10 Lori Barangan Sumbangan Rakyat Malaysia Untuk Mangsa Gempa Bumi Di Syria Utusan Malaysia 27 02 2023


 

JINDIRES (Syria): Ratusan penduduk keluar beramai-ramai dan gembira menyambut kedatangan sukarelawan MCM serta konvoi 10 lori terbabit yang turut diiringi anggota keselamatan.
Setiausaha Agung MCM, Ahmad Safuan Ujar yang juga ketua misi berkata Jindires antara kawasan di utara Syria yang teruk terjejas akibat kejadian gempa bumi yang berlaku pada 6 Februari lalu.
Sukarelawan Muslim Care Malaysia yang menyantuni mangsa gempa bumi yang juga pelarian perang di Jindires, Syria.Menurutnya, lebih 700 orang terbunuh dan tidak kurang 1,000 rumah kediaman di Jindires musnah akibat tragedi itu.
“Sebanyak 400 keluarga menerima sumbangan ini. Mereka adalah mangsa gempa bumi yang kini sudah tiada rumah serta hanya tinggal di dalam khemah,” katanya.
Beliau berkata, barangan yang diagihkan itu termasuk kotak makanan seberat 40 kilogram mengandungi beras, gula, minyak masak, bijirin, makanan dalam tin dan lain-lain, serta selimut dan juga kayu api.
Lori yang membawa barangan sumbangan rakyat Malaysia untuk mangsa gempa bumi di Syria yang dikendalikan oleh Muslim Care Malaysia.Menurutnya, kumpulan sukarelawan ke Syria itu adalah pasukan kedua daripada MCM selepas pasukan pertama berada di Turkiye dari 9 hingga 14 Februari lalu.
Turut berkolaborasi dengan MCM dalam menjayakan misi bantuan itu ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yayasan Integrasi Al-Huffaz, Yayasan ASAS (Alumni Sekolah Alam Shah) dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Sementara itu, seorang penerima sumbangan Abdul Khalil, 53, mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana tidak pernah melupakan rakyat Syria yang sering dilanda musibah iaitu peperangan dan bencana alam.
“Semoga Allah merahmati anda semua. Terima kasih. Rakyat Malaysia memang baik,” katanya.
Gempa bumi yang berlaku pada 6 Februari lalu setakat ini mencatatkan jumlah kematian mencecah 50,000 orang dengan lebih 43,000 di Turkiye manakala bakinya di Syria.
Sebahagian daripada 10 buah lori yang digunakan oleh Muslim Care Malaysia bagi membawa sumbangan daripada rakyat Malaysia untuk diagihkan kepada mangsa gempa bumi di Syria.
Artikel oleh: Utusan Malaysia10 LORI BARANGAN SUMBANGAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK MANGSA GEMPA BUMI DI SYRIAhttps://www.utusan.com.my/nasional/2023/02/10-lori-barangan-sumbangan-rakyat-malaysia-untuk-mangsa-gempa-bumi-di-syria/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2023/02/10-lori-barangan-sumbangan-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mcm Hantar Sukarelawan Kumpulan Kedua Bantu Mangsa Gempa Di Syria Berita Harian 21 02 2023

Mcm Hantar Sukarelawan Kumpulan Kedua Bantu Mangsa Gempa Di Syria Berita Harian 21 02 2023

papar berkaitan - pada 23/2/2023 - jumlah : 243 hits
KUALA LUMPUR Badan bukan kerajaan Muslim Care Malaysia menghantar kumpulan kedua sukarelawannya bagi membantu mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria Ketua misi Ahmad Safuan Ujar berkata kumpulan disertai sembilan sukarelawan itu berlepas da...
Pm Terkesan Keprihatinan Rakyat Malaysia Hulur Bantuan Mangsa Gempa

Pm Terkesan Keprihatinan Rakyat Malaysia Hulur Bantuan Mangsa Gempa

papar berkaitan - pada 19/2/2023 - jumlah : 225 hits
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau amat terkesan dengan keprihatinan rakyat Malaysia terhadap nasib mangsa gempa bumi di Syria dan Turkiye yang menyaksikan sebanyak 42 tan lagi barangan bantuan kemanusiaan dihantar semalam Menurut...
Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2022 2023

Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2022 2023

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 233 hits
Assalamualaikum wbt Awak seorang pembaca Ayuh sertai Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2022 2023 Penyertaan anda akan menyumbang kepada data profil dan trend membaca rakyat Malaysia Pelbagai hadiah menarik bakal dimenangi oleh peserta b...
Henti Eksport Sayur Stabilkan Dulu Bekalan Tempatan Utusan Malaysia 19 02 2023

Henti Eksport Sayur Stabilkan Dulu Bekalan Tempatan Utusan Malaysia 19 02 2023

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 242 hits
PETALING JAYA Kerajaan perlu menghentikan sementara eksport sayur bagi memastikan bekalan dalam negara stabil sekali gus dapat menstabilkan harganya yang tinggi ketika ini Bagi tujuan itu kerajaan perlu merangka satu mekanisme untuk mengkoo...
Gempa Bumi Turkiye Pasukan Malaysia Diiringi Sorakan Terima Kasih Sebe

Gempa Bumi Turkiye Pasukan Malaysia Diiringi Sorakan Terima Kasih Sebe

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 170 hits
Sorakan dan tepukan mengiringi Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia kumpulan pertama di lapangan terbang Gazientep di Turkiye Pasukan itu dalam perjalanan pulang ke Malaysia selepas 14 hari di wilayah Gazientep kawasan terjejas akib...
Muslim Care Malaysia Hantar Kumpulan Kedua Ke Turkiye Syria Kosmo 22 03 2023

Muslim Care Malaysia Hantar Kumpulan Kedua Ke Turkiye Syria Kosmo 22 03 2023

papar berkaitan - pada 23/2/2023 - jumlah : 188 hits
SEPANG Muslim Care Malaysia meneruskan misi kemanusian membantu mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria apabila menghantar kumpulan kedua sukarelawan ke negara terbabit malam tadi Ketua Misi MCM Ahmad Safuan Ujar berkata kumpulan seramai sem...
Salt Bae Janji 5 000 Hidangan Sehari Kepada Mangsa Gempa Bumi

Salt Bae Janji 5 000 Hidangan Sehari Kepada Mangsa Gempa Bumi

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 186 hits
Salt Bae berjanji untuk menghantar 5 000 hidangan makanan sehari kepada mangsa mangsa gempa bumi Turkiye Getty ImagesANKARA Cef selebriti Salt Bae berjanji akan menyediakan 5 000 hidangan makanan sehari kepada mangsa gempa bumi kuat di Turk...
Cukai Barangan Mewah 2023 Luxury Goods Tax Malaysia

Cukai Barangan Mewah 2023 Luxury Goods Tax Malaysia

papar berkaitan - pada 27/2/2023 - jumlah : 265 hits
Cukai Barangan Mewah 2023 Senarai barang mahal dan Luxury Goods Tax Malaysia Jurang kekayaan dikalangan T20 dan golongan super kaya di Malaysia dengan rakyat marhaen semakin melebar Boleh dilihat corak perbelanjaan golongan kaya di Malaysia...
Pasangan Pakar Motivasi Terkenal Dalam Negara Umum Bercerai Rupanya Suami Tambah Satu Lagi Isteri Berusia 24 Tahun

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Arenaa Batik Boutique Hotel

Dia Nak Kacau Felda Pula Sebab Tempat Melayu Kenyataan Di Atas Adalah Fitnah

Narrowing Data Gaps To Ensure No Woman Or Girl Left Behind


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rumah Terbuka Mini

Domain Name Valuation Matter

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord

Bab 4 April 2025

Resipi Bihun Goreng Limau Purut Yang Sedap Pedas Wangi