Kari Sotong Vs Ayam Goreng


 Assalamualaikum WBT
PUSING-PUSING tu jer la lauk yang dimasak kat rumah Sk ni. Tak kari, sambal.. Tak sambal kari 😆. Kari.. sambal.. kari.. sambal. Kalau ada cadangan lauk lain, akan terdengarlah suara bantahan. Macam semalam, kununnya nak la masak Udang Masak Lemak Cili Api. Dia punya tanak lauk tu sanggup pulak makan nasi lauk kari kat kedai mamak. Rasakan, tak sedap lauk kari mamak tu, hahahaha.

Pak Inche minta masakkan Sotong Masak Kari. Sk terus teringatkan sotong yang biasa Sk makan di Restoran Nasi Kandar yang dimasak seekor-seekor. Tiba-tiba tengah mem-blog ni, teringat jugak semasa Sk bekerja di Medan Cahaya yang bersebelahan Danga City Mall. Danga City Mall tu dulu masa mula-mula dibuka namanya Best World. Kalau nak makan tengahari, Sk selalu tapau di sebuah restoran terbuka seberang jalan besar dan lauk pilihan Sk adalah Kari Sotong. Sotongnya besar dan dimasak seekor-seekor. Pak Inche dan Iman pulak, tak suka sotong seekor-seekor, mesti nak dipotong-potong. Tu nanti, masa makan pun, sotong tu, dorang gigit bagi lagi kecik. Tu yang selalu kalau masak sotong dua ekor pun tak habis 😆

Jadi, kali ni, Sk memang tak potonglah sotongnya. Sotong pulak ada tiga ekor. Kira sorang satu ekor, kan. Iman pulak dapat panggilan pulau, ada perjumpaan dengan rakan kelab di Restoran Kawd. Lepas siang dan bersihkan sotong, Sk sumbat semula kepala sotong dalam badan dia, kemudian kelar-kelar dengan pisau. 
Nak dapatkan rasa kari sotong sama macam restoran nasi kandar, kenalah masak rempahnya pekat-pekat. Biarkan rempah masak sampai terbit minyak, masukkan garam dan asam keping, biar betul-betul sebati, barulah letak sotong pelan-pelan dalam kuali. Kemudian cedok rempah kari tuang atas badan sotong. Air yang keluar dari sotong tu, kacau pelan-pelan dengan hujung senduk, jangan bagi sotong bergerak, nanti tak cantik pulak bentuk badan sotong yang kita dah kelar-kelar tadi. Masak dalam lima minit, apabila sotong dah berhenti keluarkan air, bolehlah  matikan api


Macam selalu la ya, Pak Inche tak balik berlenggang, dia bawa ayam seekor. Nak makan Ayam Goreng dengan Kari Sotong. Dia tahu, Sk marah ya kalau dah siap masak kemudian ditambah kerja nak mencuci dan menggoreng ayam tu. Jadi, dialah buat semua, cuci, tos dan bahagikan potongan ayam masukkan dalam bekas-bekas sebelum simpan dalam freezer. Kemudian beberapa ketul ayam lagi diperap dengan serbuk kunyit, garam dan pes cili. Lepas tu buat muka kesian mintak tolong gorengkan


Makan dua berdua ajelah, Imannya dah keluar jumpa rakan kelab. Tahulah, di U kena dan wajib join kelab untuk tambah markah merit. Iman nak tinggal di kolej kediaman insyaAllah, sampai habis belajar. Walaupun rumah dekat tapi azab oi nak mengadap jalan sesak. Dari rumah nak sampai u aje kena berhenti di enam persimpangan lampu isyarat. Tu belum lagi nak kena lalu depan sekolah. Jadi, kenalah mengaktifkan diri. Masa mula-mula dulu, Iman join Kelab Teater. Sekarang dah tukar kelab lain pulak sebab tak larat, setiap kali ada plan persembahan, kena balik pukul 3 - 4 pagi untuk siapkan props. 
Aaaaa... Nanti Sk cerita la ya, Iman join kelab apa pula 😆


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/08/kari-sotong-vs-ayam-goreng.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayam Goreng Sambal

Ayam Goreng Sambal

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 227 hits
Bahan bahannya Bahan mesin 1 inci halia1 biji bawang besar3 ulas bawang putih1 2 ekor ayam dicuci digaul dgn garam kunyit dan digoreng hingga masak6 sudu makan cili kisar1 sudu makan asam jawa dicampur dengan 1 cawan air1 biji bawang besar ...
Sotong Goreng Bersama Cauliflower

Sotong Goreng Bersama Cauliflower

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 168 hits
Assalamualaikum Hai semua Apa khabar Menu sotong jarang sangat ada kat rumah LM ni semenjak perasan Syahim akan dapat serangan Asthma jika terlebih makan sotong Dia ni suka meratah bila ada lauk sotong Untuk mengelakkan dia dari makan terla...
Resepi Ayam Goreng Rangup Dengan Bawang Putih

Resepi Ayam Goreng Rangup Dengan Bawang Putih

papar berkaitan - pada 22/8/2023 - jumlah : 403 hits
Resepi Ayam Goreng Rangup Dengan Bawang Putih Ayam goreng adalah menu paling digemari oleh kita semua tak kira tua atau muda Dan bahagian paling yummy bila digoreng adalah kepak Tapi kalau nak cari kepak je agak leceh la kan so kami nak bua...
Resepi Kari Ayam Pekat

Resepi Kari Ayam Pekat

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 272 hits
kari ayamBAHAN BAHAN 12 ketul ayam2 biji kentang potong 41 1 2 labu bawang besar saiz besar hiris6 ulas bawang putih hiris3 inci halia hiris1 asam keping1 kotak santan kotakAir secukupnya10 sudu besar rempah kariKayu manis bunga lawang buah...
Kari Ayam Mamak

Kari Ayam Mamak

papar berkaitan - pada 12/8/2023 - jumlah : 218 hits
Bahan bahan Bawang merah 8 biji Bawang putih 4 biji Kunyit seperti 1 biji bawang kecik Halia seperti 2 biji bawang kecikBahan di atas hendaklah di mesin Rempah kari ayam 3 senduk Cili giling 3 sendukMasukkan dalam mangkuk dan dicampurkan de...
Sambal Tumis Ayam Udang Goreng

Sambal Tumis Ayam Udang Goreng

papar berkaitan - pada 22/8/2023 - jumlah : 202 hits
Assalamualaikum WBTMASAK Sambal Tumis Ayam sehari selepas balik dari Ipoh Boleh dikatakan sekarang hampir setiap malam makan di rumah kecuali jika tiada Siaran Langsung liga bola sepak Malaysia Sebagai penulis sukan Pak Inche perlu mengikut...
Ayam Goreng Lemon Sunquick Resepi Paling Mudah Dan Senang

Ayam Goreng Lemon Sunquick Resepi Paling Mudah Dan Senang

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 261 hits
Resepi Paling Mudah Dan Memikat Selera Anak anak Ayam Goreng Lemon Sunquick antara resepi paling mudah dan senang untuk disediakan dan paling penting ianya juga The post appeared first on
5 Resepi Cara Masak Nasi Ayam

5 Resepi Cara Masak Nasi Ayam

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 260 hits
Cara masak nasi ayam ni macam senang Tapi entahlah kadang kadang bila buat nasi ayam rasa macam nasi ayam kami tu kurang kick Erm banyak kali juga kena try and error cara masak nasi ayam sampai kena dengan selera kami sekeluarga Contents 5 ...
Tapi Masa Ko Jadi Pm Ayam Mahal Teloq Tak Dak Bab Lain Tak Mo Sembang Lagi

Tapi Masa Ko Jadi Pm Ayam Mahal Teloq Tak Dak Bab Lain Tak Mo Sembang Lagi

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 262 hits
Mahiaddin Kluster Mahkamah ni kata dulu pergi ke pasar RM100 boleh dapat satu troli tu zaman bila Kalau zaman 90an itu masa DS Anwar jadi Menteri Kewangan Masa tu mungkin la Tapi selepas Mahathir pecat DS Anwar manakala si Kluster Mahkamah ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash