10 Hotel Kid Friendly Di Langkawi
10 Hotel Kid Friendly Di Langkawi
Langkawi adalah antara destinasi percutian kami sekeluarga yang memang tak pernah bosan kami nak pergi. Aku sendiri sangat suka kan Langkawi walaupun dipenuhi dengan pelancong tapi suasana kampung tu masih terasa.
Untuk korang yang plan nak bercuti di Langkawi tapi tak tahu nak stay dekat mana, mari sini aku cadangkan hotel / homestay yang kid friendly. Sesuai untuk korang yang bercuti bersama family. Untuk yang bercuti ke Langkawi tanpa anak-anak pun boleh consider homestay ni.
Ibu bapa kena take note kalau nak bawa anak-anak bercuti, keselesaan & keselamatan mereka mesti letak priority or else nanti rosak percutian. Pengalaman aku sendiri beberapa kali bercuti dengan anak kecil memang banyak perkara kami belajar. Selain keselesaan, harga homestay pun memainkan peranan penting terutama bila melancong ikut bajet.
Jadi, aku senaraikan 10 hotel / homestay yang mesra keluarga dan kid friendly di Langkawi yang telah mendapat banyak review yang baik terutama tentang kebersihan, lokasi, harga dan juga kakitangan yang mesra pelanggan.
Senarai 10 Hotel Kid Friendly Di Langkawi1. Tanjung Puteri Motel
Ramai pelanggan berpuas hati dan kembali memilih Tanjung Puteri Motel sebagai tempat penginapan mereka apabila bercuti di Langkawi. Kemudahan asas seperti dapur, peti sejuk dan cerek di sediakan.
Antara tarikan utama Tanjung Puteri Motel adalah kerana lokasinya yang berhadapan dengan pantai dan jika anda bernasib baik anda akan dapat melihat burung helang dan singa laut berenang di pantai.
Sesuai untuk mereka yang gemarkan alam semulajadi terutama percutian di pantai.
Alamat Tanjung Puteri Motel: Kampung Pasir Hitam, Mukim Ayer Hangat Langkawi
No Telefon: 04-959 1044
2. Rainbow Langkawi-Inn
Pelanggan boleh menyewa basikal sambil menikmati keindahan alam dan boleh berbasikal ke pantai. Rainbow Langkawi-Inn merupakan salah satu resort bajet yang bersih, selesa dan mampu inap. Harga yang ditawarkan berpatutan dengan apa yang anda dapat.
Kakitangan resort juga mesra pelanggan dan sedia membantu anda. Resort dilengkapi penghawa dingin, dapur, peti sejuk, dan juga TV. Lokasi yang baik dan berhampiran dengan jalan utama Chenang serta dikelilingi oleh kedai makan dan pasaraya
Alamat Rainbow Langkawi-Inn: Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi, Kedah
No Telefon: 04-955 8103
3. Best Seven Motel
Bukan mudah jika mencari penginapan yang murah jika anda bercuti bersama ahli keluarga yang ramai. Best Seven Motel mendapat pujian kerana bilik yang selesa dan bersih. Sesuai untuk mereka yang bercuti bersama keluarga dengan ahli yang ramai.
Kemudahan asas seperti tandas yang bersih, TV berfungsi dengan baik, tuala yang mencukupi dan apa yang penting, wifi mereka sangat pantas. Penting untuk mereka yang tidak boleh hidup tanpa Internet. Lokasi Best Seven Motel juga tidak terlalu jauh dari bandar.
Alamat Best Seven Motel: 29 & 30, Lorong Berlian 1, Taman Berlian, 07000 Kuah, Kedah
No Telefon: 04-961 0878
4. The Gemalai Village
Ramai memilih untuk menginap di sini kerana lokasi The Gemalai Village yang dekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, terminal feri Rebak dan berjalan kaki untuk ke Pantai Cenang.
Ada kemudahan asas seperti TV, Wi-Fi percuma, balkoni dan peti besi, serta kemudahan teh dan kopi. Kemudahan percuma termasuk sarapan pagi, tempat letak kenderaan dan basikal untuk disewa.
Paling best The Gemalai Village Dikelilingi oleh sawah padi.
Mendapat review 4.4/5.0 bintang dan mendapat ulasan baik berkenaan kakitangan yang mesra dan lokasi yang bagus.
Alamat The Gemalai Village: The Gemalai Village: Laman Padi, Jalan Pantai Cenang, 07000 Langkawi, KedahNo Telefon: 04-955 3225
5. The Cottage Langkawi
Berdekatan dengan akuarium Underwater World Langkawi dan hanya 5 minit berjalan kaki dari Pantai Cenang. Rumah tamu desa yang sesuai untuk mereka yang mencari penginapan yang tenang dan selesa di Langkawi serta good value for money.
Mendapat review 4.0/5.0 bintang di Google dan mendapat ulasan yang bagus berkenaan lokasi strategik, dan berdekatan pusat membeli-belah dan restoran. Ia berbaloi untuk datang semula ke sini.
Alamat The Cottage Langkawi: No 8, Kampung Haji Saad, Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah
No Telefon: 017-500 0262
6. G Langkawi Motel
Ramai yang syorkan untuk stay di G Langkawi Motel kerana biliknya yang luas. Sesuai untuk mereka yang bercuti bersama keluarga. Walaupun lokasi yang agak jauh dari bandar tapi jangan risau sebab kemudahan seperti pasar raya 24 jam dan kedai makan ada berdekatan. Boleh jalan kaki je.
Salah satu sebab G Langkawi Motel mendapat review yang bagus adalah kerana kakitangan yang mesra pelanggan, penginapan yang bersih serta tempat letak kereta yang luas.
Alamat G Langkawi Motel: Lot 403 (Plot C), Kampung Kelibang, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
No Telefon: 04-966 6001
7. Langkawi Anjung Villa
Chalet yang sesuai untuk mereka yang sukakan privasi dan jauh dari kesesakan. Pemandangan sawah padi dan ada kolam renang. Boleh tempah Grab untuk korang yang malas nak drive.
Mendapat review 4.3/5.0 bintang dan mendapat lebih dari 100 ulasan baik di Google. Harga yang ditawarkan juga berpatutan.
Alamat Langkawi Anjung Villa: 1243, Jalan Batu Belah Batu Bertangkup, Kampung Bukit Lembu, 07000 Langkawi, Kedah
No Telefon: 012-470 9045
8. Chalet TM3, Langkawi
Chalet TM3, Langkawi sesuai untuk mereka yang pentingkan bajet dan berhadapan dengan sawah padi. Homestay juga tawarkan perkhidmatan kereta sewa jadi tak payah susah payah nak cari kereta sewa.
Menyediakan kemudahan asas yang berbaloi dengan duit anda. Mendapat review4.2/5.0 bintang yang tinggi hasil dari review mereka yang pernah menginap di sini.
Alamat Chalet TM3, Langkawi: Jalan Kedawang, Kampung Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah
No Telefon: 012-464 9091
9. Salsa Resort
Lokasi resort yang berdekatan dengan Pantai Cenang jadi tak perlu risau tentang mencari tempat makan dan membeli cenderamata. Disediakan tempat letak kereta, penginapan bersih dan kakitangan yang sopan dan membantu. Pihak resort menyediakan water dispenser di setiap tingkat resort untuk memudahkan pelanggan
Alamat Salsa Resort: Malaysia, 07000 Langkawi, Kedah
No Telefon: 04-955 6168
10. Penarak Bamboo Beach Motel
Jika anda mementingkan tempat penginapan yang tenang, apa kata anda cuba menginap di Penarak Bamboo Beach Motel. Rasai pengalaman indah sarapan pagi di depan resort dengan pemandangan alam semulajadi menakjubkan.
Lokasi yang agak terpencil memberikan anda ruang privasi dan semestinya pemandangan kampung nelayan yang mewujudkan rasa tenang. Penarak Bamboo Beach Motel juga menyediakan kolam renang untuk para pelanggan.
Alamat Penarak Bamboo Beach Motel: Lot 85, Kampung Penarak, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
No Telefon: 04-966 6194
Sekian sahaja perkongsian aku tentang senarai 10 Hotel Kid Friendly Di Langkawi. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu korang buat keputusan dekat mana nak menginap bila datang bercuti di Langkawi. Dah penat berjalan dan shopping mesti nak balik berehat dalam bilik yang selesa kan
Sedikit tip kalau nak bercuti dengan aman dan tak mahu terlepas harga hotel yang murah di Langkawi kena rancang dan tempah lebih awal. Aku dulu pernah tempah setahun awal sebab nak lock harga. Semoga dapat mencipta kenangan manis semasa bercuti ke Langkawi bersama keluarga.
Selamat bercuti!
Credit Image: Agoda
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2019/11/10-hotel-kid-friendly-di-Langkawi.html