10 Kesilapan Yang Wanita Sering Lakukan Dalam Solat Yang Kita Tak Perasan


10 Kesilapan Yang Wanita Sering Lakukan Dalam Solat Yang Kita Tak Perasan! Artikel di bawah ditulis Saudari Hanan pada tahun 2004 bertajuk ” Adab Solat Seorang Muslimah “. Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada muslimah di luar sana.
Baru saja lepas mendengar ceramah Ustazah Hjh Siti Khadijah Din, sebentar tadi. Rasa terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi kalau tak dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat.
Setelah mengikuti kuliah beliau (2 minggu sekali) selama beberapa bulan yg lepas, baru kini timbul kesedaran betapa solat yg saya dirikan terlalu rendah kualitinya. Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah… umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu.
Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk “menyediakan diri ” sebelum menghadap Yg Esa; Dua perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat…sewaktu kita berdiri tegak sebelum lafaz niat:
Minit Pertama – Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak untuk diberi peluang menghadap yang Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesal lah.
Minit Kedua – Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2Nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.
Setelah dilakukan kedua-dua perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sebagai wanita dan selayak2nya.

 
Adab untuk menghadap Tuhan. 1) Mengangkat Takbir – ada 3 cara mengangkat takbir
Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga.Mengangkat kedua2 tangan sehingga ke paras dada (bukan telinga). Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan (bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.
2) Qiyyam – cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.
3) Rukuk – peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tangan melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.
4) ‘Iktidal – tegakkan badan semasa membaca “Sami Allahuliman hamidah..”; dan mengangkat tangan posisi takbir ketika membaca “…rabbanaa lakal hamdu”
5) Sujud – sujud dari segi istilah ialah “penyerahan diri yang tertinggi”. Tertib sujud ialah dengan meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tangan dan seterusnya dahi. Kedua2 tangan dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tangan dan di situlah dahi diletakkan. Jangn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj). Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

 
6) Duduk Antara 2 Sujud – ada 2 cara : Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri ,dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.
7) Bangun Selepas Sujud – duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tangan.
8) Tahiyyat – mengangkat telunjuk pada ketika menyebut “…illallahh. ..”; (semasa membaca “laa ilaa ha ILLALLAH”). Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.
9) Salam – tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan
sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah. Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.
10) Berdoa Sesudah Solat – seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.
Seterusnya sebelum selesai ceramah, Ustazah sempat mengingatkan para hadirin bahawa kain yg digunakan untuk solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:-
1) Tidak jarang.
Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan lapis kain ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dalam dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tangan tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.
2) Kadang-Kadang Sewaktu Musafir,
Ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung sahaja (tak payah org lain, saya pun begini). Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan sahaja digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang.
Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (Ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

 
3) Ada Kain Telekung Yang Indah Bersulam Dan Berkerawang, Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut panjang, jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah.
Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat.
Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga. Yang penting, saya mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat,
inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi. Jangan pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna. Biar susah sekarang, jgn susah di Alam Baqa’.
Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan silap, harap dimaafkan. Segala yg baik itu datang dari Allah s.w.t. dan yg buruk itu dari saya.
Wassalam.
Sumber – Portal Komuniti Muslimah – Hanan.com.my
The post 10 Kesilapan Yang Wanita Sering Lakukan Dalam Solat Yang Kita Tak Perasan! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/10-kesilapan-yang-wanita-sering-lakukan-dalam-solat-yang-kita-tak-perasan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Jangan Ambil Mudah Adakah Sah Solat Jika Tersujud Di Atas Telekung Sendiri Rileks Media

Wanita Jangan Ambil Mudah Adakah Sah Solat Jika Tersujud Di Atas Telekung Sendiri Rileks Media

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 397 hits
JOM TONTON VIDEO Assalamualaikum ustaz saya nak kepastian tentang hukum wanita sujud atas kain telekung sendiri Adakh sujud dikira sah Mohon pencerahan dari ustaz JAWAPAN 1 Sujud merupakan salah satu dari rukun solat antara syarat sah sujud...
Wanita Lebih Afdhal Solat Di Rumah

Wanita Lebih Afdhal Solat Di Rumah

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 1564 hits
Wanita Lebih Afdhal Solat Di Rumah Soalan Assalamualaikum Ustaz Saya mempunyai dua soalan seperti berikut Betulkah wanita di galakkan sembahyang di rumah berbanding di masjid atau surau untuk mengelakkan fitnah Apakah sebabnya Bagaimana wan...
7 Tempat Yang Makruh Untuk Kita Lakukan Solat Rileks Media

7 Tempat Yang Makruh Untuk Kita Lakukan Solat Rileks Media

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 385 hits
Soalan Apakah tempat yang makruh kita lakukan solat Jawapan Alhamdulillah pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua Selawat dan salam ke atas Nabi SAW keluarga sahabat dan yang...
Jika Lakukan 7 Perkara Ini Wanita Kelihatan Lebih Cantik Bila Bangun Pagi

Jika Lakukan 7 Perkara Ini Wanita Kelihatan Lebih Cantik Bila Bangun Pagi

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 417 hits
Rupanya wanita akan kelihatan lebih cantik bila bangun pagi jika buat 7 perkara ini sebelum tidur Tidur malam merupakan waktu bagi merehatkan diri setelah seharian sibuk menguruskan pelbagai perkara disiang hari Baik perkara di tempat kerja...
5 Hint Lelaki Dah Jatuh Cinta Pada Anda Tapi Wanita Je Yang Tak Perasan

5 Hint Lelaki Dah Jatuh Cinta Pada Anda Tapi Wanita Je Yang Tak Perasan

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 787 hits
5 HINT Lelaki Dah Jatuh Cinta Pada Anda Tapi Wanita Je Perasan Setiap orang mempunyai cara yang tersendiri untuk menunjukkan rasa sayang mereka terhadap seseorang Begitu juga dengan lelaki yang memiliki cara berbeza mengikut individu dan pe...
Jika Anda Pernah Meninggalkan Solat Sejak Aqil Baligh Perkara Ini Wajib Anda Lakukan Sebelum Terlambat

Jika Anda Pernah Meninggalkan Solat Sejak Aqil Baligh Perkara Ini Wajib Anda Lakukan Sebelum Terlambat

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 677 hits
Soalan Adakah kita perlu mengqada solat yang tertinggal dengan sengaja malas dan cuai Bagaimana dengan solat yang ditinggalkan semenjak aqil baligh Apakah kita hanya dituntut supaya bertaubat dan tidak perlu mengqada nya Jawapan Firman Alla...
Kini Wanita Boleh Lakukan Ujian Saringan Kanser Pangkal Rahim Di Rumah Sendiri

Kini Wanita Boleh Lakukan Ujian Saringan Kanser Pangkal Rahim Di Rumah Sendiri

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 378 hits
PENDEKATAN baharu saringan berasaskan teknologi bersepadu akan membolehkan wanita melakukan ujian mengesan kanser serviks dalam keadaan selesa di rumah mereka sendiri ROSE iaitu program saringan serviks pertama di dunia yang memaparkan pens...
Seorang Lelaki Tersilap Samun Apabila Mangsa Merupakan Atlet Wanita Mma

Seorang Lelaki Tersilap Samun Apabila Mangsa Merupakan Atlet Wanita Mma

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 321 hits
Cubaan seorang lelaki untuk menyamun bertukar tragedi apabila dia dibelasah teruk oleh mangsa yang ingin dirompak Polyana Viana iaitu atlet MMA yang juga turut dikenali sebagai Wanita Besi Ini mungkin sesuatu yang malang buat lelaki terbabi...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah