10 Simple Things To Do Daily To Make You To Be Happy
10 Simple Things To Do Daily To Make You To Be Happy. hi there. Memandangkan aku tak jumpa susun ayat yang sedap untuk translate tajuk entry ini dalam BM, jadi aku pinjam tajuk guna dalam English. Hehe.
Dalam hidup ini, ada masa kita rasa 'burnt out dan cramp', hidup jadi lesu. Terlalu banyak benda nak fikir, terlalu banyak masalah nak hadap dan hadam. Terlalu banyak perkara kena settle.
Ada masanya , kita jadi kecewa kerana life sucks. Kita lupa akan hal-hal kecil yang boleh buat kita rasa happy. No matter how sucks this life, it is unfair not to give the happiness to our ownself.
Jadi mari kita lihat 10 Simple Things To Do Daily To Make You To Be Happy.
We are human, after all
#1. Simple Things To Do Daily To Be Happy - Senyum dan Ketawa.
Korang tahu, semakin kita dewasa, semakin kita kurang nak senyum dan ketawa.
Cuba tengok pada kanak-kanak kecil, mereka mudah senyum, mudah juga ketawa
Kenapa
Kerana life dorang tiada apa sangat nak difikirkan. Well, kids is kids
Tapi kita yang dewasa
Ada masa kita sampai lupa untuk senyum. Apatah lagi nak ketawa
Kerana terlalu banyak benda dalam fikiran. Terlalu banyak kerja yang perlu kita selesaikan
Cuba senyum untuk hari ini. Cuba ketawa untuk saat ini
Watching a comedy drama or movie is not a waste of time when you need to get yourself out of your congested world. Get some fresh air. Go meet friends. Smile and Laugh
#2. Simple Things To Do Daily To Be Happy - Cari Masa Untuk Bersenam
Cuba untuk luangkan masa untuk bersenam. 10 minit sehari pun jadilah kalau kamu sangat sibuk dengan urusan harian
Bersenam boleh membantu kamu untuk rasa gembira.
How
8 sebab bersenam buat kamu bahagia , antaranya ialah
bersenam membantu untuk mengurangkan perasaan stress
bersenam membantu buat mood kita lebih tenang
bersenam membantu untuk menjadikan mental kita lebih kuat
bersenam membantu untuk menjadikan kita rasa hidup ini lebih nyaman
bersenam meningkatkan imun sistem badan
bersenam buat kita happy, bila kita happy kita lebih engange dengan hidup, jadi kita lebih so called participate with life
bersenam membantu kita tidur dengan lebih nyenyak
bersenam membantu increase energy dalam hidup
#3. Simple Things To Do Daily To Be Happy - Ucap Terima Kasih
Sama ada hal kecil atau besar, ucaplah terima kasih pada setiap bantuan yang kita terima
Bila kita duduk di restoran, dan pelayan menghantar makanan, ucaplah terima kasih
Small things could lead to a better life
Bila orang lain memberi laluan kepada kita, ucaplah terima kasih
Ada banyak cara untuk ucap terima kasih selain dari ucapan lisan
Hantarlah hadiah pada orang yang kita sayang sebagai tanda terima kasih kerana dia selalu ada dalam susah dan senang
Bertanya khabar dengan rakan-rakan yang lama tidak dihubungi sebagai tanda terima kasih kita kerana mereka sentiasa ada bersama kita walaupun jarang bersua
#4. Simple Things To Do Daily To Be Happy - Luangkan Masa Dengan Orang Yang Tersayang
Definisi orang yang tersayang ini sangat luas. It depends on how you define it
Mak, bapa, adik beradik, pasangan hidup, sahabat, jiran, anak, saudara mara, etc semuanya boleh masuk kategori orang yang tersayang - cuma mungkin berada pada level yang berbeza-beza
Luangkan masa dengan orang yang tersayang
Mungkin saja temankan mak pergi klinik
Memancing bersama bapa
Lepak makan roti canai bersama adik-beradik
Tengok movie dengan pasangan
Shopping dengan anak-anak
Hulurkan bantuan pada jiran yang perlukan pertolongan
Dan ada banyak lagi cara untuk luangkan masa dengan orang yang tersayang
No matter how busy you are. Now matter how you feel your life so hard, just give some of your time to the person who is in you living list
#5. Simple Things To Do Daily To Be Happy - Pilih Makanan Yang Berkhasiat
Makanan yang berkhasiat membantu untuk menjadikan hidup anda sihat dan juga happy
Penting untuk kita jaga pemakanan kita
Kita tak nak sakit kerana makanan yang kita ambil
Kerana makanan juga merupakan antara punca kenapa kita boleh sakit
Sekurang-kurangkan cuba buat one healthy food daily
Sama ada ketika sarapan, makan tengahari ataupun makan malam
Kalau sukar sangat untuk sediakan makanan berkhasiat sekali sehari, sekurang-kurangnya ambil air yang mencukupi untuk tubuh badan
Kerana air juga memainkan peranan dalam melindungi tubuh agar sihat
#6. Simple Things To Do Daily To Be Happy - Recharge life
Yes, recharge life daily
Bukan smartphones korang saja yang perlu dicaj setiap hari ketika bateri berkurangan
Hidup kita ni pun sama juga
Perlu dicaj setiap hari
Caj lah hidup anda setiap hari supaya sentiasa dalam mood yang baik
5 minit ketika bangun pagi, mungkin boleh dimulakan dengan bertafakur.
5 minit sebelum tidur, mungkin boleh diakhiri dengan menilai apa yang kamu buat pada hari ini, dan bersyurkur dengan nikmat yang Tuhan berikan
#7. Simple Things To Do Daily To Be Happy - Jangan Terlalu Membandingkan Diri Kamu Dengan Orang Lain
Elak untuk banding-bandingkan diri kamu dengan orang lain
Tidak salah untuk mencari perbezaan untuk memprbaiki diri. It's a good thing to do
Tapi kalau terlalu membandingkan diri dengan orang lain sehingga mengganggu diri kamu, please stop
Semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing
Jadi, lihat pada diri sendiri
Tanya pada diri tentang hal yang kamu mampu buat dan limit yang kamu tidak mampu lakukan
Be awesome to your ownself
#8. Simple Things To Do Daily To Be Happy - Do One Small Thing Yang Boleh Buat Diri Progres Ke Life Goal Yang Besar
Bak kata yang selalu kita dengar, one small thing at one time
Do it slowly
But never stop
Let's progress
Contohnya kita mahu buat berblog.
Ada banyak perkara yang kita perlu belajar bila berblogging
Tulis satu entry sehari
Tulis 3 entry seminggu
Perbaiki cara penulisan
Susun ayat dengan baik
Belajar guna Heading Tag
Belajar guna Meta Description
Belajar guna Google Search Console, Google Analytics, Bing Webmaster Tools
Don't stop learning. Don't give up easily
Dalam setahun , kalau kamu belajar dan fokus tentang blog, kamu akan jana trafik. Kemudian boleh cuba monetize blog.
So ini yang kita panggil do one small thing yang boleh buat diri progress ke life goal yang besar
Aku juga dalam mode sebegini. Sedang belajar untuk perbaiki blog untuk dapatkan trafik yang tinggi
#9. Simple Things To Do Daily To Be Happy - Let Go Regrets Dan Berhenti Mengeluh
Cuba tanya diri sendiri
Ada tak apa-apa yang kamu rasa regrets saat ini
Kenapa kamu regrets
Just let the regrets go away
You yourself are not deserve the regrets
Be positive
Lupakan regrets dan bangkit perbaiki diri
Berhenti mengeluh
Mengeluh takkan berikan apa-apa hasil pada diri sendiri
Be a fighter to your own life
Apa yang kamu pernah buat di masa lalu sehingga kamu rasa regrets yang sangat besar, jangan ulang untuk hidup pasa saat ini
#10. Simple Things To Do Daily To Be Happy - Bersyukur Selalu
Bersyukur selalu
Sama ada pada hal yang kecil atau besar, selalu bersyukur
Sama ada pada hal yang menyenangkan atau menyusahkan, just bersyukur
Semakin kita bersyukur, semakin kita akan rasa lebih tenang pada diri kita
Bersyukur buat kita rasa empati pada diri sendiri
Dan empati akan membantu kita untuk jadi lebih baik pada orang sekeliling
Sesiapapun yang baca entry ini, aku doakan korang semua bahagia. Sad is a part of life, hence the happiness as well. Tapi aku harap, whenever you have sadness, don't keep it too long ya
Semoga hari ini baik baik saja untuk semua
lots of love
cheers
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mrspip.com/2020/10/10-things-to%20-be-happy-improve-life.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/eyYzxh+(MrsPipDotCom)