10 Sebab Kenapa Nyamuk Lebih Suka Menggigit Anda Daripada Orang Lain
Adakah anda jenis orang yang selalu menjadi sasaran gigitan nyamuk? Anda mungkin menganggap anda mempunyai lebih banyak gigitan daripada orang lain. Ternyata nyamuk lebih tertarik pada orang tertentu disebabkan banyak faktor yang terdapat pada tubuh anda berbanding orang di sebelah anda. Berikut antara sebab mengapa anda menjadi sasaran utama nyamuk disalin dari berbagai sumber;
1 - Jenis Darah
Jenis darah yang berbeza menarik nyamuk, yang biasanya dilihat adalah mereka dari kumpulan darah O atau mereka yang mengambil alkohol dengan dos tinggi.
2 - Kolesterol Tinggi
Orang yang mempunyai steroid atau kolesterol dalam kepekatan tinggi pada permukaan kulit lebih cenderung kepada gigitan nyamuk.
3 - Warna Pakaian
Dipercayai bahawa warna pakaian yang lebih gelap seperti biru dan hitam akan mendorong lebih banyak nyamuk mengerumuni anda daripada pakaian warna yang lebih cerah.
4 - Bahan Kimia dalam Peluh
Nyamuk amat tertarik pada suhu panas badan dan aroma peluh manusia. nyamuk dapat mengesan panas dan peluh melalui asid laktik pada kulit mangsa. Inilah sebab mengapa nyamuk biasanya menggigit orang yang baru bersenam.
5 - Bau Badan dan Kulit
Bakteria kulit aktif yang terdapat di antara jari kaki kita menghasilk bau unik yang merupakan daya tarikan utama nyamuk suka menggigit anda, terutamanya seperti Anopheles gambiae yang bertanggungjawab terhadap malaria di seluruh dunia.
6 - Faktor genetik
Kira-kira 85% kes, kerentanan terhadap gigitan nyamuk bukan disebabkan oleh bakteria atau bahan kimia atau faktor lain. Punca terbesar mungkin hanya genetik!
7 - Pergerakan
Individu yang sering mengggerakan anggota lebih cenderung kepada gigitan nyamuk kerana terbukti menjadi sumber darah yang lazat untuk nyamuk.
8 - Tindak balas
Ini juga berkaitan dengan reaksi misalnya 10 orang mungkin digigit nyamuk pada masa yang sama tetapi hanya 2 atau 3 orang daripadanya yang mengadulebih banyak digigit dan yang lainnya tidak menyedari.
8 - Panas Badan
Apabila nyamuk berada dekat anda, dia mungkin tertarik kerana panas badan orang itu. Ini biasa bagi wanita hamil, yang sedikit lebih panas daripada yang lain.
9 - Karbon Dioksida
Karbon dioksida adalah salah satu sebab utama nyamuk berpesta terhadap mangsa seterusnya. Nyamuk menggunakan organ khas yang disebut ‘maxillary palp’ untuk mengesan bau karbon dioksida yang dikeluarkan dari nafas kita. Oleh itu, orang dewasa menarik lebih banyak nyamuk kerana mereka menghasilkan karbon dioksida lebih tinggi daripada kanak-kanak. Inilah sebab mengapa kanak-kanak selamat dari gigitan kerana mereka mengeluarkan lebih sedikit CO2.
10 - Kehamilan
Satu kajian telah menunjukkan bahawa nyamuk nampaknya lebih tertarik pada wanita hamil berbanding wanita bukan hamil. Ini mungkin kerana wanita hamil mempunyai suhu badan yang tinggi dan mengeluarkan lebih banyak karbon dioksida.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.orangmuo.my/2021/03/10-sebab-kenapa-nyamuk-lebih-suka.html