10 Jenis Umpan Yang Popular Digunakan Oleh Pemancing


 Umpan ialah sesuatu yang dilekatkan pada kail (di letak pada perangkap dan lain-lain) untuk memikat atau menangkap ikan. Tidak ada masa atau penentu bilakah masanya joran ataupun perangkap yang digunakan oleh pemancing akan mengena ikan yang di umpan.

Gambar Hiasan
Lain padang lain belalangnya, kesuaian umpan pastinya memainkan peranan penting dalam menjerat jenis ikan yang ingin diburu. Jika nak jerat ikan haruan tapi guna gewang macamana la cara nya plak tu kan? Tak kena gaya sungguh! Apa yang pasti pelbagai jenis umpan di gunakan untuk memikat ikan supaya sangkut pada kail! So nak tau Umpan mana yang menjadi feveret dalam pancingan kaki-kaki pancing? Jom kita selongkar!!

10. Belalang


Satu lagi umpan semulajadi yang akrab dengan padang pancing di kampung-kampung terutamanya kawasan bendang. Lokasi terbaik ingin mencarinya adalah di kawasan pokok-pokok keladi dan rumput di tepian parit sungai atau kawasan padang ragut. Umpan ini juga dianggap salah satu ‘set lengkap’ pembelajaran pemancing kanak-kanak sebelum dia menginjak alam dewasa.

Ikan sasaran : Semua jenis ikan ‘darat’ atau ikan sawah.

Cara penggunaan : Buang kedua belah kaki belalang dan cangkukkan sahaja pada mata kail.

Lokasi sesuai : Parit yang ada kiambang, kangkung air, tali air sawah padi.

9. Biji Kelapa Sawit


Umpan yang sinonim untuk pancingan kelah bersaiz besar. Paling terbaik, cari sawit yang betul-betul masak dan berminyak atau sawit yang direndam 4-5 hari sehingga mengeluarkan aroma bau tengik. Tetapi bukan mudah senang untuk menewaskan kelah, kerana ia perlu dirasuah (dipanggil untuk berkumpul pada satu lokasi) terlebih dahulu di satu lokasi, selain memancingnya dalam persekitaran yang senyap dan penuh penyamaran.

Ikan sasaran : Kelah.

Cara penggunaan : Cangkukkan terus mata kail pada sebiji buah sawit. Pastikan mata kail dibenamkan pada bahagian ‘buntut’ sawit.

Lokasi sesuai : Sungai, hulu sungai, tasik yang bersambung dengan sungai.

8. Gewang


Umpan tiruan paling popular masa kini & seluruh dunia dan sangat kompleks kisahnya. Secara amnnya ia boleh di bahagi kepada dua jenis, hard lure & soft lure. Manakala yang lain untuk laut adalah jig. Ia adalah umpan yang hampir menyerupai bentuk ikan dan juga diet ikan yang lain seperti belalang, cacing, cengkerik,  lipan dan juga barang yang akan memperdayakan ikan seperti spoon, kekipas.

Sepasang mata kail atau tunggal yang terletak di sebalik badan gewang atau terlindung adalah senjata untuk mengenakannya. Bentuk yang lain seperti popper pula, digunakan sebagai medium untuk membangkitkan rasa ingin tahu ikan menerusi bunyi, kocakan air yang dihasilkan, mengejutkan dan juga menimbulkan rasa amarah ikan terhadap objek yang menganggunya.

Ikan sasaran : Semua ikan jenis pemangsa.

Cara penggunaan : Berbeza mengikut rupa bentuk, warna, fungsi, dan masa yang sesuai digunakan. Ia juga menggunakan peralatan yang berbeza antara lapangan padang pancing.

Lokasi sesuai : Hampir kesemua lapangan pancing di Malaysia dan dunia kaedah ini boleh digunakan.

7. Katak



Umpan terbaik cara tradisional untuk menangkap spesies kepala ular.

Ikan sasaran : Haruan, bujuk, toman bunga.

Cara penggunaan : Cangkukkan mata pada bahagian bawah atau paha katak dan gunakan klip untuk mengepit mulut katak. Gunakan klip tambahan sebagai pemberat untuk melontar katak tersebut. Cara permainan sama ada baling tarik atau mengunjunnya di celahan pokok.

Lokasi sesuai : Celah rumpaiar, tali air bendang, paya.

6. Sotong


5. Udang


Umpan paling famous selain anak ikan belanak jika memancing di kolam air masin. Ia juga dianggap umpan favourite bagi semua jenis ikan. Spesies demersal di laut juga tidak sesekali akan menolak jika terjumpa umpan ini. Udang sungai gantung pula sesuai umpan untuk menaikkan apa sahaja ikan yang yang mendiami lokasi berkenaan, khususnya sungai pergunungan dan juga tasik. Cuma mata kail perlu di cangkuk dengan betul, kerana udang mudah mati dan mudah hancur digetu oleh spesies pengacau seperti ketam atau buntal.

Ikan sasaran : Siakap, jenahak, merah, kerapu (laut) tengas, baung, sebarau, kalui, ketutu (air tawar).

Cara penggunaan : Cangkuk pada bahagian ekor atau cara lain. Bergantung kepada si pemancing. Pastikan mata kail yang digunakan sesuai dengan saiz mata kail dan tali perambut yang digunakan.

Lokasi sesuai : Kolam air masin, muara, laut, sungai.

4. Umpun Umpun


Umpan ini adalah umpan dominan untuk spesies yang tinggl di habitat berlumpur dan kawasan muara. Di negara ini, terdapat tiga jenis umpun-umpun yang dikenalpasti iaitu umpun-umpun pasir, jangkau dan merah.

Ikan sasaran : Seperti sembilang, gelama dan juga udang galah.

Cara penggunaan : Cangkukkan sahaja pada mata kail. Sama seperti menggunakan cacing. Untuk umpun-umpun sarang, ia harus di potong bermula dari bahagian ekor, kerana ia mampu hidup tahan lama, asalkan lumpurnya lembab. Jika pancingan muara atau pantai, bergantung kepada pasang surut air dan tidak ada masa tertentu jika anda berhasrat menggunakannya untuk memancing udang galah.

Lokasi sesuai : Muara, sungai, kolam udang.

3. Telur Kerengga


Umpan ini adalah terbaik untuk menjerat puyu, tanyalah orang tua di ceruk mana sekalipun, memang telur kerengga adalah umpan legenda untuk menjinakkan ikan yang memiliki ridip tajam dan bewarna kuning kehijauan.

Ikan sasaran : Puyu, sepat, haruan.

Cara penggunaan : Telur kerengga yang berwarna putih ada yang di bakar sehingga keluar bau harum terbakar. Ada juga yang merebusnya. Untuk memancing, cangkukkan sahaja mata kail dan boleh terus memancing, pasti pemancing tidak akan menunggu lama untuk menaikkan puyu pertama. Andai mahu lebih feeling, boleh gunakan pelampung kecil (hirisan selipar) dan joran buluh. Sebaik sahaja pelampung tenggelam, sentap dengan perlahan dan pastinya ikan puyu telah berjaya ditewaskan.

Lokasi sesuai : Parit yang ada kiambang, kangkung air, tali air sawah padi.

2. Cengkerik


Umpan ini lebih kurang sama sahaja seperti umpan belalang. Bezanya ia begitu mudah diperolehi di kedai-kedai akuarium dan murah sahaja harganya.

Ikan sasaran : Cangkukkan pada mata kail. Terpulang sama ada mahu mencangkuknya dengan banyak atau tidak. Cuma untuk memancing baung ia tidak sesuai kerana umpan ini tidak meninggalkan kesan bau.

1. Cacing


Dianggap umpan paling universal bagi semua jenis ikan air tawar. Ikan yang mendiami kawasan sawah padi, sungai seperti puyu, keli, haruan, tengas, lampam, sia, terbul, susur batang tidak akan menolak jika cacing digunakan sebagai umpan.

Ikan sasaran : Hampir semua jenis ikan

Cara penggunaan : Hanya cangkuk pada mata kail. (Seekor atau banyak bergantung kepada saiz mata kail) Tidak ada jangka waktu yang tertentu bila ia akan digunakan. Boleh digunakan bila-bila masa.

Lokasi sesuai : Parit, sungai, terusan sawah padi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://faizrockers.blogspot.com/2019/01/10-jenis-umpan-yang-popular-digunakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cip Samsung Exynos Auto V9 Diumumkan Untuk Sistem Infohibur Kenderaan Bakal Digunakan Oleh Audi

Cip Samsung Exynos Auto V9 Diumumkan Untuk Sistem Infohibur Kenderaan Bakal Digunakan Oleh Audi

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 220 hits
Kita semua mempunyai peranti pintar di tangan dan saya yakin ianya lebih canggih berbanding sistem audio visual yang ditemui di dalam kereta yang dipandu majoriti pembaca Amanz Jadi tidak mengejutkan wujud keperluan sistem audio visual yang...
Limau Kasturi Boleh Di Jadikan Ubat Berikut 7 Jenis Ubat Boleh Digunakan Rileks Media

Limau Kasturi Boleh Di Jadikan Ubat Berikut 7 Jenis Ubat Boleh Digunakan Rileks Media

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 646 hits
Biarpun bentuk dan saiz limau kasturi ini kecil namun tahukah anda bahawa limau kasturi ini mempunyai 1001 khasiat dan kebaikan yang umumnya ramai tidak mengetahuinya Rata rata menggunakan limau kasturi untuk memberi rasa masam pada hidanga...
Penyidik Polda Diy Ke Pulau Seram Olah Tkp Pemerkosaan Mahasiswi Ugm Oleh Teman

Penyidik Polda Diy Ke Pulau Seram Olah Tkp Pemerkosaan Mahasiswi Ugm Oleh Teman

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 213 hits
Proses penyidikan terhadap kasus Agni sudah masuk ke tahap melengkapi konstruksi hukum Hadi menjabarkan hingga saat ini masih ada beberapa saksi yang akan dimintai keterangan terkait kasus Agni
Mangkir 2 Kali Aher Akan Dipanggil Kembali Oleh Kpk

Mangkir 2 Kali Aher Akan Dipanggil Kembali Oleh Kpk

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 169 hits
Namun masih belum tahu kapan penyidik KPK kembali memanggil Aher Aher sendiri sudah dua kali mangkir pemeriksaan penyidik KPK yakni pada hari ini dan Kamis 20 Desember 2018
Penjelasan Menteri Sri Mulyani Soal Kajian Infrastruktur Ri Oleh Bank Dunia

Penjelasan Menteri Sri Mulyani Soal Kajian Infrastruktur Ri Oleh Bank Dunia

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 172 hits
Menteri Keuangan Sri Mulyani menanggapi beredarnya laporan Bank Dunia tersebut Dia mengatakan wajar jika Bank Dunia melakukan kajian terhadap kondisi pembangunan infrastruktur di Indonesia Menteri Sri Mulyani mengatakan pemerintah meminta B...
Dilaporkan Ke Polisi Oleh Andi Arief Ini Jawaban Santai Sekjen Pdip

Dilaporkan Ke Polisi Oleh Andi Arief Ini Jawaban Santai Sekjen Pdip

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 260 hits
Andi Arief melaporkan sejumlah tokoh yang dinilainya menuduh telah sebarkan hoaks terkait tujuh kontainer surat suara tercoblos Mereka adalah Sekjen PDIP Hasto Kristiyanto Jubir TKN Arya Sinulingga Ali Mochtar Ngabalin Jubir PSI Guntur Roml...
Cucu Dinodai Oleh Bapa Dan Datuk Sendiri

Cucu Dinodai Oleh Bapa Dan Datuk Sendiri

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 327 hits
IPOH 7 Jan Seorang bapa dan datuk ditahan polis kerana dipercayai melakukan perbuatan sumbang mahram terhadap seorang remaja perempuan berumur 13 tahun yang juga merupakan anak serta cucu kepada dua suspek itu sejak 2013 Ketua Polis Daerah ...
Kesaksian Biduan Di Makassar Tiba Tiba Dipukuli Oleh Pengunjung Kafe

Kesaksian Biduan Di Makassar Tiba Tiba Dipukuli Oleh Pengunjung Kafe

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 165 hits
Polisi meminta keterangan biduan kafe Grafity Sky Lounge di Hotel Swiss Bell Jalan Ujung Pandang Makassar Elda Vanyaviona Elda menjadi salah satu korban bogem seorang pria tak dikenal yang mengamuk di kafe itu
Lagu Ullala Ost Filem Petta Lakonan Superstar Rajinikanth Dinyanyikan Oleh Azwan Mu Adz

Lagu Ullala Ost Filem Petta Lakonan Superstar Rajinikanth Dinyanyikan Oleh Azwan Mu Adz

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 450 hits
Lagu Ullala OST Filem PETTA Lakonan Superstar Rajinikanth Dinyanyikan Oleh Azwan Mu adz Assalammualaikum semua Wahh kali ini ruby inginberkongsi tentang sesuatu yang amat membanggakan Kita rakyat Malaysia terkenal dengan pelbagai bangsa Mal...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

The Evolution Of Adult Entertainment

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe

Datuk Beraksi Di Pentas Peragaan Pada Usia 88 Tahun

Pemilik R R Didenda Rm30 000 Jual Petrol Bersubsidi Kepada Rakyat Thailand

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16