Wanita Kongsi Pengalaman 2 Minggu Di Icu Serta Kehilangan Ibu Dan 16 Ahli Keluarga Positif Covid 19


TIADA siapa yang mahu dirinya sakit. Lebih-lebih lagi dijangkiti Covid-19 yang sehingga ini belum ada penawarnya lagi.
Oleh kerana nekad untuk memberi kesedaran kepada semua tentang virus itu, Myra Jijie tampil berkongsi tentang segala kesakitan yang ditanggung semasa disahkan positif. Paling pilu adalah dia turut kehilangan ibu tersayang.
Menurut perkongsian di Facebook, semalam adalah hari ke 20 dia bertarung dengan Covid-19 yang dirawat di hospital termasuk pernah dimasukkan ke ICU daripada Kluster Permatang.
Semoga perkongsian Myra dapat memberi kesedaran buat semua yang penyakit ini boleh membawa maut jika dijangkiti.
“Boleh share saya izinkan untuk create awareness.
“Covid-19 fighter 1 family. 16 orang positif. 1 meninggal (mak). Kluster Permatang.
“Assalamualaikum semua, hari ni (21 November 2020) genap 20 hari Mira di hospital sebab Covid-19, Mira dah janji dengan semua nak cerita semua kan… Ya Mira tepati hari ni. Harap boleh ambil iktibar dan pengajaran. Maaf jika penulisan Mira kacau bilau. Mira cuba.
22/10/2020
Mak masuk icu. Sebab kaki mak bengkak teruk, overload fluid doktor kata.
23/10/2020
Katanya mak kena kuarantin sebab ada kes. Tak pasti buat swab test result negatif.
24/10/2020
Mak dah pindah wad biasa, boleh melawat mak dah. Mak ngadu penat, muka mak bengkak habis.
26/10/2020
Besday mak, aku sambut beli bouquet, beli rantai emas kat mak, sebab kali terakhir mak datang Ipoh, mak cakap mak teringin nak rantai emas, sedih sangat mak tak sempat pun pakai, malamtu mak nak fries MCD…mak makan sikit ja, mak kata teringin. Tapi mak makan 2,3 fries saja.
27/10/2020
Mak masuk ICU balik sebab pernafasan mak tak ok, mak kat ICU tapi mak nak mee sotong pulak, abang beli mee sotong, kak ipar suapkan mak, kami kena gilir-gilir naik sebab pelawat hanya 2 jam boleh jumpa 2 orang sekali. Kami anak-anak kena jumpa doktor mak, sakit mak kami terpaksa rahsiakan P&C
29/10/2020
Mak dah intubate, atas keizinan kami semua, sempat aku cium mak sebelum intubate, mintak ampun dengan mak. Belai-belai mak. Rupanya tu kali terakhir dapat sayang mak dan cium mak.
30/10/2020
Mak dah koma, keadaan mak dah kritikal, doktor mintak kami sekeluarga reda jika sesuatu terjadi dengan mak. Balik tu semua dalam keadaan letih, masa ni aku dengan abang lagi sorang dah ada simptom batuk dan demam.
31/10/2020
Abang aku pagi-pagi dah call, bagitau mak positif Covid-19 untuk swab test ke 2, hanya Allah saja tahu perasaan aku, meraung nangis-nangis, aku tau dengan keadaan mak yang kritikal, harapan mak nak baik sangat-sangat tipis, mak kena transfer ke ICU GH Penang, makanya tercetus la Kluster Permatang dari mak aku, sebenarnya kami pun tak tahu datang dari mana, sesungguhnya soalan ni tak mampu aku jawab, sebab Covid-19 tu kita tak nampak, kalau nampak senang aku bagitau datang dari siapa.
Kakak ipar aku orang first swab memandangkan dia kerja di hospital. Jadi dia paling pantas lakukan swab test sebab dia tengah kerja masa tu. Kami pula kena swab pada 2 November. Kakak ipar dapat result pada hari yang sama juga sebab dia kontak rapat jadinya positif dan ambulans pun datang ambil. Time ni orang kata dia pencetus, kesian dia. Dia pun tak tau apa-apa dan kami pun tidak tahu daripada siapa kami dapat. Covid-19 ni merata dalam komuniti kita sekarang, asbab mak aku positif semua buat cerita bukan-bukan. Tak apalah kami reda ini ujian buat kami.
1/11/2020
Abang aku nombor 3 swab test sebab simptom dia semakin teruk. Kami pula KKM mintak swab test pada 2 November untuk depa prepare keluarga besar kami untuk swab test. Abang aku pun positif malam itu juga ambulans datang ambil.
2/11
Satu family aku ke KK Kulim untuk swab test. Simptom aku paling teruk. Batuk, demam on off, muntah, sakit dada macam kena tumbuk, nafas tak lepas. Aku terpaksa serah diri di Hospital Kulim malam itu juga tanpa tunggu result kerana tidak boleh bernafas. Dalam beberapa jam Hospital Kulim transfer aku ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.
3/11/2020-5/11/2020
Suhu aku 39, Oxygen aku tak cantik. Kena tambah darah sebab HB jadi 7, kena pakai gas dan malam itu juga aku kena transfer ICU HSB baru, oxcygen aku drop teruk. Malam itu juga doktor bagi penerangan nak intubate aku. Dia minta nombor telefon suami aku untuk inform semua in detail. Aku nangis-nangis merayu kat doktor tak nak kena intubate macam mak, aku masih
boleh lawan dan aku nak cuba lawan.
6/11/2020
Abang aku pula ke ICU sama situasi macam aku, oxygen drop. Sesungguhnya Covid-19 ini sangat jahat. Macam-macam dia serang aku dan abang aku. Sementara itu family aku seorang demi seorang kena hantar ke HSB sebab positif. Anak kakak aku bayi 4 bulan pun positif.
8/11/2020
Jam 9.13 pagi mak dah meninggalkan kami untuk selamanya. Mak dah lawan 8 hari, mak dah tak mampu, mak dah penat. Paling sedih buat keluarga aku. Kami seorang pun tak boleh balik tengok mak. Semua kat hospital sebab Covid-19. Tinggal suami aku dengan 3 orang anak buah je yang negatif, tapi tak boleh keluar sebab kuarantin. Sedih sangat. Pakai wakil buat pengecaman jenazah mak, kubur pun tak boleh tengok. Semoga mak tenang di sana. Al-Fatihah.
Dan aku di ICU selama 2 minggu, berperang dengan sakit, kena isolate seorang diri dalam bilik sedangkan orang lain kat ICU duduk luar katil banyak-banyak. Boleh kata keadaan aku sangat-sangat tak ok. Boleh refer gambar. Penat 2 minggu itu Allah saja yang tahu. Hari-hari aku berperang dengan sakit.
16/11/2020
Alhamdulillah akhirnya aku recover, dah kena transfer ke HSB lama…wad biasa. Sekarang dalam proses recover, dapat duduk sebelah suami. Dia positif swab test kedua hari ke-14.. 3 orang anak buah tu power… sampai sekarang negatif… immune paling power.
21/11/2020
Hari ke-20, doktor cakap kalau 21 hari aku boleh balik dah, mudah-mudahan amin, satu je nak pesan buat orang di luar sana. Bila ada teman-teman saudara mara kena Covid-19, seharusnya kita support emosi mereka bukan kita tokok tambah cerita, buat fitnah yang tak betul pasal orang positif boleh buat emosi pesakit down, sebab itu pesakit Covid-19 jika ada family depa bagi dok satu family untuk support emosi sesama kami.
“Alhamdulillah family aku sekarang semua dah negatif. Abang aku dan kakak ipar discaj esok (hari ini), aku dan suami maybe Ahad ini.
“Lain-lain semua awal lagi dah discaj. recover cepat. Covid-19 ini tak ada ubat pun bagi yang tiada simpton. Bagi aku yang duk ICU, ada ubat yang aku dapat.
“Aku harap kawan-kawan kat luar sana, folowlah SOP, tak penting tak perlu keluar,”kongsinya.
Pesan Myra, Covid-19 ini real. Memang sakit sangat, tak boleh nak ucap perasaan sakit tu macam mana. Allah maha mengetahui. Stop spreading false news, stop fitnah pesakit-pesakit Covid-19.
“Selagi kita tak kena, kita tak akan rasa siksa itu macam mana. Jadi tolonglah bagi moral support kat mereka. Itu sahaja sudah cukup.
“Tolonglah sentiasa pakai mask, cuci tangan dengan kerap, kekalkan jarak 1 meter dan jaga SOP,” tegasnya.
Myra turut berterima kasih buat semua.
“Terima kasih buat semua staf nurse dan doktor-doktor ICU Hospital Sultanah Bahiyah yang menjaga aku dengan baik sekali, mandikan aku, urut aku, sikat rambut aku, ikat rambut aku. Ya Allah baik sangat depa, kalah hospital swasta taw. Terima kasih staf nurse dan doktor HSB lama sebab jaga aku sepanjang kat wad biasa… Alhamdulillah depa semua ikhlas buat kerja depa. Aku harap aku mampu tolong depa dengan bagi awareness kat semua orang pasal Covid-19. Family is everything bila jadi camni kami saling menyayangi, saling support sesama kami, mungkin kasih sayang mak buat kami adik bradik rapat macam ni. Al-fatihah mak, Rogayah Md Desa. Sehingga hari ini masih belum tengok kubur mak. Rindu yang tak terucap,” ujarnya.


The post Wanita kongsi pengalaman 2 minggu di ICU Serta Kehilangan ibu dan 16 ahli keluarga positif Covid-19 appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/wanita-kongsi-pengalaman-2-minggu-di-icu-serta-kehilangan-ibu-dan-16-ahli-keluarga-positif-covid-19/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sayalah Pejuang Covid 19 Bayi 4 Bulan Akhirnya Terselamat 16 Ahli Keluarga Dijangkiti Covid 19

Sayalah Pejuang Covid 19 Bayi 4 Bulan Akhirnya Terselamat 16 Ahli Keluarga Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 373 hits
Sayalah pejuang Covid begitulah gambaran yang dapat diberikan oleh si ibu apabila bayi berusia 4 bulan ketika positif Covid 19 sebulan yang lalu Lebih menyedihkan apabila mereka sekeluarga seramai 16 orang disahkan positif Covid 19 Ibu saud...
Pedagang Sayur Meninggal Positif Covid 19 Keluarga Sempat Menolak Swab

Pedagang Sayur Meninggal Positif Covid 19 Keluarga Sempat Menolak Swab

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 254 hits
Menurut Sekda Kota Solo itu keluarga menolak swab karena merasa sehat dan tidak terpapar Covid 19 Namun saat ini sudah di swab dan tinggal menunggu hasilnya
Selepas Alif Lagi Seorang Ahli Keluarga Positif C0vid

Selepas Alif Lagi Seorang Ahli Keluarga Positif C0vid

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 281 hits
loading Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar memaklumkan dia didapati positif C0VID 19 selepas menjalani ujian calitan di Hospital Melaka pada Ahad
Makin Adik Nak Keluar Makin Dia Manja Rafael Makin Manja Mawar Rashid Risau Ramai Ibu Kongsi Ada Pengalaman Sama

Makin Adik Nak Keluar Makin Dia Manja Rafael Makin Manja Mawar Rashid Risau Ramai Ibu Kongsi Ada Pengalaman Sama

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 449 hits
Anak anak yang masih kecil bila nak dapat adik baru memang perangai clingy lain macam Seperti yang dikongsikan pelakon dan usahawan Mawar Rashid tentang anak pertamanya Raden Muhammad Rafael di Instagram miliknya Mawar atau nama sebenar Wan...
Dinkes Samarinda Kesulitan Pantau Penularan Covid 19 Di Lingkungan Keluarga

Dinkes Samarinda Kesulitan Pantau Penularan Covid 19 Di Lingkungan Keluarga

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 242 hits
Klaster keluarga masih mendominasi penambahan kasus positif utamanya di kota Balikpapan Kutai Kartanegara dan Samarinda
Update Covid 19 28 November Tambah 5 418 Kasus Total 527 999 Orang Positif Di Ri

Update Covid 19 28 November Tambah 5 418 Kasus Total 527 999 Orang Positif Di Ri

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 260 hits
Sedangkan pasien yang meninggal bertambah 125 orang Totalnya sudah mencapai angka 16 646 orang
Ahli Politik Makan Ikan Mentah Buktikan Tiada Risiko Covid 19

Ahli Politik Makan Ikan Mentah Buktikan Tiada Risiko Covid 19

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 287 hits
FAZLI RADZISanggup menggigit ikan mentah untuk membuktikan bahawa hidupan laut itu tidak membawa risiko jangkitan Covid 19 Itu yang dilakukan seorang ahli politik Sri Lanka Dilip Wedaarachchi 63 yang juga bekas menteri perikanan negara dige...
Industri Kesehatan Sambut Positif Kehadiran Vaksin Covid 19

Industri Kesehatan Sambut Positif Kehadiran Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 180 hits
Upaya pemerintah dalam mengadakan vaksin Covid 19 memberikan harapan baru dalam proses penanganan pandemi Perusahaan teknologi kesehatan yang merupakan bagian dari dunia kesehatan di Indonesia menyambut positif kehadiran vaksin Covid 19
Saran Ahli Epidemiologi Cegah Kasus Covid 19 Meningkat Usai Pilkada 9 Desember

Saran Ahli Epidemiologi Cegah Kasus Covid 19 Meningkat Usai Pilkada 9 Desember

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 196 hits
Hal ini menjadi catatan penting bagi Indonesia karena bahkan negara yang sudah dianggap mampu secara efektif mengendalikan pandemi nyatanya tetap bisa mengalami peningkatan kasus Covid 19 yang tinggi setelah melakukan pemilihan umum
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik