10 Hidangan Sedap Dengan Hanya Tiga Bahan Sahaja


“Mak laparlah,” “Adik, boleh tak masak petang ini?” “Abang malas nak makan luar. Boleh tak ayang masak?” 
Setelah seharian bekerja, ketiga-tiga dialog inilah dialog terakhir anda nak dengar. Bukannya anda berasa malas nak masak. Anda cuma rasa penat. Apabila badan sudah penat, siapa ada masa nak ke dapur dan masak?
 
Saya Mendengar Keluhan Anda Kredit: ottawalife.com Sebagai seorang bujang dan bekerjaya, jujur saya cakap bahawa satu-satunya sebab saya asyik beli makanan di luar adalah kerana kepenatan setelah seharian bekerja hinggakan saya tak sanggup nak berdiri lebih lama untuk sediakan makanan untuk diri saya sendiri. Mungkin ada yang lebih kuat daripada saya dan berkata saya sekadar memberi alasan. Itu terpulang kepada anda.
Kadang kala, apabila timbul mood nak masak meskipun kepenatan, tidak banyak resepi mudah yang boleh ditemui di Internet. Apabila barang tiada nak masak, tidak kuasa untuk saya keluar membeli barang. Bila pula nak masak, kalau begitu?
 
Hanya 3 Bahan Sahaja! Oleh sebab itulah, saya telah mengambil begitu lama untuk kumpul 10 resepi yang cukup sedap dan mengenyangkan yang hanya menggunakan 3 bahan sahaja. Ya, ada 10 sajian yang anda boleh sediakan menggunakan 3 bahan! Tak perlu lagi rasa malas apabila mood nak masak ada ataupun anda perlu mengeluh apabila anda diminta untuk masak.
Resepi-resepi ini, saya perlu ingatkan, menggunakan 3 bahan dan tidak termasuk bahan-bahan asas keperluan rumah yang sedia ada seperti garam, gula, tepung, air, minyak dan rempah ratus. Kalau rumah anda langsung tidak mempunyai bahan-bahan asas ini, janganlah bersemangat nak cuba resepi-resepi yang disenaraikan. Bagi yang cukup barang, jom kita mulakan!
 
1. Cucur Ikan Bilis
Bahan-Bahan:
1 biji bawang besar,dicincang halus 1 genggam ikan bilis,dikisar kasar 3 cawan tepung gandum 3 cawan air panas 2 batang cili merah, dihiris halus  
Cara-Cara:
 Gaulkan tepung gandum bersama bawang, ikan bilis, cili merah dan garam di dalam mangkuk. Apabila tepung dan bahan-bahan lain telah digaul rata, tolakkan sedikit tepung di tepi bekas. Buatkan sedikit ruang kosong untuk menggaul tepung. Lebih elok menggunakan bekas atau besen yang besar. Tuangkan air panas sedikit demi sedikit. Apabila tepung masak dan pekat, tolak ketepi dan gaul lagi bahagian tepung yang belum digaulkan. Buat bahagian demi bahagian, buat sedikit-sedikit.  Apabila semua tepung telah digaulkan dengan air panas, keadaan tepung akan menjadi seperti doh. Pastikan gaul tepung ini dengan menggunakan sudu, bukan tangan. Setelah doh agak sejuk sedikit, cuci tapak tangan, letakkan sedikit minyak dan boleh bulat-bulatkan doh. Tunggu tepung sejuk sedikit, baru mula goreng.  
Kalau anda mempunyai mood untuk masak dan mahu sediakan cucur ikan bilis yang lebih rumit, bolehlah cuba resepi cucur ikan bilis versi Butterkicap.
 
2. Capati Sedia untuk dihidang! Antara resepi yang memang ringkas dan saya pasti, sudah ada dalam koleksi resepi kecemasan anda ialah capati. Kalau anda masih lagi tidak mempunyai resepi capati yang mudah, inilah peluang anda kerana resepi capati yang ingin saya kongsi merupakan resepi yang kami belajar daripada cef yang menyediakan capati yang cukup enak di restoran masakan India, Tifin by Kumar’s. Hasilnya memang lembut dan enak!
Resepi capati ini juga menunjukkan cara langkah demi langkah untuk anda menyediakan capati dan dijamin memberikan hasil yang cantik walaupun ini kali pertama anda mencubanya. Betul!
 
3. Lempeng Kelapa Kredit: http://meghanbirt.com Bahan-Bahan:
1 cawan tepung gandum 1 cawan kelapa parut 1 cawan air 1 sudu teh garam 1 sudu besar minyak  
Cara-Cara:
Campurkan tepung gandum, kelapa parut, garam dan air di dalam sebuah mangkuk lalu gaul sebati. . Panaskan kuali atas api sederhana besar dan sapu permukaan kuali dengan sedikit minyak. Letakkan adunan dan leperkan. Kecilkan api dan biar adunan masak selama 3 minit dan setelah garing atau masak di bahagian bawah, terbalikkan. Hidangkan bersama kuah cicah kegemaran anda.  
4. Sup Kentang Kredit: sparkrecipes Bahan-Bahan:
3 biji ubi kentang, cuci, dipotong 8 2 biji bawang besar, dicincang kasar 4 cawan stok sayuran  
Cara-Cara:
Panaskan periuk atas api sederhana besar dan masukkan stok sayuran. Tutup periuk dan tunggu selama 5 minit untuk stok mendidih. Masukkan ubi dan bawang besar. Kecilkan api dan kacau sesekali. Biar sup masak selama 20 minit. Padamkan api dan ketepikan sup agar sup menyejuk sedikit. Sebelum menghidang, kisar sedikit sup untuk dapatkan konsistensi lebih halus.  
5. Ayam Goreng Kola Kredit: NYT Cooking Bahan-Bahan:
8 ketul ayam, bahagian paha dan dada 2 tin air berkarbonat kola 1/4 cawan kicap masin 1/4 cawan kicap manis  
Cara-Cara:
Letakkan ketulan ayam dalam periuk. Masukkan air kola dan kicap. Perap selama 40 minit. Dalam kuali, panaskan 3 sudu besar minyak atas api sederhana besar. Goreng setiap ketul ayam selama 3-5 minit. Dalam kuali berasingan, masukkan kuah perapan dan biar mendidih hingga memekat. Tuang atas ketulan ayam goreng dan sedia menghidang.  
6. Kurma Bunga Kobis
Bahan-Bahan:
1 paket kecil serbuk kari kurma 1 cawan air 1/2 biji bunga kobis, dipotong pada ketulan bunga 1 biji bawang besar, dihiris bulat  
Cara-Cara:
Dalam mangkuk, masukkan serbuk kari kurma dan 1 cawan air. Kacau hingga sebati. Dalam periuk, panaskan 2 sudu besar minyak atas api sederhana besar. Masukkan bawang dan kacau hingga naik wangi. Masukkan bancuhan kari dan tutup periuk. Biar selama 15 minit hingga mendidih. Perasakan kuah dengan garam dan gula secukupnya. Masukkan bunga kobis dan tutup periuk selama 10 minit. Jika bunga kobis masih belum empuk, tutup periuk selama 5 minit lagi.  
7. Bergedil Kredit: Youtube.com Bahan-Bahan:
3 biji ubi kentang, dibuang kulit dan direbus hingga empuk 2 batang cili merah, dihiris halus 1 biji telur  
Cara-Cara:
Lenyekkan ubi kentang yang direbus hingga halus.Masukkan hirisan cili dan garam secukup rasa lalu kacau rata. Bentukkan adunan dan celup ke dalam telur yang dipecah dan dipukul lalu goreng dalam kuali berisi minyak yang dipanaskan atas api sederhana besar.  
8. Donat Kredit: marthastewart.com Bahan-Bahan:
1 paket yis 2 sudu susu pekat 1 cawan air suam 2 sudu gula 4 cawan tepung gandum 1 sudu teh serbuk penaik 2 sudu besar mentega 1 sudu teh garam  
Cara-Cara:
Masukkan semua bahan basah iaitu air suam, yis, susu, dan gula ke dalam sebuah besen. Tunggu hingga kembang. Di dalam sebuah bekas lain, satukan mentega, tepung, garam, dan serbuk penaik. Kemudian, masukkan bancuhan bahan basah (yis yang telah kembang) dalam bancuhan bahan kering. Gaul rata dan tutupkan adunan dengan kain. Tunggu selama 1 jam. Bentukkan donat dan susun atas pinggan. Dalam kuali, isikan minyak hingga 1/4 kuali dan panaskan atas api sederhana besar. Masukkan donat, 3 pada satu masa dan goreng selama 5 minit hingga donat bertukar kuning keemasan. Taburkan gula atas donat yang sudah siap digoreng.  
9. Puding Telur Kredit: Youtube Bahan-Bahan:
150ml susu 1 biji telur besar 2 sudu besar gula 2 sudu teh air Bahan-Bahan:
Dalam cawan, masukkan 1 sudu teh air dan 1 sudu besar gula dan panaskan dalam ketuhar mikro pada suhu 100 Celsius selama 2 minit 30 saat. Jika masih tidak bertukar warna, panaskan setiap 10 saat. Apabila air gula bertukar kuning keemasan, keluarkan cawan dan masukkan 1 sudu teh air dan kacau perlahan. Ketepikan selama 5 minit hingga karamel mengeras. Pecahkan telur dalam mangkuk. Masukkan susu dan gula lalu kacau rata. Tapis campuran puding dan masukkan ke dalam cawan berisi karamel. Tutup cawan dengan pembalut plastik dan masukkan ke dalam ketuhar mikro pada suhu 150 Celsius selama 2 minit 30 saat. Apabila permukaan puding sudah mengembang dan mengeras. Keluarkan cawan dan sejukkan. Terbalikkan cawan atas pinggan dan goncang perlahan-lahan untuk keluarkan puding.  
10. Kaya
Membuat kaya memang mudah. Nak jadi kaya itu yang susah. Baiklah, lawak hambar diketepikan, anda perlu mengakui bahawa membuat kaya tidak susah langsung dan kebanyakan bahan yang anda perlukan untuk resepi kaya lazimnya sudah ada di dapur anda.
Resepi kaya Butterkicap memang sedap dan tahan lama. Anda boleh cuba pada hujung minggu ini ataupun apabila anda ingin membuat kuih raya (nantikan artikel kuih raya menggunakan kaya kami). Buat masa ini, jangan ketinggalan daripada mencuba resepi mudah ini. Saya jamin, anda tidak akan menyesal!
 
Tak Lebih, Tak Kurang Adakah resepi 3-bahan yang saya senaraikan ini cukup menarik perhatian anda? Resepi-resepi ini sudah banyak membantu saya pada hari-hari saya ingin masak tapi tidak cukup bahan di rumah. Sedap itu, sedaplah tetapi jika anda ada masa lebih, bolehlah jadikan resepi-resepi yang saya senaraikan di sini lebih kompleks.
Jika anda merasakan senarai saya tidak cukup, bolehlah komen di bawah dan maklumkan saya tentang resepi-resepi 3-bahan yang anda suka. Selamat mencuba!
The post 10 Hidangan Sedap Dengan Hanya Tiga Bahan Sahaja appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/feature-article/10-hidangan-sedap-dengan-hanya-tiga-bahan-sahaja

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Buat Biskut Mazola Mudah Sedap Hanya Guna 4 Bahan

Cara Buat Biskut Mazola Mudah Sedap Hanya Guna 4 Bahan

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 703 hits
Biskut Mazola adalah salah satu biskut raya popular bila menjelangnya Aidilfitri Mana tidaknya nak buat biskut ni sangat mudah Bahannya pun sangat ringkas Rasanya pun semestinya sedap Bagi anda yang masih tercari cari resipi Biskut Mazola y...
Tak Hanya Satu Atau Dua Kali Artis Indonesia Ini Nikah Cerai Hingga Tiga Kali

Tak Hanya Satu Atau Dua Kali Artis Indonesia Ini Nikah Cerai Hingga Tiga Kali

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 365 hits
Setiap orang tentu mengidamkan pernikahan hanya sekali dalam seumur hidup Namun beberapa artis Indonesia ini
Stok Susu Meriah Sejak Baby Ally Lahir Dr Tengku Ezulia Amalkan Petua Tiga Bahan Sampai Sekarang

Stok Susu Meriah Sejak Baby Ally Lahir Dr Tengku Ezulia Amalkan Petua Tiga Bahan Sampai Sekarang

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 763 hits
Pengalaman menyusukan anak buat pertama kalinya adalah detik paling indah buat semua ibu Pun begitu bila susu yang dinantikan tak semeriah orang lain pastinya buat ibu tertekan Lebih lebih lagi bila anak menangis minta disusukan Berbeza bag...
Cara Mengecilkan Liang Pori Hanya Dengan Bahan Semulajadi

Cara Mengecilkan Liang Pori Hanya Dengan Bahan Semulajadi

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 241 hits
Original Content Kulit yang licin lembut halus dan mulus tanpa sebarang cela sememangnya menjadi dambaan kebanyakan orang lebih lebih lagi bagi seorang wanita Seboleh bolehnya satu liang pori pun tidak mahu kelihatan di wajah Namun usia yan...
Hanya Guna Bahan Di Dapur No Salt No Sugar 10 Resipi Snek Sihat Untuk Bayi

Hanya Guna Bahan Di Dapur No Salt No Sugar 10 Resipi Snek Sihat Untuk Bayi

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 539 hits
Buntu mama memikirkan resipi untuk si manja lagi lagi resipi kuih muih ataupun kudap kudapan Jangan risau di sini disertakan 10 resipi kudap kudapan bayi yang hanya menggunakan bahan di dapur sahaja Di sini mami ingin berkongsi antara menu ...
Google Mengeluarkan Kenyataan Mengenai Iklan Di Android Tv Hanya Pepijat

Google Mengeluarkan Kenyataan Mengenai Iklan Di Android Tv Hanya Pepijat

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 230 hits
Minggu lepas kemaskini pada Android TV telah menyebabkan iklan terpapar terus pada laman utama walaupun di dalam tetapan ia telah dimatikan Perkara ini menyebabkan ramai pengguna Android TV kecewa dan ramai yang berpendapat iklan ini adalah...
Cukup Dah Hanya Allah Yang Tahu Ibu Acap Minta Sedekahkan Ayat Kursi Buat Anaknya

Cukup Dah Hanya Allah Yang Tahu Ibu Acap Minta Sedekahkan Ayat Kursi Buat Anaknya

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 431 hits
Cukup dah Hanya Allah yang tahu ibu Acap minta sedekahkan ayat Kursi buat anaknya Bukan mudah untuk hati seorang ibu menerima kehilangan anaknya sehingga kini peserta larian Mohammad Ashraf mesra disapa Acap masih tidak dijumpai dan kehilan...
Warga Rawajati Berbondong Bondong Bersihkan Lumpur Usai Tiga Hari Dilanda Banjir

Warga Rawajati Berbondong Bondong Bersihkan Lumpur Usai Tiga Hari Dilanda Banjir

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 273 hits
Salah satu warga Deri mengaku sudah tiga hari membersihkan indekos milik majikannya Indekos tersebut sebelumnya terkena banjir hingga setinggi 2 5 meter
Kj Senaraikan Tiga Pencapaian Terbaik Kerajaan Ph

Kj Senaraikan Tiga Pencapaian Terbaik Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 371 hits
Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin menyenaraikan sekurang kurangnya tiga pencapaian kerajaan Pakatan Harapan sepanjang tempoh pemerintahan parti tersebut yang sedang menginjak satu tahun pentadbiran Beliau berkata antara pencapaian kera...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Tangan Dan Kaki Kebas

Patong Bay Residence Phuket

Ular Sawa 100 Kilogram Ceroboh Asrama Perempuan

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong