10 Pengajaran Dari Buku Start Where You Are Segalanya Bermula Di Sini
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, buku Start Where You Are : Segalanya Bermula Di sini (Edisi Bahasa Melayu) ini, saya dapat hadiah daripada perpustakaan Politeknik Seberang kerana menyertai satu pertandingan.
Pertandingan tersebut namanya "Transformasi Diri" pada tahun 2014.
Sudah lapan tahun berlalu. Selepas saya baca terus saya simpan dalam rak buku peribadi.
Hari ini, sedang saya membelek-belek buku di rak mini saya, ternampak buku berwarna kuning yang sudah lama saya tidak sentuh.
Saya pun ambil dan buka beberapa bahagian dalam buku ini. Tiba-tiba timbul idea untuk menulis post dalam blog nota insan.
Jadi, saya memilih untuk menulis 10 Pengajaran Dari Buku Start Where You Are : Segalanya Bermula Di sini (Edisi Bahasa Melayu) kerana saya rasa ramai di antara kita yang mengalami masalah kejatuhan dalam hidup.
Apabila anda rasa anda jatuh, cuba aplikasikan 10 pengajaran daripada buku ini.
Sebelum itu, saya ingin maklumkan bahawa apa yang saya tulis di bawah ini adalah persepsi saya atau pandangan saya secara peribadi.
Saya tidak ingin berdebat jika anda mempunyai persepsi anda sendiri setelah membaca buku ini tetapi saya amat mengalukan sebarang komen membina untuk kebaikan sesama kita.
Start Where You Are : Segalanya Bermula Di sini (Edisi Bahasa Melayu)
Buku ini diterbitkan oleh syarikat PTS tahun 2011 dan pengarangnya ialah Chris Gardner.
10 Pengajaran Dari Buku Start Where You Are : Segalanya Bermula Di sini (Edisi Bahasa Melayu)Pengajaran 1
Kebahagian Untuk Diri
Anda perlu mengetahui maksud kebahagiaan untuk diri sendiri dengan mencipta atau membaik pulih rancangan yang praktikal bagi merialisasikan impian anda
Pengajaran 2
Pilihan dan Tidakan Positif
Anda perlu mengingatkan diri anda supaya sering membuat pilihan dan mengambil tindakan positif sepanjang hidup supaya ia menjadi pentunjuk bagi memperkasakan diri sendiri
Pengajaran 3
Yakin Boleh
Sikap "boleh buat" merupakan satu aset yang unggul diperlukan oleh diri anda dengan bertanya tepat pada masanya
Pengajaran 4
Kepintaran
Apabila berdepan dengan krisis besar dalam hidup, segala kepintaran yang ada dalam diri mesti digunakan
Pengajaran 5
Tujuan Yang Jelas
Apabila matlamat yang ingin dicapai sudah jelas, anda akan sentiasa terpandu kepadanya dan tidak terpesong kepada hal-hal yang boleh mempengaruhi anda atau anda akan dapat kekal di landasan yang dicorakkan
Pengajaran 6
Ujian Sebagai Pendorong
Tuhan menguji anda mungkin untuk menjadikan anda lebih kuat dan ujian itu menjadi pendorong untuk mengubah kehidupan anda
Pengajaran 7
Pentingnya Inspirasi
Kisah hidup atau ujian diri anda dan orang lain boleh membantu anda menghadapi ketakutan dan tidak berputus asa terhadap impian ataupun diri anda sendiri
Pengajaran 8
Penyelesaian Masalah.
Apabila berdepan dengan masalah, cari peluang dan kumpulkan perspektif yang positif terhadap masalah tersebut
Pengajaran 9
Kajian dan Pembangunan
Elemen penting untuk berjaya ialah dengan membuat kajian dan perbaiki diri dengan bertanya kepada orang lain yang mahir
Pengajaran 10
Semangat Yang Tinggi
Semangat yang tinggi bagi memperjuankan sesuatu dan kehidupan secara amnya menjadikan perkara yang diimpikan anda boleh terhasil
Penutup
Setelah menghayati isi kandungan buku ini, saya begitu yakin bahawa Allah SWT sangat pengasih dan penyayang
Allah SWT selamanya tidak pernah meninggalkan kita
DIA sentiasa ada. DIA Maha Adil
Setiap masalah yang kita hadapi pasti ada jalan penyelesainya tidak kira sama ada kita muda ataupun tua, kaya ataupun miskin, tinggi ataupun rendah dan sebagagainya
Kalau anda melihat pada bahagian satu yang tajuknya Bermula di Mana Kamu Berada, penulis menceritakan kisah seorang wanita yang bercita-cita tinggi untuk menjadi peguam bela namun di pertengahan jalan hidupnya, wanita itu diuji dengan kesusahan kerana suaminya mengalami kemalangan kereta, dua buah rumah terpaksa dilepaskan, sewa rumah semakin sukar dan bermacam-macam lagi
Namun begitu, wanita ini tidak memilih untuk berputus asa. Dia tetap ingin meneruskan kehidupannya tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
Maka 10 Pengajaran Dari Buku Start Where You Are : Segalanya Bermula Di sini (Edisi Bahasa Melayu) inilah ubatnya
Untuk mengetahui dengan lebih terpirinci sila baca buku Start Where You Are : Segalanya Bermula Di sini (Edisi Bahasa Melayu).
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://notainsan.blogspot.com/2022/06/10-pengajaran-dari-buku-start-where-you.html