Pengalaman Buruk Booking Online Hotel Agoda Dan Oyo
Saya rasa semua dah tahu tentang Agoda ni salah satu pekhidmatan paling popular untuk booking online hotel dan flight. Tapi kebanyakkan customer booking untuk hotel.
Macam saya sendiri memang suka guna Agoda ni sebab boleh dapat rate mudah dari harga kebiasaan jika kita walk-in terus di kaunter hotel.
Saya pula memang suka jalan-jalan ke Johor kadang ke Melaka kadang belah utara.. Tak tahu nak buat apa jadi memang jalan je lah kerjanya menghabiskan waktu weekend.
Entah macam mana kali ini nasib tak baik kot.
Dah book hotel online hotel kat Johor Bahru melalui Agoda macam biasa.. Time tu pilih Hotel OYO 490 DK Hotel sebab memang dah biasa stay situ. Rate hotel antara yang termurah kat Skudai (Rating customer 7 ke atas) dan sangat selesa. . Bukannya nak stay hotel memanjang, banyak habis masa kat luar je.
OYO DK HotelMalam tu sampai dari KL tetiba hotel kata dah penuh.. aik macam mana boleh penuh? Padahal kita dah booking online lama. Dalam Agoda sendiri pun DK Hotel tak ada mesej pun personal kata dah penuh jadi assume hotel kira dah booking dengan selamat.
Masa tu mood tengah baik dan tak penat sangat sebab dah biasa jalan jauh.. Jadi nak tak nak kena call Agoda sendiri untuk minta refund..
Kalau ikut mood tak baik memang jawab itu bukan urusan kita kan..saya tahu datang ada bilik. haha. Call Agoda Banyak Ragam Tak Faham Cerita
Masalah call agoda ni macam-macam ragam.. lain yang kita bagi kenyataan lain yang dia bagi jawapan kat email agoda bagi..
Dah la bukan refund 100% cuma bagi 25% sahaja.. ko rasaeww? Time ni dah mula bertambah naik marah ni..
Kali kedua telefon ingat customer service Agoda ini faham.. jadi tunggu la Agoda hantar email lg skali.. sekali bagi E-mail kata Agoda dah sepakat dengan OYO 490 DK Hotel kata ada kosong. Aikk.. td tanya DK Hotel kata dah penuh ni dapat email kata ada kosong.. Tanya lagi sekali DK hotel memang dah penuh.. takde kosong..
Memang menyerap habis ni.. tak faham cerita ni Agoda... dua-dua customer service perempuan pula tu..tak boleh pakai..
Kali ketiga call lagi Agoda.. kali ini lelaki pula jawabb.. terus jawab dengan kuat dengan cerita lagi sekali buat kali ketiga dan nak refund 100%. Terus lelaki ni reply dia batalkan check ini hotel tadi dan refund 100% dalam akaun Agoda Cash personal..
Dapat refund tapi ada expired sebelum 8 februari 2020
Kan senang macam tu.. pkul 1.30 pagi selesai.. ko raseww? Belum cari hotel lagi tu..
Kali ini rasa malas nak bankin online buat cara lain pula. Book kat Agoda tapi payment cash kat hotel. Selamat sikit duit..
Agoda cash refund tadi nanti booking hotel next time jelah..
Pukul 2 pagi tu baru dapat hotel then terus lentok tidoo..
Pengalaman buruk pertama dengan Agoda.. sebelum ini kalau tengok review orang yang booking hotel kat DK Hotel kat Johor Bahru pun ada masalah sama.. Sekali kena kat diri saya sendiri.
Tak tahula ni salah DK Hotel ke Salah Agoda ke salah OYO?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.adarain.com/2019/11/pengalaman-buruk-booking-online-hotel.html