10 Lauk Kenduri Negeri Selatan Resipi 1 3 Tu Dari Singapura


Cuti sekolah ni macam-macam majlis kenduri kendara rancak berlangsung. Ni min nak kongsi dengan korang lauk pauk yang biasa dihidang masa kenduri oleh orang -orang belah Selatan . Istimewanya dari Melaka, Johor dan Singapura.

Sukatannya dicadangkan untuk majlis berskala sederhana. Resipi ni hasil idea tenaga pengajar dan Chef Rahayu Farhana Awang Kechik, Chef Amir Hamzah Omar dan Chef Mohd Nazli Mohd Nawi dari Food Institute of Malaysia (FIM).
1. SAMBAL PENGANTIN SINGAPORE

BAHAN-BAHAN:
500gm paru lembu | direbus dan dipotong kecil500gm hati lembu | direbus dan dipotong kecil1kg daging lembu500gm udang saiz sederhana | disiang dan direbus12 biji bawang besar | dikisar20 ulas bawang putih | dikisar9 sm halia | dikisar8 batang serai | dikisar50gm cili kering | direbus dan dikisar20 biji cili merah | dikisar150gm udang kering (dikisar)1/2 botol kecil kicap manis7 biji bawang besar | dipotong baji7 biji cili merah | dihiris7 biji cili hijau | dihirisAir secukupnyaGaram secukupnyaGula secukupnyaMinyak masak secukupnya untuk menumisCARA MEMASAK :
1. Rebuskan hati, paru, dan daging lembu hingga empuk, sejukkan dan potong kepada saiz kecil.
2. Udang dikopek kulit dan direbus.
3. Tumiskan bawang besar,bawang putih, halia dan serai yang dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
4. Masukkan cili kering, cili merah, dan udang kering yang dikisar. Teruskan menggoreng hingga cili benar-benar masak
5.Masukkan hati,paru dan daging yang direbus dan dipotong kecil. Masukkan sedikit air bagi mengelakkan bahan masakan terlalu kering dan garing.
6.Masukkan kicap manis, perasakan dengan garam dan gula
7. Akhir sekali masukkan bawang besar, cili merah dan cili hijau yang telah dipotong.
INFO CHEF : Gula boleh dikurangkan kerana kicap manis sudah memberikan rasa manis. Hati,paru dan daging hendaklah direbus berasingan dan air rebusan daging boleh digunakan untuk menggantikan air.
Saiz hidangan : 50 orang
Masa Memasak : 1 jam
Cara Memasak : Rebus dan tumis
Jenis Masakan : Lauk utama, Singapura
Keistimewaan : Rasa yang manis pedas membangkitkan selera sesuai dijadikan makanan istimewa perayaan dan majlis perkahwinan
2. KAMBING KURMA MERAH

BAHAN-BAHAN:
5kg daging kambing | dipotong dadu20 biji bawang besar | dikisar5 labu bawang putih | dikisar15sm halia | dikisar20 batang serai | diketuk20 tangkai daun kari16 cm kayu manis30 biji buah pelaga24 kuntum cengkih10 kuntum bunga lawang30 sudu makan rempah kurma30 sudu makan pes cili kering20 sudu makan pes tomato500gm kismis | dikisar5 liter santan10 biji bawang besar | dipotong baji20 biji cili merah | dihiris20 biji cili hijau | dihiris30 biji ceri tomato | dibelah duaDaun ketumbar secukupnyaAir secukupnyaGaram secukupnyaGula secukupnyaMinyak masak secukupnya untuk menumis
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak, tumis empat sekawan dan daun kari hingga naik bau.
2. Masukkan bahan yang dikisar dan serai yang diketuk, tumis hingga pecah minyak dan wangi. Kemudian masukkan rempah kurma, cili kisar, pes tomato masak hingga rempah betul-betul masak dan wangi.
3. Masukkan kambing dan air secukupnya, renehkan hingga daging kambing empuk dan lembut
4 .Setelah daging kambing empuk, masukkan kismis yang telah di kisar dan diikuti dengan santan. Perasakan dengan garam dan gula.
5 .Akhir sekali sebelum tnutup api, masukkan bawang,cili merah,cili hijau, tomato ceri dan daun ketumbar.
INFO CHEF : Rasa kurma ini pedas dan manis dari kismis
Saiz hidangan : 70 orang
Masa Memasak : 1 jam
Cara Memasak : Tumis dan reneh
Jenis Masakan : Lauk utama, Johor
Keistimewaan : Rasa berempah dan manis dari kismis sangat istimewa dan ada kelainan dari kurma biasa.
3. LAKSA KATONG SINGAPURA

BAHAN-BAHAN:
Bahan kuah laksa :
5kg udang saiz sederhana | buang kulit dan direbus5 liter air rebusan udang | dari kulit dan kepala yang dikopek15 biji bawang besar | dikisar5 biji bawang putih | dikisar25sm halia | dikisar12sm lengkuas | dikisar30 sudu makan cili kisar20 sudu makan pes tomato10 sudu makan rempah kari1 liter santanGaram secukupnyaGula secukupnya10 keping asam keping30 helai daun limau purutAir secukupnyaMinyak masak secukupnyaBahan-bahan untuk dihidang bersama:
5 kg laksa basah | dicelur1 kg udang |direbus20 biji telur rebus | dibelah empat10 biji bebola ikan20 keping kek ikan160gm taugeh | dicelurDaun ketumbar secukupnya | dihiris halusCili merah | dihiris halusCARA MEMASAK:
1. Kopek udang dan rebuskan, kulit dan kepala udang juga direbus.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau. Masukkan cili kisar, pes tomato dan rempah kari.
3. Terus menumis hingga naik bau. Masukkan juga sedikit air untuk mengelakkan rempah hangit.
4. Masukkan air rebusan udang.
5. Masukkan santan, perasakan dengan garam dan gula. Masukkan asam keping dan daun limau purut.
6. Sediakan bahan-bahan (dihidang bersama), susun di dalam mangkuk, tuangkan kuah dan sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Rempah hendaklah di tumis betul-betul masak untuk menambahkan aroma Laksa Katong.
Saiz hidangan : 50 orang
Masa Memasak :1 jam
Cara Memasak : Tumis dan reneh
Jenis Masakan : Makanan sampingan, laksa Singapura
Keistimewaan : Rasa lemak dan manis dari udang membuatkan laksa ini sangat menyelerakan
4. ASAM PEDAS DAGING

BAHAN-BAHAN;
5kg daging | dihiris cuci dan toskan23 batang serai | dititik22 helai daun limau purut | dihiris30 tangkai daun kesum | dilurutt8 sudu makan pes asam jawa60 sudu makan cili kisarAir secukupnyaGaram secukup rasaGula melaka secukup rasaGula melaka secukup rasaBAHAN TUMIS:
700gm bawang merah | hiris5 biji putih | hiris25 tangkai daun kari | lurut dari tangkai8 sudu teh jintan kasar8 sudu teh jintan halus12 batang kulit kayu manisBAHAN KISAR HALUS:
8 biji bawang besar3 biji bawang putih30 biji buah keras25 sm kunyit hidup25sm belacan25sm halia25sm lengkuas6 sudu teh lada hitamCARA MEMASAK :
1 .Panaskan minyak didalam periuk, masukkan bahan tumis dan serai, tumis hingga harum. Tambah bahan kisar halus dan tumis hingga garing.
2. Masuk cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
3. Masukkan daging, daun kesom dan daun limau, gaul rata. Masak hingga daging kecut. Tuang air secukupnya dan masak hingga daging empuk.
4. Masukkan pes asam jawa, kacau rata. Perasakan dengan garam dan sedikit gula melaka. Masak hingga pekat dan tutup api.
INFO CHEF: Daging boleh juga direbus terlebih dahulu. Tetapi air rebusan jangan dibuang dan boleh masukkan ke dalam kuah nanti. Tambahkan tomato ceri untuk rasa yang lebih manis
Saiz hidangan : 60 orang
Masa Memasak : 1 jam, 30 minit
Cara Memasak : Tumis dan reneh
Jenis Masakan : Lauk utama, Melaka
Keistimewaan : Rempah ratus dalam hidangan asam pedas daging untuk menampah aroma.
5.DENDENG DAGING

BAHAN-BAHAN;
5kg daging22 batang serai | dititik40-50 sudu makan cili kering | dikisar30 sudu makan kicap manis30 sudu makan kicap masinAir secukupnyaGaram secukup rasaGula secukup rasaBAHAN TUMIS:
1 kg bawang merah | dikisar kasar10 biji | dikisar kasar26sm halia | dikisar kasar10 batang kulit kayu manisCARA MEMASAK :
1. Rebus daging selama 30 minit kemudian dihiris 1.2sm.Tumbuk daging yang telah dihiris menjadi leper kemudian diperap bersama kicap manis dan kicap masin.
2. Panaskan minyak dan goreng daging yang telah perap hingga garing.
3. Keluar sebahagian minyak dan tinggal sedikit untuk menumis bahan tumis dan serai.
4. Tumis hingga harum.
5. Masuk cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
6. Masukkan pes asam jawa, kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula. Masukkan daging yang telah digoreng dan gaul rata.
7. Daging dendeng sedia dihidangkan
INFO CHEF : Bahan tumisan perlu ditumis garing bagi menghasilkan rasa dendeng yang terbaik
Saiz hidangan : 60-70 orang
Masa Memasak : 1 jam 30 minit
Cara Memasak : Rebus, goreng,dan tumis
Jenis Masakan : Lauk utama, Melaka
Keistimewaan : Rasa pedas manis sangat istimewa dengan daging yang diperap dan di goreng garing menambah rasa pada masakan.
6. KARI AYAM KAPITAN

BAHAN-BAHAN:
5 kg daging ayam20 helai daun limau purut20 sudu makan jus limau purut15 liter santanAir secukupnyaGaram secukup rasaGula secukup rasaBAHAN TUMIS:
50 ulas bawang merah | dikisar30 ulas bawang putih | dikisar25sm halia | dikisar25sm kunyit hidup | dikisar30 biji cili merah | dikisar30 biji cili hijau | dikisar30 biji buah keras | dikisar10 sudu teh belacan | dikisar20 sudu makan serbuk kari| dicampur air jadikan pes30 biji buah pelaga30 kuntum bunga cengkih10 batang kayu manis ( 1.3 sm)10 kuntum bunga lawangCARA MEMASAK:
1. Kisarkan serai, cili merah, bawang putih, kunyit hidup, bawang merah, buah keras dan belacan di dalam pengisar.
2. Kemudian tumis sehingga terbit aromanya yang wangi bersama rempah 4 sekawan.
3. Seterusnya masukkan rempah kari ayam dan tumis hingga terbit minyak.
4. Masukkan daun limau, air dan ayam. Kacau sehingga sebati dan biarkan reneh selama 15 minit.
5. Kemudian, tuangkan jus limau purut, santan dan teruskan mengacau selama seminit.
8. Tunggu sehingga ayam menjadi empuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan kari sedia untuk dihidang.
INFO CHEF : Selain nasi, kari ayam kapitan juga sesuai dimakan bersama pulut kuning atau roti jala.
Saiz hidangan : 65- 70 orang
Masa Memasak : 1 jam 30 minit
Cara Memasak : Tumis dan reneh
Jenis Masakan : Lauk utama, Melaka
Keistimewaan : Kari ayam berempah yang pekat dan beraroma semerbak
7. SAMBAL TAHI MINYAK IKAN BILIS DAN PETAI

BAHAN-BAHAN:
3 kg ikan bilis2 mangkuk tahi minyak30 papan petai | ambil isi sahaja28 cawan air1 cawan air asam jawaGaram secukup rasaGula secukup rasaMinyak masak secukupnya | untuk menumis dan menggorengBAHAN TUMIS:
60 biji bawang merah | dikisar30 ulas bawang putih | dikisar15 batang serai | dikisar30 sudu makan belacan | dikisar42 sudu makan cili kering kisarCARA MEMBUATNYA :
1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis, diikuti petai. Angkat dan ketepikan.
2. Keluarkan minyak, tinggal secukupnya untuk menumis.
3. Tumis bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan cili ki
4. Masukkan bahan tumis dan tumis hingga garing kemudian masukkan cili kisar dan kacau hingga terbit minyak.
5. Masukkan air asam jawa, ikan bilis, petai dan tahi minyak. kemudian perasakan dengan garam dam gula secukup rasa.
6. Tutup api dan ssambal sedia dihidankan
INFO CHEF : Enak, pedas, dan kaya dengan rasa petai.
Saiz hidangan : 45- 50 orang
Masa Memasak : 40 min
Cara Memasak : Tumis
Jenis Masakan : Sambal, Melaka
Keistimewaan : Ikan bilis rangup dan cili kering ditumis sempurna faktor utama sambal sedap
8. URAP PEGAGA SELOM DAN TAUGEH

BAHAN-BAHAN:
1kg taugeh1kg daun pegaga | dihiris kasar1kg daun selom | dihiris kasar40 sudu makan udang kering | dikisar halus50sm cekur | dikisar halus100 biji bawang besar | dikisar halus40 biji bawang putih | dikisar halus100 tangkai cili kering | direbus dan dikisar1kg kelapa parutGaram secukup rasaGula secukup rasaCARA MEMASAK:
1. Tumis bahan kisar hingga naik bau dan wangi, masukkan kelapa parut dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
2. Sejukkan bahan tumis seketika.
3. Sementara itu masukkan semua bahan hirisan di dalam mangkuk besar.
4. Kemudian masukkan bahan urap yang telah disejukkan tadi.
5. Gaul rata dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Kelapa parut ambil bahgian putih sahaja lebih lemak dan sedap.
Saiz hidangan : 60 orang
Masa Memasak : 20min
Cara Memasak : Tumis
Jenis Masakan : Kerabu / pembuka selera
Keistimewaan : Ulam-ulaman yang baik untuk kesihatan
9. IKAN KERISI SAMBAL HIJAU BERSANTAN

BAHAN-BAHAN:
60 ekor ikan kerisi | digoreng90 ulas bawang merah | dikisar55 ulas bawang putih | dikisar200sm cekur | dikisar270 cili padi hijau | dikisar60 biji cili hijau | dikisar1 liter santanMinyak masak secukupnya untuk menggorengAir secukupnyaGaram secukup rasaGula secukup rasaCARA MEMASAK:
1. Goreng ikan hingga garing dan ketepikan.
2. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan sedikit air.
3. Setelah pecah minyak, masukkan santan. Kacau dan renehkan hingga santan pekat.
4. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa,
5. Akhir sekali tuang ke atas ikan yang telah siap digoreng.
6. Sambal ikan sedia dihidangkan
Saiz hidangan : 60 orang
Masa Memasak : 40 min
Cara Memasak : Goreng dan tumis
Jenis Masakan : Hidangan utama
Keistimewaan : Sesuai di makan dengan nasi panas-panas
10. AYAM UNGKEP BERSAMA TEMPE

BAHAN – BAHAN :
5kg ayam20 biji bawang besar | dikisar halus60 ulas bawang putih | dikisar halus50 sm halia | dikisar halus50sm lengkuas dikisar halus40 batang serai | dikisar halus50 biji cili padi | dikisar halus12sm kunyit hidup | dikisar halus10 sudu makan jintan putih biji | disangai dan kisar kering (kasar)10 sudu makan jintan manis biji | disangai dan kisar kering kasar10 sudu makan ketumbar biji10 paket tempe | digorengAir secukupnyaGaram secukup rasaGula secukup rasaMinyak masak secukupnya CARA MEMASAK :
1. Ayam dibasuh bersih dan di toskan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus hingga wangi dan pecah minyak,
3. Masukkan bahan sangai dan kisar kasar, kacau lagi.
4. Seterusnya masukkan ayam dan air secukupnya. Renehkan ayam hingga masak.
5. Perasakan dengan garam dan gula.
6. Akhir sekali masukkan tempe yang telah dipotong dan digoreng.
7. Gaul rata,tutup api. Ayam ungkep sedia dihidangkanINFO CHEF : Jika suka boleh d tambah sedikit lada hitam untuk rasa lebih pedas.
Saiz hidangan : 60 orang
Masa Memasak : 1jam
Cara Memasak : Tumis dan reneh
Jenis Masakan : Lauk pauk
Keistimewaan : Makanan kebanggaan masyarakat Jawa, tak perlu santan senang dimasak.
TERIMA KASIH : FOOD INSTITUTE OF MALAYSIA (FIM), 41-51, Jalan SS 6/12, Ss 6, 47301 Petaling Jaya, Selangor. FB : Food Institute of Malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/03/10-lauk-kenduri-negeri-selatan-resipi-1.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kari Gulai Lauk Kenduri Orang Utara Resipi Warisan Che Nuri Azmi

Kari Gulai Lauk Kenduri Orang Utara Resipi Warisan Che Nuri Azmi

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 816 hits
Lauk kari di negeri belah Utara dikenali juga sebagai gulai Tak kisahlah kari ikan ayam daging kari memang berpisah tiada Esok dah mula cuti sekolah mesti ada banyak kenduri kendara atau majlis perkahwinan yang berlangsung ya tak Che Nuri A...
Realiti Masyarakat Kita Apabila Tergamak Beri Lebihan Lauk Kenduri Di Maahad Tahfiz

Realiti Masyarakat Kita Apabila Tergamak Beri Lebihan Lauk Kenduri Di Maahad Tahfiz

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 646 hits
KENDURI OH KENDURI HAKIKAT apa yang DIRAIKAN Luahan dari seorang MUDIR TAHFIZBukanlah menyombong ataupun besar diri Tapi inilah hakikatnya mengapa saya sering menolak lauk lebihan kenduri bila di hantar ke madrasah Lauk lebihan kenduri yang...
Pasport Jepun Singapura Dan Korea Selatan Paling Berkuasa Di Dunia 2019

Pasport Jepun Singapura Dan Korea Selatan Paling Berkuasa Di Dunia 2019

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 322 hits
Jepun Singapura dan Korea Selatan mempunyai pasport paling berkuasa di dunia pada tahun 2019 demikian pendedahan ranking terbaharu oleh firma penasihat Henley Partners menerusi Indeks Pasport Henley Menurut firma itu warga tiga negara berke...
Ni 4 Resipi Sayur Sayuran Lauk Tradisional Sajian Tradisi Terlajak Sedap

Ni 4 Resipi Sayur Sayuran Lauk Tradisional Sajian Tradisi Terlajak Sedap

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 689 hits
Banyakkan sayur sayuran dalam sajian ajak anak anak makan sayur jugak Pemakanan sihat ni ditinggal jangan Bagi mereka yang tengah berdiet tu usahlah asyik makan salad aje Apa kata cuba makan sayur cara lauk tradisional pulak Nak masuk lauk ...
Resepi Roti Golok Viral Ada Yang Teringin Cubalah Resipi Ni

Resepi Roti Golok Viral Ada Yang Teringin Cubalah Resipi Ni

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 570 hits
Roti enak dan lembut yang pernah menjadi viral beberapa bulan yang lalu Malah sekarang ni pun masih ramai yang duk buat bisnes roti ni Laris Anda teringin nak makan Ni resipinya Memang rugi kalau tak cuba Bahan A 1 cawan air suam1 sdu besar...
Resipi Orang Lama Agar Agar Kering

Resipi Orang Lama Agar Agar Kering

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 413 hits
Puasa dan raya dah semakin dekat Ada juga yang mengidam biskut dan kuih lama Min kongsikan resipi legend yang korang sendiri akan teruja nak rasa Bahan bahannya Agar agar bertali 1 paketGula pasir 1 kiloGula batu email protected Air sukat p...
Resipi Chicken Popcorn Mudah

Resipi Chicken Popcorn Mudah

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 404 hits
Assalamualaikum Siapa yang follow aku mesti tau aku suka sediakan bekal untuk Zafirah pergi sekolah Selalu upload gambar bento kat situ hihi Zafirah tu picky eater Menu bento dia tak variety pun Roti telur cheese nugget chicken ballchicken ...
Berat Anak Naik Perlahan Apakah Resipi Yang Boleh Tambah Berat Anak Konsepnya Perlu Ada Pertambahan Kalori

Berat Anak Naik Perlahan Apakah Resipi Yang Boleh Tambah Berat Anak Konsepnya Perlu Ada Pertambahan Kalori

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 560 hits
Ibu mana yang tidak risau jika anak kurang selera makan menolak makanan dan berat badan anak tidak bertambah malah berkurang Apakah resipi yang boleh menambahkan berat badan anak Rungsing betul mama dibuatnya Perkongsian ini khas untuk ibu ...
Resipi Puding Kastard Berkuah Nikmat Terasa

Resipi Puding Kastard Berkuah Nikmat Terasa

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 464 hits
Cuaca panas panas ni Dapat mkn puding memg nikmat Makan hingga menjilat jari Mudah jer buatnya ikut resipi berikut Bahan bahan 1 cwn tpg kastard5 cwn air1 2 tin susu cair1 2 cwn gulaEsen vanillaCara memasak 1 Campur kesemua bahan 2 Masak di...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba