10 Rahsia Hilangkan Parut Jerawat
10 RAHSIA HILANGKAN PARUT JERAWAT. Parut jerawat sememangnya mengusarkan hati kan, lagi-lagi hati seorang perempuan. Haa, siapa nak tau cara mudah yang mungkin korang boleh gunakan untuk memudarkan sekaligus menghilangkan parut jerawat yang bermaharajalela. Jom baca.
10 rahsia hilangkan parut jerawat. Gambar diubahsuai dari carian Google.
1. Aloe vera atau lidah buaya.
Semua orang tau lidah buaya kaya dengan vitamin semulajadi yang boleh bantu pulihkan kulit dan hilangkan parut secara beransur-ansur.
Aloe vera ni jugak bersifat lembut, so susah nak overdose walaupun kita letak banyak-banyak. Tapi tak perlu banyak pun sebenarnya, sikit cukup dah ok.
Caranya, patahkan daun, ambil lendirnya pastu sapukan ke muka. Biarkan lendir atau gel semulajadi itu selama setengah jam, kemudian cuci muka macam biasa.
2. Baking soda.
Nama lain dia natrium bikarbonat. Bahan ni ada kat semua rumah, sebab banyak guna dia. Antaranya hilangkan parut jerawat ler.
Khasiatnya, baking soda ini menyerap masuk ke dalam pora kulit dan membersihkannya dan juga mengelakkan jerawat baru naik.
Caranya, campurkan 2 sudu teh baking soda dengan sedikit air, jangan cair sangat. Bagi pekat, macam pes tu. Pastu lumurkan campuran ini ke muka korang di mana paling banyak parut.
Pastikan korang cuci muka guna moisturizer lepas basuh baking soda. Buat setiap dua hari sekali.
3. Minyak kelapa dara.
Di pasaran sekarang banyak je kot virgin coconut oil atau minyak kelapa dara ni. Sememangnya dia ni lebih berkhasiat daripada minyak kelapa biasa sebab cara penghasilan minyak yang tak guna haba.
Caranya, titiskan minyak kelapa dara ke tapak tangan korang dan biarkan suhu badan korang memanaskannya. Urut perlahan-lahan muka korang dengan minyak, dan biarkan je, tak perlu cuci. Dia akan terus bekerja keras pulihkan kulit korang daripada parut jerawat. Kalau rimas, biarkan setengah jam sebelum cuci dengan cleanser biasa.
4. Timun.
Timun ni kat dalam dia memang banyak air, pastu ada vitamin A, vitamin C, dan magnesium. Benda ni semua yang terbaik dan bagus untuk kulit korang.
Caranya, hiris timun segar pastu tempekkan pada kulit muka yang berparut. Biarkan setengah jam, kemudian bilas dengan air sejuk. Buat setiap hari sehingga parut hilang.
5. Madu.
Madu ni adalah raja segala makanan. Tapi malangnya kebanyakan madu kat pasaran adalah madu yang diproses, dan telah hilang khasiat perubatannya. So, ke cari madu lebah asli, kalau tak petua ni tak jadi.
Caranya, ambil madu lebah asli sedikit sahaja cukup-cukup untuk urutkan kulit muka. Jangan banyak sangat. Madu liar ni panas. Dah urut, biarkan sahaja. Tak payah bilas. Biarkan mukjizat Nabi Ayub ni laksanakan tugasnya!
6. Lemon.
Lemon adalah asid alfa hidroksil semulajadi, iaitu sejenis asid AHA yang fungsinya khusus untuk membantu kulit baru tumbuh seterusnya mengurangkan parut jerawat.
Caranya, perah sedikit jus lemon ke dalam mangkuk. Kalau kulit korang sensitif, cairkan dengan air sejuk. Kalau tak, tak perlu cairkan. Gunakan kapas, sapukan ke muka dan biarkan kering. Setelah kering, bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari.
7. Ubi kentang.
Tahukah korang jus ubi kentang sebenarnya kaya dengan vitamin dan mineral? Pastu, kanji dalam ubi kentang juga boleh menghaluskan kulit wajah.
Caranya, hiris kentang nipis-nipis dan tempekkan kepada kulit muka. Kalau nak, boleh juga buat hirisan tebal dan urutkan pada bahagian berparut. Biarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum dibilas dengan air suam. Amalkan sekali sehari.
8. Bedak sejuk.
Bedak sejuk memang popular sebagai cara tradisional untuk kesihatan kulit muka. Bedak sejuk menyerap minyak dan mengosongkan pora, dua punca utama jerawat.
Caranya, tumbuk sikit bedak sejuk dan campurkan dengan air. Buat pekat-pekat. Lumur dan urutkan campuran pada kulit muka dan biarkan semalaman. Pagi sebelum solat Subuh basuh dengan air sejuk. Amalkan setiap hari.
9. Air tebu.
Air tebu mengandungi asid glycolic, juga sejenis asid AHA seperti jus lemon tadi. Ia menghilangkan sel mati dan menggalakkan pertumbuhan sel baru.
Caranya, campurkan 2 bahagian air tebu dengan satu bahagian minyak zaitun. Titiskan sedikit jus lemon, dan sapukan pada kulit muka. Biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan moisturizer. Amalkan sekali setiap dua atau tiga hari.
10. Vitamin E.
Ini yang paling mudah. Semua sedia maklum bahawa Vitamin E memang vitamin penjaga kulit.
Caranya, pecahkan kapsul vitamin E yang dibeli di farmasi. Biasanya vitamin E dijual dalam bentuk minyak. Lumurkan minyak tersebut pada kulit muka yang berparut. Biarkan 15 minit dan cuci dengan moisturizer.
Moga bermanfaat.
#copypaste
Kredit grup telegram PetuaDankesihatan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2021/10/10-rahsia-hilangkan-parut-jerawat.html