10 Tempat Makan Menarik Di Kuala Terengganu Jadikan Percutian Lebih Bermakna


10 TEMPAT MAKAN MENARIK DI SEKITAR KUALA TERENGGANU PERCUTIAN LEBIH BERMAKNA DAN WAJIB CUBA

Bila sebut mengenai bercuti atau berjalan ke suatu tempat menarik pastinya kita inginkan tempat tinggal yang selesa, makanan yang sedap dan permandangan yang cantik. Jadi saya ingin membantu agar percutian anda sekiranya ke Kuala Terengganu dengan mencuba 10 Tempat Makan Menarik Di Kuala Terengganu dan boleh dikategorikan sebagai tempat wajib cuba. Kalau tidak jumpa tempat tinggal yang selesa dan permandangan yang indah jangan tinggalkan makanan yang sedap untuk dicuba.

10 Tempat Makan Menarik Di Kuala Terengganu Wajib CUBA !!!

Semestinya apa yang akan saya kongsikan ini merupakan tempat wajib sekiranya ke Kuala Terengganu dan boleh dikatakan setahun dalam 3-4 kali ke sini. Wajib tau... mana tidaknya disinilah kampung isteri saya. Mestilah jadi destinasi wajib Pantai Timur.

Setiap kali balik mesti cari tempat makan terbaik sekitar Kuala Terengganu. Kalau bukan kami sekeluarga adakalanya dengan biras saya. Geng Jalan-Jalan Cari Makan Kuala Terengganu. Sudah pastilah saya sudah arif dengan tempat-tempat makan menarik terbaik dan sedap wajib cuba di Kuala Terengganu.

10 tempat makan sedap dan menarik ini telah dicuba sebelum saya menulis artikel ini. Sudah pasti kedai makan, warung, mahupun gerai yang saya singgah ini boleh dikategorikan selesa, bersih dan sesuai untuk yang bekeluarga. Saya sendiri pun akan elakkan tempat makan yang kurang selesa. Itu semestinya.

Mungkin ada yang tidak sempat saya letakkan gambar memandang hari saya menaip artikel ini adalah hari saya akan ke Putrajaya dan Kuala Terengganu tapi demi kebaikan pembaca blog arzmoha.com saya akan cuba untuk 'update' secepat mungkin.

Supaya korang percaya dengan artikel ini dan kongsikan di group whatsapp tempat kerja keluarga agar semua orang tahu dan tak perlu tercari-cari tempat makan atau warung sedap di sekitar Kuala Terengganu.

Tambahan pula cuti sekolah, jalan pasti sesak, perancangan perlu rapi dengan adanya artikel ini lebih mudah untuk merancang perjalanan. Mana nak makan waktu pagi makan nak makan waktu petang dan malam.

Baik jom kita lihat 10 Tempat Makan Menarik Di Kuala Terengganu. Janji kongsi dengan kawan-kawan dan keluarga ok.


10 Tempat Makan Menarik Di Kuala Terengganu
Susunan 10 tempat makan menarik dan terbaik di Kuala Terengganu ini tidaklah mengikut ranking. Tempat makan ini boleh dikatakan menjadi pilihan penduduk tempatan. Mereka sendiri pun akan ke sini untuk menikmati makanan/hidangan yang disediakan. Rugilah jika sudah bercuti ke Kuala Terengganu tetapi tidak merasai makanan sedap yang ada di sini. Gunakan google maps untuk memudahkan anda sampai ke 10 tempat makan ini.

Nasi Dagang Atas TolNasi Dagang Atas Tol memang tidak syak lagi dari segi rasa. Servis juga baik dan menjadi pilihan penduduk tempatan serta luar. Rugi sekiranya tidak mengambil peluang untuk merasainya. Kini terdapat 4 cawangan yang dibuka seawal 6.30 pagi. Secara jujurnya datanglah awal dan sekiranya anda sampai pada jam 8.30 pagi boleh jadi pulang dengan tangan kosong. 
Memang tidak dinafikan Nasi Dagang Atas Tol mempunyai rasa yang sedap. Sampaikan orang luar pun boleh cakap " Sedap nanti nak kena cuba lagi". Keempat- empat cawangannya secara peribadi saya lebih suka ke Cawangan 2 di Padang Negara.

Waktu Operasi 6.30 pagi- 9pagi
Tutup Hari Selasa
Warung Pok Nong - Sotong Celup TelupWarung Pok Nong ini yang terletak di Kampung Teliput Kuala Terengganu juga antara tempat makan yang tidak sepi dari pengunjung. Setakat ini cuma 2 kali saya ke sini itupun secara tidak dirancang

Sotong Celup Telup antara menu "killer" disini yang membuatkan ramai pengunjung dan juga kerana sotong disini dijual seekor-seekor berlainanan dengan warung lain yang menjual sotong yang telah dipotong. Beza memang berbeza.

Bermula jam 3 petang anda sudah boleh mengambil nombor giliran agar lebih cepat dan tak perlu beratur panjang.

Jalan Pantai, A1693, T145, Kampung Teliput,
21030 Kuala Terengganu, Terengganu

Waktu Operasi 3pm-8pm
Tutup Selasa (google maps)

Nasi Air Batu 6 - Warung Pok Yah
Tempat makan kali ini mungkin lain dari yang lain. Isteri saya suka Nasi Air disini. Kalau tempat lain mungkin dipanggil moi sup, cuma berbeza nasi air tidaklah selembut moi. Terletak di deretan Gerai Makanan Batu 6 bersebelahan Pasar Batu 6

Mungkin anda rasa apalah sangat menu ini tapi cubalah dulu pasti ingin merasai lagi. Selain menu nasi air terdapat juga menu lain seperti Mee Sup, Nasi Berlauk, Nasi Ayam, Nasi Kukus dan lain-lain

Warung Pok YahKampung Batu Enam, 21200 Kuala Terengganu, Terengganu
Pok Din Nasi KerabuPok Din Nasi Kerabu memang antara senarai tempat makan wajib bila balik sebab ada hidangan kambing bakar yang sememangnya tak boleh dilupakan. Kalau dulu saya sendiri susah nak makan nasi kerabu tetapi lain jadinya bila dah mencuba disini. 
Selain nasi kerabu ada juga nasi lain seperti nasi minyak. Alang-alang dah sampai cubalah aroma dan rasa nasi kerabu itu sendiri. Bila lagi nak mencuba bila dah berada di negeri orang 
Baca lebih lanjut disini >>Warung Nasi Kerabu Pok Din Sarapan Pagi Best Di Kuala Terengganu<<
Waktu Operasi 6 pagi - 12.30 tgh

Nasi Kerabu Pok Din
Kampung Gong Datuk, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

AdilsRotiAdils Roti itulah nama diberi dimana terdapat pelbagai hidangan berasaskan roti. Antara menu yang disediakan adalah Kambing bakar, Ayam bakar, Goyang gedik, Kebab Syawarma, Roti Gulung,  Nasi dan Mee. 
Minuman yang disediakan juga tidak kurang hebatnya

AdilsRotiKios No3 Medan Selera MBKT Bawah Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Hiliran, Jalan, Kampung Losong Haji Su, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi 7.30 pagi - 12.30 tghTutup Hari Rabu
Antara Menu di AdilsRoti

Apit Buke PintuApit Buke Pintu terkenal dengan air buahnya yang sangat sedap dan kaw. Boleh diklasifikasikan sebagai air buah gelas besar, Memang puas jika dapat menikmati segelas air disini. Tetapi bukan hanya air Apit Buke Pintu juga mempunyai pelbagai makanan yang boleh dicuba antaranya char koey teow udang galah, char koey teow kambing dan macam-macam lagi. 

Apit Buke PintuT9, Kampung Padang Macang, 21070 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi8 pm - 2amTutup Hari Ahad

Akok Kampung Padang NenasUntuk hidangan kali ini tak perlu risau untuk beratur. Cuma berkemungkinan habis atau tutup sahaja. Akok Padang Nenas hanya boleh dibeli bungkus sahaja. Kesedapan akok ini membuatkan saya sendiri tak mampu tunggu lama sekiranya sudah pun menjejakkan kaki di Kuala Terengganu

Kadang beli untuk makan dirumah mahupun untuk makan dalam perjalanan pulang. Memang boleh diklasifikasikan sangat sedap berbanding akok lain kerana akok ini juga dipanggil akok telur

Baca lebih lanjut disini >> Akok Sedap Kuala Terengganu <<
sekiranya tidak silap ditutup pada hari ahad ( nanti saya update lain)

Warung Samsu - Maggi KuahWarung Samsu ini boleh dikatakan masih tidak ramai yang tahu disebabkan oleh warung yang kecil dan hanya menjadi tumpuan penduduk setempat. Walaupun nampak kecil tempahannya agak banyak. Ambil masa sedikit lama untuk menu untuk dihidangkan

Menu paling 'killer disini adalah maggi kuah yang mendapat tumpuan penduduk disini

Warung Samsu Kampung Banggol Tok Lib
Waktu Operasi (Malam) akan di 'update'
Ditutup - akan di 'update'

Nasi Dagang Batu BurokNasi Dagang Batu Burok yang terletak di Medan Selera telah pun dicuba oleh biras saya dan dikatakan agak sedap dan menjadi tumpuan orang ramai. Katanya lagi pernah jumpa Mustafa Kamal (pelakon) menikmati hidangan disini. Menarik. Insyaallah saya sendiri akan ke sini, walaubagaimanapun saya kongsikan dulu mudah-mudahan membantu anda semua

Nasi Dagang Medan Selera Batu Burok20400 Kuala Terengganu, Terengganu
Beriyani MumbaiBeriyani mumbai terletak di dalam Danga Cafe menjadi tarikan mata saya tetapi tidak sempat mencuba. Insyallah dalam minggu ini saya sendiri akan mencuba bagi memenuhi 10 makan menarik di kuala terengganu. Kedai yang agak selesa di tambah dengan adanya nasi berlauk lebih memenuhi selera seisi keluarga

Di dalam Danga CafeKampung Padang Nenas, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu
maklumat lanjut menyusul

BACA : TIPS SUPAYA SELAMAT DALAM PERJALANAN KETIKA MEMANDU

Setakat ini dahulu 10 tempat makan menarik di Kuala Terengganu. Insyaallah jika berkesempatan akan ada versi nombor 2. Semoga artikel ini dapat membantu dan memenuhi selera anda semua yang cuti-cuti ke Kuala Terengganu

Sekiranya ada lagi tempat makan menarik yang pernah anda cuba kongsikan di ruangan komen dibawah. Pastinya anda juga mempunyai tempat makan menarik yang tersendiri. 
Sekiranya anda adalah pengusaha makanan yang ingin di review oleh saya boleh hubungi saya dengan klik Hubungi arzmoha.com

Setakat ini dahulu, selamat bercuti pandu selamat jiwa cermat. Letih mengantuk berhenti dahulu. Kita semua pergi bercuti bukannya berlumba

Terima kasih. 10 Tempat Makan Menarik di Kuala Terengganu

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.arzmoha.com/2019/12/10-tempat-makan-menarik-di-kuala-terengganu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kena Selalu Makan Ubi Keledek Ungu Kalau Nak Jantung Sihat Dan Hidup Lebih Lama

Kena Selalu Makan Ubi Keledek Ungu Kalau Nak Jantung Sihat Dan Hidup Lebih Lama

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 475 hits
Pernah makan ubi keledek yang berwarna ungu seperti di atas Ubi keledek ungu atau selalu kita lihat dilabel sebagai Japanese Sweet Potato Katanya lebih sedap malah berkhasiat Satsuma imo atau Japanese sweet potato atau ubi keledek ungu bent...
Kemaman Jadikan Rumah Tumpangan Tempat Pembungkusan Dadah Lima Lelaki Ditahan Polis

Kemaman Jadikan Rumah Tumpangan Tempat Pembungkusan Dadah Lima Lelaki Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 381 hits
Polis menahan lima lelaki yang menjadikan rumah tumpangan sebagai tempat membungkus dan mengedar dadah dalam tiga serbuan di daerah Kemaman pada hari Sabtu dan awal pagi semalam Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata kesemua ...
Jalan Kaki Dari Segamat Ke Kuala Terengganu Untuk Jumpa Anak Mangsa Covid 19 Ditemui Meninggal Dunia Di Rompin

Jalan Kaki Dari Segamat Ke Kuala Terengganu Untuk Jumpa Anak Mangsa Covid 19 Ditemui Meninggal Dunia Di Rompin

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 816 hits
Pada 13 Mei yang lalu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengumumkan bahawa terdapat dua kematian direkodkan pada hari tersebut di mana kes kematian ke 110 agak misteri kerana ditemui meninggal dunia di Rompin Terkini covid19malaysi...
Lebih Banyak Kelonggaran Dijangka Diumum Minggu Pertama Jun

Lebih Banyak Kelonggaran Dijangka Diumum Minggu Pertama Jun

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 538 hits
PUTRAJAYA Sekatan ke atas aktiviti sosial serta sektor pendidikan yang bermula di bawah Perintah Kawalan Pergerakan dijangka dilonggarkan dalam masa terdekat sekiranya kes COVID 19 harian di negara ini kekal pada dua angka bernilai rendah a...
Bebola Kentang Inti Isi Ayam Lebih Sedap Daripada Menu Restoran Segera

Bebola Kentang Inti Isi Ayam Lebih Sedap Daripada Menu Restoran Segera

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 555 hits
Kalau boleh setiap hari kita nak bekalkan makanan untuk anak ke sekolah tetapi kadang kadang mati idea juga betulkan Ini RASA nak kongsikan menu Bebola kentang Inti Pop Corn Ayam mak mak jangan risau ini menu yang mudah sedap dan sihat Siap...
Realiti Lebih 86 Juta Kanak Kanak Diancam Kemiskinan Akibat Covid 19

Realiti Lebih 86 Juta Kanak Kanak Diancam Kemiskinan Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 346 hits
NEW YORK Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu menjangkakan lebih 86 juta kanak kanak akan hidup dalam kemiskinan hujung tahun ini berikutan krisis ekonomi akibat pandemik COVID 19 Menurut kajian bersama Pergerakan Save The Children dan Tabung K...
Redza Rosli Dan Janna Nick Dalam Tuhan Lebih Tahu Aku 28 Mei 2020

Redza Rosli Dan Janna Nick Dalam Tuhan Lebih Tahu Aku 28 Mei 2020

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 1031 hits
Saksikan telefilem Tuhan Lebih Tahu Aku lakonan dan pada Khamis 28 Mei pukul 8 malam di SINOPSIS TUHAN LEBIH TAHU AKUKisah kemelut rumah tangga pasangan muda yang mula berubah setelah kehadiran baby Sofia setelah lima tahun mendirikan rumah...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba