Mujur Pintu Terkunci Dari Dalam Tengah Sibuk Bagi Ceramah Isteri Dakwa Orang Cuba Pecah Masuk Bilik Hotel
Sesiapa saja mesti kenal dengan penceramah motivasi ini yang boleh dikatakan setiap perkongsiannya mempunyai unsur ilmiah di laman Twitternya iaitu Aiman Psikologis.
Beliau sering memuat naik tentang soal kehidupaan masyarakat majmuk dan perbincangan tentang kesihatan mental kepada umum. Jelas sekali beliau merupakan salah seorang pembantu psikologis.
Namun, satu ciapannya di Twitter mendapat sambutan daripada para pengikutnya dan orang ramai tentang perkongsiannya mengenai pengalamannya sewaktu mengunjung ke Johor untuk memberi taklimat motivasi di sebuah universiti awam di sana.
Bayangkan, korang tengah memberi taklimat dan baru perasan mesej yang isteri hantar 16 minit lepas. Isteri dan anak saya di hotel sedangkan saya masih berada dalam satu sesi perkongsian.
Ia mengambil masa hanya 22 minit dari univeriti tersebut ke hotel. Saya cuba telefon isteri tapi tak ada respon.
Dalam masa tu, saya bagi rehat 3 minit rehat kepada penonton untuk saya selesaikan hal ini. Ia agak tidak profesional, tapi tiada apa yang boleh dibandingkan selain keselamatan keluarga.
Alhamdulillah, untuk percubaan kali kedua, isteri jawab telefon dan luah segalanya. Masa tu, saya risau sangat.
Saya ada masih ada masa 30 minit sebelum menghabiskan program ini tetapi isteri saya sangat ‘supportive’. Dia minta untuk habiskan dulu kerja baru pulang.
Katanya, penonton yang hadir juga perlu tahu apa yang sedang berlaku dan beliau ceritakan perkara yang sebenar.
Tapi siapakah beliau untuk menipu semua ini. Hatinya kosong, fikirannya tidak berada ditempat sepatutnya dan hilang fokus.
Saya dilema antara untuk habiskan seminar sekarang atau teruskan seperti biasa.
Beliau berkata teringat apa yang dikatakan oleh isterinya, jadi beliau ambil keputusan untuk teruskan seminar tersebut seperti mana penonton memberikan kerjasama kepada untuk hari bekerja. Mereka layak untuk mendapat komitmen sepenuhnya olehnya.
Namun, usai saja seminar tersebut, beliau bergegas pulang ke hotel tanpa sempat untuk berjumpa dengan penonton dalam sesi soal jawab dan bergambar. Katanya lagi, beliau tidak pernah menolak sesiapa untuk bejumpa dengannya tapi bukan malam kejadian.
Perkara pertama saya lakukan adalah memeluk isteri dan menangis dibahunya.
Rasa risau dengan keselamatan keluarga adalah perkara yang sangt berbeza dengan lain. Bersyukur kepada Allah kerana keselamatan isteri dan anak kecil dalam keadaan baik dan tiada perkara buruk berlaku.
Tujuan saya menulis ini adalah untuk mengingatkan kepada semua untuk kunci pintu semasa berada di hotel khususnya.
Alasan terbesar isteri saya selamat adalah ‘orang’ tersebut tidak dapat masuk ke dalam bilik tersebut kerana ianya berkunci.
Sentiaslah untuk kunci bilik atau kereta bila tinggalkan keluarga di dalam. Kita tak tahu apa yang akan berlaku kan?
Sumber: Aiman Psikologis
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/11/12/mujur-pintu-terkunci-dari-dalam-tengah-sibuk-bagi-ceramah-isteri-dakwa-orang-cuba-pecah-masuk-bilik-hotel/