10 Tanaman Herba Dapur Yang Berguna Untuk Masakan Nak Masak Petik Jer


Sibuknya bercucuk tanam sampai terabai blog kesayangan aku ni. Semenjak dua menjak ni aku sibuk melengkapkan laman dapur dengan pokok-pokok tanaman herba dapur yang berguna untuk masakan. Memudahkan  aku memasak iaitu apabila  nak masak petik jer. Terus basuh dan campak masuk dalam masakan... Huhu!
10 Tanaman Herba Dapur Yang Berguna Untuk Masakan, Nak Masak Petik Jer


Aku tanam tanaman herba dapur yang benar-benar satu keperluan dalam masakan. Kalau tak ada tanaman herba dapur ini bagaikan tak lengkap masakan tau. Macam mana nak dapatkan benihnya itu, boleh beli di nurseri atau beli secara online. Kadang-kadang ada benih yang tak perlu ke nurseri. Beli untuk di buat rencah masakan, selebihnya tanam di sudut laman dapur. Lepas tu nak masak petik jer!
Jenis-jenis tanaman herba dapur ini  senang nak tumbuh dan hidup. Bukan saja senang hidup, tapi nak tanam dalam rumah pun boleh. Tak ada laman rumah pun boleh nak tanam.  Tapi sebelum nak bermula, pastikan ada tempat cahaya matahari yang elok. Pokok ni sekurang-kurangnya kena ada 6 jam cahaya matahari baru dia segar. Kalau letak kawasan dapur boleh, cuma pastikan kena matahari.


Kalau ada kawasan bertanah boleh tanam terus atas tanah. Tapi tau sajalah biasanya tiada ataupun hanya di beranda atau balkoni kecil. Boleh saja tanam dalam pasu atau polibeg. Susun elok-elok atas lantai atau menggunakan rak, mesti cantik kejadiannya. Gunakan tanah organik untuk penanaman dan selalu siram dengan air beras. Sebulan sekali guna baja tumbesaran untuk pokok berdaun juga baja bunga untuk yang berbuah. Sudah pasti tanaman herba dapur akan tumbuh subur dan meriah. 
Rumah aku walaupun bertanah tapi hanya tanah berbatu dari tambakan tanah dan sisa membuat rumah sebab kawasan rumah aku ini tanah gambut yang lembut. Namun begitu, di celah-celah batu-batu ini aku letak polibeg atau pun pasu dan tanam pokok tanaman herba dapur. Jangan kalah dengan keadaan, tanam jer!
Mari kita semak tanaman apa yang boleh di jadikan sebagai tanaman herba dapur ini:
10 Tanaman Herba Dapur Yang Berguna Untuk Masakan, Nak Masak Petik Jer!
- 1 - Pokok Serai 

Di gunakan dalam pelbagai masakan Melayu seperti masak lemak, rendang, tomyam, asam pedas dan banyak lagi masakan yang memerlukan aroma serai. Ia adalahh sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Cara tanam serai untuk tanaman herba dapur ini amat mudah iaitu dengan merendam batang serai dalam air lebih kurang 5 -10 hari. 
Apabila akar tumbuh, bolehlah di tanam di atas tanah atau tanam dalam pasu atau tanam dalam polibeg. Susun di kawasan tanaman herba dapur. Apabila pokok serai sudah merimbun, bolehlah petik batangnya untuk di gunakan dalam masakan. 
- 2 - Pokok Kunyit

Kunyit  mempunyai pelbagai kegunaan dalam perubatan, kecantikan dan juga masakan. Untuk penngetahuan kunyit telah di gunakan sebagai salah satu bahan kecantikan sejak zaman dahulu kala lagi. Kunyit adalah bahan yang sangat unik. Selain isi yang kuning oren itu di gunakan sebagai pewarna dan penyedap masakan, daunnya yang beraroma itu juga banyak di gunakan dalam masakan.
Cara tanam hanya dengan membeli isi kunyit yang terdapat di pasar atau pasaraya yang menjualnya. Pilih isi yang mempunyai mata tunas berwarna keputihan. Dari mata tunas itulah akan keluar pucuk berdaun nanti.  Sediakan tanah organik yang boleh di beli di nurseri ataupun pasaraya yang menjual tanah. Tanam kunyit yang anda beli lebih kurang sedalam 2-3 inci dalam tanah. Siram 2 kali sehari.  Kebiasaannya  daun keluar dalam masa seminggu atau 2 minggu. Rajinlah siram dan membuat pembajaan. Pokok kunyit akan tumbuh subur.  Nanti daun dan isinya bolehlah jadi perencah dalam masakan. Apabila nak masak petik jer!
- 3 - Pokok Kesum

Daun kesum adalah bahan wajib ada dalam masakan asam pedas dan laksa. Ia juga menjadi perencah sayur dalam nasi kerabu dan nasi ulam. Pokok berbatang lembut ini mempunayi aroma yang unik dan sangat di gemari oleh ramai orang. 
Cara penanamannya nampak sangat mudah tapi jika tak prihatin, ia mudah mati apabila terdedah kepada kekeringan. Daun kesum amat suka dengan tanah yang berair dan lembab. Jadi seeloknya tanam dalam pasu yang boleh menakung air. Batang kesum boleh di dapati di pasar dan di jadikan benih untuk penanaman. Ambil beberapa batang kesum dan rendam dalam air lebih kurang 5 -10 hari. Setelah berakar, bolehlah di tanam di dalam pasu yang menakung air.
- 4 - Pokok Pandan

Daun pandan mempunyai aroma yang wangi. Ia di gunakan sebagai pewangi dan pewarna dalam masakan terutamanya dalam pembuatan kuih muih Melayu. Yang paling di ingati adalah bau nasi lemak yang wangi dek bauan daun pandan. Daun pandan walaupun sifat semulajadinya perlukan kawasan yang berair untuk tumbuh tapi ia masih sesuai di tanam di dalam pasu asalkan mendapat air yang mencukupi untuk pertumbuhan.
Cara tanam adalah dengan mendapatkan anak pokok yang telah berakar. Boleh di dapati di nurseri atau dari sesiapa yang ada menanam pokok pandan. Untuk penanaman, sediakan medium tnah organik di dalam pasu dan tanam bahagian akar pandan terus ke dalam tanah. Selesai di tanam terus lakukan siraman  dan letakkan di kawasan yang tidak menerima pancaran panas matahari yang terik. Siram seperti biasa setiap hari melainkan jika hari hujan.
- 5 - Pokok Kari

Daun kari merupakan elemen penting dalam masakan kari. Kalau tak ada bagaikan tak lengkap hidangan kari. Juga antara rencah penting untuk menggoreng ayam goreng berempah, kuih siput dan beberapa lagi makanan bergoreng yang menggunakan rempah. Jadi lebih mudah sekiranya daun kari hanya dipetik di tepi rumah apabila ingin memasak a.k.a nak masak petik jer!
Cara tanam pokok kari boleh melalui anak pokok kari yang selalunya tumbuh di sekeliling pokok kari yang matang. Bagi pertumbuhan yang baik, pastikan memilih anak pokok yang tidak terlalu kecil atau terlalu besar untuk memastikan pokok kari tumbuh subur.  Anak pokok yang di ambil, perlu ditanam terus supaya anak pokok tidak layu dan kekeringan. Sekiranya ditanam di dalam pasu atau polibeg, pastikan pilih pasu atau polibeg yang bersaiz besar supaya akar mempunyai ruang yang cukup untuk membesar.
Pokok kari merupakan pokok yang agak lasak. Tidak memerlukan pembajaan yang sistematik. Namun, digalakkan untuk memberi baja organik supaya pokok mempunyai nutrien untuk membesar dengan subur. Oleh kerana pokok kari sangat  di perlukan dalam masakan, sangat sesuai ia meenjadi pelengkap untuk tanaman herba dapur. 
- 6 - Pokok Limau Purut

Daun limau purut banyak kegunaannya dalam masakan. Oleh itu ia menjadi pilihan untuk menjadi salah satu tanaman herba dapur yang sangat bermanafaat. Daun limau purut di gunakan secara meluas dalam masakan seperti tomyam dan rendang. Aromanya yang kuat menjadi perisa yang boleh menyedapkan masakan.
Cara tanam adalah sangat mudah iaitu dari keratan batang. Boleh juga di semai dari biji benih tetapi pertumbuhan agak lambat. Limau purut memerlukan kawasan yang mempunyai cahaya matahari yang tinggi iaitu antara 6-8 jam sehari. Selain itu, tumbuhan limau purut tidak suka pada teduhan. Limau purut perlu di siram satu kali sehari untuk memastikan keperluan air adalah cukup. Penyiraman berlebihan boleh mengakibatkan penyakit reput akar. Dengan pembajaan yang konsisten  dan  nutrien yang mencukupi akan mendapatkan  pokok yang sihat di ikuti dengan pembungaan dan buah yang banyak.
- 7 - Pokok Pudina

Daun pudina banyak di gunakan sebagai ulam dalam laksa. pewangi untuk nasi briyani dan juga boleh di masukkan dalam air minuman untuk memberi rasa kesegaran yang cukup isitimewa. Jadi eloklah pokok pudina menjadi salah satu tanaman herba dapur. Tambahan pula pokok pudina ini adalah tumbuhan menarik untuk di jadikan hiasan laman rumah.
Oleh sebab pokok pudina alah kepada kekeringan sebaiknya tanam dalam kaedah ala-ala hidroponik. Iaitu menggunakan botol minyak masak besar yang di potong dua. Terbalikkan muncung dan letak filter di muncung bekas. Isi air di dalam bekas di bawah.  Letak tanah organik di dalam bekas yang muncungnya di tebalikkan itu.  Beberapa hari sebelum itu semai batang pudina di dalam bekas berair hingga berakar. batang pudina yang berakar itulah di tanam di dalam bekas. Pembajaan adalah seperti penanaman biasa. Insya'allah pokok pudina akan tumbuh subur dan menjadi rumpun yang cantik. Bila nak di gunakan dalam masakan atau dibuat ulam, nak masak petik jer!
- 8 - Pokok Limau Kasturi

Buah limau kasturi sangat banyak kegunaanya dalam masakan dan juga minuman. Dalam masakan ia menjadi perisa dalam pelbagai masakan pedas dan masam. Juga satu bahan penting dalam pembuatan sambal belacan. Tanpa limau kasturi  sambal belacan pasti menjadi hambar dan kurang menepati selera. 
Cara tanam juga sangat mudah iaitu  hanya dengan keratan batang. Caranya pilih keratan batang yang telah matang. Potong dan buang semua daun. Buat lubang dalam tanah yang lembab. Mssukkan batang tadi dan padatkan tanah. Tunas daun akan tumbuh setelah selepas 1 minggu di tanam. Pokok boleh di cantas apabila batang memanjang untuk pohon bercabang dan rendang. Pembajaaan seperti biasa dalam 2 minggu sekali. Meriah tanaman herba dapur nanti apabila pokok limau kasturi berbuah lebat.
- 9 -  Pokok Kucai

Daun kucai enak di jadikan penyedap masakan dalam masakan char kuay teow, mee goreng, meehoon goreng dan juga ramuan dalam cucur udang. Kucai adalah sejenis tumbuhan yang senang di tanam. Kucai boleh hidup di bawah panas matahari ataupun di teduhan. Jika kemarau sedikit-sedikit juga tidak mengapa kerana bawangnya masih ada. Sama seperti bawang, kucai ada akar berbawang dan daun. Jadi kucia amat sesuai di jadikan sebagai tanaman herba dapur sebagai hiasan dan juga boleh di gunakan dalam masakan. 
Cara tanam adalah sungguh mudah. Boleh di ambil benihnya dari rumpun bebawang ataupun di tanam dengan menggunakan biji benih. Tanah yang di perlukan adalah tanah yang kaya dengan nutrien dan pembajaan pula menggunakan baja tinja ayam atau kambing. Apabila sudah tumbuh subur boleh di potong daunnya dan di gunakan dalam masakan. Dalam masa seminggu rumpun kucai akan tumbuh daun seperit sediakala dan boleh di potong berkali-kali selagi bebawang masih ada. Apabila rumpun bebawang sudah penuh dalam pasu, boleh di asing-asingkan rumpun untuk penanaman semula. Ia dalah tanaman herba dapur yang sangat produktif. Nak masak petik jer di laman dapur.
- 10 - Pokok Cili Api

Pokok cili api atau cili padi atau cabai burung adalah sejenis pokok yang sama. Cuma sebutan sahaja berlainan mengikut daerah dan tempat. Rasanya yang sangat pedas namun digemari ramai terutama masyarakat tempatan khususnya di Negeri Sembilan yang terkenal dengan masakan lemak cili padinya. Selain dari itu juga cili padi dibuat ulam yang dihiris kecil dan dimakan bersama cencaluk, budu atau di tumbuk di buat sambal belacan dan dimakan bersama nasi.   
Cara tanam adalah menggunakan biji benih dari buah yang matang. Ambil bijinya dan jemur sebentar sehingga kering. Seterusnya semai di dalam bekas dan tanah yang sesuai. Apabila anak benih berdaun 4 -5 helai, boleh pindahlan ke dalam tempat atau pasu yang sesuai. Selepas itu buatlah pembajaan dua minggu sekali ataupun siram air beras hampir setiap hari. Pokok cili api akan tumbuh subur dan berbuah lebat. Akan meriah tanaman herba dapur ini di sudut laman dengan warnanya yang merah itu. Nak di gunakan apabila nak masak petik jer.
Sebenarnya masih ada lagi beberapa bahan masakan yang boleh di jadikan tanaman herba dapur seperti  pegaga, bayam brazil, cekur, temu pauh, daun sup, pokok asin-asin dan banyak lagi pokok herba. Tapi cukuplah  hanya 10 jenis tanaman ini aku war-warkan untuk di tanam menjadi tanaman herba dapur. Nanti tanam banyak-banyak takut tak muat laman tepi dapur dengan tanaman herba dapur ini. Aku dah tanam semua tu, anda bila lagi... hehe!
Nak dapatkan berbagai informasi dan tips di blog ini, klik SINI
p/s : Untuk pembajaan sebenarnya tak perlu susah payah. Hanya gunakan apa saja yang ada di dapur untuk di buat baja untuk tanaman herba dapur ini. Ia  seperti air beras, nasi basi, roti tamat tempoh, kulit bawang dan juga kulit telur. Jimat sangat dari membeli baja di pasaran tau!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.huhahuhajerr.com/2020/12/10-tanaman-herba-dapur-yang-berguna-untuk-masakan-nak-masak-petik-jer.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Idzyan Kongsi Tip Simpan Bahan Masakan Dalam Peti Sejuk Barulah Kemas Dan Mudah Nak Masak

Idzyan Kongsi Tip Simpan Bahan Masakan Dalam Peti Sejuk Barulah Kemas Dan Mudah Nak Masak

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 665 hits
Bila kita shopping barang memasak biasanya dalam kuantiti yang banyak Jadi bagaimana nak menyimpannya pula secara teratur agar mudah nak guna bila diperlukan Inilah antara kelemahan bagi kebanyakan orang bila saat nak menyusun atur Menyimpa...
Izyan Kongsi Tip Simpan Bahan Masakan Dalam Peti Sejuk Barulah Kemas Dan Mudah Nak Masak

Izyan Kongsi Tip Simpan Bahan Masakan Dalam Peti Sejuk Barulah Kemas Dan Mudah Nak Masak

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 361 hits
Bila kita shopping barang memasak biasanya dalam kuantiti yang banyak Jadi bagaimana nak menyimpannya pula secara teratur agar mudah nak guna bila diperlukan Inilah antara kelemahan bagi kebanyakan orang bila saat nak menyusun atur Menyimpa...
Kenapa Nak Beli Luar Jom Masak 3 Resepi Ringkas Ini Di Rumah

Kenapa Nak Beli Luar Jom Masak 3 Resepi Ringkas Ini Di Rumah

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 483 hits
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan bulan mac haritu masing masing tunjuk bakat memasak di dapur Banyak betul menu viral yang dicipta sehinggakan wujudnya page Masak apa tak jadi harini Masih ingatkah lagi Yang mana masih dalam Perintah Kawal...
Roger Je Nak Makan Apa Khairul Aming Sudi Masak Untuk Ibu Hamil Ini 3 Jenis Menu Dihantar

Roger Je Nak Makan Apa Khairul Aming Sudi Masak Untuk Ibu Hamil Ini 3 Jenis Menu Dihantar

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 432 hits
Bang Isteri saya yang pregnant teringin sangat masakan Khairul Aming Saya masak tiru resipi Khairul Aming pun dia kata tak sedap Bantuin Bang Kicapan yang di hantar oleh Ashrafhmas pada Khairul Aming namun tak disangka sangka Khairul Aming ...
Tiga Masakan Ikan Patin Selain Masak Tempoyak Super Sedap

Tiga Masakan Ikan Patin Selain Masak Tempoyak Super Sedap

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 282 hits
Bila sebut je ikan patin mesti terbayang ikan patin masak tempoyak Sebenarnya banyak lagi menu lain yang boleh anda cuba Masakan masakan ini juga ternyata sedap dan wajb anda cuba Jadi kami kongsikan 3 menu yang boleh anda masak di rumah Se...
Cara Masak Nasi Atas Dapur Guna Periuk Biasa

Cara Masak Nasi Atas Dapur Guna Periuk Biasa

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 775 hits
Cara Masak Nasi Atas Dapur Guna Periuk Biasa Ha gitu tajuk entri blog kali ini Selalu dah biasa sangat masak nasi guna rice cooker kan Sekali bila dan duduk dekat temporary accomodation tiba tiba kena masak nasi atas dapur guna periuk biasa...
Takde Mood Nak Masak Tapau Je Boat Noodle

Takde Mood Nak Masak Tapau Je Boat Noodle

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 665 hits
Lapar Takde mood nak masak Apa susah kita Tapau Je Boat Noodle Korang yang suka dengan keunikan masakan Thai Street Food di sekitar Kawasan Lembah Klang yang terpilih pasti happy sebab la nih dah boleh order Boat Noodle secara online Andaik...
Nia Ramadhani Dedah Tak Tahu Cara Nak Potong Buah Hanya Temankan Saja Di Dapur

Nia Ramadhani Dedah Tak Tahu Cara Nak Potong Buah Hanya Temankan Saja Di Dapur

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 326 hits
Aktor terkenal Indonesia Nia Ramadhani sering kali mencuit hati warganet dengan pelbagai kenyataan tentang kehidupan peribadinya Jika masih ingat lagi sebelum ini pelakon watak Bawang Merah dalam sinetron Bawang Putih Bawang Merah ini perna...
7 Masakan Tradisional Pulau Pinang Popular Yang Susah Nak Lupa

7 Masakan Tradisional Pulau Pinang Popular Yang Susah Nak Lupa

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 858 hits
7 Masakan Tradisional Pulau Pinang Popular yang Susah Nak Lupa Salam semua setiap negeri di Malaysia mempunyai identiti tersendiri yang mewakili negeri masing masing Ini termasuklah dengan jenis makanan yang ada lebih lagi masakan tradision...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp