10 Perspektif Baru Tentang Jualan Ia Bukan Sekadar Tentang Keuntungan


Apa yang terlintas difikiran anda apabila dengar perkataan Jualan?
 
Mungkin bila dengar perkataan ‘jualan,’ ataupun sales, ada yang akan terus terbayang sesuatu yang kurang menarik dan kurang menyenangkan, betul tak?
 
Kalau anda pun rasa macam tu, sebenarnya… normal lah tu.  Ramai je yang rasa macam tu!
 
Dengar perkataan jualan itu sendiri dah boleh buat rasa stress.

Seboleh-bolehnya nak cuba elakkan bidang kerja yang perlu buat jualan.
 
Saya rasa, kalau diberi pilihan, sama ada nak bekerja dalam bidang yang perlu buat jualan dengan yang tak perlu buat jualan, majoriti orang akan pilih bidang yang tak memerlukan untuk buat jualan.
 
Tapi hari ni, saya nak cuba ubah perspektif dan tanggapan anda tentang dunia jualan.
 
Bidang jualan ini sebenarnya adalah satu cara untuk mencipta kebebasan, kehidupan yang lebih bermakna, dan gaya hidup yang serba baru.
 
Pertama sekali, kita perlu jelas tentang satu perkara, iaitu bidang Jualan bukan sekadar tentang menjalankan aktiviti Menjual sesuatu barangan atau perkhidmatan, bagi tujuan mendapatkan untung semata-mata.
 
Ia patut dilihat dari perspektif yang lebih luas lagi.

 
Kalau kita cuma melihat bidang jualan ini semata-mata jual barang atau perkhidmatan untuk dapatkan keuntungan, walaupun konsepnya memang betul, tapi ia akan membuatkan sebahagian dari kita berasa kurang senang.
 
Walaupun faktor untuk menjana keuntungan itu merupakan satu perkara yang penting, namun ia tak sepatutnya dijadikan motivasi utama bagi kita untuk menceburi bidang jualan.
 
Lagi satu, pada pemerhatian saya, individu yang masuk dalam bidang jualan sebab nak kejar keuntungan, biasanya mereka ini kurang kreatif. Mereka ada kecenderungan untuk meniru apa yang dijual oleh orang lain.
 
Kalau mereka nampak sesuatu barang yang sedang laku terjual (hot selling), atau sedang viral, mereka ini akan terus terjun dalam pasaran dan mula menjual barangan yang sama.
 
Sebabnya apa? Mereka nak buat untung dalam masa yang cepat dengan menjual barangan yang dah terbukti depan mata memang boleh laku.
 
Bagi sesetengah orang, dia meletakkan prioriti kepada persoalan apakah barangan atau perkhidmatan yang ada potensi untuk menghasilkan keuntungan yang banyak dan pantas.
 
Kalau nak pilih barangan untuk dijual, ia perlu menepati dua kriteria utama, iaitu
1. Boleh hasilkan keuntungan yang besar
2. Boleh dijual dalam masa yang pantas
 
Kalau boleh mereka nak cepat dapatkan hasilnya.
 
Kemudian bila dah tahu apakah barang yang nak dijual, seterusnya dia akan mula fikirkan dan bina sistem perniagaan yang sesuai digunakan bagi tujuan mendapatkan jualan.
 
Bila bercakap mengenai sistem perniagaan ini, ia merangkumi beberapa aspek iaitu pemasaran dan pengiklanan.
 
Strategi pemasaran apa yang akan digunakan?
Adakah menggunakan kaedah content marketing atau mungkin influencer marketing? Buat sendiri kerja pemasaran atau mungkin akan outsource kepada orang lain?
 
Bagaimana pula dengan strategi iklan?
Kalau pengiklanan pula adakah iklan secara percuma atau akan gunakan iklan berbayar dan iklankan di beberapa platform yang ada?
 
Sekiranya anda bukannya tergolong dalam individu yang mudah tertarik dengan faktor untung, tetapi masih ingin mencuba untuk menceburi bidang jualan, diluar sana terdapat beberapa sudut pandang yang anda boleh lihat apabila ingin memasuki bidang jualan.
 
Kita akan bincangkan 10 perspektif bagaimana kita boleh melihat bidang jualan ini.
 
(1) Bidang Jualan Adalah Tentang Menyelesaikan Masalah Orang Lain Setiap produk atau perkhidmatan wujud kerana adanya masalah yang perlu diselesaikan.
 
Contohnya, ubat mengatasi masalah kesihatan, aplikasi membantu urusan harian, dan kursus mengembangkan kemahiran.
 
Sebagai seorang jurujual, peranan anda adalah memahami masalah pelanggan dan menunjukkan bagaimana produk atau perkhidmatan anda boleh menjadi jawapan kepada masalah mereka.
 
Kita bukannya menjual barang atau perkhidmatan, sebaliknya kita menyediakan penyelesaian terbaik bagi membantu bakal pelanggan menyelesaikan masalah yang dihadapi.
 
Kalau pelanggan betul-betul serius nak selesaikan masalah yang dihadapi, maka mereka sendiri yang akan datang kepada kita untuk membuat pembelian tanpa kita perlu bersusah-payah meyakinkan mereka untuk datang dan beli produk kita.
 
(2) Bidang Jualan Adalah Tentang Membantu Orang Lain Mencapai Impian dan Matlamat Kalau sebelum ini, kita fokus untuk bantu selesaikan masalah pelanggan, kali ini kita ubah pendekatan kepada membantu pelanggan mencapai matlamat dan impian hidup mereka.
 
Pelanggan membuat keputusan untuk membeli sesuatu kerana ia membantu mereka mencapai sebarang hajat yang mereka impikan.

Kita sedia maklum, bahawa setiap individu mempunyai impian dan matlamat yang berbeza, sama ada dari segi gaya hidup, keselesaan, atau kejayaan.
 
Contohnya, seseorang membeli buku motivasi bukanlah sebab mereka ingin menambahkan koleksi buku yang ada dalam simpanan mereka, sebaliknya kerana ingin kehidupan mereka berubah menjadi lebih baik.
 
Kalau dalam konteks ini, peranan kita bukan sekadar menjual, sebaliknya kita menjadi pemudah cara untuk membantu mereka mencapai apa-apa impian yang mereka hajati.
 
(3) Bidang Jualan Adalah Tentang Mewujudkan Perhubungan sesama Manusia Jualan adalah tentang membina perhubungan sesama manusia.
 
Anda bukan bercakap kepada ‘pelanggan,’ tetapi kepada manusia yang ada cerita, keperluan, dan keinginan.
 
Apabila anda membina hubungan yang jujur dan ikhlas, pelanggan bukan sahaja membeli produk anda, tetapi juga membina kepercayaan mereka terhadap anda. Hubungan yang baik ini boleh bertahan lama dan memberi kesan positif.
 
Oleh sebab itu juga, bidang jualan ini amat sesuai dijadikan platform untuk kita membina rangkaian perhubungan yang lebih meluas lagi.
 
Walaupun kita mungkin tak berjaya untuk mendapatkan tempahan atau mencipta jualan, setidak-tidaknya kita berjaya mendapatkan kenalan baru.
 
(4) Bidang Jualan Adalah Tentang Berkongsi Sesuatu yang Anda Percayai Jangan promosikan atau jual sesuatu barang sebab barang tersebut boleh berikan keuntungan semata-mata. Sebaliknya, kita memilih barangan yang kita benar-benar yakin sahaja.
 
Keyakinan anda terhadap produk atau perkhidmatan adalah kekuatan utama dalam jualan.
 
Bila anda sendiri mempercayai manfaatnya, anda lebih mudah berkongsi dengan orang lain tanpa rasa terpaksa.
 
Ia seperti mengesyorkan sesuatu yang anda rasa benar-benar bermanfaat kepada rakan atau keluarga.
 
Keikhlasan ini membuatkan pelanggan lebih yakin dengan anda.
 
Tanya pada diri anda sendiri. Adakah anda akan jadi pengguna kepada barangan yang anda jual? Ada orang, dia sendiri tak sanggup nak pakai barangan yang dijual, tapi dia cukup agresif dalam mempromosikan barangan tersebut.
 
Jurujual seperti ini, hanya memberikan impak negatif kepada jurujual yang lain.
 
(5) Bidang Jualan Adalah Tentang Menjana Nilai untuk Orang Lain Dalam jualan, matlamat utama bukan sekadar menjual barang, tetapi memberi nilai kepada pelanggan. Contohnya, jika anda menjual produk kecantikan, anda sebenarnya membantu pelanggan berasa lebih yakin dengan penampilan mereka.
 
Kalau anda menjual perfume, anda sebenarnya sedang membantu pelanggan anda menjadi seorang insan yang disenangi dan disukai oleh orang sekeliling.
 
Apabila anda menjual buku, anda sebenarnya sedang membantu pelanggan itu tadi memperbaiki sikap, kelakuan dan juga meningkatkan ilmu pelanggan itu tadi.
 
Nilai yang anda tawarkan boleh berupa penyelesaian, masa, tenaga, atau kebahagiaan.
 
(6) Bidang Jualan Adalah Tentang Kemahiran Komunikasi Kemahiran berkomunikasi adalah asas kepada kejayaan dalam jualan.
 
Anda perlu tahu bagaimana mendengar dengan teliti, bertanya soalan yang tepat, dan menjelaskan manfaat produk dengan cara yang mudah difahami.
 
Komunikasi yang baik menjadikan pelanggan rasa dihargai dan lebih yakin terhadap pilihan mereka.
 
Sama ada anda sedar ataupun tidak, lazimnya mereka yang berada dalam bidang jualan, secara tak langsung akan dapat melatih kemahiran komunikasi yang ada pada dirinya.
 
Bermakna, makin lama berada dalam bidang jualan, akan jadi semakin mahir dalam bab komunikasi.
 
(7) Bidang Jualan Adalah Tentang Peningkatan Kendiri Setiap kali anda menghadapi pelanggan baru atau cabaran baru, anda belajar sesuatu.
 
Anda belajar bagaimana menangani bantahan atau penolakkan (rejection), bagaimana memahami pelanggan dengan lebih baik, dan bagaimana mengatasi ketakutan atau keraguan diri.
 
Lama-kelamaan, pengalaman ini membantu anda menjadi lebih matang dan yakin dalam kehidupan.
 
Setiap hari yang anda lalui semasa berada dalam bidang ini, adalah suatu hari yang baru, yang akan memberikan anda pengajaran dan pengalaman hidup yang baru.
 
(8) Bidang Jualan Adalah Tentang Mencipta Peluang Setiap jualan membuka pintu kepada peluang baru.
 
Pelanggan yang berpuas hati mungkin memperkenalkan anda kepada rakan mereka, atau anda mungkin mendapat akses kepada pasaran baru yang lebih besar.
 
Jualan juga membolehkan anda membina rangkaian yang luas, membuka ruang untuk kolaborasi, dan mencipta peluang yang tidak dijangka.
 
(9) Bidang Jualan Adalah Tentang Kebebasan Kewangan dan Gaya Hidup Salah satu perkara yang menarik tentang bidang jualan ini ialah, ianya boleh dilakukan secara online.
 
Apabila anda faham bagaimana sesuatu proses jualan itu dapat dihasilkan, pada ketika itu anda akan mula nampak bahawa bidang jualan tidaklah begitu sukar atau menakutkan.
 
Malahan ada banyak proses jualan yang boleh dijadikan automatik.
 
Diluar sana, ada jurujual yang menggunakan kaedah e-commerce untuk mendapatkan jualan. Mereka berjaya mendapatkan pelanggan walaupun ketika mereka sedang tidur.
 
Ada juga yang menggunakan video untuk menghasilkan jualan.
Ada juga yang menggunakan artikel untuk mendapatkan jualan.
 
Pada hari ini, strategi dan kaedah untuk membuat jualan sudah jadi semakin pelbagai. Anda perlu cari kaedah yang sesuai dengan diri anda, buktikan yang ianya mampu menghasilkan jualan, dan seterusnya ulang proses tersebut untuk menghasilkan lebih banyak jualan.
 
Anda boleh bekerja mengikut masa anda sendiri dan membina pendapatan tanpa had berdasarkan usaha anda.
 
Ini memberi anda kawalan penuh ke atas kewangan anda dan fleksibiliti untuk mengejar gaya hidup yang anda inginkan.
 
(10) Bidang Jualan Adalah Tentang Membuat Impak Positif dalam Kehidupan Orang Lain Setiap kali anda menjual sesuatu yang membantu pelanggan, anda sebenarnya memberi kesan positif dalam hidup mereka. Contohnya, produk kesihatan boleh meningkatkan kualiti hidup, atau perkhidmatan latihan boleh memberi peluang kerjaya yang lebih baik.
 
Anda memainkan peranan penting dalam memperbaiki kehidupan orang lain, dan meningkatkan kualiti hidup mereka. Ini secara tak langsung dapat menjadikan kerja jualan sangat bermakna.
 
Kesimpulan Bidang jualan adalah suatu bidang yang sentiasa membuka pintu untuk mana-mana individu yang ingin menghasilkan pendapatan.
 
Kita tak seharusnya merasa takut atau benci dengan bidang ini. Sebaik-baiknya, kemahiran untuk membuat jualan ini dipelajari oleh setiap orang.
 
Kalau anda tak suka menjual, atas sebarang faktor mahupun alasan, kita boleh lupakan sejenak tentang nak buat jualan.
 
Sebaliknya, kita boleh ubah sedikit mindset, daripada nak buat jualan, kepada
Ingin membantu menyelesaikan masalah orang lain
Ingin membantu orang lain merealisasikan cita-cita dan impian
Ingin membina jaringan perhubungan atau networking
… dan sebagainya.
 
Semoga sedikit perkongsikan ini bermanfaat untuk pembaca sekalian.
 
 
The post 10 Perspektif Baru Tentang Jualan: Ia Bukan Sekadar Tentang Keuntungan appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/perspektif-baru-tentang-jualan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Kurangkan Berat Badan Sebelum Tahun Baru 2025

Cara Kurangkan Berat Badan Sebelum Tahun Baru 2025

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 145 hits
Menjelang tahun baru ramai yang ingin tampil lebih sihat dan bertenaga Jika korang berazam untuk kurus mulakan sekarang cara kurangkan berat badan ini untuk hasil yang lebih konsisten dan selamat Kurus Sebelum Tahun Baru1 Tetapkan Matlamat ...
Baru Tahu Boleh Recycle Lelaki Kongsi Hasil Lumayan Jual Minyak Masak Terpakai

Baru Tahu Boleh Recycle Lelaki Kongsi Hasil Lumayan Jual Minyak Masak Terpakai

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 87 hits
nbsp Baru baru ini seorang lelaki berkongsi hasil lumayan yang diperolehnya dengan hanya menjual minyak masak terpakai telah mencuri perhatian ramaiMenerusi video yang dimuat naik di TikTok cmmister lelaki berkenaan menunjukkan minyak masak...
Mencambah Pokok Baru Di Laman Kecilku

Mencambah Pokok Baru Di Laman Kecilku

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 100 hits
Mencambah Pokok Baru Di Laman Kecilku Dari sedikit lama kelamaan bertambah banyak koleksi pokok pokok di laman kecilku Di bawah ni adalah koleksi pokok yang baru dicambah ke dalam pasu atau bekas pokok Oleh kerana pokok bunga pandan kuning ...
Ini Halatuju Baru Trump Niat Jahat Busuk Ganas Terbongkar

Ini Halatuju Baru Trump Niat Jahat Busuk Ganas Terbongkar

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 569 hits
Donald Trump dan pasukannya dipercayai akan memaksa Benjamin Netanyahu menerima pelan dan strategi komprehensif baharu Timur Tengah 1 Apakah Hala tuju baharu Donald Trump DONALD Trump telah memenangi pilihanraya Presiden Amerika Syarikat ya...
Molina Bintang Michelin Baru Yang Menakjubkan

Molina Bintang Michelin Baru Yang Menakjubkan

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 50 hits
Molina terletak di lantai 51 The FACE Style Hotel di Kuala Lumpur Di sini anda bukan hanya mendapat pengalaman fine dining yang hebat tetapi juga pemandangan yang memukau Di bawah pimpinan Chef Sidney Schutte yang terkenal dengan restoran b...
Kurikulum Baru Prasekolah 2026 Pembaharuan Tumpuan Utama

Kurikulum Baru Prasekolah 2026 Pembaharuan Tumpuan Utama

papar berkaitan - pada 18/11/2024 - jumlah : 66 hits
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memperkenalkan kurikulum baru prasekolah 2026 bagi pemgukuhkan kurikulum di peringkat pendidikan awal kanak kanak Pembaharuan kurikulum ini selari dengan kitaran baharu kurikulum yang akan bermula pada 2...
Berlatarkan 1980 An Kim Junghyun Dilamar Sertai Kim Dami Shin Yeeun Dalam Drama Romantik Baru

Berlatarkan 1980 An Kim Junghyun Dilamar Sertai Kim Dami Shin Yeeun Dalam Drama Romantik Baru

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 111 hits
Penonton berkemungkinan akan dapat lihat Kim Jung hyun bergandingan dengan ramai pelakon hebat Artikel Berkaitan Terbaru agensi mengumumkan bahawa Kim Jung hyun telah menerima tawaran untuk muncul dalam drama baru berjudul A Hundred Memorie...
Kerajaan Baru Cadang Tapi Kalau Nak Diteruskan Tak Ada Hal Pun

Kerajaan Baru Cadang Tapi Kalau Nak Diteruskan Tak Ada Hal Pun

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 99 hits
TAK MAHU KERAJAAN TARIK BALIK PENDAKWAAN ISTERI TUN DAIM BERTINDAK TERPUJI19 November 2024Isteri Tun Daim Zainudin dipetik sebagai berkata tiada keperluan untuk Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menghentikan pendakwaa...
Panduan Mencari Filem Di Netflix Gunakan Kod Kod Ini

Saturday Jokes 240

Abdullah Bin Umar Pengikut Jejak Nabi Paling Teliti

Kempen Hartanah Bumiputera Anjuran Matrix Concepts

Mostbet Bonus Computer Code Postnews Unveils 200 Bonus Or The 1 000 Protection Net For Dodgers Mets Any Wednesday Game

Huawei Matepad 12 X Your Pc Like Workstation Tablet Is Now Available

Upsr Dan Pmr Tetap Dimansuhkan

Lebih Muda Tak Semestinya Layak Dipandang Rendah


echo '';
Bagaimana Paradoks Pilihan Membuatkan Kita Jadi Takut Buat Keputusan

Mengapa Individu Pandai Lebih Sedih dan Tertekan Dalam Hidup

5 Faktor Utama Yang Membuatkan Harga Kereta Elektrik China Murah

Biodata Terkini Yazid Lovehunters Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Sambutlah Kasih

8 Negara Yang Dinamakan Sempena Nama Individu


Cuti Dan Hari Kelepasan Am Persekutuan 2025

Barbarik Nasib Baik Chord

Thomas Arya Feat Ovhi Firsty Cinta Tinggal Kenangan Chord

Isla De Las Mu Ecas A Colombian Folktale Exploding With Mysticism And Unsettling Dolls

Belanjawan 2025 Kerajaan Negeri Peruntukkan Rm91 97 Juta Tingkatkan Perkhidmatan Bekalan Air

Salah Satu Rukun Nikah Tak Terpenuhi Pernikahan Rizky Febian Mahalini Dianggap Tidak Sah