10 Resepi Daging Masak Berkuah Yang Menarik Untuk Dicuba



10 Resepi Daging Masak Berkuah Yang Menarik Untuk Dicuba | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Korang sedang mencari resepi masakan daging? Ada daging dalam peti ais tapi tak tahu nak masak apa? Korang jangan risau, hari ini Sha nak kongsikan beberapa resepi berasaskan daging. Kalau korang nak tahu, daging adalah makanan utama kegemaran Sha. Tetapi sekarang tak sekerap dahulu Sha mengambil lauk-pauk menggunakan daging ini atas faktor kesihatan. Bukan apa, kalau Sha dah mula makan daging memang seminggu berturut-turut Sha akan makan daging. Jadi untuk kali ini Sha nak kongsi resepi daging berkuah. Maklumlah kalau nak masak, kenalah fikir juga matching-matching lauk pauk supaya kena dengan selera. Kalau dah yang lain berkuah takkan nak masak daging berkuah juga kan
  Resepi Daging Yang Paling Menarik Untuk Dicuba
  -------------------------   1   ------------------------ Resepi Sup Daging Siam 1 kilo daging bercampur tulang lembu6 biji kentang3 biji buah tomatoJus perahan limau nipis secukupnya1 pokok daun sup1 batang saderi
Garam secukup rasaAir secukupnya Air perlu banyak untuk merebus tulang dan daging sehingga empuk
 3 sudu besar rempah sup2 biji bawnag merah1 biji bawang besar3 ulas bawang putih1 inci halia1 inci lengkuas2 batang serai dititik5 biji cili api (Jika suka pedas)
Cara Memasak Sup Daging Siam
Semua bawang, halia, lengkuas dikupas kulit dan di mayang halus. Kupas semua ubi kentang dan dipotong empat. Tomato juga dipotong empat

Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang tadi kemudian masukkan rempah sup. Kacau semua bahan ini hingga wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk. Masukkan serai, cili api dan semua tulang/daging, biarkan hingga mendidih

Masukkan jus perahan limau nipis secukupnya ikut citarasa masing-masing kalau suka lagi masam tambah lagi jus limau nipis

Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekala sehingga daging masak serta menjadi empuk. Kemudian masukkan semua ubi kentang. Biarkan ubi kentang empuk dan barulah dimasukkan buah tomato, bila buah tomato nampak layu bolehlah ditutup api dapur dan tabur daun sup yang sudah di potong halus ke dalam sup

-------------------------   2   ------------------------ Resepi Paprik Daging Bahan-Bahan:
1/2 kilo daging potong dan rebus sampai empuk. Simpan air rebusan
2 senduk besar cili blend. Kurangkan kalau tak suka pedas
1 senduk besar cili sos
1 senduk besar sos tiram
3 ulas bawang putih di ketukSebiji bawang besar di potong dadu
Sebiji bawang besar untuk hiasan
Sayur ikut citarasa sendiri
Daun limau purut
Tomato dibelah 6
Cili api dan cili merah untuk hiasan
Garam gula dan perasa secukupnya

Cara-cara memasak daging paprik
Tumis bawang hingga naik baunya
Masukkan cili blend dan di tumis seketika
Masukkan cili sos dan sos tiram
Masukkan daging dan air rebusan
Masukkan sayur dan bahan-bahan yg lain
Perasakan secukup rasa
Kalau pekat tambah sedikit air
 -------------------------   3   ------------------------ Resepi Daging Masak Palembang Bahan-bahan : 700 gram daging - potong lebar dan nipis2 batang serai - dititik500ml santan pekat1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang1 sudu besar sos tiramminyak Bahan (dikisar):   1 biji bawang besar 5 biji bawang merah3 ulas bawang putih2 cm haliaLengkuas 3 cm15 biji cili kering Rempah Penumis : 3 cm kulit kayu manis2 kuntum bunga lawang2 kuntum bunga cengkih3 biji buah pelaga Cara-cara Menyediakan: Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak. Masukkan daging dan gaul sebati.  Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.  Masukkan kicap dan diikuti dengan santan.  Biarkan masak hingga daging mula empuk.  Kacau sekali sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat. Sesuaikan rasa.Hidangkan. -------------------------   4  ------------------------   Resepi Daging Briyani Bahan-Bahan: 1 kg daging lembu, dipotong3 ulas bawang besar, dihiris nipis3 sudu besar minyak sapi, atau boleh gantikan dengan minyak masak4 sudu besar rempah briyani1/2 cawan bawang goreng1 senduk kecil tomato puri3 biji tomato, dihiris3 sudu besar serbuk badam1/2 cawan tairu atau susu cair Bahan untuk dikisar: 4 ulas bawang putih2 inci halia4 biji cili hijau4 biji cili merah Bahan untuk ditumis: 5 kuntum bunga cengkih4 buah buah pelaga1 batang kayu manis Cara Penyediaan: Gaulkan daging bersama bahan yang dikisar. Perap selama lebih kurang satu jam.Panaskan minyak, bahan tambahan untuk ditumis dan masak hingga naik bau. Kemudian masukkan rempah briyani dan masak hingga pecah minyak.Masukkan daging, tomato puri, tomato hiris, bawang goreng dan sedikit daun ketumbar. Kacau seketika hingga sebati.Masukkan sedikit air dan tairu ataupun susu cair dan serbuk badam. Masak sehingga empuk dan kuah menjadi pekat.  
-------------------------   5  ------------------------ Resepi Daging Masak Kuzi Bahan-bahan: 1 kg daging di potong 204 sudu makan minyak ghee2 sudu makan susu pekat½ sudu teh garam1 Kulit kayu manis2 buah pelaga2 bunga lawang2 bunga cengkih750 ml udara Bahan (dikisar): 15 ulas bawang putih2 inci halia - dikisar½ biji bawang merah | di buat bawang goreng4 sudu makan rempah kuzi½ tin susu cair3 sudu makan sos tomato100 gm biji badam | buang kulit100 gm kismis100 gm badam serbuk Cara-cara Menyediakan: Panaskan minyak ghee di dalam kuali.Tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih.Masukkan daging dan udara, makan daging masak sehingga empuk.Sekiranya air kering tambahkan air lagi sehingga empuk.Kemudian masukkan serbuk rempah kuzi dan sedikit air.Apabila naik minyak masukkan bawang goreng yang di kisar, biji badam, kismis, sos tomato, susu cair, susu pekat dan garam. Gaul sebati sehingga pekat.Waktu kuah sudah pekat tambahan pula serbuk badam yang digaul rata.Angkat dan sedia dihidangkan -------------------------   6   ------------------------  Resepi Daging Masak Merah Bahan-bahan:

1 kg daging
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
Segenggam cili padi
1 batang carot
10 tangkai cili kering di blend dengan 3 bji bawang merah dan 3 biji ulas bawang putih
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tiram
Kicap secukupnya

Cara:

1kg daging dihiris nipis, direbus dengan pewarna merah
Daging yang dah direbus, digoreng pula
Tumis bahan bahan di atas
Kemudian masukkan bahan bahan rencah
Tabur daun sup sebagai hiasan dan siap untuk di makan
 -------------------------   7   ------------------------  Resepi Daging Masak Kurma BAHAN-BAHAN:

500 gm daging | dihiris nipis
50 gm serbuk kurma
2 biji cili hijau | dibelah dua
2 kuntum bunga lawang
2 cawan santan
2 ulas bawang kecil | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
1 ulas bawang besar | dihiris
1 batang kulit kayu manis
Sedikit air
Minyak masak
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Rebus daging hingga lembut dan ketepikan.
2. Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bawang kecil, bawang besar dan bawang putih sehingga berbau harum.
3. Kemudian masukkan serbuk kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air.
4. Tumis seketika sehingga pecah minyak dan kemudian masukkan daging yang telah direbus tadi.
5. Gaul rata sebelum dimasukkan santan, cili hijau dan perasakan dengan garam.
6. Biarkan mendidih dan kuah agak pekat.
7. Sedia untuk dihidang
 -------------------------   8   ------------------------ Resepi Daging Masak Kandar Bahan-bahan :

1 kilo daging
20 ulas bawang kecil (dihiris)

Bahan yang perlu dibasuh dan direndam sampai kembang :

1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
7 biji buah pelaga
10 kuntum bunga cengkih
15 tangkai cili kering (direbus)
2 labu bawang besar
1/2 labu bawang putih
2 inci halia (kesemua ini dikisar bersama bahan yg direndam diatas)

***bahan-bahan yang direndam, airnya itu kisarkan sekali. Jangan buang airnya.

1 cawan sos tomato
1 cawan kicap pekat
2 sudu besar kerisik
4-5 tangkai daun kari
Sedikit gula, garam, kiub ayam/ daging

Cara-cara :

1) Tumis bawang dan daun kari hingga kekuningan

2) Masukkan bahan-bahan kisar dan tumis hingga garing. Kemudian masukkan daging. Kecilkan api biarkan sehingga air daging hampir kering dan ketika daging hampir lembut masukkan kicap, sos tomato, kerisik, gula, garam, kiub dan masak sehingga kering.

3) Kalau suka boleh ditambah bawang besar yang dipotong bulat. Kemudian masukkan diakhir sekali. -------------------------   9   ------------------------  Resepi Daging Salai Masak lemak Cili Api Bahan-Bahan:

Bahan-bahan utama :
1 kg daging salai
15 biji belimbing buluh
4 batang serai dititik
Semangkuk santan segar
3 keping asam gelugor
Bahan-bahan kisar :
4 ulas bawang merah
Segenggam cili padi kampung (lebih pun boleh)
1 inci belacan
1 inci halia
2 inci kunyit hidup

Cara-cara :

Masukkan kesemua bahan kisar kedalam periuk berserta daging salai dan renih sebentar sambil digaul dengan sudip
Tuangkan santan kedalam periuk bersama serai dan asam keping. Sentiasa kacau
Bubuh garam dan serbuk perasa jika suka
Apabila mendidih, masukkan pula belimbing dan kacau rata. Masak diatas api perlahan sehingga belimbing lembut -------------------------   10   ------------------------ Resepi Daging Masak Kari BAHAN-BAHANNYA :

600 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
4 biji kentang saiz sederhana, kupas belah 4 setiap 1 dan rendam
1 biji tomato, belah 6
1 keping asam gelugor
2 camca besar kerisik
1 camca besar cili kisar
2 1/2 camca besar penuh rempah kari daging (mat guna jenama Baba's)
1 liter santan cair
300 ml santan pekat
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa

BAHAN TUMIS :

1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 tangkai dan kari, dilurut

BAHAN KISAR HALUS :

7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3/4 inci kunyit hidup
2 keping hirisan nipis lengkuas

CARA MEMBUATNYA :

Bancuh rempah kari bersama bahan2 kisar halus hingga menjadi pes. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukkan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak, guna api sederhana dan dikacau selalu.
Masukkan daging dan kacau rata. Masak hingga daging kecut. Masukkan kentang, gaul rata dan tuang santan cair. Biar mendidih dan masak hingga kentang empuk. Masukkan asam gelugor dan santan pekat. Kacau rata

Tambah garam secukup rasa dan juga gula melaka, masak sekejap. Tambah tomato, kacau rasa dan jika ok, matikan api. Biar tomato masak dalam kuah kari tadi. Hidangkan -------------------------   CLOSED   ------------------------ Semua resepi masakan daging di atas adalah jenis yang mempunyai kuah atau basah. Jadi sesuailah kalau nak masak lauk-pauk daging untuk di padankan dengan lauk kering lain yang bersesuaian. Jujur cakap daging adalah lauk yang digemari oleh Sha dan arwah ayah. Bila masak daging, pasti teringat saat-saat arwah ayah ada

Lepas ini korang tak perlu pening-pening lagi. Ada daging tapi tak tahu nak masak apa? Kalau tak cukup 10 resepi masak daging yang Sha kongsikan ini, korang boleh tengok sini pulak -----> https://www.shalimaryusof.com/2018/04/5-resepi-masakan-daging.html . Kat sini pun Sha ada kongsi lauk paling Sha suka iaitu Gulai Daging Daun Kaduk.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shalimaryusof.com/2021/04/10-resepi-daging-masak-berkuah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Pucuk Paki Masak Lemak Cili Api Udang

Resepi Pucuk Paki Masak Lemak Cili Api Udang

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 835 hits
Dapat makan masak lemak pucuk paku dengan udang serius layan silap2 tambah 2 3 kali pon tak sedar Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api Udang Bahan bahannya1 2 ikat pucuk paku2 Kunyit3 Cili padi mengikut kepedasan yg kita suka 4 Serai 5 Udang6 Sa...
Pengalaman Membela Cendawan Kukur Dan Resepi Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api Dengan Telur Itik Dan Pucuk Ubi

Pengalaman Membela Cendawan Kukur Dan Resepi Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Api Dengan Telur Itik Dan Pucuk Ubi

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 474 hits
Bulan lepas aku mendapat pengalaman membela bongkah cendawan kukur yang di beli dari laman shopee Seronok jugalah merasa melihat pertumbuhan cendawan kukur di bongkah yang berisi habuk kayu dan benih cendawan ini Aku beli 3 bongkah bahan pe...
Resepi Babat Masak Kari

Resepi Babat Masak Kari

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 1487 hits
Video masakan babat masak kari simple dan sedap Anda kena cuba Penyediaan cukup ringkas Resepi babat Babat ni ada yang panggil perut sapi atau perut lembu Resepi babat masak kari ni menjadi kesukaan hidangan sekeluarga Selain dikicap babat ...
Resepi Kerang Masak Lemak Cili Api

Resepi Kerang Masak Lemak Cili Api

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 811 hits
Kerang antara makanan laut kegemaran saya terutamanya kerang bakar dan kerang rebus serai Macam ni boleh habis sekilo kerang gamaknya ada jugak orang yang tidak boleh makan kerang Alahan katanya Antara resepi kerang yang pernah saya cuba ad...
Resepi Ikan Puput Masak Kicap

Resepi Ikan Puput Masak Kicap

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 889 hits
Video masakan ikan puput Ikan popot masak kicap simple dan sedap Anda kena cuba Penyediaan cukup ringkas Resepi ikan Ada yang panggil ikan popot ikan puput bulan ikan puput melaka ikan beliak mata mahupun fish of puput Resepi ikan puput mas...
Resepi Ikan Tenggiri Masak Lemak Bersama Peria Kambas

Resepi Ikan Tenggiri Masak Lemak Bersama Peria Kambas

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 579 hits
Assalamualaikum Dan Selamat Pagi Salam 3 Ramadhan ada tak dekat sini peminat Peria tak kisahlah peria apa Peria Katak Peria Kambas semua Bonde Suka he he he pahit tu adalah penawar This is a content summary only Visit my website for full li...
Resepi Unga Masak Asam Untuk Bersahur

Resepi Unga Masak Asam Untuk Bersahur

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 415 hits
Resepi Unga Masak Kuah Asam Untuk Bersahur Kalau makan sahur kami sekeluarga suka menu yang ada kuah sikit tak lah setakat makan ayam atau ikan goreng Bila ada kuah mata segar sikit kan tapi itu semua terpulang kepada citarasa masing masing...
Resepi Masak Lemak Cili Padi Kulat Sisir Dengan Isi Kerang Yang Menyelerakan

Resepi Masak Lemak Cili Padi Kulat Sisir Dengan Isi Kerang Yang Menyelerakan

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 579 hits
Resepi Masak Lemak Cili Padi Kulat Sisir Dengan Isi Kerang Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua Sebulan yang lepas Sha hadir di suatu program bersama klien dan pemimpin masyarakat Selepas selesai tugas Sha dan kawan kawan yang lain tak...
Hiburan Untung Jualan Guna Untuk Baiki Masjid Syatilla Melvin Kini Berniaga Nasi Daging Telentang

Hiburan Untung Jualan Guna Untuk Baiki Masjid Syatilla Melvin Kini Berniaga Nasi Daging Telentang

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 394 hits
Enggan mengambil keuntungan secara penuh jualan produk terbarunya Nasi Daging Telentang hasil kerjasama bersama LB Creuset Syatilla Melvin berkata dia ingin menggunakan hasil jualan produk makanan itu untuk membantu menyambung pembinaan sem...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025