10 Petua Dari Dapur Yang Pembaca Perlu Tahu Mujarabnya Jika Selalu Diamalkan
SERI WANGI nak bagi Petua yang seri wangi baca kat majalah majalah, buku-buku dan suratkhabar, seri wangi ni memang membaca majalah-majalah wanita sebab banyak manfaat yang Seri Wangi rasa macam nak kongsi dengan pembaca blog seri wangi ni. Kadang-kala bukannya semua orang suka membeli, tumpang membaca adalah agaknya, sememangnya seri wangi suka membaca dari dulu lagi, apatah lagi kalau majalah tu ada contest, lagilah suka muncubanya.
Petua yang Seri Wangi nak bagi ini memang bagus untuk dicuba nanti kebanyakannya ada di dapur kita:
1. Ulam Kekal Rangup - Supaya ulam kekal rangup, rendamkan ulam selama beberapa minit dalam air yang telah dicampur sedikit cuka dan air limau nipis, biarkan seketika dan ia akan kekal lama dan sedap.
2. Elak Rasa Pahit Pucuk Betik - Untuk menghilangkan rasa pahit pucuk betik, cuci dulu pucuk betik, kemudian direbus. Ketika hamnpir empuk masukkan air asam jawa atau asam keping.
3. Sup Lebih Pekat - Sup akan cair sekiranya terlalu banyak air digunakan, untuk memekatkan kuah sup, masukkan kentang yang telah direbus serta dilecek ke dalam sup tersebut, didih hingga pekat.
4. Jemput-Jemput Pisang - Suka makan jemput-jemput? Kalau nak bagi lebih lembut dan sedap, campur tepung gandum dengan sedikit sodium bikarbonat dan air suam, jemput-jemput akan lembut dan sedap. Kalau yang dah tau tak kisahlah...kan?
5. Masalah Jerawat - Mereka yang ada masalah jerawat, ambil daun bunga melur dan tumbuk hingga lumat dan sapukan kat muka tiga kali seminggu. Susah nak cari bunga melur? Kalau nak cantik pandai-pandailah usahakan? Beli aja kat Nursery Bunga tu dan tanam, biasanya rumah India banyak tanam bunga melur ataupun kat India yang jual bunga-bunga.
6. Menghilangkan Selulit - Ini yang orang perempuan suka yang banyak selulit kat peha dan kat lengan. Ambil dua cawan kopi, setengah cawan gula atau garam laut dan dua hingga tiga sudu minyak urut dan campurkan semuanya kemudian sapukan kat bahagian yang banyak selulit tu, lalu urut selama tiga minit. Lakukan tiga kali seminggu, kalau rajin buat, adalah hasilnya. Kalau malas nak buat, call aje seri wangi untuk urut, tanggung beres punya.
7. Payu Dara Lebih Pejal - Hah...yang ni orang perempuan pasti suka, lebih-lebih lagi yang dah beranak-pinak. Senang je ambil dua sudu madu, sebiji telur, ambil kuningnya dan dua sudu susu tepung. Gaul hingga sebati. Kemudian masuk dalam peti sejuk selama 30 minit. Sapukan di bahagian payudara selama satu jam dan bersihkan dengan air suam. Lepas tu...jangan bagi sisuami usik selama lima hari, lima malam....Acah je...!
8. Bawang Putih Redakan Sakit Gigi - Ambil dua ulas bawang putih, pecahkan sedikit kemudian letakkan kat gigi yang sakit hingga sakit beransur hilang. Kalau tak hilang rasa sakit jumpa je doktor gigi..!
9. Halia Hilangkan Sakit dan Lenguh Badan - Kalau badan rasa lenguh, minumlah air rebusan halia muda, kalau nak sedap tambah madu atau rebus dengan gula merah dan beberapa batang serai. Air rebusan halia dapat membuang angin dalam badan dan bengkak otot-otot badan.
10. Mudarat Kasut Tumit Tinggi - Bagi orang perempuan yang suka pakai kasut tumit tinggi, sandal yang bermuncung kecil merupakan penyebab terbesar masalah penyakit Arthritis pada usia tua. Ia menyebabkan sakit sendi di kaki, lebih-lebih lagi yang mempunyai berat badan berlebihan, jadi kalau tak mahu kena berhati-hatilah.
Okaylah tu dia 10 petua yang Seri Wangi boleh share hasil dari banyak membaca, kadang-kadang kita tak tau apa yang ada di dapur kita tu banyak gunanya jadi kalau rajin bolehlah diamalkan selalu...kalau malas...ada...ada aku kisah...?haaaaa...!!!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.keunggulanwanita.com/2010/10/petua-dapur.html