad Bersalin Hospital Pulau Pinang ...
Bayi Cukup Susu Tona Kulit Cantik Kemerahan Segar Sihat Pejal Ini Tanda Lain Yang Anda Perlu Tahu

Bayi Cukup Susu Tona Kulit Cantik Kemerahan Segar Sihat Pejal Ini Tanda Lain Yang Anda Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 312 hits
Setiap bayi yang masih menyusu memerlukan amaun susu yang secukupnya bagi menjamin tumbesaran dan perkembangan mereka Oleh itu sudah menjadi tugas ibu bapa untuk memastikan perkara ini terjamin Ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk me...
Beli Barang Bayi Dengan Harga Murah Dapat Pula Hadiah Memang Berbaloi

Beli Barang Bayi Dengan Harga Murah Dapat Pula Hadiah Memang Berbaloi

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 446 hits
Memandangkan keadaan ekonomi yang tidak menentu selepas negara menghadapi pandemik Covid 19 ini maka ibu bapa haruslah bijak dalam berbelanja Bila berlakunya keadaan begini apa yang paling merisaukan ialah menyediakan keperluan ahli keluarg...
Ibu Ini Kongsi Resipi Mudah Buat Stok Bahan Masakan Bayi Nak Masak Terus Boleh Guna Senang

Ibu Ini Kongsi Resipi Mudah Buat Stok Bahan Masakan Bayi Nak Masak Terus Boleh Guna Senang

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 384 hits
Makanan yang diberikan kepada bayi tidak sama dengan makanan orang dewasa Malah makanan bayi yang berumur kurang daripada setahun juga tidak boleh diletakkan gula ataupun garam Bahan kandungan makanan bayi perlulah semulajadi dan bahan peri...
Tabiat Bagi Gajet Sejak Bayi Boleh Matikan Connection Otak Kesianlah Anak

Tabiat Bagi Gajet Sejak Bayi Boleh Matikan Connection Otak Kesianlah Anak

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 307 hits
Ketika bayi berumur 8 bulan otak mereka punyai 1 000 trillion connections 500 trillion akan mati ketika usia mencapai 10 tahun Yang berbaki pun akan hilang sedikit demi sedikit dari bayi sampai kanak kanak Seterusnya alam dewasa Kecuali mer...
Bayi Kurang Bergerak Jangan Tunggu Esok Lusa Jumpa Doktor Lagi Lambat Lagi Bahaya

Bayi Kurang Bergerak Jangan Tunggu Esok Lusa Jumpa Doktor Lagi Lambat Lagi Bahaya

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 306 hits
Merasa pergerakan bayi dalam kandungan untuk kali yang pertama adalah detik yang sangat mengujakan dan memang sangat istimewa buat ibu Macam mana pergerakan bayi yang dikatakan normal Kebanyakan wanita hamil akan pertama kali merasakan perg...
Mengungkap Bahaya Madu Untuk Bayi Di Bawah 1 Tahun Nggak Main Main Lo Risikonya

Mengungkap Bahaya Madu Untuk Bayi Di Bawah 1 Tahun Nggak Main Main Lo Risikonya

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 343 hits
Mungkin kamu sempat dengar kabar salah seorang seleb kasih madu ke anaknya yang masih 4 bulan Hati hati jangan asal ikut ikutan
Umumkan Jenis Kelamin Bayi Yang Tengah Dikandung Ammar Zoni Irish Bella Lakukan Gender Reveal Seru

Umumkan Jenis Kelamin Bayi Yang Tengah Dikandung Ammar Zoni Irish Bella Lakukan Gender Reveal Seru

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 194 hits
Sempat keguguran bayi kembar berjenis kelamin perempuan pasangan ini kembali dipercayakan untuk memiliki momongan Sehat selalu Irish
The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025