10 Muzium Dan Galeri Di Kl 2025 Weekend Getaway


10+ Muzium dan Galeri di KL 2025 – Weekend Getaway!
Kalau anda tengah cari tempat menarik di KL untuk bawa anak-anak, apa kata cuba bawa mereka ke muzium atau galeri? Sambil berseronok, boleh tambah ilmu!
Muzium dan galeri di KL ni pun menarik juga untuk pergi bersama pasangan. Tak semestinya kena pergi kafe hipster atau shopping je kan. 
Ada banyak muzium dan galeri di KL ini dengan tarikannya yang tersendiri. Ada yang percuma, ada juga yang berbayar. 
Jom tengok senarai 10+ muzium & galeri di KL yang anda boleh kunjungi. Mana tahu, mungkin ini akan jadi port kegemaran baru anda!
BACA JUGA: 15+ Restoran Chinese Muslim KL & Selangor
10+ Muzium dan Galeri di KL 2025 1. Muzium Negara Alamat: Department of Museum, Jln Damansara, Perdana Botanical Gardens, 50566 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia.
Tiket Masuk: RM2/orang (warganegara),  RM5/orang (bukan warganegara)
Muzium Negara adalah antara muzium di Kuala Lumpur yang anda mesti pergi. Muzium ini ‘mempersembahkan’ sejarah Malaysia dengan kreatif dan sangat menarik dalam empat bahagian.
Tiket masuk pun murah dan berpatutan, hanya RM2/orang sahaja untuk warganegara dan RM5/orang sahaja untuk bukan warganegara. Pastikan bawa duit kecil okay. Nak datang sini pun mudah sebab ia bersambung dengan laluan MRT Sungai-Buloh. 
2. Muzium Kesenian Islam Malaysia Alamat: Islamic Arts Museum Malaysia, Jalan Lembah, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia. 
Tiket Masuk:
Dewasa (warganegara & pelancong asing): RM20 Kanak-kanak (warganegara & pelancong asing): RM10 Warga emas & pelajar: RM10 Kanak-kanak bawah 6 tahun: Percuma Muzium Kesenian Islam Malaysia memang antara tempat yang sangat berbaloi untuk dilawati. Tak kiralah anda Muslim atau bukan.
Dii sini terdapat ribuan koleksi artifak yang kaya dengan nilai sejarah dan budaya Islam terutamanya dari rantau Asia Tenggara. 
Suasana dalam muzium sangat tenang dan selesa, sesuai untuk anda yang suka tempat yang mendamaikan. Lokasinya pun strategik, dekat je dengan Masjid Negara dan Stesen Keretapi Lama Kuala Lumpur. 
Tiket masuk boleh dibeli secara walk-in di kaunter tanpa perlu tempahan awal. Muzium ini dibuka setiap hari dari jam 9:30 pagi hingga 5:00 petang. 
Ada juga tempat letak kereta disediakan secara percuma di kawasan muzium dan terdapat juga kemudahan seperti kafe, perpustakaan, serta kedai cenderamata untuk pengunjung. 
3. Galeri Seni Negara (National Art Gallery) Alamat: Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, 2, Jalan Temerloh, off, Jln Tun Razak, 53200 Kuala Lumpur, Malaysia
Tiket Masuk: Percuma
Galeri Seni Negara juga dikenali sebagai Balai Seni Visual Negara. Ia terletak bersebelahan dengan Istana Budaya dan Taman Tasik Titiwangsa. Galeri ini menjadi pusat koleksi, pameran dan pengembangan seni visual negara.
Galeri Seni Negara mempunyai koleksi lebih 8,000 karya seni dari pelukis tempatan dan serantau. Dengan tema pameran yang sentiasa berubah dan interaktf, galeri ini  sangat seronok untuk diterokai. 
4. Bank Negara Malaysia Museum & Art Gallery Alamat: Sasana Kijang, 2, Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Tiket Masuk: Percuma
Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia sebenarnya salah satu muzium paling moden dan informatif di Kuala Lumpur. Lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuklah kafe.
Kalau anda jenis yang suka tempat cantik, sejuk (aircond dia best!) dan penuh info menarik, tempat ni wajib masuk dalam senarai.
Terletak dalam bangunan Sasana Kijang yang serba canggih, muzium ini merangkumi beberapa galeri berbeza. Jadi kalau anda bawa anak-anak, pasangan, atau nak solo trip pun, memang sesuai.
Pameran dalam setiap galeri direka dengan interaktif dan visual yang menarik. Memang tak bosan langsung! 
5. UR-MU (Urban Museum) Alamat: 3, Jalan Bedara, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Tiket Masuk: RM20
Kalau anda sedang cari muzium atau galeri seni yang moden, edgy dan instagramable di Kuala Lumpur,  Urban Museum Kuala Lumpur wajib ada dalam senarai anda!
Dengan susun atur dalamannya yang sangat ‘aesthetic’, muzium ini menampilkan seni kontemporari tempatan dan antarabangsa. Ada instalasi berskala besar, lukisan berkonsep kritikal, video art serta pelbagai medium seni lain.
UR-MU juga aktif dengan pelbagai program seni, bengkel dan acara komuniti. Jadi kalau anda bernasib baik, mungkin boleh sertai sesi-sesi eksklusif yang mereka anjurkan.
6. Muzium Telekom Alamat: Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Tiket Masuk: RM5 (warganegara), RM10 (bukan warganegara)
Muzium Telekom yang terletak tengah-tengah Kuala Lumpur memang unik dan wajib singgah, terutamanya kalau anda suka sejarah dan teknologi. 
Bangunan bersejarah yang siap dibina pada tahun 1928 ini dahulunya pusat pertukaran telefon, tapi sekarang dah diubah jadi muzium yang penuh dengan koleksi menarik. 
Setiap sudut muzium ni ada info dan artifak yang bawa kita mengimbas perubahan dunia komunikasi dari zaman dulu sampai sekarang. Suasana dalam muzium pun selesa, berhawa dingin dan ada ruang santai kalau nak berehat sekejap.
Selain pameran tetap, Muzium Telekom juga ada galeri interaktif dan program pendidikan yang sesuai untuk semua peringkat umur. 
Lokasinya sangat strategik, dekat dengan stesen LRT Masjid Jamek dan mudah diakses kalau anda jalan kaki sekitar pusat bandar. 
7. Muzium Tekstil Negara Alamat: 26, Jalan Sultan Hishamuddin, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Tiket Masuk: RM2 untuk warganegara
Muzium Tekstil Negara terletak berdekatan Dataran Merdeka. Muzium ini dibahagikan kepada empat dewan pameran utama yang memfokuskan kepada pelbagai kumpulan etnik termasuk Melayu, Cina, India dan etnik lain di Malaysia.
Di muzium ini anda juga boleh melihat dengan lebih dekat proses pembuatan tekstil melalui bahan pameran yang interaktif dan informatif.
Salah satu tarikan menarik di sini ialah aktiviti interaktif seperti mewarna dan mereka corak batik. Pengalaman hands-on yang menyeronokkan ini sangat sesuai untuk semua peringkat umur.
8. Muzium Polis Diraja Malaysia Alamat: 5, Jalan Perdana, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Tiket Masuk: Percuma
Kalau anda seorang yang minat sejarah atau ingin memahami lebih dekat peranan pasukan keselamatan negara, 
Muzium PDRM juga salah satu muzium di KL yang anda boleh lawati secara percuma. Muzium ini menampilkan perjalanan sejarah pasukan Polis Diraja Malaysia dari era penjajahan hingga ke zaman moden.
Apa yang menjadikan muzium ini benar-benar menarik ialah koleksi pamerannya yang autentik. Bukan sekadar replika biasa, tetapi banyak barangan asal yang digunakan oleh pasukan polis dahulu kala turut dipamerkan.
Ada kenderaan lama, uniform bersejarah, senjata, dokumen penting dan pelbagai lagi artifak menarik yang menjadikan pengalaman lawatan terasa lebih ‘real’ dan penuh nilai.
9. Muzium Etnologi Dunia Melayu Alamat: Jln Damansara, Tasik Perdana, 50566 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Tiket Masuk: RM5 (warganegara)
Muzium Etnologi Dunia Melayu memberi tumpuan khas kepada aspek etnografi budaya Melayu. 
Di sini, para pengunjung berpeluang melihat dengan lebih dekat pelbagai artifak unik seperti keris, wau, congkak, pakaian tradisional, serta seni ukiran kayu yang halus.
Bagi pelawat luar negara, ini mungkin satu pendedahan baharu yang mempesonakan. Namun, untuk rakyat tempatan, sesetengah pameran mungkin terasa agak biasa kerana sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian.
Tapi jangan risau, di sini anda juga melihat persembahan wayang kulit dan mencuba beberapa permainan interaktif. 
10. Muzium Seni Asia (Museum of Asian Art UM) Alamat: Jalan Ilmu, 50603 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Tiket Masuk: Percuma
Muzium Seni Asia ini terletak di Universiti Malaya. Ia merupakan salah satu muzium yang agak underrated tetapi sangat berbaloi untuk dilawati, terutamanya jika anda peminat sejarah dan seni klasik dari Asia. 
Walaupun bersaiz kecil, muzium ini menyimpan koleksi artifak yang menarik. Antaranya tembikar purba, ukiran halus, serta hasil seni dari pelbagai tamadun di Asia termasuk China, India dan Asia Tenggara.
Anda boleh habiskan sekitar 30 hingga 45 minit di sini. Jadi, kalau anda berada di kawasan Petaling Jaya atau sekitar Universiti Malaya, muzium ini kena ada dalam itinerari anda!
11. Galeri ILHAM Alamat: Levels 3 and 5, Ilham Tower, 8, Lrg Binjai, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
Tiket Masuk: Percuma
Galeri ILHAM merupakan salah satu ruang seni kontemporari paling menarik di Kuala Lumpur. Galeri ini menampilkan karya seni moden daripada Malaysia dan juga rantau Asia Tenggara. 
Anda boleh melihat pelbagai bentuk karya menarik di galeri ini  daripada seni visual, fotografi, seni bina hinggalah ke rekaan kontemporari. 
Selain pameran yang sering bertukar mengikut musim, ILHAM juga menganjurkan pelbagai program menarik seperti lawatan berpandu, bengkel seni dan sesi bual santai bersama artis tempatan.
Suasana galeri yang moden dan tenang menjadikan ia lokasi yang sesuai untuk aktiviti solo, ‘artsy date’ atau kunjungan santai bersama keluarga.
Menariknya lagi, galeri ini bukan sekadar tempat untuk ‘melihat’ seni, tetapi tempat untuk ‘merasai’ dan ‘memahami’ bagaimana seni boleh menyuarakan isu masyarakat dengan penuh gaya dan ekspresi.
Kemasukan adalah percuma, jadi memang tiada alasan untuk tidak singgah okay!
12. Galeri Puteh Alamat: L3-01, Level 3, KL Eco City Mall, 3, Jalan Bangsar, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Tiket Masuk: Percuma
Satu lagi galeri di KL yang anda boleh kunjungi secara percuma ialah Galeri Puteh. 
Galeri ini sentiasa tampil dengan pameran baru dari masa ke semasa. Jadi, setiap kali anda datang, pasti ada sesuatu yang baru untuk diterokai.
Dengan rekaan ruang yang minimalis dan mesra pengunjung, anda akan mudah hanyut dalam ekspresi seni yang ditampilkan.
Jangan lupa ikuti Instagram rasmi Galeri Puteh untuk mengetahui info terkini tentang pameran, acara dan kolaborasi menarik yang sedang berlangsung.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/muzium-dan-galeri-di-kl/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=muzium-dan-galeri-di-kl

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025

papar berkaitan - pada 18/4/2025 - jumlah : 208 hits
Himpunan lebih 500 naskah keratan akhbar muka hadapan yang berjaya dikumpulkan sepanjang 30 tahun penglibatan PPIM dalam menggerakan ke penggunaan barangan Islam Datuk Nadzim Johan sempat melancarkan Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan di pe...
Planner Islamic 2025 The Wife Co

Planner Islamic 2025 The Wife Co

papar berkaitan - pada 19/4/2025 - jumlah : 173 hits
Ini entry tertangguh dari hujung tahun lepas 2024 Lama betul peram entry Planner Islamic 2025 ni rupanya Watermark pun watermark lama Dah malas nak edit semula letak watermark baru Tapi tetap nak masukkan dalam blog juga walaupun dah terlew...
Unlocking The Value Of Data Why The Data Sharing Act 2025 Matters

Unlocking The Value Of Data Why The Data Sharing Act 2025 Matters

papar berkaitan - pada 19/4/2025 - jumlah : 173 hits
IN the contemporary digital landscape data serves not merely as a resource but as a cornerstone for innovation informed decision making and economic advancement Acknowledging the significance and potential of data Malaysia has enacted sever...
Semakan Panggilan Ujian Medsi Sesi 2025 2026

Semakan Panggilan Ujian Medsi Sesi 2025 2026

papar berkaitan - pada 20/4/2025 - jumlah : 237 hits
PENGUMUMAN TERKINI BERKENAAN SEMAKAN PANGGILAN UJIAN MEdSI 2025 2026 Semakan Panggilan Ujian MEdSI Program Pengajian PendidikanLepasan STPM Setaraf Sesi Akademik 2025 2026 Semakan boleh dibuat pada 21 April 2025 12 Tengah Hari Ujian MEdSI a...
Masa Yang Terhad Sebagai Ibu Dan Ghostwriter 2025

Masa Yang Terhad Sebagai Ibu Dan Ghostwriter 2025

papar berkaitan - pada 21/4/2025 - jumlah : 239 hits
Terpaling sibuk ya Allah uji baru sikit bulan April 2025 dengan masa yang terhad Semasa menaip artikel ini 19 April Semuanya di bulan April 2025 Nak kata sibuk dengan kerja kerja ghostwriting tidak juga Cuma fokus kepada klien tetap sahaja ...
Pendaftaran Biasiswa Yayasan Ytl 2025 Kini Dibuka

Pendaftaran Biasiswa Yayasan Ytl 2025 Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 21/4/2025 - jumlah : 160 hits
Pendaftaran untuk Biasiswa Yayasan YTL 2025 kini dibuka dan akan ditutup pada 30 April 2025 Sejak 1997 Yayasan YTL telah menyokong pelajar berbakat yang mengamalkan nilai nilai seperti kerja keras kejujuran tanggungjawab moral semangat keki...
Tema Baju Raya Kami 2025

Tema Baju Raya Kami 2025

papar berkaitan - pada 18/4/2025 - jumlah : 178 hits
Sepatutnya cerita baju raya 2025 pada bulan Ramadan haritu Tapi yelah kan Masa tu mood tak sampai lagi Kita cerita lepas raya pun boleh Tahun ni persiapan raya hanya beli baju biskut dan kerepek raya je Barang kemas itu cerita lain Biskut k...
Klscm 2025 Pendaftaran Syarat Kelayakan

Klscm 2025 Pendaftaran Syarat Kelayakan

papar berkaitan - pada 18/4/2025 - jumlah : 169 hits
KL MARATHON Pendaftaran Syarat Kelayakan Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2025 kini kembali lagi Sebagai salah satu acara larian paling dinantikan di Malaysia KLSCM sentiasa menarik perhatian puluhan ribu pelari tempatan dan antarab...
Keputusan Spm 2024 2025 Semakan Slip

Keputusan Spm 2024 2025 Semakan Slip

papar berkaitan - pada 17/4/2025 - jumlah : 252 hits
Calon ibu bapa boleh menyemak keputusan SPM 2024 2025 mulai pukul 10 00 pagi pada 24 April 2025 sehingga pukul 6 00 petang pada 30 April 2025 melalui laman web KPM iaitu myresultspm moe gov my Laman ini membenarkan anda untuk membuat semaka...
Bom Jangka Mula Meledak Krisis Kewangan Jepun Lebih Teruk Daripada Greece

What Are The Benefits Of Custard Apples Or Nona

Uk S Royal Society Welcomes First Malaysian Based Scientist

Sumbangan Gamuda Dalam Industri Kereta Api

Program Wacana Manuskrip Melayu Rahsia Keagungan Cap Mohor Manuskrip Melayu

Malang Tidak Berbau

Membangun Syaja Ah Dalam Kehidupan

Resepi Sambal Kering Peparu Rangup Pedas Lauk Padu Nasi Lemak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perbedaan Karakteristik Pengguna Media Sosial Instagram Tiktok Twitter Dan Facebook

Bagaimana Pencipta Kandungan Kekal On Trend Tanpa Berbelanja Besar

Hampir 3 000 Kura Kura Berjaya Diseludup Dari Klia Pelik Macamana Pihak Berkuasa Malaysia Bekerja

Ni Saja Mampu Harap Cukuplah Buat Kejutan Untuk Isteri Prince Syed Beri Nafkah Bulanan Cash Rm125k

Lesen Memandu Malaysia Kini Berwajah Baru Tapi Bukan Untuk Semua

Results Of Pkr Party Elections To Be Known As Early As 2 30pm This Saturday