Pendaftaran Dan Semakan Keputusan Permohonan Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 2021
Sistem e-Prasekolah yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan untuk memudahkan ibubapa atau penjaga dalam proses untuk mendaftarkan anak-anak di Pra-Sekolah hanya melalui online tanpa perlu hadir ke sekolah untuk membuat permohonan.
Namun begitu, permohonan prasekolah masih boleh dilakukan secara manual iaitu dengan hadir terus ke sekolah yang anda ingin anak bersekolah.
Panduan Permohonan Secara Online
Tarikh permohonan PraSekolah KPM 2021:
Pemohonan Online: 1 Mac–30 April 2020Permohonan Manual: 1 Mac–31 Mei 2020
Sistem aplikasi modul e-prasekolah boleh diakses melalui pautan dibawah:
Layari laman web e-Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.Penguna baru (pertama Kali) menggunakan sistem online e-prasekolah ini perlu mendaftar terlebih dahulu (Daftar Pengguna) untuk mendapatkan akses ke borang permohonan online.Hanya ibu-bapa atau penjaga sahaja yang dibenarkan untuk membuat pendaftaran.
Untuk mendapatkan panduan cara penggunaan sistem online ini, sila ke laman yang disediakan di bawah:
Manual Pengguna Sistem Permohonan E-Prasekolah.Semua maklumat lengkap yang anda perlukan ada di dalam manual. Sila baca dengan teliti segala panduan dan maklumat yang diberikan sebelum membuat permohonan.
Panduan Permohonan Murid PraSekolah KPM Secara Online
Huraian status permohonan yang anda akan terima adalah seperti berikut:
Menunggu Pengesahan: Cetakan borang permohonan dan salinan dokumen belum dihantar dan diterima oleh pihak prasekolah.Disahkan: Borang permohonan telah diterima dan salinan dokumen telah disahkan oleh pihak prasekolah.Berjaya: Permohonan telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon.Tidak Berjaya: Permohonan tidak berjaya dan boleh membuat rayuan.
Permohonan Secara Manual
Ibubapa atau penjaga boleh mengambil borang permohonan disekolah/institusi yang ingin dimohon.
Borang permohonan yang lengkap diisi dan dokumen-dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon.
Langkah-langkah permohonan:
Ambil borang permohonan di sekolah.Lengkapkan borang permohonan.Sediakan dokumen yang diperlukan.Hantar borang permohonan beserta dokumen diperlukan ke sekolah selewat-lewatnya 31 Mei.Semak keputusan permohonan melalui sekolah yang dipohon.
Proses Permohonan Untuk Murid Prasekolah Pendidikan Khas:
Mestilah disertakan dengan borang pengesahan daripada pengamal perubatan, ahli optic, ahli audiologi, atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan samada dalam perkhidmatan kerajaan atau bukan kerajaan.Surat penempatan oleh JPN/PPW/PPD.Pengesahan dan pendaftaran.
Syarat Kelayakan Permohonan ke Prasekolah:
Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja.Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2014 hingga 15 Januari 2017 sahaja yang layak untuk memohon.
NOTA:
Pemilihan Murid: Pemilihan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah dan sebarang keputusan yang dilakukan adalah muktamad.Jumlah Pemilihan Sekolah: Pemohon hanya boleh memohon satu pilihan sekolah sahaja.
Semakan Keputusan PraSekolah 2021 Online:
Keputusan boleh mulai disemak melalui laman sesawang e-Prasekolah pada 5 OGOS 2020.Laman web KPM: Semak Keputusan Permohonan e-PrasekolahTarikh yang dinyatakan di atas adalah tertakluk pada pindaan.
Semakan Secara Manual Melalui Sekolah yang Dimohon:
Keputusan tawaran boleh disemak melalui sekolah yang dimohon pada 5 Ogos 2020.
Rayuan Permohonan PraSekolah 2021:
Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibu bapa atau penjaga boleh membuat rayuan semula melalui portal rasmi e-PraSekolah dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan diumumkan.Bagi ibu bapa dan penjaga yang mengemukakan permohonan secara manual, rayuan boleh dikemukakan sama ada di sekolah yang dimohon atau Pejabat Pendidikan Daerah(PPD)/Pejabat Pendidikan Wilayah(PPW) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD/PPW.
Semakan Rayuan PraSekolah 2021:
Keputusan rayuan boleh disemak melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 10 September 2020 (tertakluk kepada pindaan).Bagi rayuan secara manual, semakan keputusan boleh dibuat di tempat rayuan dihantar.Ibu bapa dan penjaga juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan bagi rayuan yang berjaya.
Pertanyaan
Sekiranya anda memerlukan bantuan ketika proses permohonan, sila hubungi pegawai bertugas di talian:
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (Sektor Pengurusan Prasekolah).Jabatan Pendidikan Negeri (Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah).Pejabat Pendidikan Daerah / Pejabat Pendidikan Wilayah (Pegawai Prasekolah).Atau anda juga boleh mengemukakan sebarang pertanyaan melalui emel di alamat
[email protected]Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
Kenapa TVET Pilihan Terbaik Pelajar?7 Cara Didik Anak Lebih Pintar
sumber: semakan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sentiasapanas.com/2020/02/daftar-dan-semak-prasekolah-kpm.html