10 Sebab Tidak Hadir Ke Sekolah Urusan Keluarga
Perasan tak kalau dalam group
whatsapp sekolah ataupun kelas anak akan ada pemberitahuan anak tidak dapat
hadir ke sekolah.
Tidak pasti sekolah lain amalkan
cara yang sama atau tidak. Bersyukur sangat pihak sekolah ambil berat terutama
bab kehadiran murid ke sekolah.
Kalau sekolah anak Diah, ibu bapa
wajib beritahu dalam group whatsapp sebelum pukul 7.30 pagi setiap hari untuk
memudahkan cikgu update dalam sistem.
10 Sebab Tidak Hadir Ke Sekolah –
Urusan Keluarga
Waktu awal persekolah dibuka,
cikgu dah berikan format untuk ibu bapa isi maklumat berkaitan sebab tidak
hadir ke sekolah.
Simple tapi memudahkan semua
pihak. Antara maklumat penting yang perlu dinyatakan ialah sebab tidak hadir
seperti tidak sihat, tiada sebab, urusan keluarga dan lain-lain sebab.
Jika menggunakan alasan tidak
sihat, ibu bapa perlu beritahu jenis sakit dan beri sijil sakit sebagai bukti
anak tidak dapat hadir.
Paling kerap berlaku ialah anak
demam, batuk dan selesema. Maklumlah cuaca sekarang memang panas. Kurang minum air
memang mudah jatuh sakit.
Selain itu, jika ibu bapa
menggunakan alasan urusan keluarga, pihak sekolah meminta ibu bapa untuk
menjelaskan alasan dengan lebih terperinci.
Contoh Sebab Tidak Hadir Sekolah -
Urusan Keluarga
Berikut adalah contoh berkaitan
urusan keluarga / masalah keluarga yang boleh digunakan oleh ibu bapa:
Hak penjagaan anakIkut keluarga bercuti / berkursusJaga keluarga yang sakitJaga ahli keluargaBantu kerja ibu bapaKematian ahli keluarga Menziarahi keluarga sakitPerpindah-randah Masalah pengangkutan Masalah bekalan air / elektrik
Ada anak-anak yang terpaksa
ponteng sekolah bila cuaca yang teruk contohnya hujan lebat. Jadi masalah
kepada ibu bapa yang hantar anak menggunakan motosikal.
Tak kurang juga alasan masalah
tiada pengangkutan. Pernah juga ibu bapa berikan alasan lift rosak. Bayangkan
jika tinggal kawasan perumah flat dan rumah berada di tingkat yang tinggi.
Ada segelintir murid yang tinggal
bersama datuk dan nenek. Jadi bila datuk ada temujanji kesihatan di hospital,
murid terpaksa ponteng dan teman datuk ke hospital.
Kesimpulan
Diah akan berkongsi dengan
anak-anak tentang hal sekolah termasuklah bab tidak hadir. Tak lain tak bukan
supaya anak-anak ada rasa tanggungjawab dan fokus dengan apa yang cikgu
sampaikan di sekolah.
Sambil tu selit juga apa
pengajaran yang boleh dipelajari daripada sebab kawan-kawan mereka tidak hadir
ke sekolah.
Nak anak faham bukan semua orang
dilahirkan dalam keluarga yang senang. Kena bersyukur dengan apa yang mereka
dapat dan bandingkan dengan kawan yang tak dapat apa yang mereka ada sekarang.
Semoga urusan persekolahan
anak-anak kita semua mudah dan lancar. Sayang kalau terpaksa cuti lama, risau
ketinggalan pelajaran.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2023/05/10-sebab-tidak-hadir-ke-sekolah-urusan-keluarga.html.html