10 Restoran Halal Di Jepun Berhampiran Dengan Tempat Melihat Bunga Sakura



 
Tokyo ketika musim bunga sakura menjadi tempat yang penuh dengan pengalaman berharga, dengan banyak pelancong yang datang dan penduduk tempatan bersantai dalam pemandangan indah sakura . Bunga sakura Jepun adalah keajaiban alam yang menakjubkan dan Tokyo mempunyai beberapa tempat terbaik untuk melihatnya! Jika anda ingin ke Jepun pada musim bunga nanti, anda boleh juga rujuk artikel kami sebelum ini.

Untuk menjadikan pengalaman anda lebih manis, kami telah menyusun panduan berguna di tempat-tempat bunga sakura terbaik Tokyo dan restoran halal berhampiran! Kamijamin, ini akan menjadi penyelamat anda ketika terpesona dan hanyut dengan keindahan bunga-bunga sakura.
 
Tip: Dengan semua perjalanan yang bakal anda lakukan di Tokyo, kami mengesyorkan untuk mendapatkan Tokyo Subway Pass yang memberikan perjalanan tanpa had di semua laluan Metro Tokyo dan Toei Subway.
 
Shinjuku Gyoen
Dengan lebih daripada 1,000 pokok sakura dan berpuluh-puluh jenis, Shinjuku Gyoen tidak dapat dinafikan salah satu tempat terbaik untuk melihat bunga sakura di Tokyo. Bentang tikar dan berkelah di rumput yang luas bersama-sama penduduk tempatan dan pelancong yang juga datang melihat pemandangan yang menakjubkan.

 
Shinjuku Gyoen Ramen Ouka Berita baik untuk anda, Restoran Shinjuku Gyoen Ramen Ouka hanya berdekatan! Bar halal ramen ini memberi anda pengalaman ramen yang tiada tandingan. Ramen akan disajikan dengan ayam panggang dan yakitori. Perkara yang unik tentang ramen ini ialah ia juga dilengkapi dengan semangkuk nasi, yang anda boleh makan dengan sup ramen yang lain. Ini dipanggil ochazuke dan ia pasti oishii !

 
Sudahkah kami beritahu anda boleh membuat ramen anda sendiri mengikut selera dan citarasa anda? Restoran ini mempunya pelbagai pilihan untuk anda bagi membuat ramen anda sendiri.
 
Tip: Disebabkan Ramen Ouka adalah sebuah restoran kecil, anda perlu membuat panggilan untuk menempah meja terutama sekali jika melancong dalam kumpulan yang besar.
 
Facebook | Instagram
 
Waktu Operasi: Isnin hingga Khamis, 2 – 10 malam, Jumaat, 5 – 10 malam, Sabtu hingga Ahad, 12.30 – 10 malam
Alamat: 1 Chome-11-7 Shinjuku, Tokyo 160-0022, Jepun
Hubungi: +81 3-5925-8426
 

 
Ueno Park
Ueno Park adalah taman lain untuk hanami di Tokyo. Ia mungkin lebih ramai dan bising di sini tetapi ia adalah peluang untuk anda merasai perayaan musim ini dengan penduduk tempatan. Perayaan Sakura Matsuri juga diadakan di Ueno Park supaya anda boleh melibatkan diri dalam budaya Jepun sambil mengagumi bunga sakura. Ueno Park juga merupakan tempat yang baik untuk melihat lampu-lampu menyala pada waktu petang!

 
Coco Ichibanya Curry House Sekiranya anda berada di Taman Ueno untuk hanami , anda perlu pergi ke Coco Ichibanya Curry House di Akihabara. Itulah restoran pertama yang diiktiraf halal ! Nikmati Nasi Kari Daging mereka panas-panas atau anda juga boleh makan potongan ayam goreng yang enak.

Waktu Operasi: 11 pagi – 10.30 malam setiap hari
Alamat : 16 Kanda Matsunagachō, Chiyoda-ku, Tōkyō-to 101-0023, Jepun
Hubungi: +81 3-6260-8667

 
Ayam-ya Okachimachi Restoran halal lain berhampiran Ueno Park adalah Ayam-ya Okachimachi. Nikmati semangkuk ramen halal bersama sup ayam adalah sesuatu yang anda pasti  mahukan selepas puas berjalan melihat bunga-bunga sakura. Anda juga boleh memilih versi pedas jika anda mahukannya. Selain dari ramen, Ayam-ya juga menghidangkan masakan tsukemen (cold dipping ramen) dan semangkuk nasi.

 
Facebook 
 
Waktu Operasi: 11.30 pagi – 4 petang, 5 – 10 malam setiap hari
Alamat: Chome-10-1 Taitō, 台 東区 Taitō-ku, Tōkyō-110-0016, Jepun
Hubungi: +81 3-3834-6656

 
Taman Yoyogi
Taman Yoyogi mungkin lokasi yang paling sesak untuk melihat bunga sakura ini kerana lokasinya berdekatan dengan Shibuya yang menjadikan lokasi paling senang untuk pergi. Ianya sesuai untuk jika anda mencari kawasan yang berada di tengah-tengah walaupun ramai dengan pengunjung.
 
Tip: Datang lebih awal untuk mendapatkan tempat anda di Taman Yoyogi!

 
Gyumon Gyumon ialah restoran yang menhidangkan makan halal yakiniku (daging panggang). Ini pastinya tempat yang ideal apabila anda selesai berbelanja dan merempuh orang ramai di Shibuya. Pilih potongan daging yang anda inginkan dan mereka akan hidangkan kepada anda mentah. Daging mentah yang diperap dengan garam dan lada, membuatkan anda rasa daging tersebut sangat sedap dan lembut.  Apa yang perlu anda lakukan adalah memasak daging di atas arang dan anda boleh makan daging panggang yang sempurna

 
Facebook | Instagram
 
Waktu Operasi: 12 malam – 12 pagi setiap hari
Alamat: 3-14-5 Shibuya, Tokyo 150-0002, Jepun
Hubungi: +81 3-5469-2911

 
Hanasakaji-san Hanasakaji-san adalah satu-satunya restoran halal shabu-shabu di Tokyo yang menyajikan daging Wagyu halal sepanjang jalan dari wilayah Miyazaki. Masukkan daging kedalam sup panas dan lihat ia masak dalam beberapa saat! Restoran ini juga bangga dengan hidangan halal washoku (masakan tradisional Jepun) dan setiap set dilengkapi dengan pelbagai hidangan seperti tempura dan makarel panggang.

 
Laman web
 
Waktu Operasi: Isnin hingga Sabtu, 11.30 pagi – 3 petang, 5 petang – 12 pagi, Ahad, 11.30 pagi – 4 petang, 5 petang – 11 malam
Alamat: Sakura Building B1F 3-22 Sakuragaoka Shibuya Tokyo 150-0031 Jepun
Hubungi: +81 3-3496-7777

 
Taman Chidorigafuchi
Terletak di kawasan Imperial Palace, Chidorigafuchi Park membolehkan anda melihat bunga ceri dengan cara yang berbeza. Di sinilah anda boleh mengagumi bunga sakura sambil mendayung bot. Pemandangan indah dari sakura dan air adalah sesuatu yang anda tidak mahu ketinggalan.
 

Tip: Barisan untuk menaikki bot boleh jadi sangat lama jadi rancang untuk pergi lebih awal jika anda ingin mengelakkan orang ramai. Dermaga bot dibuka pada jam 9.30 pagi.
 
Akasaka Saryo Ouka Kedai yang mempunyai talian dengan restoran Shinjuku Gyoen Ramen Ouka, Akasaka Saryo Ouka adalah kafe gaya Jepun yang pertama di Tokyo. Restoran ini menyajikan hidangan pencuci mulut tradisional Jepun dan lempeng matcha.

 
Bukan itu saja – Saryo Ouka juga menyajikan hidangan sushi dan nasi daging wagyu. Ia adalah apa yang anda perlukan untuk mengisi perut anda selepas mendayung

 
Facebook | Instagram
 
Waktu Operasi: 12.30 – 3 petang, 6 – 9 malam setiap hari
Alamat: 1 Chome-9 Akasaka, Minato-ku, Tōkyō-107-0052, Jepun
Hubungi: +81 3-5544-8455

 
Sungai Sumida
Berjalan-jalan di sepanjang Sungai Sumida di Tokyo yang merupakan rumah kepada beratus-ratus pokok bunga sakura. Pemandangan mekar indah dan Tokyo Skytree akan membuat latar belakang yang sempurna untuk gambar Instagram anda. Sumida River juga berdekatan dengan Asakusa – di mana anda boleh mengalami kehidupan di zaman Edo Jepun dan merasai masakan asli Jepun. Dan semasa anda berada di sana, mengapa tidak memakai kimono yang boleh disewa untuk merasai budaya Jepun?

Tip: Dapatkan $ 5 dari pembelian pertama anda di Klook apabila anda menggunakan kod promo ‘TRAVELHHWT’.
 
Asakusa Sushi Ken Mencari sushi halal di Jepun bukan satu yang mudah tetapi Sushi Ken adalah restoran sushi yang pertama diiktiraf halal di negara ini. Semua bahan yang digunakan untuk membuat sushi – dari sos soya, cuka kepada dagingnya – adalah halal.

Sushi Ken mencipta setiap hidangan dengan hanya bahan-bahan terbaik dan makanan laut segar. Jika anda seorang penggemar sushi, ini adalah sebuah restoran yang anda tidak boleh ketinggalan!

Tip: Seperti kebanyakan restoran di Jepun, makan di sini semasa makan tengah hari adalah lebih murah dengan set makan tengahari dari ¥ 1,300 hingga ¥ 1,800!
 
Facebook
 
Waktu Operasi: Isnin hingga Sabtu, 11.30 pagi – 11 malam, Ahad, 11.30 pagi – 10 malam
Alamat: 2-11-4, Asakusa, Taito-ku, Tokyo
Hubungi: +81 50-3184-0547

 
Naritaya Satu lagi tempat ramen yang lain di Tokyo patut dikunjungi! Sup untuk ramen di Naritaya berasaskan ayam dan mi dibuat segar di kilang mereka sendiri. Anda juga boleh memesan ramen anda melalui mesin layan diri yang diletakkan di luar pintu masuk, seperti mana-mana gerai ramen Jepun yang lain. Itulah satu cara untuk mendapatkan pengalaman yang sahih Dan jika anda seorang peminat makanan pedas, jangan lupa tambahkan cili yang disediakan dalam ramen anda!

 
Tip: Naritaya mempunyai ruang sembahyang
 
Facebook | Instagram
 
Waktu Operasi: Isnin hingga Sabtu, 11 pagi – 10 malam, Ahad, 11 pagi – 9 malam
Alamat: 2 Chome-7-13 Asakusa, Taito, Tokyo 111-0032, Jepun
Hubungi: +81 3-4285-9806
 
Sungai Megurogawa
Megurogawa River adalah tempat yang sesuai untuk anda, ia mempunyai pemandangan indah bunga sakura yang dipenuhi dengan kemas di sepanjang sungai. Bahagian yang terbaik adalah bahawa ia terletak hanya satu stesen dari Shibuya.  Sekiranya anda bimbang tentang tempat untuk mencari makanan halal, jangan risau

 
Honolu Ebisu Pergi ke Honolu Ebisu untuk menikmati pelbagai ramen ayam. Anda boleh menikmati ramen ayam dalam apa jua yang anda suka – dengan kicap atau ayam goreng. Kepekatan rasa sup ayam membuat anda mahukannya lagi. Selain ramen , anda juga boleh order makanan ringan  seperti gyoza dan takoyaki !

Facebook | Instagram
 
Waktu Operasi: 11.30 pagi – 2.30 petang, 5 – 10 malam setiap hari
Alamat: 1 Chome-23-1 Ebisuminami, Shibuya, Tokyo 150-0022, Jepun
Hubungi: +81 3-5734-1667

 
Inokashira Park
Taman berusia 100 tahun ini telah lama menjadi kegemaran untuk melihat bunga sakura. Terletak hanya 30 minit jauhnya dari pusat bandar Tokyo, tasik dan kuil Inokashira membuat bunga sakura mekar dan kelihatan lebih menyenangkan. Sewa bot mini untuk masa yang santai di tasik. Setelah selesai mengeksplorasi taman, lawati salah satu daripada banyak kafe hipster di sekitar kawasan itu untuk mengisi semula diri anda!

 
Gunung Takao
Ramai penduduk tempatan melawat gunung sepanjang tahun untuk melawat kuilnya. Terletak hanya satu jam jauhnya dari pusat bandar Tokyo, ini adalah tempat yang akan menjadi jika anda terlepas musim sakura di bandar dan suhunya yang agak sejuk di sini. Daki ke puncak tidak susah dan pemandangan bunga sakura di tengah-tengah gunung akan membuatkan anda terpukau. Jika anda bernasib baik, anda mungkin dapat melihat Gunung Fuji dari Gunung Takao!

 
Japan Halal Kitchen Dengan set bento dari Japan Halal Kitchen, anda tak perlu menjimatkan masa lagi untuk melihat pokok-pokok sakura. Buat pilihan anda melalui menu yang banyak termasuk Teriyaki Beef, Karaage Chicken dan juga makanan Malaysia seperti Satay dan Beef Rendang.

 
Untuk memesan set bento halal, hantar mesej terus ke Halal Kitchen di Facebook atau email mereka ([email protected]) dan ia akan dihantar terus kepada anda.
 
Bawa set hidangan bento halal yang lazat dengan anda sambil meneroka tempat bunga sakura yang lain di hujunh Tokyo. Tempat yang akan memberikan anda pandangan sama hebatnya (atau lebih baik!) Seperti yang kita nyatakan di atas. Ia juga merupakan peluang yang sempurna untuk meneroka pinggir bandar Tokyo terutama jika anda berada di sana untuk hanya tempoh masa yang singkat.
 
Jika anda melancong ke luar Tokyo atau ke bandar-bandar lain di Jepun semasa perjalanan anda, dapatkan Unlimited JR Pass .
 
Inilah 10 pilihan restoran halal berhampiran tempat bunga sakura di Tokyo untuk anda yang bakal ke sini pada musim bunga nanti! Nikmati keselesaan di mana sahaja anda berada di Tokyo, tidak sukar untuk mencari makanan halal
 
Sumber: Have Halal Will Travel
The post 10 Restoran Halal Di Jepun Berhampiran Dengan Tempat Melihat Bunga Sakura appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/10-restoran-halal-di-jepun-berhampiran-dengan-tempat-melihat-bunga-sakura/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cherry Blossom Jepun 2019 Masa Terbaik Dan Tempat Untuk Lihat Sakura

Cherry Blossom Jepun 2019 Masa Terbaik Dan Tempat Untuk Lihat Sakura

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 1037 hits
Musim bunga akan datang tidak lama lagi Jepun adalah destinasi yang paling atas sekali sebagai destinasi impian semasa musim ini kerana bunga bunga mekar cantik dan semua orang keluar untuk berkelah aktiviti ini juga dikenali sebagai hanami...
Restoran Mamak Ameer Corner Yang Tular Disah Tiada Sijil Halal

Restoran Mamak Ameer Corner Yang Tular Disah Tiada Sijil Halal

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 1026 hits
Insiden yang berlaku di sebuah restoran mamak yang tular di mana pekerjanya ditampar kerana menegur pelanggan merokok membuka pelbagai rahsia lain yang begitu mengecewakan umat Islam Dengan dengan meletakkan ayat al Quran di dalam premis se...
Tiada Peraturan Wajibkan Peniaga Restoran Miliki Sijil Halal Jakim

Tiada Peraturan Wajibkan Peniaga Restoran Miliki Sijil Halal Jakim

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 309 hits
Menurut JAKIM Sijil Pengesahan Halal Malaysia adalah bersifat sukarela dan bukan suatu kewajipan berpandukan Akta Perihal Dagangan 201 Gambar hiasan KUALA LUMPUR Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Mohamad Nordin Ibrahim me...
Mencari Makanan Halal Di Jepun

Mencari Makanan Halal Di Jepun

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 527 hits
Bella rasa mengembara dan melancong adalah minat dan aktiviti yang menyeronokan Bagi sesetengah orang pula ia adalah aktiviti yang wajib dilakukan setiap tahun atau bulan sebagai aktiviti keluarga Bagi Bella pula ia sudah menjadi suatu impi...
Restoran Mamak Popular Terengganu Dikesan Guna Logo Halal Tanpa Kebenaran

Restoran Mamak Popular Terengganu Dikesan Guna Logo Halal Tanpa Kebenaran

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 350 hits
Restoran mamak popular Terengganu dikesan guna logo halal tanpa kebenaran Dikemas kini 11 minit yang lalu middot Diterbitkan
Restoran Mamak Di Syaki Pamer Sijil Halal Tidak Sah Di Serbu

Restoran Mamak Di Syaki Pamer Sijil Halal Tidak Sah Di Serbu

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 248 hits
KUALA TERENGGANU Sebuah restoran mamak yang terletak di sebuah pasar raya besar di bandar raya ini diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna hari ini kerana disyaki cuba mengelirukan pelanggan dengan ...
Kena Buat Tempat Lepak Lepak Untuk Remaja Kata Menteri Agama Hancing Viral

Kena Buat Tempat Lepak Lepak Untuk Remaja Kata Menteri Agama Hancing Viral

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 456 hits
Kajian terperinci dan mendalam perlu dijalankan untuk melaksana dengan sebaiknya cadangan perintah berkurung bagi remaja di bawah 18 tahun dalam usa ha mengelakkan mereka dari terjebak dalam gejala dadah Menegaskan demikian Menteri di Jabat...
Tempat Sewa Baju Kahwin Cantik Di Shah Alam

Tempat Sewa Baju Kahwin Cantik Di Shah Alam

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 1303 hits
Tempat Sewa Baju Kahwin Cantik Di Shah Alam Salam Alhamdulillah Rasa lega sebab majlis belah perempuan dah selesai Majlis belah kali pula tak setel setel lagi sebab takde lagi tarikh yang ditetapkan untuk majlis sebelah Kelantan Hikhikhik s...
60 Tempat Makan Best Sekitar Alor Star Kedah

60 Tempat Makan Best Sekitar Alor Star Kedah

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 1482 hits
Assalamualaikum semua Kat Kedah memang banyak tempat makan best Kalau pi Loqstaq tapi tak pulun masakan orang Kedah mana buleh Tapi nak pi tang mana Banyak orang cakp kedai ni sedap kedai tu sedap Tak payah pening kepala ni ada senarai temp...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024