Baby Tauhu Bergedil Ayam Murah Dan Sedap
Hari Sabtu lepas cuaca sejuk je sebab mendung dan hujan lebat turun agak lama jugalah. Dan bila hujan, auto perut jadi lapar. Bila hujan reda, encik suami keluar membeli makanan untuk minum petang. Tapi macam dah lewat petang jugalah pukul 4 lebih macam tu.
Biasanya waktu macam ni banyak kuih muih dah habis. Encik suami kata nanti dia beli je lah apa-apa yang ada. Saya pun mengiyakan je lah.
Balik rumah, encik suami beli baby tauhu bergedil ayam, kek coklat moist dan roti jala pandan dengan kaya pandan. Tapi roti jala tu peniaga bagi. Katanya vendor yang hantar roti jala tu sedekah kepada pembeli. Alhamdulillah, rezeki kami lah.
Ini pertama kali makan tauhu bergedil versi baby. Baby tauhu pun ada! Baby tauhu bergedil ayam ni saiz dia taklah baby sangat, kira besar jugalah saiznya macam nak sama besar dengan saiz tauhu begedil yang biasa tu.
Baby tauhu ni dia berbentuk bulat guna tauhu kering bulatlah tu kot. Bukan jenis bentuk petak empat segi sama tu.
Satu pek Baby tauhu bergedil ayam ada 10 biji dengan harga RM6. Kira murah jugalah tu kan. Sekali dengan sambal kicap dan hirisan cili
Sambal kicap dia pekat dan sedap. Makan dengan cili api dia, humangaiii podeh! Pedas yang sedap lah bagi pempedas. Puas hati makan macam ni. Memang berbaloilah rasa dan harga tu. Nak buat bergedil bukan mudah. Leceh juga nak membuatnya.
Isi pula padat. Lupa pula nak digambarkan isi dalamnya. Lain kali beli boleh tunjuk dalam dia pula. Terima kasih pembuat tauhu bergedil yang sedap dan murah harganya. Maklumat lanjut pembuatnya, ada dalam sticker pada gambar di atas sekali.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2023/08/baby-tauhu-bergedil-ayam-murah-dan-sedap.html