10 Resepi Masakan Western Untuk Berbuka Puasa



Assalamualaikum & Hi Semua


Salam ramadhan semua! Alhamdulillah bersyukur rasanya sebagai rakyat Malaysia kita hidup aman damai tanpa adanya isu kekurangan makanan. Bantuan sentiasa diberikan kepada golongan yang memerlukan , baik daripada kerajaan mahupun orang perseorangan. 
Heh, btw bulan puasa ni pelbagai jenis menu boleh kita cuba. Bosan dengan masakan kampung, apakata kita cuba pula resepi western. 



1. SWEDISH MEATBALLS ALA IKEA


.
Bahan-bahan:
Meatballs secukupnya (Abang guna brand Marina) goreng atau boleh juga di bake didalam oven.
2 sudubesar butter
2 sudubesar tepung gandum
1 biji bawang holland, dipotong dadu
2 biji tomato dipotong dadu
1 cawan fresh milk
1 cawan air
3 sudubesar sos tomato
3 sudubesar sos tiram
2 sudubesar kicap manis
2 sudubesar lada hitam tumbuk (nak lebih hot add 1 sudubesar lagi)
1 kiub pati daging
1 kiub pati ayam
1 sudubesar gula
.
.
Cara Penyediaan:
1. Cairkan butter dengan menggunakan api perlahan dan tumis bawang besar hingga layu, tapi jangan sampai garing.
2. Masukkan tepung gandum, kacau rata hingga berubah warna menjadi sedikit brownish. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
3. Masukkan fresh milk, air, sos tomato, sos tiram, kicap manis, lada hitam, kiub ayam dan daging serta gula. Kacau rata hingga mendidih dan jangan biarkan sauce berketul.
4. Tutup api dan biarkan sejuk sedikit dan kemudian masukkan ke dalam blender dan di blend hingga halus. Sedia untuk dihidangkan!.
Tips: Gravy ini boleh buat lebih dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan baru blend dia. Dan gravy ini juga boleh dimakan dengan chicken chop. Cuma tambah hirisan mushroom ya.
.
KALAU NAK SHARE,SILA KOMEN “SHARE” (Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda) TQ ^^ 💞💞
.
Selamat mencuba..😋😋
Jangan lupa share..😍😍
.
Sumber : Danish Harraz via Masak Apa Hari Ni (MAHN)


2. MUFFIN TELUR

Bahan-Bahan:
5 biji telur gred B
2 keping Cheese – Boleh guna Cheesedale
1/2 batang carrot – dipotong kecil
Sedikit timun – dipotong kecil
Sedikit lada benggala – dipotong kecil
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam

Cara Penyediaan:
1. Potong sayur-sayuran tersebut atau boleh juga disagat.
2. Masukkan sayuran ke dalam acuan muffin.
3. Taburkan sedikit kepingan cheese ke atas sayuran tersebut dan ketepikan sekejap.
4. Di dalam bekas lain, pukul telur hingga hancur, perasakan dengan sedikit garam dan lada.
5. Tuang telur tadi ke dalam acuan hingga menutupi sayuran tadi (jangan sampai penuh, nanti melimpah)
6. Masukkan ke dalam oven yang telah sedia dipanaskan (suhu 180-200 °C). Bakar selama 20-25 minit dengan api atas bawah.
7. Tunggu hingga sejuk dan hidangkan



3. RESIPI BURGER ‘HOMEMADE’ YANG MUDAH DAN SIHAT
BAHAN-BAHANBahan-bahannya yang diperlukan adalah seperti berikut:2 ketul dada ayam @ daging2 ketul kentang @ carrot2 biji telur1 labu bawang besar1 sudu kecil lada hitam1 sudu kecil lada putih1 sudu kecil garam1 sudu kecil hilal @ kiub ayam1 sudu kecil serbuk soda *3 sudu kecil tepung gandum *2 sudu kecil tepung ubi*CARA BUAT BURGER ‘HOMEMADE’: LANGKAH DEMI LANGKAH
Ini langkahnya:1. KISARKisarkan semua bahan di atas kecuali yang bertanda*
burger-homemade-1
2. CAMPURKAN SEMUA BAHANSetelah dikisar, pindahkan ke dalam bekas dan gaulkannya dengan sebati
Kemudian, masukkan bahan-bahan selebihnya yang bertanda *

3. MASUKKAN DALAM ACUANBentukkan daging burger dengan menggunakan acuan untuk menggoreng telur seperti dalam gambar ini
Pastikan anda melapik bahagian bawah acuan dengan plastik atau apa-apa yang sesuai
burger-homemade-2
4. KUKUSKukuskan daging burger ini selama 15-20 minit, hingga daging burger tadi mula terbentuk

5. SEJUKKANSeterusnya, sejukkan pula di dalam peti sejuk. Kalau ada buat lebih, boleh simpan di bahagian ‘freezer’ untuk disimpan lebih lama
Bila nak makan, baru keluarkan macam biasa

6. BAKARSelepas disejukkan, anda bolehlah membakarnya seperti biasa di atas kuali leper. Siap untuk dihidangkan mengikut citarasa anda

cara buat burgerHIDANGKAN MENGIKUT CITARASAMudah, bukan? Terpulanglah nak bubuh ‘cheese’, salad, tomato, sos dan sebagainya, macam burger yang dibeli di kedai. Tapi kalau di rumah, bolehlah buat ikut selera masing-masing. Lebih puas hti dan berbaloi
Untuk lebih sihat, gunakan kiub / stok ayam yang dibuat sendiri.


4. RESEPI LAMBCHOP BLACK PEPPER

Bahan-bahan utk perap lamb shoulder (Anggaran 7 keping)● 6 keping lamb shoulder● Bahan kisar: 5 cm halia,● 1 cm kunyit hidup,● 4 ulas bawang putih dan● 4 ulas bawang merah● 3 sudu besar madu● 4 sudu besar Sos tiram● 4-5 sudu besar lada hitam kisar● 1/2 sudu kecil serbuk Jintan manis ,● 1/2 sudu kecil jintan putih● 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar,● Sedikit kicap cair penganti garam
Cara menyediakannya1. Masukkan ke semua bahan perap ke dalam bekas
2. Masukkan lamb shoulder ke dalam bahan perapan tadi dan gaul sebati3. Perap lamb shoulder selama 2-3 jam atau semalaman
4. Bakar lamb chop sampai masak. Boleh guna juali leper, kuali serba guna atau bakar atas arang

Bahan-bahan sos:1. Saki baki bahan perapan2. 2 sudu teh sos tiram3. 2 sudu teh sos tomato4. 4 sudu besar lada hitam kisar5. 2 sudu teh brown sugarsemuanya di masak dalam periuk bersama ngan 300 ml air hingga agak mendidih. Sebelum angkat pekatkan black pepper sos ngan bancuhan tepung jagung atau tepung ubi
sedia untuk dihilangkan bersama hiasan yg diingini

Selamat mencuba.... 🙂

5. Resepi Pizza Homemade Lebih Sedap Dari Pizza Hut

Pizza kuali lagi,kali ni utk bekal anak gi sekolah.
100% masak atas api,tak perlu oven.
Resepi utk 5x pizza👇👇
Tepung gandum 1kgAir suam 2 cawanMauripan 1 peketMinyak masak 2 suduGula 1 suduSecubit garam*uli bahan di atas sekurang2nya 5 minit ye😂😂Berpeluh2 la jgk😄
🍕Bahan topping👇👇Sos pasta tradisional-jenama bebas
Boleh letak macam2 topping,Hot dog/ayam/cendawan butang/nanas/tomato/cheese/seafood
Tumis bwg,bila dah wangi..masuk bahan basah yg lain.perasakan dgn garam dan lada hitam-ketepikan

🍕Step by step👇👇1.gaul tepung dgn minyak.
tambah air. uli tepung sekurang2nya 5 minit, bila dah x melekat kat tangan,tutup dgn tuala,rehatkan 1 jam
*sukatan air perlukan 2 cawan, tp 1cawan air tu,tuang mauripan dlm tu,masuk secubit gula..lps 2-3 minit,dah muncul buih2,baru campur dan uli tepung jadi doh

2.slpas 1jam,doh tadi dah naik 2x ganda. Tumbuk2 doh tu biar angin dia keluar
3.bahagi doh pd 5 bahagian atau lebih
4.bentukkan doh,bila dah elok bulat dan leper,letak atas kuali
5.Masak api kecik je. 10-15 minit ikut ketebalan pizza yg anda buat. Tutup dgn tudung periuk
6.klu suka kerak pizza tu rangup,kena masak doh tu dulu sblm isi topping.
7.klu suka lembut gebu mcm roti,letak topping atas doh mentah,baru masak.. susun siap2 atas kuali ye..baru senang sbb x perlu nak angkat2 doh tu..sbb topping tu berat..nanti berat n susah nak letak atas kuali/pan pulak.
8.cheese tu ambil masa 3-4mnit utk cair ye.

*na cpt..buat pkai roti nan/arab.
*resepi doh ni blh buat donut,roti dan pau.

Kredit resepi ini kpd murni rahmat #mahn

6. Spaghetti Carbonara
Bahan-bahan diperlukan:1/2 bungkus spaghetti (tak kisah apa jenis pun)1 tin sos carbonara PregoSedikit isi ayam atau daging(ja guna yang kisar punya)bawang putih (cincang)bawang merah (cincang)mushroom butang (dihiris)1/2 cawan susu segarSedikit daun parsleyGaram secukup rasalada sulah
Cara menyediakan dan memasak:macam biasa laa spaghetti di rebus. (letak sedikit margerin@minyak untuk elak dia melekat). Toskan dan asingkan
tumiskan bawang putih dan merah tadi. dah naik masak masukkan daging kisar tadi. sampai ia masak k
masukkan sos carbonara kacau bersama-sama dengan daging tadi
masukkan mushroom tadi dah gaul hingga sebati
nampak dah pekat sikit masukkan susu segar tadi sediki demi sedikit sampai ia berkrim
letakkan garam sedikit dan lada sulah untuk perasanya,untuk hiasan letak daun parsley di atas sos tuu tadi bila dihidangkan


7. CHEEZY WEDGES KENTANG ALA KFC
CARA BUAT WEDGES KENTANG ALA KFC OLEH SALIMAH OLIEBerikut adalah bahan dan resepi yang diperlukan untuk membuat cheesy wedges ala KFC yang sedap dan lazat

BAHAN-BAHAN4 biji kentang – Kalau tak nak kupas kulit pun tak mengapa. Tapi, pastikan ianya dibasuh bersih ya
Mixed herbsLada sulahGaramTepung jagung (boleh juga guna tepung goreng serbaguna Bestari)cheezy-wedges-3
CARA-CARA1. Potong KentangPertama sekali, potongkan kentang dalam bentuk wedges
2. KukusKemudian, kukuskan kentang supaya agak-agak lembut. Lebih kurang dalam 5-7 minit
cheezy-wedges-43. Gaulkan Mixed HerbsSelepas dikukus, keluarkan dan letak dalam mangkuk. Tabur mixed herbs, lada sulah dan garam. Ini jenama yang saya gunakan. Nak gunakan jenama lain pun boleh
Gaulkan biar sebati
4. Taburkan Tepung JagungSeterusnya, taburkan pula tepung jagung. Gaul sebati

5. GorengGoreng tenggelam dalam minyak hingga kekuningan dan garing. Apabila siap, bolehlah dihidang bersama sos cili atau sos cheesy
Di bawah ini adalah cara membuat sos cheesy homemade

CARA BUAT SOS CHEESY HOMEMADEBerikut adalah bahan dan cara membuat sos cheesy homemade yang boleh anda cuba

BAHAN-BAHAN3-4 sudu makan mentega / marjerin250ml susu segar / susu cair1 sudu makan tepung gandum yang diayak1 kiub pati ayam6 keping keju biasasedikit serbuk lada hitam & lada putihsedikit pewarna kuning (optional)CARA-CARA
1. Panaskan BahanMula-mula, cairkan mentega. Kemudian masukkan susu dan tepung gandum. Kacau sehingga tepung sebati
2. Masukkan Kepingan KejuMasukkan pula kepingan keju, kiub pati ayam dan serbuk lada. Kacau sebati hingga masak
Pewarna kuning boleh ditambah untuk menaikkan warnanya

3. SiapPastikan sos tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Agak-agak dah sesuai, boleh tutup apinya dan terus dihidang bersama kentang wedges tadi. Tambah mayonis pun sedap
* Kalau nak lagi mudah, gunakan terus serbuk cheese segera. Cuma ambil 3 sudu besar serbuk ini dan bancuh dengan air panas. Kacau-kacau hingga ia menjadi sos



8. CARA BUAT MUSHROOM SOUP DAN GARLIC BREAD ALA PIZZA HUT

Menurut Puan Yatie, inilah permintaan anak-anaknya yang demam apabila tak lalu makan nasi. Walaupun nampak simple dan ringkas, tapi tetap menyelerakan

RESEPI MUSHROOM SOUP ALA PIZZA HUTPertama sekali, mari kita lihat cara membuat mushroom soup atau sup cendawan. Bahan-bahannya adalah seperti yang disenaraikan di bawah

Bahan-bahan300ml air500ml susu segar1-2 kiub ayam1/2 sudu teh daun parsley1/2 sudu teh serbuk lada hitam1/2 sudu teh garam1/2 cawan tepung gandum1/2 sudu besar mentega1 tin cendawan butang (potong hiris/cincang)sedikit serbuk perasa
Cara-cara1. Tuangkan air dan susu ke dalam periuk. Tunggu hingga mendidih, dan kemudian barulah masukkan kiub ayam
2. Kacau 2-3 minit dan masukkan pula lada hitam dan cendawan butang. Kacau lagi selama lebih kurang 15 minit
3. Seterusnya, masukkan daun parsley, mentega, dan garam. Kacau lagi dalam 10 minit
4. Bancuhkan tepung dengan air dan kacau supaya tidak berketul. Kemudian boleh tapiskan ke dalam periuk
5. Kacau sebati. Reneh agak lama supaya semua bahan dapat masak dengan elok. Sup akan menjadi pekat. Siap

RESEPI GARLIC BREAD ALA PIZZA HUTBaiklah, sup cendawan dah siap. Sekarang, kita buat pula garlic bread untuk dimakan bersamanya
Bahan-bahanRoti Perancis – hiris (Saya guna roti Gardenia)2 sudu besar mentegaSecubit daun parsley / oregano / mixed herbs1 ulas bawang putih – bakar sekejap dan tumbuk halus
Cara-cara1. Mula-mula, bakar sedikit bawang putih dan tumbukkan halus-halus
2. Selepas itu, campurkan bawang putih yang telah lumat dengan mentega dan daun parsley
3. Sapukan pes ini ke atas roti anda
4. Letak atas kuali leper masak hingga garing & keperangan. Siap untuk dihidangkan


9. RESEPI AYAM GRILL MUSHROOM SOS
Bahan-Bahan (Ayam Grill)1 ekor ayam (potong 4)1 kiub ayam2 sudu besar sos tiram2 sudu besar kicap manis3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)1cm halia(tumbuk kasar)sedikit serbuk lada hitam kasar , oreganoSedikit olive oil/minyak masak
Cara-caranya:-
Bersih ayam dan lap dengan kitchen towel
Bahagian dada/isi cucuk2 sedikit dengan garfu/apa2 yg tajam supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.Kalau nak kelar pun boleh juga
Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah.LiNa Pg guna 1 kiub ayam sebab ayam saiz besar.Kalau ayam kecil atau yg debond guna setengah jer (agak2)Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis
Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk
Letakkan sedikit olive oil supaya ayam tak kering
Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam ayam...memang bestBakar daging sehingga masak.Lina pg guna pan jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus
RESEPI MUSHROOM SOSBahan-BahanCendawan butang1 tin kecil Prego Carbonara CendawanSedikit kiub ayam1 ulas bawang putih (cincang halus)1/2 tin air (guna tin prego tu)Sedikit minyak
Cara-Caranya:-Cendawan butang dibersihkan dan hiris nipisPanaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi dan sedikit kuning
Masukkan hirisan cendawan tumis hingga layu
Masukkan sos carbonara.Tambah air
Masukkan kiub ayam.Masuk sedikit jer.Kacau hingga pekat
Sesuaikan rasa.Tutup api
P/s: Terima kasih sudi membaca & share. Jangan lupa tag nama kekawan uollss dalam komen

Sumber : Resepi Sheila Rusly


10. Resepi Carbonara Meatball Cheese


Bahan-Bahan:Bebola Daging/Ayam1 Tin Sos Carbonara PregoSetengah cawan susu segarSedikit lada hitamKeju MozarellaCapsicum & Bawang Holland
Cara Membuat:1.Bebola daging (nak guna bebola ayam pun boleh) digoreng dulu. Lepas tu goreng pulak capsicum dengan bawang dengan minyak yang sikit ye. Dan lepas tu susun macam ni
2.Tuang Sos Carbonara. Cara masak sos ni, masukkan setin Sos Carbonara Prego dalam kuali. Masak sampai mendidih, lepas tu masuk susu segar lebih kurang setengah cawan, masuk lada hitam hancur jika suka dan siap. Lepas siap masuk sos tu macam dalam gambar
3.Letakkan mozarella cheese dekat atas. Nak letak banyak mana pun boleh Lagi banyak lagi sedap hehe
4.Masukkan dalam oven, suhu 170 darjah celcius, masak dalam masa lebih kurang 10-15 minit. Dan taraaa siap di makan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://nadhiewueen.blogspot.com/2020/05/10-resepi-masakan-western-untuk-berbuka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Koleksi Resepi Nasi Aneka Menu Berasaskan Nasi Penambat Selera Bila Berbuka Puasa

Koleksi Resepi Nasi Aneka Menu Berasaskan Nasi Penambat Selera Bila Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 687 hits
assalamualaikum salam sejahtera dah pun Ramadhan ke 5 alhamdulillah kita semua masih lagi sihat walafiat maintain duduk rumah ye korang semua PKP fasa ke 4 akan bermula maka please la maintain duduk rumah jaga kebersihan hanya ketua keluarg...
Resepi Daging Masak Tomyam Jadi Juadah Berbuka Puasa

Resepi Daging Masak Tomyam Jadi Juadah Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 1012 hits
RESEPI DAGING MASAK TOMYAM JADI JUADAH BERBUKA PUASARasanya yang enak jadi pilihan berbuka hari ini
Resepi Kuih Muih Puding Roti Kek Apam Bijirin Bubur Mudah Dibuat Untuk Berbuka Puasa

Resepi Kuih Muih Puding Roti Kek Apam Bijirin Bubur Mudah Dibuat Untuk Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 1769 hits
Resepi Kuih Muih Puding Roti Kek Apam Bijirin Bubur Mudah Dibuat Untuk Berbuka Puasa Assalamualaikum dan Selamat Pagi hai reader semua Disebab bulan Ramadhan tahun ini kita semua This is a content summary only Visit my website for full link...
20 Resepi Ikan Untuk Juadah Berbuka Puasa

20 Resepi Ikan Untuk Juadah Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 581 hits
20 Resepi Ikan Untuk Juadah Berbuka Puasa Assalamualaikum dan Selamat Petang Salam 21 Ramadhan tinggal 9 hari lagi akan menyambut bulan Syawal Mesti anda tak tahu nak masak apa untuk This is a content summary only Visit my website for full ...
Resepi Sambal Udang Yang Sedap Dan Mudah Disediakan Untuk Berbuka Puasa

Resepi Sambal Udang Yang Sedap Dan Mudah Disediakan Untuk Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 485 hits
Assalamualaikum Menu untuk berbuka Ramai yang kekurangan idea nak masak apa untuk berbuka puasa kan Kalau Cik Rose ada sambal pun dah best Pembuka selera Siapa kata makanan pedas tak sesuai untuk berbuka Kita masak kita adjust sendiri tahap...
Resepi Onde Onde Sedap Menu Pembuka Selera Ketika Berbuka Puasa

Resepi Onde Onde Sedap Menu Pembuka Selera Ketika Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 723 hits
Resepi Onde Onde Sedap Menu Pembuka Selera Ketika Berbuka Puasa Hari ni terlebih rajin jadi terjadilah kejadian onde onde versi Lea Azleeya Ahakz Dah lama nak buat tapi tertangguh tangguh Hari ni baru hati terbuka seluasnya untuk melunaskan...
Resepi Bubur Tepung Pulut Atau Bubur Candil Sesuai Untuk Berbuka Puasa

Resepi Bubur Tepung Pulut Atau Bubur Candil Sesuai Untuk Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 662 hits
Sepanjang PKP tak banyak perkara yang kita boleh buat di dalam rumah Masa ni lah kita nak try mencuba macam macam resepi yang kita tak pernah buat atau yang dah lama kita tak buat Tiba tiba tekak ni pulak dah rasa lama sangat tak makan bubu...
Bujang Tak Tahu Nak Masak Apa Untuk Berbuka Ini 5 Resepi Mudah Untuk Anda Cuba Semasa Bulan Puasa Ini

Bujang Tak Tahu Nak Masak Apa Untuk Berbuka Ini 5 Resepi Mudah Untuk Anda Cuba Semasa Bulan Puasa Ini

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 843 hits
Semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Perkhidmatan dilanjutkan lagi sehingga 12 Mei Antara yang terkesan dengan pengumuman ini adalah anak bujang yang berada diperantauan tida...
Menu Berbuka Puasa Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Berempah

Menu Berbuka Puasa Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Berempah

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 1238 hits
Assalamulaikum Sabtu 9 Ramadhan Hampir satu pertiga bulan Ramadhan Alhamdulillah Tahun ini Ramadhan tanpa bazar Ada yang terkesan bila tiada bazar Ramadhan Kali ini ramai yang mula memasak sendiri Mahir atau tidak tolak ketepi Kita masak ap...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching