10 Idea Hadiah Hari Lahir Untuk Anak Lelaki


10 Idea Hadiah Untuk Anak lelaki | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bila sampai tarikh penting bagi ulang tahun orang tersayang pastinya kita sibuk memikirkan hadiah untuk mereka. Jika sebelum ini Sha ada kongsikan hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada ibu tersayang, kali ini Sha nak kongsikan senarai hadiah yang sesuai untuk anak lelaki. Ini kerana kebetulan Sha baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran anak sulung Sha iaitu Abang Zaryth. Abang Zaryth sekarang sudah berumur 8 tahan, jadi perlulah berikan hadiah yang bersesuaian dengan umurnya. Setelah mempertimbangkan beberapa hadiah, Sha telah memilih salah satu hadiah daripada senarai yang Sha lampirkan dibawah. Mana tahu selepas ini giliran korang pulak nak carikan hadiah bukan sahaja untuk anak sendiri tetapi untuk anak saudara atau anak rakan.




Idea Hadiah Hari lahir Untuk Kanak-Kanak LelakiBila tiba bulan kelahiran Abang Zaryth, Sha mulalah memikirkan apakah hadiah yang sesuai untuk seorang anak lelaki sebaya Abang Zaryth. Maklumlah kalau nak bagi hadiah mestilah yang sesuai, berguna, memberi mudarat atau tidak supaya tidaklah rugi dan terasa bersalah selepas kita beli nanti. Banyak juga idea ini Sha dapat daripada rakan-rakan di media sosial dan Sha sangat berterima kasih dengan mereka kerana sudi berkongsi memberi idea kepada Sha dan sekali gus menyelesaikan dilema Sha untuk memilih hadia untuk hari jadi Abang Zaryth. Jadi jom kita tengok ada tak hadiah yang berkenan di hati.   1. Buku yang diminati
Ramai yang cadangkan Sha beli buku untuk Abang Zaryth contohnya buku viral - buku sains. Amat menarik buku itu kerana kalau Sha belikan mesti Abang Zaryth suka kerana dia memang minatkan binatang. Kalau nak tahu rancangan kegemaran dia pun National Geoghraphic Wild. Suka dia menonton telatah binatang-binatang yang tak biasa dijumpai di luar


2. Permainan Kegemaran
Kanak-kanak pastinya akan menyukai permainan. Kalau Abang Zaryth mudah sahaja terpengaruh dengan iklan tdi televisyen jadi dia mintalah permainan lego. Tetapi selain harganya agak "tidak menarik" dan mempertimbangkan kemungkinan yang akan terjadi jadi Sha tak belikan lego super mario yang dia nak. Walaubagaimanapun Sha cuba dapatkan permainan yang berkaitan dengan super mario tetapi dalam bentuk yang lebih selamat

3. Baju
Hadiah untuk anak yang dijamin puas hati, dijamin tidak membazir, dijamin akan digunapakai adalah baju atau pakaian. Untuk belikan baju sebagai hadiah, korang boleh memilih gambar pada baju berdasarkan minat mereka contohnya kartun kegemaran atau movie kegemaran mereka. Hadiah sebegini pastinya mereka suka

4. Beg
Cuba tengok beg sekolah anak mash ok atau tidak? Kalau tidak inilah masanya untuk gantikan dengan yang baru. InsyaAllah anak kita akan hargainya. Kalau tak nak beg sekolah pun, anak Sha sendiri pun dah pandai minta nak beg duit atau dompet untuk letak duit belanja. Jadi terpulanglah pada kita untuk pilih mana yang sesuai untuk anak kita

5. Minyak wangi
Kenapa Sha letak minyak wangi sebagai salah satu pilihan hadiah yang korang boleh jadikan sebagai hadiah kepada anak korang? Sebabnya Abang Zaryth sendiri sukakan bau-bauan wangi jika mahu keluar rumah terutamanya ke sekolah. Tapi pastikan anak pandai gunakanlah takut terlebih wangi pulakan

6. Jam tangan
Antara hadiah yang paling sesuai untuk anak lelaki adalah jam tangan. Untuk jam tangan kanak-kanak rasanya tak susah nak cari sebabnya kini terdapat banyak pilihan. Jam tangan adalah hadiah yang sesuai disamping mengajar anak kita menghargai masa. Pasti anak-anak bangga dan seronok dapat memiliki jam tangan, nampak lagi kacak.hihihi


7. Basikal
Salah satu idea kawan-kawan adalah dengan menghadiahkan anak sebuah basikal. Memandangkan Abang Zaryth sudah ada basikal, jadi kita simpan dulu basikal sebagai hadiah mungkin 2 tahun lagi sebab budak-budak pastinya akan membesar dan saiz basikal pun mestilah dinaiktaraf. Pada Sha basikal adalah salah satu hadiah yang sesuai, jangan berkira sangat. Sebabnya Sha sendiri biasa lihat, ada ibu-bapa sengaja tak belikan anak basikal sebabnya kata anak tak pandai lagi takut jatuh semua, tetapi dalam dia melepaskan anak bermain rupanya anak sendiri dah pandai naik basikal tetapi menggunakan basikal anak orang lain. Jadi sebelum ibu bapa anak orang lain bising, bolehlah hadiahkan anak sebuah basikal ya


7. Topi
Biasanya anak lelaki akan memakai topi jika bapanya sejenis orang yang memakai topi juga. Contohnya tidak lain tidak bukan, suami Sha sendirilah yang suka pakai topi. Jadi secara tak langsung Abang Zaryth pun mempunyai koleksi topi sendiri. Hensem tau anak lelaki pakai topi ni jadi korang boleh timbangkanlah untuk ajar anak lelaki pakai topi juga nanti

8. Globe
Sebenarnya bila kawna-kawan bagi idea untuk belikan globe Sha agak terfikir-fikir. Tetapi ianya agak menarik. Dengan globe sebenarnya kita boleh membina ruang ibu-bapa bersama anak-anak untuk meluangkan masa bersama-sama. Agak menarik juga jika kita dapat meneroka dunia bersama-anak mungkin suatu hari nanti mereka memasang niat untuk mengembara

9. Alat sukan
Jika korang dah buntu tak tahu nak belikan hadiah apa untuk anak korang. Korang boleh pertimbangkan untuk membeli barangan atau alat sukan yang mereka cenderung untuk terlibat. Mungkin korang boleh boleh hadiah mereka dengan raket badminton, dan jika korang sendiri boleh main badminton apa lagi ambil peluang ini beriadah bersama keluarga. Tiba-tiba teringatkan arwah ayah Sha, badminton adalah sukan yang selalu kami main bersama-sama


10. Set bilik

Akhir sekali mungkin kita boleh belikan set bilik baharu kepada anak-anak. Sha selalu suka letakkan diri dan nostalgia zaman kana-kanak Sha pada anak-anak. Dulu Sha suka menghias bilik tidur, jadi kini Sha akan memastikan bilik anak juga bertukar. Sebenarnya bilik Abang Zaryth sudah punya almari pakaian tetapi berkongsi dengan adiknya walaupun adiknya sudah ada almari sendiri. Jadi sempena ulang tahun kelahiran ke-8 selain hadiah lain, Sha gantikan almari pakaian baru dan tak kongsi dengan Adik Nur lagi


Sekian perkongsian untuk hari ini, mudah-mudahan selepas ini korang yang sedang mencari idea untuk membeli hadiah apa untuk anak lelaki akan mendapat jawapannya. Pilihan Sha untuk Abang Zaryth untuk tahun ini adalah set bilik baru dan permainan kegemaran dia. Alhamdulillah dia enjoy dengan hadiah yang dia dapat. Cuma kalau dah dapat permainan kita sebagai ibu bapa kenalah pandai mengawal mereka, maklumlah budak-budak
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shalimaryusof.com/2020/09/idea-hadiah-hari-lahir-untuk-anak-lelaki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sempena Hari Lahir Siti Sarah Shuib Berita Hadiah Mewah Kepada Isterinya Ini Hadiah Mewah Tersebut

Sempena Hari Lahir Siti Sarah Shuib Berita Hadiah Mewah Kepada Isterinya Ini Hadiah Mewah Tersebut

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 541 hits
Petaling Jaya 15 Sept Seutas jam mewah berharga puluhan ribu ringgit menjadi hadiah buat penyanyi Siti Sarah Raissuddin sempena sambutan hari lahirnya semalam Dihadiahkan suaminya sendiri kata Sarah sepanjang perkahwinan mereka ini merupaka...
Ibu Sandra Dianne 4 Hari Lagi Hari Lahir Kakak Bayangkan Kesedihan Mama

Ibu Sandra Dianne 4 Hari Lagi Hari Lahir Kakak Bayangkan Kesedihan Mama

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 554 hits
Dia seorang anak yang baik sejak kecil tak pernah menyusahkan Dari awal mengandung langsung takda tanda morning sickness mengidam nak makan nasi apa je nasi asalkan nasi tu di masak sedap sedap source
Esok Hari Lahir Insyirah

Esok Hari Lahir Insyirah

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 415 hits
Esok Hari Lahir Insyirah Sedar tak sedar esok dah pon masuk 20 September 2020 Kenapa dengan esok Esok special day untuk anak sulung KakYa Esok hari lahir Insyirah Bila tiba jer hari lahir dia KakYa mudah sikit jadi sakit kepala nak fikir ba...
Bila Shuib Hadiahkan Jam Tangan Rolex Puluhan Ribu Sempena Hari Lahir Sarah

Bila Shuib Hadiahkan Jam Tangan Rolex Puluhan Ribu Sempena Hari Lahir Sarah

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 440 hits
Bersempena ulang tahun kelahiran isteri penyanyi Siti Sarah Raissuddin yang ke 36 pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu telah menghadiahkan seutas jam tangan jenama mewah iaitu Rolex bernilai puluhan ribu Shuib mengakui ia merupakan had...
Lengkap Sepasang Anak Kedua Hafidz Roshdi Lahir Sama Tarikh Dengan Sulung

Lengkap Sepasang Anak Kedua Hafidz Roshdi Lahir Sama Tarikh Dengan Sulung

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 266 hits
Alhamdulillah tahniah kami ucapkan kepada pelakon Hafidz Roshdi yang hari ini berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri telah selamat melahirkan cahaya mata kedua awal pagi tadi source
Tak Mampu Nak Besarkan Anak Wanita Tinggalkan Bayi Baru Lahir Di Kaki Lima

Tak Mampu Nak Besarkan Anak Wanita Tinggalkan Bayi Baru Lahir Di Kaki Lima

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 482 hits
Seorang bayi yang baru lahir telah dilaporkan ditemui ditinggalkan di sebuah kaki lima di China selepas ibunya yang berusia 19 tahun menyatakan bahawa dia belum berkahwin dan tidak mampu membesarkan anaknya itu lapor Daily Mail Bayi yang be...
Rezeki 31 Ogos Semuanya Kebetulan Suami 3 Anak Berkongsi Tarikh Lahir Sama

Rezeki 31 Ogos Semuanya Kebetulan Suami 3 Anak Berkongsi Tarikh Lahir Sama

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 399 hits
Setiap tahun tarikh keramat 31 Ogos menjadi detik istimewa buat seluruh rakyat Malaysia Pada tarikh inilah pelbagai sejarah tercatat dan ia menjadi satu kenangan buat pejuang tanah air suatu ketika dahulu dan rakyat hari ni Suami dan 3 anak...
Akhirnya Anak Saya Sakit Ke Hospital Mak Mertua Suap Susu Tepung Dewasa Pada Cucu Umur 7 Hari

Akhirnya Anak Saya Sakit Ke Hospital Mak Mertua Suap Susu Tepung Dewasa Pada Cucu Umur 7 Hari

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 386 hits
Cabaran menyusukan anak memang banyak walaupun kita berniat nak susukan anak selama 2 tahun namun cabarannya sangat besar Fakta 3 daripada 4 ibu yang menyusukan anak gagal meneruskan proses penyusuan sampai 2 tahun adalah disebabkan oleh or...
Sesi Tukar Hadiah Abang Syamil Kawan Kawan Sempena Sambutan Hari Malaysia

Sesi Tukar Hadiah Abang Syamil Kawan Kawan Sempena Sambutan Hari Malaysia

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 636 hits
Sesi Tukar Hadiah Abang Syamil Kawan kawan Sempena Sambutan Hari Malaysia Minggu lepas dapat info dari group sekolah Abang Syamil yang hari ini cikgu
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias