10 Perkerjaan Yang Paling Kurang Tekanan
Kalau sebut jer pasal kerja mesti terpikirkan tekanan yang bakal terjadi kat pejabat.Betul tak?Istilah malas pada hari Ahad amat popular dikalangan kita.Tapi terdapat 10 perkerjaan yang paling kurang tekanan.Jom kita tengok apa perkerjaan tue.
10. Linguistik
Linguistik ialah suatu sains yang mengkaji bahasa.Pernah dengar kerja nie?Korang jangan silap cakap ni sama dengan kerja sebagai juru bahasa sebab perkerjaan ni bukan sahasa tau sesuatu bahasa tapi diorang nie tahu setiap perkataan dalam bahasa tu.Tanyalah apa pun pada diorang,diorang akan jawab tanpa perlu menyemak dari mana-mana.Sebab itulah mereka tak perlukan tekanan untuk menjawab apa pun soalan mengenai bahasa.
9. Penggaya Rambut/Pereka Rambut
Korang faham kan kerja pereka rambut macam mana?ia amat kurangkan tekanan,hanya membuat apa saja rekaan rambut yang orang lain ingini.
8. Pustakawan
Kerja yang amat mudah,seharian anda hanya meluangkan masa hanya untuk buku.Apa lagi tekanan yang nak dibawak balik kat rumah yer kalau kerja macam nie.
7. Terapi Pertuturan
Perkerjaan nie masih belum ada diMalaysia rasanye.Perkerjaan ni banyak terdapat di negara maju dan ia berada di organisasi besar dan kerajaan.Tugas utama perkerjaan ni ialah menilai pekerja mengikut kefasihan sebutan bahasa,pertuturan dan kegagapan supaya tidak terjadi masalah didalam mesyuarat.
6. Juruteknik Rekod Perubatan
Kerja ini hanya perlu memikirkan bagaimana untuk menyusun data-data pesakit disuatu tempat yang boleh dicari kemudian hari.Senangkan?
5. Tukang Emas
Kerja ini amat memerlukan ketepatan,namun kerja ini tak perlukan tekanan untuk menjayakan apa yang dilakukan.Mereka hanya perlu membentuk emas mengikut apa yang dihendaki oleh pelanggan.
4. Tukang Jahit
Seperti juga Tukang Emas, Tukang Jahit jugak hanya perlu mengikut apa yang diperlukan oleh pelanggan mengikut pengetahuan yang ada.Saiz dan Ukuran dah ada,cuma jahit jer.
3. Dietetik
Mungkin korang tak pernah dengarkan pekerjaan ni? Secara ringkasnya pekerjaan ni adalah menyelia pengurusan makanan, membantu orang untuk mengatur diet mereka, membantu mengekalkan metabolisme aktif dan lain-lain lagi.
2. Gimnas Pemulihan
Kerja seperti ini melibatkan kerja seperti mengajar pesakit mengenai pergerakan-pergerakan asas yang perlu mereka lakukan untuk pemulihan.Kerja ni banyak kat hospital-hospital.Tahu kan kalau sebut jer terapi?
1. Upholsteri Perabut
Kerja yang paling kurang tekanan ialah yang berada kat no satu ni la..Kerjanye ialah lebih kepada menunggu pelanggan yang datang untuk menentukan perabut yang bagaimana perlu direkabentuk,menyelia kerja-kerja tersebut.Senang kan?
via
Sebenarnya bukan ini sahaja kerja-kerja yang kurang tekanan,banyak lagi kerja-kerja kat Malaysia nie yang boleh dianggap tak logik bila difikirkan.Satu contoh yang boleh aku bagi ialah pekerjaan LOOKOUT,kerjanyer mudah saja.Setiap hari ia hanya ditugaskan untuk melihat keretapi yang datang dan tekan hon untuk memberi amaran kepada pekerja-pekerja pembinaan.Kerja nie korang boleh lihat kat kerja-kerja pembinaan jalan keretapi Padang Besar-Ipoh(KTMB) yang bakal siap 2013 ni
contengkreatif
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ganuyo.blogspot.com/2020/09/10-perkerjaan-yang-paling-kurang-tekanan.html